Popular Posts

Wednesday, December 30, 2009

Hati Melembut...

Hatiku melembut...
Rasa ingin menyayangi sesiapa sahaja yang mendekatiku...
Muahaha...
Siapalah yang mendoakan supaya hati aku jadi lembut nih?
Entah2 dia kot?
Terima kasih la ye...

Tuesday, December 29, 2009

I'm A Stalker...

I'm a stalker...
Ye...
Jaga2lah anda semua...

Ah, tadi rasa nak taip banyak2...
Tiba2 hilang mood pulak...
Takut bos datang dari belakang sebenarnya...
CCTV kat tepi ni aku tak kisah sangat dah...
.............


Nak sambung buat kerja ar...

Saturday, December 12, 2009

Finally...

Setelah berkurun lama menahan 'nafsu', akhirnya aku telah berjaya bershoppingan hari ini. Muahaha... Aku berjaya menghabiskan separuh daripada duit aku. Aku yang selama ini menahan diri dari bershoppingan akhirnya telah melunaskan kehendakku ini ke jalan yang betul... Hoh, ape aku merepek nih? Abaikan...

Sehari selepas aku mengupdate entri aku yang kononnya mengatakan aku sangat bahagia, aku telah dilanda kestressan yang melampau. Memang melampau. Tiba2, aku rasa semua orang dalam ofisku itu mementingkan diri sendiri. Bagi kerja hari ini, nak siap hari ini juga. Seolah2, aku ini seorang makhluk robot yang tak perlu berfikir panjang bila disuruh menyiapkan tugasan. Hello, aku tau la aku ni GENIUS (kan dah perasan sendiri). Bagi apa2 kerja pun aku boleh buat. But, i need to take break ok. Korang bagi kerja tak henti2 kat aku ni, bila masanya aku nak berehat? Bila masanya aku nak refill energy aku. Lepas ni, kalau aku jadi sewel ke, jadi tak normal ke, aku harap korang tau tu semua sebab korang.

Sekarang baru masuk bulan kelima aku bekerja. Aku tak rasa dalam masa 5 bulan ni aku dah kenal semua lampu yang mereka pernah supply kat klien. Bayangkanlah... BAYANGKANLAH!!! Hari Khamis lepas, aku diminta menyiapkan cut sheet (technical data untuk lampu2 yang kami supply kat klien). Hari tu juga dia nak cut sheet tu. Aku pun terima je la sebab biasanya nak cari cut sheet untuk lampu2 tu senang je. Memang dah ada dalam company server. Tapi, bila aku cari2, tak jumpa! Ah, menyumpah-seranah la aku. Tanya orang yang bagi aku task ni, dia pun tak tau pasal lampu2 ni. Ah, lagi mencarut la aku lepas tu. Nak tanya kat specialist kat ofis tu, dia keluar pulak. Demmmmmmmmmm... Sangat bodoh rasanya masa tu. Apa aku nak buat ni? Dahlah hari tu juga dapat tugasan merender lighting untuk 2 perspektif dan buat animation guna flash. Pukul 1 tengahari bagi, nak pukul 4 petang hari tu jugak... Kepala hotak la wei... Ko ingat aku ni mesin pencetak ke hape? Ko try buat sendiri la wei. Tengok kejap tak kejap ko buat benda tu. Dah aku jadi kelam-kabut hari tu. Tak tau nak buat mana satu dulu. Akhirnya, aku buat render ligthing tu dulu sebab aku ingat boleh settlekan cut sheet tu kemudian. Tapi, sampai pukul 4 pun render lighting tu tak siap2. Bila si pemberi task ni tanya dah siap belum, aku rasa macam nak lempang2 muka dia. Sah2 la tak siap dowh. Bila dia tengok aku bersusah merender, dia tanya pulak, "Kalau buat 3D, u boleh siapkan hari ni jugak tak?" HELLloooooo.... Kepala hotak la... Ko ingat aku ni mesin 3D ke hape? Dah pukul 5 lebih ni beb. Geram sungguh aku ni. Dalam hati dah menyanyi lagu Jeritan Batinku... Finally, dia cakap, "Takpelah. Siapkan la dulu. Hari Isnin nak." Hoh... Demmmmm. Memang nak kena penyepak. Tau tadi aku siapkan cut sheet dulu. Dahlah ofis kosong hari tu. Mana entah semua orang pergi meronggeng hari tu. Bayangkanlah, aku je sorang2 duduk kat design department petang tu. Memang kosong dan sangat teganglah hari tu. Aku rasa nak pi meronggeng jugak je masa tu. Mana aci! Semua kerja pun aku yang kena buat. Dah tu ada benda2 yang aku tak sempat2 nak siapkan. Di saat2 tegang ini pula, adalah pulak seorang makhluk mengeluarkan pertanyaan bodoh, "Azlina, u nak camping kat ofis tak malam ni?" Hoho... Aku gelak tapi, dalam hati aku menyumpah-seranah. "Tak nak la camping. Buat apa camping? Penatlah..." Tapi, dalam hati lain pula bunyinya, "Ko ingat aku ni takde rumah ke? Bukan aku dapat ape2 pun kalau stay kat ofis ni 24 jam. Dapat penat je tau tak?" Hellllooooo.... Dah 3 malam aku tak cukup tido ok. Kerja melambak2... Dari mana aku nak dapat tenaga nih kalau aku tak tido? Cuba bagitau... Haih... Cukup tak suka keadaan macam ni.

Bulan lepas dah kena marah dengan bos sebab stay ofis sebab aku nak siapkan cut sheet yang diorang bagi petang tu. Iyelah. Pukul 6 petang bagi, nak besok. Manalah sempat aku nak study lampu2 tu. Dahlah ada 2 cut sheet lagi aku kena buat. Tu pun tak sempat study lagi. Dengan nak siapkan animation hari tu jugak. Semua pun nak esok. Ingat aku ni mesin ke? Aku taulah aku kadang2 hebat dalam siapkan kerja ni, tapi kalau berterusan macam ni, aku rela kahwin duduk kat rumah jaga anak2 dan suami je. Bukan aku tak kuat. Bukan aku nak mengalah. Tapi, tak boleh ke makhluk2 ni faham bahawasanya kudrat aku ni ada hadnya. Aku pun ada rasa penat, ada rasa nak berehat. Silalah faham wahai makhluk sekalian. Bolehkan?

So, hari ni aku sengaja tak pergi kerja. Aku nak pentingkan diri sendiri pulak. Biarlah diorang siapkan kerja tu. Kalau aku datang pun , nanti aku dapat kerja lain pulak. Tak dapat aku nak settlekan kerja yang ada ni. Hari ni nak siapkan 2 cut sheet dan 1 drawing. Esok render lighting pulak. Wish me good luck la ek.

notakaki: aku jarang stress. jadi, bila dah stress aku memang tak tau nak buat macam mana. jadi, tadi aku cuba pergi shopping. agak berjaya release stress tu. dan ahad malam nanti nak pergi tengok teater Natrah pulak! Yeah...

Tuesday, December 8, 2009

Kenapa Saya Semakin Bulat?

Pada hari Ahad yang lepas, saya keluar berjalan2 bersama seorang kawan sekolah menengah saya. Kami telah mengunjungi KLCC sempena PC Fair yang berlangsung. Setelah itu, kami berdua pun pergi makan. Itu pun kawan saya sahaja yang makan. Saya tidak makan kerana saya sudah makan sebelum keluar rumah. Dipendekkan cerita, tiba2 terpacul soalan berikut daripada mulutnya:
"Kenapa akak makin bulat?" Tanya Anis kepadaku. Aku tersenyum.
"Orang tengah bahagia. Macam ni lah..." Jawabku masih lagi tersenyum.

Iye... Bahagia sangat sekarang. Banyak sebabnya yang membuatkan saya berasa sangat bahagia. Saya dikelilingi orang2 yang mengambil berat tentang saya terutamanya rakan2 di pejabat saya. Mereka memang sangat 'Oh my God... Sangat caring!!!'. Walaupun baru2 ini saya telah dihalau dari rumah sewa, saya masih ada rakan2 yang sudi memberikan saya tempat tinggal. Dengan kemasukkan diriku ke rumah itu, berkuranglah beban mereka untuk membayar sewa rumah. Alhamdulillah, saya ada mereka di sini. Kalau tidak, saya tidak tahulah ke mana saya hendak pergi selepas dihalau dengan tiba2 sahaja. Kenapa saya kena halau? Oh, itu tidak perlu diceritakan di sini kerana saya sendiri tidak tahu sebab sebenar saya dihalau. Apa pun, dugaan ini tidak menjadikan saya patah semangat untuk meneruskan kehidupan ini kerana saya ada ramai rakan yang menyokong saya. Jadi, dugaan ini tidak mencacatkan kebahagiaan yang melimpah-ruah yang sedang membanjiri kehidupanku kini.

Alhamdulillah, kerjaku kini makin stabil. Biarpun saya perlu bekerja sampai lewat malam, saya tidak kisah kerana saya sukakan kerja saya. Saya gembira melakukan kerja saya. Saya berasa bahagia kerana mendapat majikan yang sanggup mengajar saya sesuatu yang saya tidak tahu. Saya yang selama ini tidak tahu apa2 tentang lighting akhirnya telah mengetahui serba-sedikit tentangnya. Walaupun saya bukan bekerja dalam bidang senibina, sekurang2nya saya telah menyumbang sedikit khidmat saya pada lighting consultant ini untuk menjadi lebih maju. Segala kemahiran yang saya ada telah saya sumbangkan sehabis baik. Alhamdulillah, setiap kali saya melakukan tugasan dengan baik, majikan saya tidak kisah untuk menyumbang sedikit pujian seperti: "Pandai Azlina..." atau "Tak sia2 kamu belajar kat UPM..." Sesungguhnya, saya berasa bahagia kerana diriku dihargai. Selain pujian, majikanku juga tidak lokek untuk membelanjakan duitnya demi membelanjaku makan. Sekarang anda tahu kenapa saya semakin bulat... Dan apa pula pendapat anda? Logikkah kalau saya menjadi semakin bulat? Fikir2kan. Sekian... =.P

notakaki: Jangan lupa menyebut Alhamdulillah setiap kali anda dikurniakan nikmat. Jangan lupa memulakan sesuatu dengan Bismillah kerana hanya dengan izin-Nya barulah kita boleh melakukan sesuatu pekerjaan itu.

Friday, October 30, 2009

Ter-update Jua Akhirnya...

Wah...
Dah berhabuk habis dah blog aku ni...
Langsung tak update ape2 pun...
Haha...

Alah...
Kalau aku update pun bukan ada orang nak baca... Habis tu buat apa aku update juga blog kalau dah tau takde orang nak baca? Hekeleh... (anda tau ke macamne nak sebut nih?)


Haah..
Aku sibuk sangat sekarang...
Lagi2 semenjak ofismate aku dah pindah kerja tempat lain...
Aku la yang kena siapkan segala drawing yang ada...
Bukan setakat drawing je...
Semua data sheet tentang lampu2 pun aku yang kena siapkan...
Aku telah menjadi orang penting nampaknya di ofis ini...
Baguslah gitu...
Tapi, agak penat la...
Tapi, penat tak penat, banyak kerja ke tak banyak kerja, balik rumah tetap awal...
Hehe...
Sejak pindah rumah baru ni sebulan yang lalu, boleh dikatakan setiap hari balik petang...
Dah tak balik malam macam selalu...
Maklumlah...
Dah ada rumah sendiri...
Bukan rumah aku pun...
Rumah adik ofismate aku...
Tapi, anggap je la macam rumah sendiri...
Haha...
Tak malu...
Kadang2 je la balik malam...
Kalau dah terdesak sangat...
Nak balik malam2 tak boleh...
Sebab aku rabun malam beb...
Kalau kadang2 bolehlah, tapi kalau selalu...
Uh...
Tak tahan mata aku nak menanggung kegelapan malam yang sangat gelap itu...


nota kaki: bos tengah sibuk mencari interior designer nih... nak jadikan pembantu aku... sesiapa yang nak mohon, silalah register kat JobsDB dulu ek... nanti automatik nama anda akan tersenarai dalam nama candidate... pastikan kelulusan anda bersesuaian la dengan jawatan ni ok?

Saturday, September 12, 2009

Orang Yang Aku Nak Tak Dapat, Orang Yang Aku Tak Nak Kacau Aku Pulak...

"Orang yang aku nak tak dapat, orang yang aku tak nak kacau aku pulak..."

Normallah kan perkara macam ni terjadi...
Bukan kat aku seorang saje...
Orang lain pun pernah melaluinya kan?
Dalam merungut macam ni, ada tak kita terfikir yang diri kita ni cukup layak ke untuk empunya badan pujaan hati kita tu?
Kot2 orang tu punya peribadi baik, tapi diri kita sendiri perangainya mengalahkan hantu...
Kadang2 kita tergila2kan orang2 lawa, hensem, macho, tapi bila tengok diri sendiri, uh...
Orang pandang pun tak selera...
Ok2...
Tapi, aku comel...
Masih ade peluang untuk dapatkan jejaka idaman...
Takpe... (saje nak tingkatkan keyakinan diri)
Bukan nak memburukkan ciptaan Allah, cuma...
Oklah...
Kalau dah tau muka tak lawa mana, terapkanlah sikit personaliti diri tu dengan sifat2 mahmudah...
Sekurang2nya sejuk mata orang memandang...
Bak bercahaya sirna wajahmu gitu...
Kan?
Betul kan?
Ini tak...
Muka dahlah tak seberapa...
Kewajipan sebagai seorang 'hamba abdi' selalu dibuat main2...
Macam mana tu?
Agak2 ada ke orang nak pandang kalau macam tu?
Mungkin ada la kot kalau tak tau perangai sebenarnya kan?
Macam mana nak jadi pemimpin keluarga kalau diri sendiri tak terpimpin?
Macam mana nak mengajar anak2 tentang kewajipan2 seorang 'hamba abdi' kalau diri sendiri pandang ringan tentang kewajipan tersebut?
Macam mana?
Harap aku dijauhkan daripada terlajak begini jauh...
Oh...
Orang kata kalau nak tengok macam mana keadaannya umat yang akan datang, tengoklah macam mana umat yang sekarang...
Fahamkan?
Bagus murid2 sekalian...
Kelas tamat...

notakaki: mahu perbaiki diri sendiri... harap dapat membantu yang lain juga...

Saturday, August 29, 2009

Pendapatan Pertamaku

Alhamdulillah semalam aku dah dapat gaji pertamaku...
Apalagi...
Faham2lah kan bila dah dapat duit ni, ada je rancangan nak beli itu, beli ini...
Tapi, bila aku nak keluarkan duit dari ATM tu, tiba2 dirasakan jumlah yang ada terlalu sedikit...
RM1600 lebih...
Kenapa ek bila kita dah memiliki sesuatu tu walaupun mungkin agak banyak daripada apa yang orang lain miliki kita tetap rasa tak mencukupi?
Kenapa ek?
Kenapa ek?
Ek? Ek?
Mungkin sebab kena bayar PTPTN lepas ni, tanggungjawab kepada ibu bapa dan adik2, lagi2 dah dekat2 nak raya nih..
Nak bayar sewa rumah/bilik lagi termasuk perbelanjaan harian lagi...
Nak ambik lesen kereta lagi, nak beli kereta lagi sebab kalau takde kereta tak boleh jumpa klien nak bawak sample lampu nak tunjuk kat klien (bos katalah)...
Kalau takde kereta alamatnya duduk ofis je la diriku ini jadi draughtsperson walaupun jawatan yang diberikan adalah interior designer...
Nak tunggu gaji keberapa la pulak nih baru boleh beli kereta...
Baru tahu rasa seksa jiwa orang bekerja...
Tapi, takpe...
InsyaAllah aku akan kendalikan pengurusan wangku dengan sebaik mungkin...
Ofismatesku, harap anda fahamlah ye keadaanku ini...
RM1600 sebulan tu belum cukup untuk aku berfoya2 buat masa ini...
Tunggu gaji aku dah naik beberapa bulan lagi...
Masa tu anda nak ajak aku berfoya2 sakan pun tak ape...
Ok?
Ok...
------------------------------------------------------------------------------
Semalam keluar berbuka puasa dekat Popeyes di Sunway Pyramid. Habislah RM10. Pastu balun pulak Caramel Cream kat Starbuck Coffee. Habislah RM4.15 (selebihnya tumpang duit ofismate. hahaha...). Tengah menyesal la ni. Habis duit tu tak kisah sangat. Menyesal sebab perut yang dah mula mengecil dulu kini membuncit kembali. Aduh... Bulan puasa ni langsung tak bersenam lagi. Tak tau nak bersenam waktu bila. Kalau hari biasa selalunya bersenam lepas solat Subuh. Tapi, bila bulan puasa ni sah2 la tak boleh nak bersenam lepas subuh sebab perut full. Nak bersenam petang pun, balik dari ofis lambat. Kadang2, kerja sampai malam. Nak bersenam waktu malam je dah mengantuk. Letih bekerja. Habis tu bila masanya aku nak bersenam nih? Seseorang tolong selamatkan diriku. Aku mahu kelihatan kurus raya nih. Aku tak mahu dikata oleh saudara-mara lagi bahawasanya badan aku sama saiz dengan mak aku. Tolong! Tolong!

Ok... Done...

Selamat menjalani ibadah puasa semua. Jaga tingkah-laku...

Wednesday, August 19, 2009

Bos Kata Rugi Siapa Tak Ambik Saya Kerja..

Bos kata rugi siapa tak ambik saya kerja... Saya pun fikir begitu juga... Apa pendapat anda pula?

Thursday, August 13, 2009

Sibuk Betul La Kononnya Ni...

Saya betul2 sibuk ni sejak dah bertukar kerja sampai tak sempat2 nak buat announcement yang saya sudah meletakkan jawatan sebagai cikgu ganti di sekolah kampungku. Sekarang saya bekerja di M Lux, syarikat konsultan bagi pencahayaan di dalam dan di luar bangunan. Jawatan yang saya pegang adalah Interior Designer. Ok2.. Ketiadaan privasi untuk menaip panjang2. Nanti bila2 saya sambung balik la ek.. Tata..

Wednesday, July 22, 2009

Ye.. Saya Marah2 Lagi..

Ingat saya suka sangat ke marah2 ni?
Tak cool la beb..
Haih..
Budak2 ni pun satu la..
Saja aje nak buat saya jadi tua cepat..
Dah elok2 saya awet muda macam ni tak pasal2 nanti ada kedut di mukaku..
Tak mau la..


notakaki: cikgu lagi ganas daripada murid. padan muka kamu..

Monday, July 13, 2009

Aku Seorang Cikgu? Hihi..

Aku jadi cikgu? Sangat sukar untuk dipercayai. Nak buat budak2 sekolah rendah dengar cakap kita bukannya mudah. Mencabar sungguh bagi aku yang sangat pendiam ini mengajar 3 buah kelas yang kesemuanya mulut murai. Macam mana ek nak hadapi situasi macam ni? Rajin sungguh murid2 aku bercakap. Sangat hiperaktif. Bagi aku yang tak punya pengalaman apa2 dengan budak2 dalam lingkungan umur ini, agak susah nak kawal mereka ni. Lagipun, seingat aku kalau zaman aku sekolah dulu, murid2nya taklah seaktif ini. Agaknya budak2 sekarang memang hiperaktif ek? Anak buah aku yang paling tua pun baru masuk 2 tahun lebih umurnya. Jadi, agak susah untuk aku menyesuaikan diri dengan murid2ku ini. Walaupun ada yang agak ramah, manja, nak melekat je dengan aku, tapi untuk buat mereka menumpukan pada pelajaran mungkin agak payah sikit. Mereka lebih suka kalau cikgunya ini berborak2 kosong. Hoh..

Anak2 sekalian. Kita pergi sekolah untuk apa ya? Untuk belajar kan? Bukan untuk main2 kan. Ha.. Jadi, silalah fokus pada apa yang cikgu sampaikan ye. Nanti kamu juga yang pandai. Dah pandai nanti boleh dapat nombor satu dalam kelas. Dah dapat nombor satu, nanti cikgu belanjalah coklat ke, kuih yang mak cikgu buat ke. Cikgu dah bagi coklat dan kuih nanti bolehlah anak2 rekomenkan 'abang anak2' pada cikgu. (macam pelik je perkataan 'abang anak2' tu). Hihi.. Eh eh, tergatal pula. Weeee..

Para pembaca sekalian, silalah doakan kejayaan aku dalam bidang pengajaran yang sementara ini. 3 bulan je pun. Tapi, aku lagi berharap anda mendoakan kejayaan aku dalam interview kerja esok di Seremban. Harap2 lepas la aku dari seksa mengajar ini. Huhu.. Aku tak sanggup tunggu lama2 u. Aku fed-up nanti kang. Ha.. Ada kang kes penderaan kanak2. (Konon2 je pun. Tak berani pun nak pukul2 orang ni). Mau aku mengalami kemurungan mengalahkan orang meroyan.

Ok la. Selamat beramal dan tak mau murung2 ok. Daaa~

Saturday, June 27, 2009

Sesalanku

Aku kecewa kerana buat dia kecewa..
Mungkin dia takkan percaya padaku lagi..
Maafkan segala keterlanjuranku..
Aku cuma mahu dia tahu aku masih ingin bersamanya..
Tapi, itu mungkin hanya tinggal impian..
Kelemahanku..
Aku tak pandai memujuk..
Aku tak pandai leraikan persengketaan..
Apa yang perlu aku lakukan?
Mungkin lebih baik aku berdiam?


.................

Friday, June 26, 2009

MONOLOG SEORANG GADIS

MONOLOG 1

Suatu ketika Sang Hati pernah dimiliki..

Namun dia nekad untuk menarik diri..

Kerana cinta yang dimiliki bukanlah cinta sejati..

Kini Sang Hati masih menanti..

Bilakah pintu hatinya akan terbuka untuk menerima hati seorang lelaki..

Yang setia menanti di sini..

Dekat aje ni ha.. (hambik kau tetiba tukar rentak pulak)

Tinggal sekampung je pun..

Apa lagi yang kau tunggu Inot oi?

Dia tu anak ustaz..

Ada kelulusan dalam bidang syariah pulak tu..

“Apa lagi yang kau cari?” Suara hatiku bertanya..

Aku menjawab, “Aku nak jadi kaya dulu..”

Suara hati bertanya lagi, “Kalau kau kaya pun harta kau tu boleh bawa mati ke?”

Aku menjawab, “Harta memang tak boleh bawa mati, tapi pahala dari harta yang aku salurkan untuk kesenangan keluargaku pasti boleh dibawa pergi kan?”

Suara hati membalas, “Haish, I tak taulah lagi macam mana nak nasihat you ni!”

Tiba2..

“Alah.. Dah kahwin nanti lagi rezeki datang berganda2 sebab rezeki suami dan isteri bergabung.. Itu kan berkat perkahwinan..” Nasihat Fauzi Nawawi tergiang2 di telingaku..

(Hambik kau.. Artis nasihat baru nak dengar..)

Hmm..

Nak terima ke tak nak?

Nak ke tak nak?

Tak nak ke nak?


.............


MONOLOG 2

Dia seorang yang aku cintai.. (cinta sangat2)

Dari setiap katanya berbaur inspirasi.. (kadang2 ada juga keji)

Dari setiap renungannya menggambarkan isi hati.. (kadang2 tak boleh baca langsung)

Dari setiap sentuhannya mendamaikan jiwa ini.. (damainya la hai.. terbang.. terbang..)

Dia.. (siapa tu? ha..)

Di hatiku.. (hai dia.. awak ok tak dalam hati saya?)


...............


MONOLOG 3

Hati saya ada pada A..

Tapi hati A bukan pada saya..

Sekarang ada B nakkan hati saya..

Tapi hati saya masih nak kekal pada A..

Sebab A sumber inspirasi saya..

Walaupun dia kadang2 kejam terhadap saya..

Tapi dia lebih banyak baiknya daripada kejam..

Itu yang buat hati saya masih ingin bersamanya..

Cuma A tak tau yang hati saya betul2 ingin bersamanya selalu..

Saya harap hati A boleh jadi milik saya juga..



..................

MONOLOG 4

Tiba2 saya rasa saya nak kahwin..

Encik A, sila hubungi saya kembali..

Mari kita tetapkan tarikh merisik..





.............

notakaki: eh eh, terasa kemiangan di satu pelusuk tubuhku. tolong garukan boleh tak?

Tuesday, June 16, 2009

Award Dan Tag Daripada Seorang Rakan

Salam kepada semua pembaca. Entri hari ini berkenaan award dan tag. Mempersembahkan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Inilah award yang aku terima. Award daripada seorang kawan. Sila baca karangan yang selanjutnya..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda:

Pemberi award ini adalah Husna Azahar. Aku kenal dia masa belajar di SAMBESTARI, USJ waktu form 4 dan form 5. Kami tak kenal rapat pun. Cuma tau nama dan muka. Tegur pun cuma kadang2 je. Iye tak Husna? Hihi.. Pastu, kami ditakdirkan dapat matrik yang sama (Kolej Mara Seremban – oh, tetap di hati hingga kini). Tapi, lain course la. Dia ambil Sains Hayat, aku ambil Sains Fizikal. Lepas matrik, aku dah tak tau dia ke mana. Haha.. Start contact balik kat Facebook dalam tahun 2009 ni jugak. Masa tu game Society Pet sedang popular. Pet kami saling mengunjungi rumah masing2. Ada satu masa aku ke Hong Kong, aku minta Husna dan rakan2 yang lain jaga pet aku (Bucuk) selama aku tak ada kat Malaysia. Haha.. Lawak sungguh. Sekarang Husna dah ada blog. Sayangnya dia aktif berblog ketika aku dah tak aktif sangat berblog kerana ketiadaan bekalan internet di rumah. Apa pun, keep in touch ok, Husna.

Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri:
  1. Aku seorang perempuan yang nakal tapi masih baik.
  2. Aku seorang penganggur yang masih mencari2 pekerjaan yang sesuai dengan minatku (paling minat buat 3D model tapi kalau dapat kerja lain yang berkaitan dengan senibina pun masih boleh terima lagi. apa yang penting? PENGALAMAN!!!).
  3. Aku suka memberontak diam2. Means, aku tak tunjuk kat orang lain yang aku tengah memberontak. Aku memberontak sorang2. Giler psiko. Haha..
  4. Aku masih single. Aku keliru dengan perasaan diriku. Aku tak mahu bercinta tapi aku mahu disayangi. Aku rasa aku ni dah giler. Haha..
  5. Aku sangat menyayangi binatang terutamanya kucing. Aku sangat tak suka tengok orang yang tak suka binatang lalu menyepak2/memukul2 mereka seolah2 binatang2 itu melakukan dosa yang sangat besar.
  6. Aku suka tengok perempuan cantik yang baik. Hati aku akan mencair dengan tiba2. Kahkah.. Giler lesbian bunyinya. Oh, tapi aku bukan spesies itu sebenarnya.
  7. Aku seorang yang senang jatuh cinta/jatuh hati kalau seseorang berbuat baik dengan aku. Jagalah orang tu nanti kena kacau dengan aku. Haha.. Kan aku dah kata aku psiko. Haha lagi..
  8. Aku suka masak. Tapi, selalu kena marah dengan mak dan abah sebab suka masak yang bukan2 kerana aku suka masak ikut suka dan mencipta resepi yang bukan2. Haha.. Lantak ar. Asal boleh makan.
  9. Aku sedang menggemuk. Kebanyakkan pakaian aku dah tak muat. Aku sedang berusaha mencari rujukan tarian poco2 dan poomsee taekwondo yang aku pelajari waktu sekolah dulu untuk dijadikan sebagai rujukan senaman.
  10. Aku senang terharu. Contohnya, abang aku bertunang minggu lepas. Dapat orang Kelantan. Setibanya rombongan kami kat kampung pihak perempuan, aku berasa sebak dengan tiba2. Aku rasa nak menangis. Oh, aku tak tau kenapa!


Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda:

Aan

Aryn

Faris

Is Amy Teng

Ilani

Fatimah

Monday, June 15, 2009

Tentang Aku

Salam wahai para pembaca sekalian. Entri aku hari ini simple saje. Aku nak minta kerjasama semua pembaca untuk menjawab soalan subjektif ini.

Sila describe tentang diri Archienot (pemilik blog ini).

Itu saje. Tak kisahlah dari segi ape pun kan. Sekadar nak mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam. Kadang2 ape yang kita fikir tentang diri kita bukannya betul sangat pun. Jadi, tak kisahlah kepada yang dah lama kenal ke atau baru kenal atau memang tak kenal langsung tapi ada terbaca entri2 aku sebelum ni lalu nak menyimpulkan sesuatu tentang diri aku, silalah berbuat demikian. Segala komen anda akan dijadikan renungan. Apa yang baik aku jadikan pedoman, apa yang buruk aku jadikan sempadan. Sekian, terima kasih.

notakaki: Mahu berusaha menyayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain.

Tuesday, June 2, 2009

Kenangan Interviewku Yang Pertama

Nervous rasanya mahu menghadapi interview kerja yang pertama dalam bidang architecture ni. Sebelum ni pernah interview kerja jugak. Tahun 2006. Masa tu cuti semester 3 bulan. Tapi, interview untuk kerja jaga pam minyak je la kat Jalan KLIA.

Teringat masa sebelum interview tu, sepupu aku yang juga baru sebulan bekerja kat situ kata majikan pam minyak tu nak ambil pekerja sepenuh masa je. Maksudnya, aku tak boleh la kata yang aku cuma nak kerja sambilan je. Sekadar untuk memenuhi masa lapang waktu cuti tu. Lalu, waktu interview berlangsung bermulalah penceritaan Mak Karut yang betul2 mengarut. Aku mengarut ape? Aku kata lepas habis SPM aku duduk rumah je tak pernah cari kerja langsung sebab mak tak kasi kerja. Haha.. Tapi, suatu masa dulu mak aku memang tak kasi aku cari kerja pun. Penolong majikan aku ni buat muka "nak percaya ke tak percaya". Haha.. Kesian. Tapi, akhirnya aku diterima juga bekerja. Cuma bertahan selama 2 minggu je sebab.. Haha.. Segan aku nak bagitau. Sebab tak tahan dengan pekerja lama yang tak ramah-tamah. Muka masam memanjang. Hangin tak tentu hala. Tau la perempuan ada masa nak moody sebab senggugut kan. Tapi, takkan sepanjang masa asyik senggugut je kan? Huh. Ada sorang pekerja perempuan ni kebetulan sekampung dengan aku tapi dia tak pernah nak senyum dengan aku dan sepupuku. Oh, alangkah sombongnya dia! Aku pun jadi tak berkenan nak menegurnya. Jadi, aku dan sepupuku bernekad untuk berhenti disebabkan layanan yang kurang mesra daripada pihak atasan dan staff2 di situ. Ada juga la staff yang baik contohnya macam Mat Bangla (dah lupa nama) 3 orang tu. Baik sangat. Suka temankan kitorang jaga pam minyak waktu petang. Ada juga sorang mamat Melayu yang baik dengan sepupu aku. Ye la. Sepupu aku kurus ramping kan. Dengan aku dia suka ejek2 aku gemuk. Tapi, kira ok la tu kan. At least dia nak jugak bertegur-sapa dengan aku. Bila nak berhenti kerja tu aku dan sepupu aku merancang betul2. Takut kalau diketahui orang atasan, gaji kitorang disekat nanti. Nasib baik aku dan sepupu aku pandai. Kami berhenti kerja lepas sehari kami dapat cek gaji.

Keesokkannya, bermulalah misi melarikan diri dari pusat pengganas. Dalam pukul 9.00 pagi aku buat2 masuk dalam kedai konon nak minum la. Padahal nak ambik beg tu. Pastu giliran sepupu aku pulak masuk kedai sebab nak letak notis 24 jam kat tempat kitorang biasa lepak. Pastu, diam2 keluar. Tunggu abang sepupu aku ambil kami berdua. Bila abang sepupu aku dah sampai, kami blah macam tu je. Bukan setakat abang sepupu aje yang ambik kami, dengan bini dia, anak dia, kakak sepupu aku dan emak saudara aku datang menjemput kami. Macam buat jenayah secara berkumpulan je aku rasa. Haha.. Lepas tu, kami terus menuju ke bank di KLIA untuk tunaikan cek tu. Nervous ni takut kehilangan kami dah dikesan lantas duit gaji disekat. Tapi, Alhamdulillah sebab kami dapat juga menunaikan duit itu. Pastu, jalan2 kat tepi lapangan terbang. Bestnya dapat tengok kapal terbang berlepas. Rasa hilang segala beban di tempat kerja. Bila sampai rumah, sepupu aku suruh bagitau mamat yang suka dia kat tempat kerja tu tentang notis yang kami tinggalkan kat tempat lepak kami. Mamat tu tanya, "kenapa buat macam ni?". Haha.. Redha je bunyinya. Aku tak tau nak kata ape. Lepas daripada waktu itu, aku cuma menternak badan je sambil menternak kucing. Huhu.. Itulah pengalaman kerja saya yang pertama.

Anda yang sedang menganggur tu, nikmatilah waktu itu. Cari kerja bila rasa dah nak cari ok. Kalau rasa tak nak cari, jangan cari. Nanti kalau buat sesuatu tanpa rela, hasilnya langsung tak memuaskan tau. Sekian. Terima kasih.

notakaki 1: Esok aku interview kerja kat Akitek Akiprima Sdn Bhd di Subang Jaya. Doakan kelancaran urusanku ok.

notakaki 2: Harap2 bekas majikan aku halalkan duit gaji tu.

Tuesday, May 26, 2009

Bila Sang Penganggur Bercerita

Sejak 8hb. Mei tepat jam 6.00 petang setelah kelambatan menghantar Technical Report (nasib baik Pn. Kalsom sanggup menerimanya tapi tak tau la kalau kena tolak markah ke tak. Keh keh keh..), secara rasminya aku telah bergelar seorang penganggur yang bertauliah. Yey.. Sukanya saya! Errr.. Tak suka sangat pun sebenarnya. Kenapa? Sebabnya bila dah habis belajar bermaksud tiada lagi internet yang menjadi rakan rapatku di universiti. Haha.. Sebab ni je aku tak berasa gembira. Anda rasa patutkah begini? Sumpah hidup sia-sia kalau asyik nak beronline je setiap masa. Kalau beronline tu cari benda2 yang berfaedah tak apa la juga. Ini mahu setiap hari menghadap facebook, youtube, blog dan segala adik-beradik sumber hiburan duniawi yang hanya melaghokan itu sampai mempengaruhi tahap kedisiplinanku pada semester 2 yang lepas. Haha.. Baru sekarang rasa nak menyesal? Eh, tak.. Lama dah menyesal tapi setiap kali beronline memang secara automatik akan melekat kat kerusi studio tu. Selagi tak rasa nak terkucil ke, terbeca ke, terlapar ke memang aku takkan keluar dari studio. Kalau boleh kena tunggu sampai kaki dah berjoget2 tango dan seluar hampir nak terbasah baru la akan segera bergegas ke toilet. Haha.. Jijisnya ayat ini. Ah, lantak! Kalau lapar, kena tunggu tahap maksimum sampai nak pengsan dan tangan menggigil2 bak pesakit Parkinson baru la pergi keluar makan. Bila dah dipengaruhi rasa lapar ni, keinginan membeli bekalan makanan tu membuak2. Nampak itu sedap, nampak ini sedap. Kalau boleh, masa beli burger tu mahu beli 2 bungkus sekaligus. Kalau beli air isotonic mesti beli yang botol besar tu. Alasannya, jimat sikit berbanding beli yang botol kecil. Lepas tu, beli pula makanan2 rapu dengan alasan kalau lapar nanti boleh makan mereka. Tak payah susah2 nak keluar beli makanan. Haha.. Tapi, akhirnya keluar beli makanan berat juga sebab mana mampu ku tahan rasa lapar ini. Perutku kalau sudah lapar yang teramat sangat mesti mahu makan benda2 masin dan bersambal punya. Baru rasa bertenaga kembali. Ha.. Akibatnya, sekarang aku jadi bulat macam bola sebab asyik makan je. Ada pula rakanku yang memanggilku BULAT. Haha.. Nasib baik bulat itu bentuknya comel. Oh.. I like benda2 yang berbentuk bulat macam bola, haiwan berperut bulat dan perut bulatku juga. Tapi, setelah ku perhatikan betul2 perut bulatku di cermin, aku mula menyesal. Ala.. Tak macho la macam ni ada perut bulat. Hihi.. Dan itu hanyalah keluhan semata2 tanpa ada sebarang usaha yang betul2 boleh dipanggil usaha untuk menguruskan badan ini. Sebelum ni ada beli Sauna Belt yang berharga lebih RM 200 termasuk kos penghantaran. Tapi, disebabkan penggunaannya yang memerlukan elektrik dan wayarnya yang pendek telah menyebabkan aku kurang gemar untuk menggunakannya. Juga disebabkan kemalangan di mana aku telah terguna lebih dari masa yang diterhadkan iaitu selama 50 minit. Aku yang tidak sengaja tertidur semasa menggunakannya, tiba2 dikejutkan dengan kesakitan pada bahagian perutku (bukan nak terbersalin ye) lalu bila aku menjenguknya aku terlihat ada gelembung2 yang pelbagai saiz muncul di kulit perutku akibat peluh yang terdidih. Mungkin aku pakai belt tu ketat sangat kot menyebabkan peluh tu tak mampu mencari jalan keluar lalu hanya mampu berkumpul beramai2 di perutku sahaja. Kemalangan ini berlaku sebanyak 2 kali. Haha.. Aku serik nak guna tapi bila tengok balik belt tu rasa macam membazir pulak kalau tak guna. Jadi aku bercita2 akan menggunakannya nanti kalau ada masa lapang (macamlah aku sibuk sangat). Maksud aku akan guna kalau aku rasa betul2 tak ada benda lagi nak buat kat dunia ni. Kemudian, aku dikejutkan dengan pembelian alat urut refleksologi dan akupuntur dari Akino yang papaku belikan untuk mamaku (mama dah lama sakit kaki. Eh, apa mengada2 sangat ni guna PAPA MAMA pula?). Aku berasa gembira kerana bilaku baca manualnya tertulis di situ alat urut itu boleh menguruskan badan. Haha.. Tapi, aku dah beberapa kali cuba. Perutku masih membulat. Malah bertambah bulat. Aku rasa bersalah pada diriku. Sebenarnya, apa yang aku perlu lakukan hanyalah bersenam. Tapi, aku malas betul! Hish! Marah ni.. Marah kat diri sendiri. Aku malas bersenam sebab aku malas nak basuh baju kotor setiap hari. Haha.. Punyalah pemalas. Tapi, walau apa pun aku tau aku kena juga bersenam. Mungkin satu hari nanti pintu hatiku akan terbuka untuk kembali aktif bersenam dan bersukan. Oh, jangan tak tau. Aku dulu champion Taekwondo. Ceh.. Champion tak champion sangatlah. Tapi, banyak juga la medal tergantung kat dinding bilik ni. Bila aku renung medal2 itu, aku rasa rindu pada zaman keaktifan aku dalam bidang sukan. Rindu juga pada rakan2 Taekwondoku yang lain. Kenapa aku tak aktif Taekwondo lagi? Sebab tak betah dengan kawan2 Taekwondo yang baru masa di matrikulasi dan UPM menyebabkan aku berhenti separuh jalan saja. Hingga kini aku hanya bertali-pinggang biru peringkat kedua. Oh2.. Sikit lagi nak dapat tali pinggang hitam tapi apa kan dayaku. Aku tak mampu menahan kerinduan pada rakan2 Taekwondo sekolahku sehingga aku tak mampu nak bergaul dengan rakan2 baru yang lain. Bunyi macam tak reti bergaul je kan? Tapi, rakan2 yang dah kenal aku mesti tau macam mana caranya nak berkawan dengan aku. Kena tegur aku dulu baru aku akan tegur mereka. Bukan sombong, tapi pemalu sebenarnya. Pemalu giler babas tahap gaban. Kalau boleh bila jumpa orang yang tak kenal, rasa macam nak tunduk je. Tak nak pandang depan, belakang, kiri, kanan langsung. Haih.. Entah mengapalah aku begini. Orang kata aku ni kurang keyakinan diri. Hmm.. Mungkin kot sebab tak kenal lagi kan. Tapi, kalau dah lama kenal sampai tahap boleh bertepuk-tampar dan bersepak-tendang, perspektif orang tentang aku akan jadi sebaliknya. Bak kata rakanku, Halim aku mempunyai dual personality. Haha.. Betul la tu. Malahan, aku rasa bukan dual je, triple pun boleh jadi. Aku memang seorang yang berubah2 mengikut masa dan situasi. Sesuai dengan bulan kelahiranku iaitu bulan Disember. Katanya perwatakan orang yang lahir pada bulan ini salah satunya ibarat binatang sesumpah yang boleh bertukar2 warna bergantung pada persekitarannya. Begitu jugalah aku. Kadang2 berwajah garang untuk melindungi diri yang kecil ini. Kadang2 akan bergelak-tawa dengan rakan2 yang boleh membahagiakan hati ini. Kadang2 akan senyap sepi je kalau bersama2 rakan yang tak sekepala dengan diri ini. Haha.. Nampaknya itulah kisah seorang penganggur untuk kali ini. Aku rasa entri ini macam tak ada motif je. Huhu.. Apa2 pun diharap entri ini mampu menjemukan anda semua untuk membacanya. Giler panjang. Aku pun jemu melihatnya. Huhu.. Selamat tinggal.

notakaki 1: 2 hari lepas aku kemalangan lagi semasa menggunakan Sauna Belt. Pun sebab tertidur juga. Haha.. Habis melecet perut aku.

notakaki 2: Entri ni tak ada perenggan. Aku tak tau macam mana nak membahagikannya menjadi perenggan sebab semua cerita pun berkaitan dari awal entri lagi. Kekeke..

notakaki 3: Waktu menganggur ni aku penuhi masa yang ada dengan menghadiri kelas piano yang dikendalikan oleh diri sendiri. Haha.. Dah lama gian nak main piano. Tak beli pun piano. Download software Electronic Piano je pastu install. Then, main la macam seorang pro. Berangan main macam Maksim tu. Badan siap lenggok2 macam seorang pro. Haha..

Sunday, April 19, 2009

Miracles of The Quran

Assalamualaikum.

http://www.miraclesofthequran.com

Please check this site. One of the fans of Prophet Muhammad (SAW) send it to me so that i can share it with all of you.

JazakAllah to that brother in Islam.

This site contains many amazing facts about Quran. I havent checked all of them though. But so far so good. Take a look.

Thanks.

P/S: ONE OF THE POST FROM FAN OF PROPHET MUHAMMAD (SAW).

Friday, April 17, 2009

Projek 3 - BETWEEN DICHOTOMIES: CIQ COMPLEX, MALACCA

Ha... Lama jugak kan aku tak berblog secara serius ni. Entri2 sebelum ini banyak sangat la yang merapu-meraban tahap cipan. Pastu, lagi banyak jawab tag daripada mengarang entri. Huhu... Ala... Ok la tu kan daripada tak ada isi langsung. Kekeke... Em...

Meh aku nak berkongsi sikit hasil kerja FINAL PROJECT aku untuk semester ini yang menyebabkan aku kesibukan tahap arkitek profesional. Hukhuk... Sibuk la sangat. Sebenarnya lebih kepada tak ada mood nak mengarang entri kerana stress sangat2. Hihi... Ah, banyak pulak aku bergelak-gelakkan dalam entri kali ni. Hepi sangat la tu... Huhu... Eh, tergelak lagi. Alahai... Ok2. Serius2... Kali ini aku nak berspeaking pula. Baru nampak profesional sikit. Uhuhuhu...

Between dichotomies means a division or contrast between two things that are or are represented as being opposed or entirely different.

For this final project, students are now to undertake a project that addresses the 3 elements within a dichotomy: the 2 elements that make up the dichotomy itself and the third element that exists between the two. Some of the immediate dichotomy presented to students will be between land and sea (where people come from land to sea and vice versa), public and private (passenger and staff), the pedestrian and the vehicle (the walkway and the road), the processed and the unprocessed (after and before boarding pass process), the local and the foreign (the passengers), the transient and the non-transient, the earthbound and the high-rise (the building), the natural and artificial (ventilation and lighting), the historical and the future.

Ah, malaslah pula nak berspeaking. Pening aku nak fikir ayat (padahal memang tak terer speaking pun). Nah... Lihatlah gambar2 bod yang aku upload nih demi menunjukkan betapa kepayahannya diriku menyudahkan projek ini.







Wahai para pembaca sekalian. Ketahuilah betapa nervousnya perasaanku ini selama projek ini berlangsung. Iyelah. Aku kan seorang repeater. Sudah tentu rasa kurang confident itu ada. Tapi, aku taklah sampai berfikiran negatif yang aku akan gagal semester ini kerana aku yakin pensyarah2 pasti akan menolong golongan repeater ini. Namun, di saat2 akhir projek ini disiapkan, aku berasa sangat relaks tahap boleh layan facebook wa cakap lu walaupun bod2 tak siap lagi. Gile ke hape aku nih? Haih... Punyalah sengal aku rasa masa ni. Facebook memang buat orang ketagih la. Shiut je...

Tempoh projek ini adalah 2 bulan setengah. Proses awal adalah membuat model comel berskala 1:500 yang respon kepada site context. Dari model comel ini idea akan dikembangkan kepada space planning pula. Aku tak tahulah apa masalah idea aku ni sampai banyak kali aku kena ceramah oleh tutor yang mentutor aku. Bosan dowh kena ceramah benda yang tak straight to the point. Last2, aku dah tak nak jumpa dia langsung. Mulalah aku tergapai2 mencari hala tuju sendiri. Kadang2 aku terfikir juga kenapalah Pn. Kalsom @ mama tak letak je nama aku dalam group yang aku dah biasa contohnya kat group dia ke, Cik Sofie ke, Encik Nik ke. Kan senang. Kami ni golongan repeater memerlukan orang yang sudah memahami design kami wahai Pn. Kalsom sayang. Disebabkan kurang jumpa lecturer, tak pasal2 seminggu sebelum submit drawings design aku kena ubah sedikit. Sedikit je la. Tak banyak. Kata Pn. Kalsom aku tak perlu buat 3D baru. Just tumpukan kat floor plan je. Tapi, aku buat jugak 3D baru sebab rasa tak puas kalau 3D tu tak sama dengan floor plan. Rasa macam 'eee, aku ni macam takde usaha langsung nak wat yang terbaik'. Ye, ramai orang kata aku perfectionist. Hmm... Aku rasa kadang2 la kot. Kalau aku rasa aku boleh buat sesuatu tu lebih daripada apa yang aku buat sekarang, aku akan cuba juga untuk sampai ke tahap tu walau lambat mana sekalipun akan aku cuba jugak. Itulah aku. Dan aku berjaya siapkan 3D dalam masa 3 hari. Hasilnya seperti dalam bod tu la.

Masa presentation day hari tu, Alhamdulillah para panel suka design scheme aku. Aku pun tak sangka akan dapat komen yang positif daripada mereka. Mereka pula yang banyak bercakap berbanding aku. Betul!!! Aku just bagitau design intention aku dan cerita sedikit tentang space planning then diorang pula mula mentafsir drawings aku kepada ayat. Hmm... Quite surprise actually. Patut la aku tak rasa nervous sangat sebelum nak present tu. Huhu... Terima kasih kepada para panel yang tak banyak tanya dan mudah memahami drawings ku. Jasamu dikenang sampai mati. Huhu.. Cumanya sekarang aku perlu berdepan dengan juri sebenar, Pn. Kalsom dan para kroninya. Sebab aku tau aku kurang berdisiplin untuk projek kali ni. Dahlah jarang jumpa lecturer, pin up bod pun lambat. Apa raaa... Entah kena tolak ke tak markah aku pun tak tau. Huuu... Nervous gak nih. Sekarang tengah meraikan kemerdekaan sekejap sebelum menyambung kerja untuk menulis report bagi projek ini pula.

Ah, letihnya mengarang setelah sekian lama tak mengarang. Sekian, terima kasih dulu la ye. Selamat membuta semua...

Perancangan Perkahwinan Aku. (Aku Memang Suka Jawab Tag. Tag La Aku Banyak2 Ok?)

Menjawab tag daripada Ilani.

1. How old are you?

22 years, 3 months and 21 days old..

2. Are you single?
in an open relationship with anyone..

3. At what age do you think you’ll get married?
hmmm... susahnya soalan ni wei... err... saya tak tau la cik Ilani... betul2 tak tau ni... emmm... yang saya tahu saya nak kawin kalau saya dah kaya dan cita2 saya dah tercapai...


4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now?
errr.. takkan saya nak kawin dengan seorang perempuan kot sebab sekarang saya banyak berflirting dengan rakan2 perempuan... uhuhuhu.. sekadar hobi di masa lapang... uh... sangatlah takde kerja...

5. If not, who do you want to marry?
Seorang lelaki yang mempunyai ciri2 idaman seperti yang terdapat pada rakan2 perempuan yang aku sayangi sekarang..

6. Who will be your bridesmaid & bestman?
adik saya atau rakan terdekat...

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
ape2 pun boleh janji dapat kawin... kekekeke... tapi aku sukalah kawin macam suasana kat kampung aku sekarang... orang kampung merewang sama2... kan best tu...

8. Where do you plan to go on honeymoon?
emmm... saya nak pergi ke mana saja my hubby nak pergi... saya tak kisah tapi kalau boleh nak pergi negara yang bersalji... huhuhu.. tak kisah konon sekali hambik kau... nak gak pergi oversea...

9. How many guests do you think you’ll invite?
kawan2 yang dikenali sejak tadika sampailah tahap universiti ini dan mungkin juga rakan2 sekerja yang akan datang...

10. Will that include your exes?
errr.. yelah.. jemput je la.. dia nak datang ke tak dia punya pasal la..


11. How many layers of cake do you want?
3,4 lapis pun dah ok.. saya suka makan kek, adik2 pun suka, abang2 pun suka, mak abah pun suka walaupun abah selalu je tolak offer kalau kami memberinya kek lebih dengan ayat, "makanlah... abah dah kenyang"... kawan2 saya pun hantu kek juga lagi2 kalau kek coklat dan ex saya pun suka juga kek..

12. When do you want to get married, morning or evening?
morning.. petang nanti boleh la berileks2an dengan hubby tercayang... kan...?? eh, mana boleh relak2 cayang... kita kena tolong orang bersihkan pinggan mangkuk kat dapur la... huhuhu...

13. Name the song/tune you’d like to play at your wedding:
bunyi kompang sangat la best kan?

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
barehand

15. Champagne or red wine?
jus tembikai campur soda siap berkondensasi lagi bekasnya sampai banjir meja makan itu... fuh... mengancam habis!!!

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
days after the wedding... kita perlu mengenali saudara-mara dulu ye rakan2 sekalian sebagai tanda menghormati mereka...

17. Money or household items?
money AND household items (tak edit langsung nih dari jawapan Ila... penting nih...)


18. How many kids would you like to have?
tak kisah... selagi aku terdaya menghasilkannya... anak2 itu rezeki... tapi, jangan lupa mendidiknya sebaik mungkin ye...


19. Will you record your honeymoon in DVD/CD?
huh... rekod yang tak censored je la...


20. Whose wedding plan would you like to know ?
norhazrin
is teng
muaz
aan (kalau nak jawab la)
fatimah
shake
taqiuddin
e-in

Tuesday, April 14, 2009

Saya Cinta Kamu

SAYA CINTA KAMU

Hihi... Apa hal entah tiba2 rasa menggatal pulak sekarang ni nak menyebut ayat tu. Nak diluahkan tapi tak tahu kepada siapa. Eee... giler la menggedik aku nih. Hihi... Yey... Mengarut sekali lagi. Dah2. Anda telah mensia2kan masa anda membaca entri yang entah ape2 entah ni. Jadi, aku ingin meminta maaf ye.

*bosan giler menunggu 3D ni dirender. nak tidur tapi takut tak bangun2 pulak nanti.*

Saturday, April 11, 2009

Letih...

Aku letih... Tolong urut aku... Sakitnya badan setelah 3 bulan jarang2 tidur kat katil. Sakitnya badan setelah 3 bulan kerap tidur di kerusi sahaja. Sakitnya badan setelah 3 bulan hanya tidur bila mengantuk sahaja. Sakitnya badan kerap duduk dan jarang berjalan. Err.. Banyak pulak sakitnya badan ye. Kekekeke... Punggung pun dah jadi rata sebab asyik duduk je. Siap lenguh punggung tu tak tahan. Aduyai... Berharap semester ini cepat berlalu. Tapi, berharap juga aku dikurniakan kuasa lipas kudung untuk menyiapkan kerjaku dengan pantas. Mak aih... Banyak lagi tak siap nih. Isnin ni dah nak submit. Cuak memang cuak. Tapi, kenapa aku masih boleh ber'online2'an sekarang ni. Tembak kang. Kakakaka... Ye... Berjaya meluahkan isi hati. Boleh sambung kerja lepas ni.

Monday, April 6, 2009

Nak jawab Tag Banyak2 Sebelum Meneruskan Pekerjaan Yang Seterusnya...

1. Bekas kekasih saya adalah:

Perempuan.

2. Saya sedang mendengar:

When You Come Around by Westlife.

3. Mungkin saya patut:

Patut jawab tag ni la sebab rasa nak jawab nih baru leh wat keje.

4. Saya suka:

Orang ramai sayang saya, pastu saya sayang mereka semula, pastu saya suka kalau orang buat saya tersenyum lebar sampai telinga sebab itu menandakan perasaan saya memang betul2 gembira hingga jantung berdegup agak laju.

5. Sahabat-sahabat baik saya:

Mereka yang menganggap saya adalah sahabat baik adalah sahabat baik saya.

6. Saya tak paham:

Kenapa saya menjadi malas sejak saya masuk U.

7. Saya kehilangan:

Ingatan dan akal fikiran kalau dah start online.

8. Ramai yang berkata:

Saya comel walaupun saya kurang gemar mereka menyebut ayat2 begitu berulangkali.

9. Makna nama saya:

Kegirangan. Giranglah sangat kan.

10. Cinta itu adalah:

Fitrah semulajadi yang dikurniakan oleh Allah kepada setiap makhluk ciptaan-Nya. Cinta itu nikmatnya tak terkata. Marilah sama2 kita memanfaatkannya.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang:

Online facebook.

12. Saya akan cuba:

Tunaikan segala impian hidup saya dan membahagiakan keluarga saya terutamanya ibu bapa saya yang telah banyak berkorban untuk anak2nya selama ini.

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:

Kekal abadi forever and ever.

14. Telefon bimbit saya:

Berjenama Nokia 2600 dibeli di kedai hotlink kat Admin, UPM dengan harga RM 210 sewaktu saya tahun 1.

15. Bila saya terjaga dari tidur:

Saya terus on laptop. Haih. Takleh berenggang langsung dari laptop. Hihi.

16. Saya paling meluat apabila:

Berdebat dengan orang yang anggap apa yang saya lakukan adalah salah sedangkan perkara itu tidaklah seburuk mana tetapi bila dia buat salah dia tak boleh menerima teguran orang lain. Tumbuk kang.

17. Pesta/Parti adalah:

Best selagi tidak melanggar hukum-hakam agama.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:

Haiwan2 yang berperut buncit.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:

Sewaktu di zaman2 sekolah rendah dan menengah serta matrikulasi.

20. Hari ini:

Saya gembira sebab kekasih hati saya datang ke studio dan dia telah membuat saya tersenyum gumbira sampai ke telinga dan masih lagi tersenyum sampai sekarang. Dan saya bersemangat untuk melakukan kerja kerana dia. Kihkih. Luv u la.

21. Malam ini saya akan:

Sambung menyiapkan drawing saya.

22. Esok pula saya akan:

Sambung menyiapkan drawing saya juga.

23. Saya betul2 inginkan:

Grad tahun ni dan dapat kerja yang bergaji banyak lalu dapat membayar duit pinjaman PTPTN dengan segera dan membahagiakan ibu bapaku serta ahli keluargaku yang lain dan mendapat seorang kekasih hati yang sehati sejiwa denganku. Macam Aan.. Malangnya Aan perempuan. Mana la Aan versi lelaki nih...

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:

Hensemnya saya. Wahaha..

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan:

It doesn't matter. Dua2 pun saya layan.

26. Makanan Barat atau Jepun:

Dua2 pun boleh coz i'm a food lover.

27. Bilik yang terang atau gelap:

Terang sebab tak suka suasana gelap. Bukan takut tapi sakit mata.

28. Makanan segera adalah:

Sedap dan murah. Ia juga berjaya menggemukkan diriku yang memang sudah sedia gemuk ini.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?

Hahahaha.. gelak sakan tengok komen kawan kat facebook.


anda di tag!!!
ila
timah
is teng
shaiful safar
hassan
shake

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kenapa anda suka gambar ini?
Gambar ini menceritakan betapa rapatnya kami sekeluarga waktu dulu2 sampai tengok berita pun sama2. Umm.. Miss this moment..

Bila kali terakhir mkn pizza?
Entah. Tak ingat.

Lagu terakhir yg anda dengar?
Love Crime by Westlife.

Apa yg anda buat selain selesaikan tag ini?
Takde. Aku khusyuk giler menjawab tag ni.

Selain nama sendiri anda suka dipanggil dgn panggilan apa?
Inot (kawan2), sayang (Aan), Ina (family).

Tag lagi 6 org *soalan seterusnya ada kaitan dengan org yg anda tag!
1) shaiful safar
2) is teng
3) ila
4) hassan
5) timah
6) shake

Siapa no 1 pada anda?
My Big Bro la.

Org no 3 ada hubungan dgn sape?
Dengan no 4. Hubungan yang sangat mengelirukan. Tiada gelaran untuk hubungan itu.

Kata sesuatu berkenaan org no 5.
Kecil je orangnya.

Bagaimana dgn org no 4?
Dia berada di Australia sekarang menyambung pengajiannya dalam bidang senibina.

Siapa org no 2?
Kawan sekelas kat Samttar masa form 2.

Bagi pesanan pd org no 6.
Selamat pagi cikgu!!!

Sunday, April 5, 2009

Terkadang...

Aku adalah aku..
Yang sejak azali memang begini..
Bersikap ego dalam diri..
Konon kuat dari segi mentaliti..
Mampu hadapi segala cabaran dengan sendiri..
Tak perlukan pertolongan sesiapa untuk berjaya..
Konon mampu berdikari..
Tapi, akhirnya aku sedari..
Ada kekosongan yang perlu diisi dalam diri..
Hingga kini aku masih tercari-cari..
Terkadang aku juga akan terkandas..
Terkadang aku juga akan terlajak..
Biar kuat mana pun mentaliti aku..
Ia takkan kekal utuh jika tiada penyokongnya..
Aku perlukan penyokong..
Dan andalah orangnya..
Rakan-rakanku, pembaca-pembaca blog ini..
Terkadang aku rasa ingin disayangi..
Terkadang aku rasa ingin dikasihi..
Terkadang aku rasa ingin dimanjai..

Aku Mahu Berjaya Dengan Cemerlang Bukan Setakat Cukup-cukup Makan

(Entri ini diedit semula daripada entri aku di blog lama. Situasi yang sama berulang kembali. Kali ini lebih parah kerana ia berlaku di tahap yang sangat kritikal di mana tarikh submission sebenar akan menjelang tak sampai seminggu lagi. Lalu, aku teringat entri lama ini dan aku membacanya semula dengan harapan boleh dijadikan peringatan kepada diri ini yang semakin alpa.)

Sepanjang Projek 3: CIQ Complex ini berlangsung, aku dengan jayanya telah mensia-siakan sebahagian daripada hidupku dengan gred mumtaz (cemerlang) melakukan pelbagai perkara yang tidak berfaedah dan berkaitan dengan projek besar ini. Projek akhir tahun kan. Of course la BIG PROJECT. Oh... Aku sangat bangga hingga tak terkata-kata. Aku sangat bangga hinggalah kekesalan menyelubungi jiwaku. Di saat kekesalan itu melanda, aku mula menyindir diri sendiri. Kenapa la aku suka sangat layan perasaan aku yang entah ape2 entah ni.

Sebenarnya, aku berasa sangat frust sebab design aku perlu diubah di saat2 kritikal nak submit project untuk kali kedua ni. Aku blur giler lepas diminta lecturer untuk betulkan design. Mungkin bukan 100% kena ubah tapi bila perkara yang paling basic yang kena ubah, ia akan mempengaruhi kebanyakan design tersebut. Ok. Itu takpe sebab mula2 aku yakin aku boleh buat. Tapi, keletihan yang melampau disebabkan aku tak tidur semalaman menyebabkan aku sangat penat untuk memikirkan tentang design. Adoi la.. Akibatnya? Otak aku macam ter'blok' kejap untuk mengeluarkan idea2 yang bernas. Dan, ke'blok'an itu berlaku selama sehari suntuk. Jadi, aku cuma dapat tidur. Tak pun termenung. Tak pun tulis blog. (Padahal boleh je aku duduk bertenang memikirkan tentang design tapi aku memang takde mood masa tu kerana ke'frust'an yang melanda).

Aku tau. Aku tak patut buang masa sebab tu bukan salah-satu ciri orang yang berjaya. Tu yang kadang2 aku benci dengan diri sendiri yang sangat berjaya dalam membuang masa. Dulu, aku tak macam ni pun. (Itu dulu...zaman dah berubah, dunia dah maju...). Hah.. entah ape entah kaitannya? Jadi, aku mula sedar lalu mengingatkan diri sendiri bahawa ciri2 orang yang beriman adalah dia akan melakukan sesuatu dengan bersungguh2 dan tidak mengenal erti putus asa kerana Allah sangat benci pada orang yang mudah putus asa. Walaupun aku rasa aku macam akan kelewatan sedikit untuk menghasilkan design yang baru, aku kena usaha jugak untuk buat yang terbaik sebelum hari penilaian tiba. Aku mula sedar... Hidup kita perlu ada kemajuan. Kerana, ciri2 orang yang beriman juga adalah hari ini akan jadi lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini.

Jadi, peringatan untuk diriku yang serba tak sempurna ni, berusahalah dengan bersungguh2 untuk mencapai sesuatu yang diingini. Jangan harap ia akan datang bergolek macam tu je. Semua benda pun perlukan ikhtiar sebelum kita bertawakal. Ok la. Aku nak teruskan mendesign. Assalamualaikum dan selamat beramal...
Banyak betul la tag datang sejak akhir2 ni. Aku update blog dengan menjawab tag orang je la nampaknya. Baguslah. Memang takde idea lagi ni sebenarnya nak mengarang. Tag kali ni datang daripada E-ien. Layankan aje...

Peraturan Tag


Senaraikan:

1. 3 lagu yang wajib ada dalam playlist.
2. 3 barang yang wajib bawa bersama.
3. 3 tempat yang dekat di hati.
4. 3 laman web yang selalu dilawati (selain Facebook, Friendster & Myspace).
5. 3 blog yang mahu di-tag.


=====================================================================


1. 3 lagu yang wajib ada dalam playlist aku adalah banyak sebenarnya. Eeemm.. nak pilih mana satu ek. Yang paling aku suka sekarang ni la kan lagu Britney Spears (Break The Ice) sebab muzik dia sangatlah catchy. Memang goyang kepala
sambil bergendang2 dan menghentak2 kaki la kalau dengar lagu ni. Secondly, lagu Maksim (Lizst) sebab muzik dia macam ada unsur spirit sikit. Best dengar kalau nak buat kerja. Bersemangat jadinya. Thirdly, lagu Westlife (Us Against The World) sebab lagu jiwang. Kihkih.. Suara Mark paling merdu di sini. I looooike him walaupun dia gay. Lantak kau la. Tapi, suara dia memang mampu mencairkan jiwa ini. Cis.. Start la tu nak menggatal.


2.
3 barang yang wajib bawa bersama adalah telefon bimbit, kunci laptop dan dompet.

3.
3 tempat yang dekat di hati adalah rumahku syurgaku, studioku dan Hong Kong. Ceh.. Nak jugak Hong Kong kan. Maklumlah. Dah pernah jejak kaki kat sana la katakan. Kihkih.. Berlagak kejap. Aaaa.. Jangan.. Jangan tak jeles. Kihkih.. Sumpah ayat ini sangat menjengkelkan anda kan. Takpe. Sekali-sekala. Bukan selalu aku macam ni. Bagi la chance sikit. Hikhik..

3. 3 laman web yang selalu dilawati (selain Facebook, Friendster & Myspace) adalah Youtube sebab suka download video2 klip pastu convertkan jadi format MP3. Senang. Tak payah susah2 nak mencari website2 lain untuk mendownload lagu. Yang kedua pulak website Keepvid. Ini website untuk mendownload video klip dari Youtube tu la. Yang ketiga pulak website lucah. Kahkah.. Taklah. Biasa melawat blog kawan2 dan blog2 kegemaran yang lain la.

4. 3 blog yang mahu di-tag adalah blog Norhazrin, Nur Islami dan Nor Ilani.

Sekian tag kita untuk hari ini. Sehingga bertemu lagi di masa akan datang. Keep smiling dan selamat beramal.

Thursday, April 2, 2009

Tagged Datang Lagi...

Adakah anda suka blogging? Kenapa?
Masa mula2 berblogging dulu, ya.. Aku memang suka sangat blogging. Ketagih. Kalau boleh hari2 nak post entri baru. Tapi, sekarang masa tak berapa mengizinkan untuk aku berblogging. Seriously, aku suka mengarang panjang2 kalau nak post entri. Tu yang makan masa sikit. Dan baru2 ini memang aku tak berpeluang nak mengarang sebab kesibukkan mengejar submission dateline.

Kenapa aku suka blogging? Hmm.. Ia lebih kepada meluahkan sesuatu yang aku tak boleh nak luahkan melalui lisan. Aku memang seorang yang memendam perasaan. Tak suka menceritakan masalah aku kat orang lain. Lebih suka settlekan masalah sendiri. Kalau rasa tertekan, aku akan menconteng2 di atas kertas. Conteng apa saja yang terbuku kat hati sama ada dalam bentuk lukisan atau tulisan. Tapi, bila laptop ada depan mata, luahan perasaan itu diconteng di dalam blog.

Blog siapa yg slalu anda skodeng. Nyatakan 5.
Blog kawan2 seperti Aryn, Ilani, Islami dan BIG BRO aku. Kalau blog lain, aku suka sekodeng blog Home Sweet Home sebab itu adalah blog masakan ok.. I love food very much!!

Adakah anda menginginkan seseorang dalam hidup anda? Yang boleh menemani & menyayangi anda sepenuh hati? Dan siapakah orang itu?
Mestilah nak. Tapi, tak jumpa lagi orang yang sesuai denga jiwa ini. Ceh. Memilih sangat la pulakkan. Aku tak bersedia lagi kot nak menerima orang asing dalam hidup aku. Aku lebih memerlukan keluarga aku berbanding orang luar. Mungkin sebab mereka lebih dekat di hati berbanding orang lain.

Taken or single? Mana lebih bagus?
I'm not taken yet. Not even once. Hehe.. Buat masa ni aku selesa berstatus single or maybe lebih sesuai dikatakan "in an open relationship". Kehkeh.. U know.. Like flirting with my friends. Itu memanglah hobi aku.

Pernah tak cinta anda tidak dibalas?

Banyak kali dah sampai malas dah aku nak jatuh cinta. Nak tunggu orang ramai pulak jatuh cinta kat aku. Huhu..

Ciri2 idaman gf/bf anda? Nyatakan 5.
Beriman (tau hukum-hakam), tak merokok, funny and serious pada masa yang sama, tak suka mencarut yang bukan2 (penting nih. tak elok kalau anak2 dengar bapanya mencarut2), dan tak mengongkong aku.


Pada umur berapakah anda merancang untuk berkahwin?
25 ke atas. Itu pun kalau dah jumpa calon yang sesuai.

Nak berapa anak?
Tak kisah. Selagi terdaya akanku teruskan perjuangan untuk menghasilkan anak. Best apa buat anak. Kihkih.. Err.. Bunyi macam gersang giler la pulakkan. Ok2.. Serius2.. 5 orang ok la kot.


5 orang bertuah yang anda ingin tag:

Ilani
Timah
Is Teng
Sakinah
Shaiful Safar

Thursday, March 26, 2009

Tagged Daripada Abang Dan Rakan Kesayangan

Aku kembali lagi walaupun dalam mood bekerja sekarang. Rehat sebentar meringankan keberatan otak memikirkan drawings yang tak siap lagi. Isnin depan ada submission untuk final project. Tu aku bercuti kejap tu dari berblog. Tapi, ni ada waktu rehat, aku layan tag kejap. Tag datang daripada Shaifulsafar dan Aryn.

1) Siapa nama penuh anda?
Azlina binti Mat Sapar


2) Nama apa yang anda harap itu nama anda?
Tiada.. Nama aku sudah cukup ok maksudnya. Kegirangan. Memang I girang U olls.. Pendek pulak tu. Senang bakal suami nak sebut bila akad nikah nanti.

3) Post 4 pictures latest korang yang esklusif yang xde sape tengok lagi..


Ni gambar masa tahun 2 kat UPM tengah tunggu giliran untuk berlatih teater... Gambar ni memang takde orang tengok lagi...


Ni pun tahun 2 gak kat UPM dalam studio tengah wat model untuk project FRSB Gallery. Esoknya ada submission dan presentation... Gambar ni Ilani je yang pernah tengok..



Gambar semester lepas masa portfolio review kat Galeri FRSB. Itu hasil kerja aku. Banyak duit habis kat benda2 ni.



Ni gambar paling latest. Buat kerja kat studio, tido kat studio, makan kat studio, main kat studio, nyanyi2 kat studio, main piano kat studio, solat kat studio. Pendek kata semua benda buat kat studio kecuali mandi. Mandi kat shower yang disediakan kat tandas la. Semua ini terjadi sempena final project yang giler mencabar. CIQ Complex. Anda tau apa itu? Kompleks Kastam, Imigresen Dan Kuarantin.

4) Apa kenangan paling bermakna dalam jiwa raga anda?
Menang dalam pertarungan sewaktu di rahim ibu


5) Apa prinsip hidup anda?
Perlu berusaha jika menginginkan sesuatu. Jika tidak dapat apa yang diinginkan setelah berusaha, mungkin bukan rezeki kita. Allah lebih tau apa yang terbaik untuk kita.

6) Apa perangai anda yang paling buruk?
Muka garang (natural nih) walaupun tak berniat nak jadi garang kat sesiapa. Siap kena cap sombong lagi sebab susah nak senyum kat orang yang tak kenal sangat. Nanti kalau aku senyum macamlah dia kenal aku. Baik buat muka toya je. Ish.. Pesimistik la pulak..

7) Tulis di atas sekeping kertas n postkan juga
I Love U

* Tagkan 10 orang kenalan anda

Mana la sampai 10 kenalan aku. Aku tagged 4 je la.

Ilani
Is Teng
Sifaza
Taqi

Wednesday, March 18, 2009

Pengumuman Tergempar Pemegang Saham Tunggal

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan ini diumumkan bahawa Archienot No Hibi akan menghentikan pengeluaran hasil produknya untuk sementara waktu demi memberi ruang kepada pemegang saham tunggal blog ini menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya utamanya sebagai pelajar rekabentuk (senibina). Oleh itu, diharapkan kepada semua klien blog ini masih sudi menerima hasil produknya selepas ini dan sentiasa setia bersama Archienot No Hibi.



ARCHIENOT NO HIBI
SALURAN SENGIHAN ANDA



nota kaki: peluk dan cium sayang daripada aku untuk semua. thanks for visiting this blog. ;.)

Tuesday, March 17, 2009

Tag Bergambar Ini Anjuran Cik Miko Yamaguchi Dan Cik Norhazrin...

Instruction:
Go to your photos folder in your computer. Go to the 6th folder of photos. Go to the 6th picture in that folder. Put the picture on your blog and a description of it. Invite six friends to join the challenge. Link them in your blog and let them know they have been challenged!



Nah, hambik! Nak sangat tag aku. Huhu.. Jangan terkejut bila gambar begini ada di dalam folder gambar aku. Sudah diketahui umum aku ni kan pelajar senibina. Mesti banyak simpan gambar2 berkaitan bangunan kan. So, inilah salah-satu gambar yang terdapat di dalam folder keenam dan gambar yang keenam.

Sebenarnya aku dah kemas dulu folder gambar aku ni sebelum buat tag nih. Kalau aku tak kemas, seriously gambar yang aku postkan hanyalah gambar pokok yang diambil ketika site analysis yang ditangkap dengan sesuka hati dan tiada unsur seni di dalam gambar itu sekaligus tak menarik hati untuk para pembaca melihatnya. Ni aku dah kemas2 folder, kira boleh terima la folder ni jadi folder keenam. Gambarnya juga quite interesting. Interesting tak u olls? Interesting kan?

Gambar ini diambil oleh kawan aku sewaktu dia dan rakan2 yang mengambil kursus interior design melawat ke rumah salah seorang pensyarah lanskap, En. Azizi. Rumah dia ni pernah keluar kat majalah Laman. BIG BRO yang kata. Konsep rekabentuk dalaman rumah dia ni lebih kepada minimalisme. Color dinding putih dan color perabot2 dan hiasan2 pulak putih dan warm color. Ditambah dengan lukisan hasil tangannya sendiri yang menggunakan warm color juga menjadikan ruang rumah begitu ceria dan bertenaga sekali. Gorgeous huh?!

Aku nak tag:

Ilani
Is Teng
Shaiful Safar
Fatimah
Lina Chan
Sape2 je la yang nak jawab..

Wednesday, March 11, 2009

Bermata Anak Kucing Sangat Tidak Digemari Di Saat Diri Sedang Kesibukkan...

Aku tau sejak akhir2 ni entri aku macam tak best. Banyak melalut kan? Ala.. Aku pun manusia gak. Ada hati. Ada la perasaan nak melalut juga kan? Aku sedang berada dalam zon tension-sebab-tak-serius. Marah kat diri sendiri ni sebenarnya. Tiada kesedaran sivik langsung. Meh rotan punggung sikit.



Beginilah keadaan mata aku sekarang. Tunggu masa ingin tertutup rapat je. Ops.. Bukan untuk selama2nya ok.

Situasi sekarang:

1. Sibuk menyiapkan drawings untuk Pin Up 4 esok. (tapi tak siap2 sebab Cik Passion masih tak pulang2. so buat keje pun slow motion je tak jadi lipas kudung macam selalu..)

2. Sibuk online facebook sebab ketagih. (malu nak ngaku tapi memang kenyataan. dem..)

3. Suka tertaksengaja terklik tool OPEN A NEW TAB dan membuka website Youtube dan mendownload macam2 lagu dan cerita. (dah habis download, curi2 tengok ape yang didownload.. tapi, biasanya akan cepat tersedar dan maximize semula window Autocad 2004..)

4. Malas nak update blog sebab takde mood. (ni update pun sebab nak meluahkan perasaan sebab tak jumpa orang yang sesuai untuk meluahkan perasaan..)

Rumusannya, aku memang patut menyedarkan diri bahawa hari submission makin hampir. 3 minggu lagi. Bukan lama tu. Nak betulkan space planning, buat 3D drawing, fikirkan struktur bangunan, pilih material lagi. Semua tu ambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Uh, aku senak perut dah bila memikirkan semua ini. Cik Passion, kembalilah ke pangkuanku. Aku memerlukanmu.


Bestnya kalau dapat berbuat begini.

Mata semakin mengecil ditambah dengan suasana yang sejuk2 hingga menusuk kerangka macam di Hong Kong. Haha.. Padahal hujan tadi. Tu sebab sejuk. Maaflah membuatkan anda membuang sebahagian daripada masa dalam hidup anda membaca rapuan begini. Ok.. Enjoy your works and selamat beramal.. (lambai tangan..)

Monday, March 9, 2009

KE HADAPAN ANAKKU YANG DIRINDUI...

Rasa mahu mengarang..
Tetapi kesibukkan memanjang..
Walaupun kesibukkan memanjang..
Mood bekerja masih belum datang..
Bila mood bekerja masih belum datang..
Aku termenung memanjang..
Di saat aku termenung memanjang..
Tak disedari dah banyak masa terbuang..
Apakah?

Uhuhu.. Nak jadi rajin.. Nape untuk projek kali ni aku tiada passion? Ke manakah hilangnya passion sebelum ini? Jom seru ramai2..


















































CIK PASSION! OOOIII CIK PASSION! MAK KO CARI NI HAH..

Ahaha.. marah ke? Jangan la.. Jangan la tak marah.. Meh tampar pipi sikit meh.. Biar aku ada kesedaran sikit.. Hihi.. (Gelak manja)

Wednesday, March 4, 2009

Kisah Pengembaraan Siri Kedua Cik Pemburu Chenta Dan Rakan2 Seperjuangannya

Assalamualaikum. Ok u ols. I nak sambung kisah pengembaraan Cik Pemburu Chenta dan rakan2 seperjuangannya. Sebelum ni dah baca sinopsis kan? Ha.. Hari ni I nak cerita lebih lanjut sedikit tentang kisah pengembaraan mereka. U ols baca sampai habis tau. Jangan tertidur pula waktu membaca. Lepas habis kisah ni, ada soalan kuiz terkumpul. Siapa dapat jawab semua kuiz dalam setiap kisah bersiri ini, I bagi hadiah. (Ok. Tipu je sebenarnya. Teruskan membaca).



--------------------------------------------------------------------------------------------------------




Di saat dengkuran Cik Ilani mendayu2 di ruang bilik 67, Cik Pemburu Chenta terjaga dari lenanya. Dia mencapai telefon bimbit Nokianya. Tertera nombor 5:30 di permukaan telefon bimbit itu.

"Ah, awal lagi!" ujarnya di dalam hati lalu menyambung tidur. Awal lagi... Awal lagi... Awal lagi... Bisiknya berulang kali hinggalah terpejam semula.

"Bangun2!!! Dah pukul 8.15 pagi." kejut Cik Elle, salah seorang daripada rakan sebiliknya. Cik Pemburu Chenta terjaga. Di jenguk telefon bimbitnya. 8.15? OMG!!! Kena kumpul pukul 9.00. Dia bergegas bangun lalu mencapai tualanya.

Akhirnya penghuni bilik 67 lambat juga bersiap. Cik Ilani dan Cik Pemburu Chenta turun dahulu sementara Cik Elle menunggu Cik Rose bersiap. Kelihatan Pn. Chum (bukan nama sebenar konon nama manja bagi Kalsom) sedang menanti bersama geng Salam. Wajahnya sangat kerisauan. En. Meor (nama sebenar tidak tahu hendak letak nama manja apa) dan rakan2 yang lain sudah bergerak dahulu meninggalkan mereka yang lambat. Lantas, Cik Pemburu Chenta dan Cik Ilani bergegas ke stesen MTR Mongkok bersama2 Pn. Chum. Di saat ingin menscan kad Octopus, baru disedari Cik Pemburu Chenta bahawa dia tidak membawa dompet. Kad Octopus itu diletakkan di dalam dompetnya. Bagaimana ni? Dia kerisauan. Cik Ilani bermurah hati meminjamkan kad Octopusnya kepadanya tetapi ia tidak berhasil. Nampaknya, kad Octopus bukanlah seperti kad kredit ye. Ia berfungsi sama seperti tiket LRT dan komuter. Maksudnya, ia tidak boleh digunakan lebih dari sekali di kaunter yang sama pada waktu yang sama. (Ok. Kalau tidak faham sila angkat tangan. Lepas itu, sila tumbuk meja untuk lepaskan geram. Dah lega? Sila buat pilihan sama ada ingin teruskan membaca atau klik saja butang pangkah di bahagian atas paling kanan). Di saat kekalutan itu, tiba2 dia ternampak kaunter yang tertera anak panah hijau. Maksudnya, dia boleh masuk lalu kaunter itu la! Apa lagi? Jalan... Kemudian, mereka menuruni eskalator menuju ke kawasan menunggu. Train yang diambil adalah menuju ke Yau Ma Tei. Destinasi yang dituju tidak diketahui lagi. Hendak tanya pada Pn. Chum tapi takut kena leter. Baik senyap. Shhh..

Train pun sampai. Mereka melangkah masuk ke dalam train dengan bersopan-santun tanpa bertolak-tarik dengan orang ramai lalu mendapatkan port baik untuk bersandar. Suasana sepi. Yang kedengaran hanyalah bunyi enjin train dan angin yang memasuki ruang train melalui celah2 lubang ventilation di bahagian atas train. MTR ini adalah train yang hanya melalui bawah tanah dan juga laut!!! Jangan tak tau... Hong Kong banyak menggunakan konsep terowong dalam membina infrastrukturnya sejak akhir2 ini. Ia sangat maju kalau dibandingkan dengan Malaysia. Tiba2, Cik Pemburu Chenta berasa kagum dengan kemajuan teknologi mereka.

Ok. Tinggalkan kisah MTR ini. Sudah tiba di Yau Ma Tei. Jalan2 sampai lenguh kaki tanpa diketahui arah yang ingin dituju. Jadual perjalanan hanya diketahui oleh sesetengah rakan yang menyimpan salinan jadual tersebut. Cik Pemburu Cinta dan Cik Ilani tidak menerima salinan jadual tersebut kerana mereka adalah golongan repeater yang mungkin tidak berapa disedari kewujudannya di kalangan rakan2 junior mereka ini. (Sila abaikan kalau tidak faham).

Jalan2 sambil mengambil gambar bangunan...







...sehinggalah tiba di tempat ini...




Hong Kong Planning and Infrastructure Exhibition Gallery


Ia adalah sebuah tempat yang mempamerkan perancangan pembangunan bandar di Hong Kong. Macam2 ada di sini. Dari model yang sangatlah complete sampailah permainan games yang menguji minda.



See? Kalau buat sorang2, lagi2 untuk final projek submission, bukan takat tangan luka berdarah, hati pun mau calar-balar ni menanggung kesakitan tangan nak potong pelbagai material untuk buat model ni.




See what this girl was doing? Playing urban planning game. "Macam best! Rasa nak minta aje softcopy game ni. Huhu.." katanya dengan gembira kepada rakan di sebelah yang tidak mengendahkannya.


Sesi taklimat. Very softspoken person la Encik ni. Tak ingatlah nama dia. Tengok tu. Siap pakai mikrofon bergerak. Macam doraemon pulak ada alat2 canggih di bawa ke mana2 saja.



Tiba masa group photo. Say what? Seeeeeeeeeeeeeeeeex!!! Pn. Chum ajar. Ayooooooook... Tak tau... Dah ter-tak-senonoh.

Sebaik sahaja selesai di Hong Kong Planning and Infrastructure Exhibition Gallery, mereka aka ke destinasi seterusnya iaitu LEO Architect firm. Letih oo berjalan kaki. No wonder la bila balik Malaysia seluar Cik Pemburu Chenta terasa longgar sedikit. Huhu.. Err.. Di mana kita tadi?

Temujanji dengan Ar. Leo adalah pada pukul 2.00 petang. Nampaknya masih awal lagi. Mereka berjalan2 sambil menangkap gambar dan mencari2 makanan halal untuk dimakan. Akhirnya, mereka menemui Circle K dan ada pelbagai jenis roti di situ daripada roti manis, roti berintikan ayam dan juga roti berendangkan ba.alif.ba.ya. Cik Pemburu Chenta baru saja ingin membeli roti rendang tersebut kerana rupanya yang agak menarik tetapi apabila membaca nama roti tersebut pork cheese with custard, dia berasa mual2 bagai nak pengsan. (Ok. Ini I reka sendiri). Lalu, dialihkan pandangannya ke roti tuna yang nampak macam enak dan tidak diragui kehalalannya. Dia membeli 6 keping roti akhirnya sebagai bekalan untuk hari mendatang. Pn. Chum terkejut beruk melihat dia memborong roti2 di situ.


Selepas membeli, proses mencari port untuk mentekedarah roti2 tersebut pula. Disebabkan nampak tidak manis anak dara duduk di kaki lima sebegini, apatah lagi semuanya bertudung dan demi tidak mencemarkan nama baik agama Islam, maka mereka pun beredar mencari port yang lebih sesuai.


Waktu itu hujan halus turun renyai2 membasahi bumi Hong Kong.


Port yang sesuai untuk berteduh. Comel kan gambar ni. I LOIKE!!!

Ok la. Malas nak mengarut panjang2 lagi. Dah pukul berapa ni? Mata dah ngantuk. Mata dah membengkak sepet cam mata anak kucing. Huhu.. Pukul 2.00 lebih mereka ke LEO Architect firm. Kat sinopsis tu dah cerita kan pasal firm ni. Malas nak cerita lagi la.


Salah satu projek firm ni. Cute form kan?

Lepas settle urusan di LEO Architect, mereka bercadang untuk pulang menaiki tram. Ok. Ini first time mereka nak naik tram so, masing2 rasa sangat teruja seperti budak ini...



Dan juga budak ini...



Dan ini rupa tram tersebut..


Hijau


Pink

Tram ni banyak kaler. Apa yang bestnya tentang tram ni? Takde apa pun. Cuma sebab tram takde kat Malaysia. Tu yang mereka rasa teruja nak naik. Serius perkhidmatan pengangkutan di Hong Kong sangat efektif. No wonder la ramai orang suka naik public transport berbanding naik kenderaan sendiri. Lain la orang kaya yang keretanya bernombor plat NO MONEY. Banyak kali pulak la kereta NO MONEY ni berlegar2 di bumi Hong Kong. Itu kira berlagak miskin sebab dah habis duit beli kereta sport atau nak tunjuk kedekut? Haih.. Macam2 la ragam orang kaya ni.


Dalam tram. Very classical one kan? Lihatlah strukturnya yang hanya menggunakan kayu sahaja. Wallaaaaaah!!


Naik tram sampai ke stesen MTR Central dan kemudian terus pulang ke Mongkok. Tiba di bilik pukul 6.15 petang. Masing2 bergegas sebab dah janji dengan Pn. Chum nak berkumpul di bawah hostel pukul 6.30 petang untuk pergi makan kari Cina kat Jordan (bukan negara Jordan tau). Solat bergilir2. Tapi, mereka berempat tetap terlambat. Akhirnya, terpaksa survive sendiri bersama rakan2 Cina untuk mencari tempat makanan halal yang diuar2kan oleh Pn. Chum. Kaki bagai nak putus urat tapak kaki dirasakan. Tapi, ia masih terus melangkah akibat desakan perut yang mula melapar. Akhirnya...


Melantak... Lapar... See? Licin kan? Sedap kari dia.. Tak sama seperti masakan ibunda tetapi sangatlah menyelerakan. Harga? HKD 65 1 mangkuk lauk + 2 pinggan nasi. Mereka terpaksa bergegas keluar kerana menyedari orang ramai menunggu di luar untuk menunggu giliran makan di kedai ini. Lepas makan, mereka pergi window shopping kejap. Oh, bukan kejap. Lama... Cik Pemburu Chenta yang kerisauan kerana tiada duit menjaga pandangan daripada melihat barang2 yang menarik perhatian. Dan dia cuba meneutralkan perasaannya untuk tidak tertarik pada mana2 barang. Berjaya! Dia pulang ke bilik dengan tangan kosong pada hari itu.

Ok.. Itu saja kisah pengembaraan siri kedua Cik Pemburu Chenta dan rakan2 seperjuangannya. Jumpa lagi di Archienot No Hibi pada masa yang tak diketahui lagi. Huhu.. I ngantuk sudah. Mau tidur ke buat model ek? Huuu.. Banyak keje la.. Nite semua..