Popular Posts

There was an error in this gadget

Follow by Email

Wednesday, February 23, 2011

Entri Penuh Kestressan. Jangan Baca Kalau Tak Nak Rasa Stress.

Baru aku sedar, ilmu aku langsung tak bertambah dalam construction detail...
Aku sedih...
Kenapa aku masih terperangkap di situ?
Kenapa?

Tolonglah sesiapa yang dah bosan jadi draughtperson...
Tolonglah ganti tempat aku di situ...
Biar aku ganti tempat kau pulak...
Biar kau jalani kehidupan yang senang dan aku jalani kehidupan yang sukar pulak...

Tiba2 kena buat detail drawing untuk mounting lampu dan aku langsung tak tau menau apekejadahnya yang lighting consultant mintak...
What the heck structure drawing that you want me to do?
Bengong...
Gano aku nak tau structure drawing untuk bangunan tu?
Drawing yang dibagi pun tak lengkap...
Tak dan aku nak study bangunan tu...
Dah la nak submit hari Jumaat ni...
Aku sorang je draughtperson...
Tak terkejar aku nak buat semua tu dengan drawing tak lengkap...
Habis semua jadi huru-hara...
Shial...
Baby betul...

Aku resign kang...
Aku resign kang...
Serius aku nak resign!!!

Apa hal la tak ada langsung orang yang memahami working culture seorang pelukis plan?
Apa hal ar?
Ingat kerja pelukis plan ni macam buat kerja ofis yang biasa2 tu ke?
Sekadar buat documentation tu, sambil berlari2 anak pun boleh buat...
Aku kena fokus ok...
Tolonglah faham...
Aku sumpah jadi emas siapa yang ganggu aku!

Aku nangis kang...
Aku nangis kang...

Macam mana cara2 nak buat solat Istikharah?
Siapa tau?

Monday, February 21, 2011

Persoalan Tentang Jodoh

Mak selalu bertanya kepada aku, "Tak ada ke orang nak ko?"

Dan aku selalu jawab, "Siapa yang nak Ina ni, mak?..."

Aku tak habis cakap lagi, mak dah menyampuk, "Ish, janganlah cakap macam tu. Orang kat ofis tu takkan takde yang nakkan ko?"

Aku balas balik, "Masalahnya, kat ofis tu pun tak ada lelaki Melayu. Melainkan sorang je yang Ina pernah bagitau mak yang dia tu bos Ina. Tu pun jenis tak solat. Macam mana Ina nak kata ada orang nak Ina kalau macam ni? Ofis Ina ramai perempuan la mak. Kang kalau ada perempuan yang berkenan kat Ina, lain pulak jadinya."

Mak terkujat, "Ish, ada ke perempuan suka perempuan!"

Aku tersengih sendiri. Mak memang tak tau ada kes macam tu kat dunia ni.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Mak: Si A tak mesej ko ke?

Aku: Mak, Ina ni siapa sampai dia nak mesej Ina?

Dah berjuta2 kali mak aku tanya pasal A sedangkan aku dah berjuta2 kali juga bagitau mak yang Si A tu tak pernah langsung berkenan kat aku. Aku tak faham. Adakah pernyataan aku masih kurang jelas untuk memahamkan mak bahawasanya antara A dan aku langsung tak ada apa2? Kadang2, aku tak faham langsung pemikiran orang tua.

Perlukah aku membawa A datang ke rumah dan meyakinkan mak aku bahawa kami langsung tiada sebarang perasaan antara satu sama lain? Perlukah? Kalau perlu, aku akan buat.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Laju, laju...
Buaiku laju...
Aku nak kahwin dengan anak raja...

Ha... Lajulah. Kenapa tak nak buai ni? Hek hek hek... (Menangis sambil menggoncang2 buaian tersebut agar membuainya.)

Teringat lagu ni yang dinyanyikan Bawang Merah dalam cerita Bawang Putih, Bawang Merah yang sangat desperate nak kahwin dengan anak raja. Hehehe...

Tapi, harap aku tak dapat anak raja. Tak sanggup aku menjalani kehidupan penuh protokal. Nak ampun tuanku, ampun tuanku bagai. Ampun Tuhanku bolehlah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

InsyaAllah. Satu hari nanti, aku pasti akan bertemu jodoh aku. Aku percaya pada Qada' dan QadarNya.

Ala.. Aku baru 18 tahun. Lek ar lu... Ek eleh... (Dengan girang hati menyanyi lagu Cari Jodoh.)

Pendapat Kenalan Diperlukan

Aku ada satu soalan. Soalan ini ditujukan kepada mereka yang mengenali aku.

Soalannya:

Pernahkah sepanjang anda mengenali aku, anda pernah melihat aku kurus? Maksud aku yang sebenar-benar kurus, bukan kurus yang nampak susut sikit tapi masih gemuk.

Kalau pernah, bilakah masanya?

Kalau tak pernah, memang itu berita buruk bagi aku. T_T!!

Jawapan jujur diperlukan kerana aku sudah hilang ingatan.

Terima kasih.


Waktu aku berumur 6 tahun. Kuruskan?

notakaki: Kalau diingatkan balik, seingat aku la kan, aku pernah kurus pun masa berumur 6 tahun seperti gambar di atas. Lepas tu, aku tak sedar sejak bila aku dah jadi gemuk. Setiap kali timbang, berat aku mesti tak sesuai dengan ketinggian aku dan BMI aku selalu overweight. Itu pun entah masa darjah berapa entah. Darjah 4 kot? Serius! Aku dah hilang ingatan.

Saturday, February 19, 2011

Pendapat Pembaca Diperlukan

Tolong aku buat pilihan antara:

Master bedroom berharga RM300
-1+1+deposit api dan air = RM700, gas mungkin perlu kongsi bayar bersama, bil api + air jarang kena bayar menurut kata kawan aku
-duduk berseorangan di bilik itu
-mempunyai kawan seangkatan di UPM dulu yang menyewa di bilik berlainan
-tiada mesin basuh, tv, dan peti ais tetapi ada dapur
-mempunyai bilik air dan tandas sendiri

ATAU

Master bedroom berharga RM100
-tiada deposit tetapi perlu membayar untuk sticker motor sebanyak RM30 setiap 3 bulan, bil Indah Water sebanyak RM48 (dibahagi sama rata) untuk setiap 6 bulan dan berkongsi membayar bahan2 masakan
-kongsi bilik 3 orang
-tinggal bersama orang yang tidak dikenali sebelum ini
-ada mesin basuh, tv, peti ais dan dapur
-hanya mempunyai 1 bilik air dan tandas

Aku mahukan privasi, tapi adakah RM300 itu terlalu mahal bagi anda?

Tolong. Aku dah 5 kali berpindah rumah sewa sejak bekerja. Semuanya rasa macam tak kena. Penat dah aku memikirkannya. Aku hampir berputus-asa dah ni. Rasa nak duduk kampung je tapi, penat nak berulang-alik. Lagipun, susah untuk aku kerja lebih masa kalau stay kat kampung. Penat.

Nak nangis dah ni fikirkan pasal benda ni. Tak tau nak buat keputusan yang macam mana lagi. Takut tersilap langkah lagi. Serik dah rasanya nak menyewa. Tapi, kena juga menyewa.

Tolonglah. Tolong berikan pendapat anda.

Terima kasih.

Hujan Maha Lebat Itu Mungkin Petanda DariNya

Hujan turun dengan lebatnya secara tiba2. Kilat sabung-menyabung diiringi guruh yang berdentum-dentum megah. Terkejut jantung aku dibuatnya.

Setiap kali hujan yang sebegini ganas diiringi kilat dan guruh yang melampau, aku selalu terfikir yang mungkin ini disebabkan aku telah membuat sesuatu kejahatan sebentar tadi dan Allah ingin menunjukkan kemurkaanNya kepadaku dengan cara begini. Secara automatik aku akan berfikir apa kesalahan yang aku buat sebentar tadi? Biasanya, memang aku ada buat kesalahan2 kecil seperti mengumpat di dalam hati tentang mak aku, atau abah aku, atau adik-beradik aku. Iyelah. Bukan selalu kita akan sentiasa berpuas hati dengan mereka. Nak diluahkan takut menjadi lebih derhaka, jadi membebel je la dalam hati.

Iya. Aku baru berasa tak puas hati dengan mak aku tadi tapi, aku diamkan saja (sebab pipi aku bengkak, gigi dah rosak hebat, jadi nak bercakap pun malas.)

Aku agak moody sekarang kerana mak aku tak nak dengar nasihat aku untuk buat operation supaya kakinya baik semula. InsyaAllah. Tapi, dia tak nak! Aku betul2 tak puas hati. Dia kata dia takut sebab dia tengok orang lain pernah kena bedah kakinya tapi lepas tu tak boleh jalan langsung. Kenapa mak? Kenapa mak tengok orang lain yang tak boleh berjalan semula selepas menjalani pembedahan? Kenapa tak tengok orang lain yang boleh berjalan siap bersukan lagi lepas pembedahan? Kenapa?

Dan aku akan jadi lebih moody bila mak asyik merungut2 sakit. Aku kesian tengok mak tapi, aku geram sebab dia tak mahu buat apa yang sepatutnya supaya kaki dia baik. Mungkin tak sama seperti yang asal tapi mungkin boleh jadi lebih baik daripada yang sekarang.

Habislah hujan lebat lagi lepas ni. Kena berselubung bawah selimut ni biar tak kenar sambar petir.

Thursday, February 17, 2011

Semasa Kecil Dulu Aku Adalah Seorang Penyangak Yang Bestari

Waktu itu aku dalam darjah 3. Aku sangat disukai ramai. Semua orang mahu berkawan dengan aku. Aku tak pasti kenapa. Semuanya berlaku secara spontan.

Seingat aku, aku sering dapat nombor teratas dalam setiap ujian dan peperiksaan yang dijalankan. Kerap jugalah dapat nombor satu. Kawan2 bangga berkawan dengan aku. Siap menayang2 dengan rakan yang lain yang aku mahu berkawan dengan mereka. Aku tak ingat. Adakah aku terlampau bijak waktu itu sampaikan aku dilayan sebegitu istimewa? Kelakar.

Setiap kali waktu rehat, ada seorang rakan aku akan belanja aku minum air bergas. Aku tak minta. Serius! Dia yang nak bagi. Aku pun tak tau kenapa. Tapi, hari2 minum air bergas memang merbahaya ye. Boleh menggemukkan badan ye tuan2 dan puan2. Tengoklah hasilnya pada aku sekarang.

Waktu itu, harga air bergas dalam botol adalah RM0.70. Setiap hari, aku hanya diberi RM0.50 sahaja sebagai duit belanja oleh abah. Aku memang tak mampu nak beli air bergas tu walaupun aku teringin sangat nak minum. Waktu itu, kalau sesiapa dapat minum air bergas kiranya dia anak orang kaya la. Makanan rutin aku hanyalah mee goreng atau nasi lemak yang berharga RM0.30. Minuman rutin pula adalah air perisa oren atau anggur atau laici biasa yang berharga hanya RM0.20. Bayangkanlah. RM0.50 sen boleh dapat makanan dan minuman itu. Kalau sekarang, RM0.50 boleh beli gula2 je.

Aku ingat lagi, seorang rakan telah menghadiahkan aku sebuah dompet bermanik sebaik keputusan ujian bulanan diumumkan. Aku mendapat nombor satu lagi. Dia panggil aku secara senyap2 dan membawa aku ke kelas kosong berhampiran kelas kami. Tiba2, dia menyerahkan sebuah dompet dan meminta aku jangan memberitahu sesiapa tentang perkara tersebut. Aku terkejut. Mula2 aku bertanya apa motif dia bagi dompet itu kat aku. Dia sekadar menjawab itu adalah hadiah kerana kecemerlangan aku dalam pelajaran. Hmmm... Aku menerimanya dengan hati yang gembira. (Macam karangan budak sekolah je ni..)

Aku tidak pernah terfikir akan ada begitu ramai orang yang ingin berkawan denganku pada waktu itu kerana pada tahun sebelumnya aku telah terlibat dalam satu kes yang sangatlah berat. Iye... Aku pernah jadi jahat dulu. Baru darjah 2 dah jadi jahat! Bayangkanlah aku yang cute ni buat benda jahat! Memang tak patut!!! Aku malu!!

Di awal sesi persekolahan di darjah 3, aku selalu dicemuh, dicaci, dihina kerana kes tersebut, Tapi, aku buat pekak je. Tiada tekanan. Aku tak menangis langsung bila diejek2. Eh, tiba2 baru aku perasan yang aku memang cool dari dulu. Haha... Aku belajar bersungguh2 dan berjaya mendapat nombor satu dalam ujian pertengahan penggal. Selepas cuti pertengahan berakhir, aku dimasukkan ke kelas yang lebih atas. Di sinilah bermulanya segala perubahan. Aku tidak dicemuh lagi. Pelajar2 lain sudah tidak nampak kejahatan yang aku lakukan pada waktu dulu kerana aku sudah bangkit dari kesilapan itu. Waktu itu, mereka hanya nampak kecemerlangan aku.

Di akhir tahun itu, merasalah aku naik pentas dewan sekolah untuk menerima hadiah. Alhamdulillah... =.)

Jadi, pengajaran yang dapat diambil daripada cerita ini ialah jangan mudah berputus-asa hanya kerana kebodohan yang dilakukan pada waktu dulu. Jadikan ia penyebab untuk anda bangkit menebus kesilapan tersebut dan buktikan pada orang ramai yang anda boleh jadi lebih baik daripada yang mereka sangkakan. Selamat berusaha!!!

notakaki: Benda dah berlaku. Nak menyesal pun tak guna dah. Jadikan pengajaran saja. Oh, iya! Sebelum aku terlupa, kawan yang belanja aku air bergas dan bagi aku dompet tu adalah seorang perempuan. Jangan salah faham pula ye.

Monday, February 14, 2011

30 Perkara Rawak Tentang Aku

Peringatan: Entri ini kemungkinan mempunyai perkataan2 yang tak berapa enak dibaca. Jadi, kalau anda seorang yang suci dan jijik dengan perkataan2 yang anda rasa seharusnya tidak diperkatakan secara terbuka, maka lebih baik anda jangan baca entri ini.

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 30 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 30 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

Ini adalah sejenis tag ye para pembaca sekalian. Tag diperolehi daripada Shahirah atau Mesya. Beliau telah mengetag aku. Jadi, untuk memenuhi permintaannya untuk mengetahui lebih lanjut tentang diriku, maka dengan berbesar hati aku akan menjawab tag ini. Tapi, 30 perkara? Pergh!! Aku pun tak tau kalau aku ada 30 perkara tentang diri aku yang boleh dikongsi bersama. Maklumlah, aku ni hanya orang biasa. Takde apa yang spesel pun. Ok, mari kita tengok cukup ke tak 30 perkara.

1. Nama aku Azlina binti Mat Sapar. Banyak nama panggilan. Mostly panggil Ina, Inot, Lina.

2. Tarikh lahir 27 Disember 1986. Tarikh sama dengan Salman Khan. Oh, pujaan hatiku!! Handsome, cute, tough... Smooch!!! Smooch!!!

3. Sukakan muzik. Bercita2 nak bermain pelbagai jenis alat muzik tapi, entahlah. Nak kata tak mampu beli, boleh je beli tapi takut mak marah. Haha... Kat rumah aku cuma ada rekoder je kot. Tu pun rekoder masa sekolah rendah dulu. Not2 dia pun aku dah tak ingat. Hehe... Alat muzik yang paling aku nak main adalah keyboard/piano dan dram. Bilalah agaknya boleh main ek?

4. Suka menyanyi. Ada orang kata suara aku sedap, ada yang kata sengau. Haha... Lantaklah. Kalau dah ada orang suka suara aku tu, maksudnya memang sedaplah. Terimalah kenyataan ye bahawasanya aku boleh menyanyi. (Pergh, berlagak!!! Kena tarik nikmat tu kang padan muka!!)

5. Seorang yang neutral. Kat sekolah dan universiti boleh berkawan dengan sesiapa saja. Tak pernah ada geng sendiri. Teringat masa sekolah rendah dulu. Ada dua puak budak pandai kat sekolah yang nak aku join geng diorang. Satu puak menghasut aku jangan join puak satu lagi, puak yang lagi satu pun buat perkara yang sama. Akhirnya, aku buat bodoh je. Lantak korang la. Yang penting aku takde masalah dengan dua2 puak ni.

6. Cita2 pertama aku adalah nak jadi inspektor polis. Cita2 sejak berumur 6 tahun sampailah tingkatan 5. Tapi, tak kesampaian sebab tak nampak jalan nak ke arah cita2 tu. Sekarang aku pun tak tau apa cita2 aku. Nak jadi arkitek, tapi nak sambung belajar pun tak sempat lagi. Entahlah. Agaknya aku ni jenis yang ikut je aliran arus kehidupan kot. Apa nak jadi jadilah. Ish, tak elok jugak macam tu! Hmmm... Banyak kot cita2 aku. Nanti aku buat satu entri pasal cita2 aku ok.

7. Kat sekolah dulu boleh dikatakan aktif dalam sukan. Pernah dapat nombor satu dalam lumba lari. Jangan main2. Kaki pendek pun boleh menang tau. Tapi, sekarang selalu berlari dalam mimpi je la. Asyik mimpi kena kejar penjahat je. Apa entah motif mimpi tersebut? Masuk sekolah menengah, aktif dalam taekwondo. Habis takat tali pinggang biru kedua je. Lepas sekolah, dah tak sambung lagi dah. Hasilnya, tengoklah badan aku yang tough ni. (Tak nak mengaku gemuk, nak jugak kata tough..)

8. Sejak dulu aku ada habit pelik. Aku suka angkat berat dan becita2 nak ada body berketul macam Salman Khan dan Fahrin Ahmad. Aku pantang tengok lelaki badan berketul mesti aku jadi teruja. Tak taulah kenapa. Hasilnya, tengoklah badan aku sekarang. Bahu lebar macam bahu lelaki. Lengan pun besar sebab berotot.

9. Akibat daripada perkara 8, aku kerap mengalami kesukaran setiap kali nak beli baju. Kalau beli baju perempuan, sah2 la tak muat bahagian bahu dengan lengan walaupun saiz L. Kalau beli saiz XL terlebih besar pulak. Jadi, aku beli baju lelaki je. Biasanya saiz M. Tapi, baju lelaki pulak masalahnya bahagian bawahnya kecil. Anda faham2lah punggung perempuan tu lagi besar daripada punggung lelaki kan.



Inilah yang aku cuba terangkan. With the big boobs, big butt, spare tyre and perut boroi, patutnya memang tak layak untuk aku pakai baju lelaki. Tapi, bahagian bahu dengan lengan dia aku ok.

Kalau baju perempuan pulak, tengoklah sendiri macam mana.



Bahagian bawah ok. Tapi, bahagian bahu dan lengan pulak tak ok. Selalu ketat walaupun dah beli saiz L. Nak beli saiz XL, terlebih besar. Nanti nampak gemuk dan rendah sangat. (Perasan otot lengan berketul sampai macam tu sekali... Bohong je tu tapi memang berotot sikit... Kalau tak percaya boleh try tekan lengan aku.. Marilah..) Bahagian perut pun kadang2 tak berapa nak ok sebab aku kan boroi. Baju perempuan kan selalu mengecil kat perut. Aku pun pelik kenapa orang reka pakaian macam ni. Dia ingat semua orang slim ke? Payah benar nak jumpa baju yang tak ada potongan kat perut. Selalu frust kalau window shopping. Tu sebablah aku selalu pakai baju yang sama je. Payah nak tengok aku pakai baju baru.

Jadinya, aku telah mereka fesyen sendiri sejak universiti lagi seperti ini.



Macho kan? Yang tak kenal aku tu, try la teka yang mana satu aku. Kalau dapat jawab aku belanja 2 skop Baskin Robbins.

10. Seorang yang gila dengan buku. Pantang pergi shopping mall, mesti singgah kejap kat kedai buku. Bukan nak beli pun. Saja nak tengok kalau2 ada buku yang menarik minat untuk dibeli. Serius, kat rumah aku banyak buku yang aku beli tapi tak habis baca lagi. Ada juga yang tak disentuh lagi. Tak... Tak membazir. Untung beli buku ni. Buat bacaan di masa lapang. Nanti dah tua2 pun boleh dibaca lagi. InsyaAllah. Kalau panjang umur.

11. Pelat. Lidah asyik terbelit masa bercakap. Akibatnya, malas nak bercakap sebab asyik semput je tiap kali nak menutur perkataan.

12. Dah merempit sejak darjah 5. Sekarang aku adalah seorang perempit yang profesional.

13. Macho dan cool. Memang sejak azali macam ni. Tak boleh nak ubah dah. Biar la orang kata aku macam jantan ke, perasan cool ke, lantaklah... Memang inilah aku.

14. Sikap berubah2 mengikut keadaan dan dengan siapa aku berdepan. Pernah dilabelkan oleh seorang kawan sebagai orang yang mempunyai dual personality. Iye.. Memang betul.

15. Handsome. Memang kenyataan. Masa aku join National Service dulu ada pelatih panggil aku Bro. Ko boleh bayangkan betapa handsomenya aku masa tu kalau sampai boleh digelar macam tu.

16. Takut nak bawak kereta. Sebab tu kereta abah bukan kereta aku. Kalau kereta aku, aku berani la bawak. Kot?

17. Suka cipta resepi masakan sendiri.

18. Otak aku selalu berfikir untuk mereka cipta sesuatu. Tapi, tak pernah terbuat.

19. Minat untuk menulis novel atau sebarang karya penulisan. Masa kat sekolah dan universiti dulu aktif masuk pertandingan mengarang dan membaca puisi. Selalu jugak menang. Memang berdarah seni ke apa aku ni? Sekarang sedang merancang nak buat satu blog yang memaparkan hasil karya penulisan aku sejak tingkatan 2 lagi.

20. Minat berlakon. Banyak kali join teater dan persembahan pentas sejak di sekolah dan universiti. Aku suka berada di pentas sebab aku boleh tunjuk bakat terpendam aku dan aku boleh jadi orang lain.

21. Biasanya setiap barang yang aku gunakan akan bertahan lama. Payah nak tengok aku rosakkan barang. Itu salah satu sebab aku tak pernah tukar henfon atau kamera atau beg atau laptop kepada yang baru selagi benda2 alah ni tak rosak. Tu sebab la aku tak beli kereta lagi sampai sekarang. Orang sibuk menyuruh aku beli kereta second hand. Masalahnya, aku nak beli kereta baru. Tapi, duit tak cukup lagi. Memanglah boleh beli kereta second hand. Lepas dua tahun jual la balik buat downpayment untuk beli kereta baru. Tapi, malaslah. Memang aku tak suka tukar2 barang selagi barang tu tak rosak teruk. Ni kalau aku dah beli kereta second hand, mesti niat aku nak beli kereta baru nanti akan dilupakan. Aku masak sangat dengan perangai aku ni.

22. Sejak akhir2 ni minat lagu Korea la pulak.

23. Suka beramah-mesra dengan kawan2 kat facebook dan blog.

24. Aku ni agak innocent jugak orangnya.

25. Sukakan kucing. Suka sangat2. Paling suka kucing buncit. Suka tekan2 perutnya.

26. Suka menabung.

27. Sukakan benda2 yang stylo dan membuatkan diri aku nampak cool bila aku menggunakannya. Argh... Aku tak taulah kenapa aku suka perasan cool.

28. Selalu berangan nak buka bisnes sendiri tapi sampai sekarang pun aku tak tau nak buka bisnes apa.

29. Tak suka dikongkong dan orang ambik kesempatan atas kelemahan dan kebaikan yang aku buat.

30. Akhirnya, sampai jugak nombor 30!!!!! Errr.. Apa ek perkara yang ke-30 tentang aku? Aku tak suka nombor. Kepala aku selalu pening kalau orang bercakap dengan aku tentang nombor. Macam percent2 interest dalam pinjaman bank atau bagi diskaun kat quotation yang nak diberi kat klien. Pergh, memang parah! Otak aku rasa macam berpusing2 ligat cuba nak memahami apa yang orang tu cakap. Tapi, satu benda je yang berkaitan dengan nombor yang aku suka. Sudoku. Aku suka main Sudoku. Kalau dapat settlekan puzzle tu, memang aku rasa dah cukup bijak la. Haha..

Ha... Settle dah 30 perkara tentang aku. Aku nak tag sape ek? Apa kata aku tag followers aku? My followers, sila buat tag ini ok? Aku nak tau pulak pasal korang.

Sekian saja untuk hari ini. Love and kiss. Mmmuaaah!!

Sunday, February 13, 2011

Kerja Yang Tak Siap Kerana Tiada Spirit Mambang Yang Berdamping

Ok.. Tajuk entri agak mengarut... Abaikan..

I love my job very2 much!!! Mmmmmuuuuuaahhhahahahaha!!! Kiss, kiss!!! Smooch!! Smooch!!! (Cuba teka ucapan aku ni ikhlas ke tak?)

Aku kena render at least 3 views of perspectives menggunakan Adobe Photoshop dan esok En. Nizar nak!!! Tapi, kan... Macam biasalah... Benda2 yang melibatkan design dan imaginasi ni kena ada spirit baru ilham datang mencurah2... Masalahnya, spirit tak ada!!! Wuwuwu.. T_T

Kalau malam ni aku stay buat kerja sampai pagi, dan esok aku tak datang kerja boleh tak? Aku email je la hasil kerja aku kat dia... Ko gila nak aku merempit dalam keadaan mengantuk? Ko angguk? Memang ko gila.

notakaki: Tiba2, aku rasa nak bela kambing je la kat kampung.

Saturday, February 5, 2011

AN ANALYSIS OF CHOICE CRITERIA IN REFINANCING HOUSING LOANS

Assalamualaikum...

Saya mewakili seorang kenalan saya dengan ini menjemput tuan-tuan, puan-puan, encik-encik dan cik-cik sekalian untuk melawat URL yang tertera dibawah dan memuat turun dokumen tersebut.

http://www.4shared.com/document/nTketpIT/AN_ANALYSIS_OF_CHOICE_CRITERIA.html

Kenalan saya yang sedang belajar dalam jurusan Pentadbiran Muamalat di USIM dikehendaki mendapatkan beberapa orang responden untuk menjawab questionnaire ini. Dengan ini, diharap kenalan-kenalan saya dapat membantu beliau menjayakan kajian yang dijalankan.

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan questionnaire tersebut, sila muat turun dokumen tersebut. Di muka surat pertama ada tertulis objektif kajian. Selepas anda memuat turun dokumen tersebut, terpulang pada anda bagaimana ingin mengisi dokumen tersebut. Sama ada:
1. Dicetak terlebih dahulu, kemudian dijawab menggunakan pen. Kemudian, scan dokumen tersebut untuk dimuat turun ke PC, atau;
2. Gunakan saja tools pada application Adobe Reader. Pilih Tools>Comment & Markup>Pencil Tool untuk soalan-soalan yang memerlukan tanda 'tick' (✓). Pilih Tools>Typewriter untuk soalan-soalan yang berbentuk subjektif.

Setelah selesai menjawab, emailkan questionnaire yang telah dijawab ke msazlina@gmail.com.

Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.

notakaki: Lebih afdhal sekiranya para pembaca menghebahkan questionnaire ini kepada rakan2 pembaca agar bilangan responden lebih ramai dan keputusan kajian dapat diperolehi dengan lebih tepat.