Popular Posts

Monday, November 7, 2011

Kelas Bahasa - Penghuraian Untuk Lirik Lagu Alif Satar (Lelaki Seperti Aku)

Salam...

Pertama sekali, aku bukan peminat Alif Satar.

Kedua, hari ni aku nak buat kelas bahasa.

Lelaki Seperti Aku - Alif Satar

Siapa tau lagu yang tertera di atas?

Aku yakin semua orang pun tau kan. Kalau tak tau, errr... Terpulanglah nak tau ke tak. Tak wajib pun. Namun, ramai di kalangan warga Melayu yang kurang memahami lirik lagu ini. Mereka konfius apa yang cuba disampaikan dalam lagu ini. Tapi, takpelah. Meh aku tolong leraikan kekonfiusan kalian semua. Sebabnya, aku kesian dengan Alif Satar ni sebab orang sibuk kutuk lagu ni entah apa-apa entah padahal depa sendiri bodoh sombong tak reti nak fahamkan lirik lagu ni. Simple je kot lirik lagu ni. Yang sibuk nak mengutuk-ngutuk orang tu kenapa?

Sebelum aku masuk kepada penjelasan pada setiap baris lagu ini, secara ringkasnya lagu ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang cuba menolak pelawaan seorang gadis untuk bercinta dengannya kerana dia sudah mempunyai gadis kesukaannya sendiri. Jadi, dia cuba menolak pelawaan gadis ini dengan cara yang baik dengan mengatakan bahawa memang dia lelaki yang baik, yang hebat, yang seksi, yang tampan tapi ramai lagi lelaki yang lebih baik, lebih hebat, lebih seksi dan lebih tampan di luar sana berbanding dirinya dan gadis itu layak untuk memiliki lelaki yang mempunyai karakter yang"lebih" itu berbanding dirinya.

Jom ke rangkap pertama.

Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak

Ayat di atas menyatakan bahawa hanya ada seorang saja lelaki seperti dia di dunia ini iaitu dirinya sendiri. Tapi, ada ramai lelaki yang lebih baik di dunia ini berbanding dirinya.

Memang tak ada lelaki sehebat aku
Tapi yang lebih hebat banyak

Sama seperti rangkap pertama, ayat di atas menyatakan bahawa hanya ada seorang saja lelaki hebat seperti dia di dunia ini iaitu dirinya sendiri. Tapi, ada ramai lelaki yang lebih hebat di dunia ini berbanding dirinya.

Maka tak perlu kau susah hati
Banyak lelaki yang bisa kau pilih
Untuk kau jadikan sandaran hati

Si lelaki tak mahu si gadis bersusah hati jika tidak memiliki dirinya kerana ramai lagi lelaki di dunia ini yang dia boleh pilih untuk dijadikan kekasih hatinya.

Memang tak ada lelaki seseksi aku
Tapi yang lebih seksi banyak

Sama seperti rangkap pertama dan kedua, ayat di atas menyatakan bahawa hanya ada seorang saja lelaki seksi seperti dia di dunia ini iaitu dirinya sendiri. Tapi, ada ramai lelaki yang lebih seksi di dunia ini berbanding dirinya.

Memang tak ada lelaki setampan aku
Tapi yang lebih tampan banyak

Sama seperti rangkap pertama, kedua dan kelima, ayat di atas menyatakan bahawa hanya ada seorang saja lelaki tampan seperti dia di dunia ini iaitu dirinya sendiri. Tapi, ada ramai lelaki yang lebih tampan di dunia ini berbanding dirinya.

Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku menjadi pacarmu

Jadi, si lelaki tidak mahu si gadis berasa kecewa, buat benda bodoh merayu-rayu bagai nak rak semata-mata nakkan si lelaki.

Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Dan si lelaki memujuk lagi dengan menyatakan segala keistimewaan si gadis dan meyakinkannya bahawa pasti ada lelaki yang menginginkannya dan mengharapkan tiada perselisihan faham selepas penolakannya.

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Si lelaki menyatakan keinginannya untuk bercinta tetapi yang pasti bukan dengan si gadis kerana dia sudah punya gadis yang lain.

Ceritanya aku sedang belajar setia
Makanya dari itu kamu jangan memaksa
Kerna aku memang tak suka mendua

Si lelaki menjelaskan bahawa dia sedang belajar untuk setia kepada kekasih hatinya dan mengharapkan tiada orang ketiga dalam hubungan mereka kerana dia bukanlah playboy.

Sekarang, kawan-kawan dah faham maksud lagu ni? Ke lagi pening? Tu la... Masa sekolah dulu, ambik remeh je kan masa kelas BM. Bila orang buat lirik lagu yang pusing sikit ayatnya, mula la nak mengutuk. Kan bagus kalau anda mengkaji terlebih dulu sebelum merungut.

Bukan setakat untuk lagu ni la. Maksud aku, dalam kehidupan kita pun, alangkah bagusnya kalau kita berfikir, mengkaji dan menilai dulu daripada merungut terus. Pengalaman di tempat kerja memang agak mematangkan diri untuk berdepan dengan orang yang macam ni. Baca buku tak mau, mencari pun tak mau, merungut je lebih. Kita berfikir guna otak dan bukan guna mulut. Maaf kalau terkasar bahasa. Salam!!

notakaki: heh... aku tak dapat royalti pun untuk penjelasan lirik lagu ni... cuma, kesian pada si penulis lirik, si penyanyi dan si pengutuk...