Popular Posts

There was an error in this gadget

Follow by Email

Monday, November 17, 2008

Apa reaksi anda jika tiba2 je mendapat komen seperti ini tak kiralah sama ada di frenster ke, myspace ke, tagged ke..

<nama anda> BUNCIT

Ha… Baru2 ni aku telah membuat satu kajian tentang perkara ini secara tak sengaja. Boleh pulak tak sengaja ye? Begini ceritanya…

Di satu hari yang membosankan akibat tekanan kerja yang melampau, aku tak tau la apekehenye dengan aku hari itu, tapi aku rasa perkataan BUNCIT itu sangat kiut bunyinya serta rupanya. Lalu, dengan selamba badaknya aku telah mengepost komen seperti di atas ke profile kawan2 studioku dan BIG BROku juga. Niat sebenar aku cuma nak menarik perhatian mereka je sebab dah lama sangat takde orang komen kat frenster aku. Tak sangka pula ia akan menjadi satu isu yang hangat. Haha… Yah, aku berjaya menambah komen lagi! Dan kemudian, aku menukar shout out di frenster kepada ini >>> buncit itu kiut kan? (oh…sungguh aku mengalami tekanan sekarang)… Lalu, kemudiannya aku bercuti selama 4 hari daripada godaan online untuk menyiapkan kerja2 pembaikan bod yang masih tak siap2. Lepas balik dari percutianku, haha… banyak giler komen aku dapat.

Nah.. inilah respon2 yang dikeluarkan oleh responden2 tersebut:

1. Kirstin_叮 (dia ni kurus, kecik je orangnye)
11/8/2008 12:39 am

bila masa aku buncit? takde pun? kiut je yg aku nmpk? hehehe =P

2. HaLim (dia ni ada potensi untuk mengalami kebuncitan. Tapi, masih kurus)
11/8/2008 1:04 am

comment anda telah ditapis bagi kerana mmepunyai elemen2 yg kurang sesuai tk budak bawah umur.

~~~sila ambil perhatian..

-------------------------------------------- (direply semula selepas aku mereply komennya)

11/8/2008 9:51 am

adalah bkn kerna disebabkn itu..arakian maka disebabkan bahagian perut itu lah yg menjadi sebahagian sebahagian penduduk d rumah ini memberi kate kate mereka kepada wak dan menjadi kesalahan lah tk memberi kan sifat ru kepada ahli ahli rumah yang len...adalah demikian kerana disebabkan akan muncul kate2 busuk yang boleh menghilangkan kedamaian sesebuah rumah..

~~sekian

p/s: wak sedang mengalami masalah kebuncitan yang semakin meruncing.

3. pda (dia ni kurus…kurus sangat2. Papan la wa cakap lu)
11/8/2008 9:22 am

eh......ak lak yg buncit....apsl tbe2 ak kene???

4. wa (oh..dia ni lagi la papan skateboard)
11/8/2008 9:22 am

ne ade buncit.mandai je

5. TwiceBlessedMan (dia ni tough sikit. Kadang2 terbuncit sikit, tapi sekarang dah kempis balik)

11/8/2008 10:05 am

knape inot? knape? knape tibe2 aku dipanggil dgn gelaran buncit? buncit kah aku?

6. ilani (dia ni same spesies ngan aku. Berusaha untuk mengurangkan kebuncitan)

11/8/2008 1:35 pm

kalo boroi ok ke aa?
ke geleber lagi cun?
gemuk plak?
nk bt liposuction la, bagi sama inot, baru 'kiut' byk lemak!

7. darkqueen (dia berjaya mengurangkan kebuncitannya semester lepas. Tapi, dia masih buncit sikit)

11/8/2008 10:54 pm

inot jahat.....bncit tu seni ape....x sume org blh ade prut bncit cam wani....he he he

8. zyanmie (body dia…fuyoo…cun jugak la. Tak la papan sangat)

11/9/2008 8:17 am

hehe buncit = kiut maknanya org kiut hahahaha bes nyer inot nie heee

9. ELLE (dia ni gebu. Haha. Boleh tahan la. Dia hampir2 berisi tapi masih slim)

11/9/2008 7:57 pm

nmpknye sumeorg ko kte buncit....
ingat aku sorang je...
siap r inot,,, aku buat sit-up 1000x sehari...

10. angah (dia kate tak nak makan nasi selama setahun. Hmm.. kita tengok je nanti ape hasilnye..)

11/9/2008 11:30 pm

yala aku buncit ko kembung hahahahaha...

11. MiSs NiNiE (dia ni sangat bombastic la wa cakap lu walaupun berbadan besar. Aku rasa tak perlu la kot dia makan ubat kurus. Body dia agak propotion sebenarnya dengan ketinggiannya yang cam gergasi)

11/10/2008 9:24 am

in0t bg tips utk perut langsing bermaya..!!!! cpt.!!! xilang gk buncit siap ko..h0h0

12. shaiful (BIGBRO yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Oh… ade orang kata dia dah kurus sikit masa hari raya)

11/10/2008 10:03 am

siut je.... jaga badan tu... turunkan at least 15kg... jgn sampai aku lebih slim dari ko...hehehehe

Aku tak tau la apa kesimpulan untuk kajian ini. Tapi, aku rasa aku telah mencipta satu game baru. Ada berani nak cuba? Cubalah. Hasilnya pasti menghiburkan anda.

tag datang lagi...

1. Sudah pukul berapa sekarang?

Jam kat blacky menunjukkan pukul 3:22 pm..


2.Apa mood sekarang?

Gembira sebab dapat online..haha..hepi giler sbb dah 3 hari xonline..

3.Rasa hendak buat apa sekarang?

Habiskan post entry ni cepat2 pastu gi solat zohor pastu balik rumah pastu tido..

4. Kalau ada 'magic' sekarang rasa hendak buat apa?


Aku nak ada kat surau sekelip mata..nak solat zohor..lagha betul la melayan internet ni..

5. Rasa hendak tengok cerita apa sekarang?


Seksaan di kubur..

6. Keluarga sedang buat apa sekarang?


Abah pi kebun, mak tido atau tgk tv klu xujan..

7. Apakah waktu makan sekarang?

Bukan. Tapi, makanan lunch yg aku tapau td tak abis lg tu.. internet punya pasal..

8. Rasa hendak duduk bersama siapa sekarang?


Duduk bersama anak buahku, Nur Auni Safiyyah.. oh, aku rindukan keletah dia...



9. Dan Dia/Mereka sedang buat apa sekarang?

Sedang bermain bersama rakan2nya di nursery..

10. Macam mana cuaca sekarang?


Sejuk giler kelu lidah tak terkata wa cakap lu..

11. Kalau ada tunai sejuta di tangan sekarang, hendak buat apa?


Nak beli baju ujan. Baju ujan dah koyak. Pakai pagi td msa nak ke fakulti. Lebih duit tu nak simpan la untuk buat modal buka restoran dan buka kolam udang dan ikan...

12. Rasa hendak souvenir daripada siapa sekarang?

Abah..tak sabar nak dapat keta baru..insyaAllah la kalau jadi dapat duit pampasan kebun itu...

13. Setelah menjawab beberapa soalan survey ni, apa mood sekarang?

Same je macam tadi..

14. Jadinya, sudah pukul berapa sekarang?

3:31 pm

15. Akhir sekali, rasa hendak tag siapa sekarang?

Ila..

Thursday, November 13, 2008

PORTFOLIO REVIEW

Hari ni hari Portfolio Review..
Esok juga sama..
Aku kelam-kabut bergegas dari rumah pagi tadi..
Katanya kerja-kerja 3rd year akan diasses pukul 9.30 pagi..
Aku bertolak dari rumah pukul 8.50 pagi..
Sampai UPM tepat pukul 9.30 pagi..
Aku rasa dah pecut laju dah tadi..
Tapi still lambat jugak sampai..
Ke jam aku yang terlampau laju berdetik?
Anda rasa kalau bawak motor average 80km/hr tu kira laju tak?
Aku malas nak bawak laju-laju sebenarnya..
Nak jimat minyak..
Tapi, dah terpaksa..
Sape suruh bertolak lambat?
Padan muka!
Pagi tadi sejuk ar..
Rasa macam malas je nak mandi..
Huhu..

Aku ni kalau dah dapat menaip memang susah nak berhenti..
Sebelum aku merapu macam-macam, ini la hasil kerja aku sepanjang stay kat studio..


EVENT SHELTER AT MERDEKA SQUARE, KL











EXECUTIVE RETREAT STATION AT JANDA BAIK, PAHANG

Gambar-gambar kat bawah ni pulak adalah gambar-gambar kegemaran aku hasil render-an aku sendiri..


entrance ke executive retreat station


single retreat unit (SRU)


unit retreat unit (URU)


experience kat bridge sebelum tiba ke retreat units


open auditorium, event shelter


info center, event shelter


multipurpose hall, event shelter


restaurant, event shelter


exterior view, event shelter

Hoi..
Malas dah aku nak upload gambar..
Leceh benar..
Aku dah nak balik rumah ni..
Selamat tinggal..

p/s: banyak duit bapak aku habis untuk print benda-benda alah ni.. terima kasih abah.. nasib baik sekarang abah dah kaya.. semoga abah dimurahkan rezeki lagi ye.. Amiin..

--------------------------------------------------------------------------------

Update sikit..
Awat kaler gambar-gambar tu jadi cacat cela sebegitu rupa?
Why?
Eh..
Kaler bod aku yang sebenar bukan macam tu tau..
Kalau nak tengok bod-bod yang sebenar silalah datang ke Fakulti Rekabentuk Senibina, UPM esok..
Tak pun tengok je kat frenster aku..
Ade link kat sidebar tu..
Saiz dia punya la besar gedabak..
Sekian..

Wednesday, November 12, 2008

tag tag tag dan bla bla bla...

* take a recent photo of yourself OR take a picture of yourself RIGHT NOW.

* DONT change your clothes. DONT fix your hair, just take a picture.

* Post that picture with NO editing.

* post this instruction with your picture.

* Tag 10 people to do this


chubby kan? hehe..

First time aku kena tag. Selama ni aku cuma tau TAGGED je. Anda ada akaun TAGGED? Sila add aku kalau ada. Tag ini daripada Nur Islami Binti Mohd. Fahmi Teng @ Is @ Amy @ Warna Warni Kehidupan.

Masa ni aku tengah menanti presentation boards aku selesai diprint. Aku print kat kedai luar sebab taat dengan kata-kata lecturer supaya print kat luar untuk portfolio nanti. Katanya, kualiti print kat fakulti ni tak berapa bagus. Mungkin juga.

Anda tau? Aku betul-betul kepenatan hari ni. Tadi kelam-kabut bertolak dari rumah kat Banting pukul 1.50 ptg sebab nak print boards ni la. Katanya kena tampal boards sebelum pukul 3.00 ptg. Aduyai... Sampai UPM pukul 2.35 ptg. Terus pergi bank, kuarkan duit. Konfem RM 350 harga keseluruhan untuk print boards kali ni. Banyak kan aku guna duit. 1 keping A0 full color berharga RM 50. Aku print 7 bod kesemuanya dan full color. Aku dapat resit daripada tokei kedai tu. Aku cakap nak tunjuk kat abah aku. Bukti aku mengunakan duit dia dengan sebaiknya. Huhu..

Tapi, habis print pukul 4.30 ptg. Pastu, baru pergi galeri untuk menampal bod. Esok dan lusa adalah hari portfolio. Semoga berjaya Inot...

Aku tag ila. Tak sampai 10 orang pun. Hehe. Dah tu je orang yang baca blog aku selain Is. Dengan bloggers lain aku masih belum berkesempatan untuk beramah-mesra. Segan mungkin. Nanti-nanti la ye. Banyak benda nak buat ni. Jiwaku kacau. Huhu..

Glossari:
portfolio review- hari di mana hasil kerja pelajar di sepanjang semester diassess semula dan profesional-profesional dari luar dijemput hadir untuk melihat sendiri hasil kerja pelajar.

*oh..Isnin dan Selasa ni ada LAM akreditasi pulak. Bznya hidupku. Habis la minyak motor asyik ulang-alik je. Haih...

Thursday, November 6, 2008

kuaci memang sedap kan?

sejak akhir-akhir ni aku giler makan kuaci...
kuaci memang sedap kan?
lagi-lagi bila dimakan sambil khusyuk membaca sesuatu, menonton sesuatu, mendengar sesuatu dan memerhatikan sesuatu...
oh...
aku makan kuaci sambil memerhatikan design aku...

kenapa la kuaci ada kulit?
kalau tak ada, bolehlah tangan kiri buat kerja dan tangan kanan mengenggam biji-biji kuaci lalu disuapkan ke dalam mulut...
leceh la kuaci ada kulit...
kena stop buat kerja sebab kena guna kedua-dua belah tangan untuk mengopek kulitnya...
ish...

ada sesiapa nak tolong kopekkan kulit kuaci?

Wednesday, November 5, 2008

Mesej Daripada BIG BRO

selepas solat Maghrib semalam...
aku mendapat sebuah mesej daripada BIG BRO...
begini bunyinya...

Sementara masih ada kemampuan untuk belajar, belajar la sampai berjaya. Cabaran akan datang semakin hebat. Kalau nak sukses, rancang dari sekarang ya.

dan ini balasku...

Ok bang.. Doakan la ye adikmu ini sukses kat semester-semester akhir ni.. Tq.. Mmmuuah.. Luv u. =.)

sebenarnya aku dan dia jarang bermesej...
kalau ada perkara penting je kami akan berhubung...
setakat nak tanya khabar tu, memang jarang la...
mungkin sebab umur yang jauh menyebabkan kami kurang rapat...
apa pun, dia tetap jalankan tanggungjawab dia sebagai anak sulung...
mengambil berat tentang kisah LIL BRO dan LIL SISTASnya...
biasanya, yang rapat dan selalu bermesej dengan dia adalah LIL SIS...
selalu mengadu tentang pelajaran yang susah...
selalu mengadu tentang cabaran sebagai pelajar universiti...

tiba-tiba aku tersedar...
betapa berpengaruhnya kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah agama dalam kehidupan aku...
di sekolah dulu dilarang bercakap tak tentu hala dengan orang bukan muhrim...
ni menyebabkan aku jarang bercakap dengan lelaki...
dan menyebabkan aku jadi penyegan...
perangai ni terbawa-bawa ke rumah pulak...
ceh...
tak pasal-pasal jadi tak rapat dengan BROS sendiri...
oh...
dengan BIG BRO mungkin tak berapa rapat...
dengan LIL BIG BRO boleh kata rapat jugak la...
mungkin sebab jarak umur yang tak jauh...

tapi, bila dah besar...
baru aku sedar betapa tak rapatnya kami masa kecil dulu...
aku start bersalam dan cium tangan BIG BRO pun masa dia tolong hantar aku balik ke asrama masa Form 4 dulu...
lepas tu, barulah amalan tersebut diamalkan oleh adik-beradik aku yang lain...
kini aku dan LIL SISTAS dah bersalam dan cium tangan BROS...
dan LIL SISTAS aku juga dah bersalam dan cium tangan aku...
masa ni baru rasa betapa dah dewasanya kami...
baru sedar yang aku ni ada LIL SISTAS yang perlu dijaga dan diambil kisah selalu...
dan LIL SIS aku dah pandai cium pipi BIG BRO dan ABAH...
tapi, aku masih segan-segan nak buat begitu...
ah...
susah betul nak kikis sikap segan tu...

jadi...
point cerita kali ini sebenarnya adalah...
betul ke mesej tu untuk aku?
ke BIG BRO salah sent?
ha...
sape nak jawab tu?
sebab lepas aku balas mesej dia, dia tak balas dah mesej aku...
at least balas la Luv u jugak ke...
oh...
sangat yek sebenarnya kalau begitu...
oh tidak...

Tuesday, November 4, 2008

terima kasih ila...

terima kasih ila kerana menolongku menghabiskan pisang goreng di pagi-pagi buta ini...
(pisang goreng yang dibeli pukul 3.30 petang tadi)
actually gigiku sakit...
kalau tak sakit sure aku akan bedal sorang-sorang...
haha...
taklah...
kami memang suka berkongsi makanan...
lagi-lagi di kala pagi begini...
sambil khusyuk membuat kerja...
(kerja? oh, itu dulu. sebelum submission. sekarang kami bz menghadap internet walaupun ada la sikit keje nak disiapkan. huhu... eh, tapi aku sambil berinternet sambil wat keje tau. siap baca komik Hari-hari Midori lagi.)
ditambah dengan atmosfera studio yang didingini sang air-cond...
memang nikmat rasanya kalau ada bahan untuk dikunyah...
dah jadi tabiat pulak sekarang sebab terbawa-bawa suasana masa bulan puasa sebelum ni...
buat drawing sampai pukul 5.00 pagi pastu sahur terus...
pastu, lepas subuh je terbongkang tidur samada kat surau atau pun kat bawah meja ni...
(seriously sh*t...pengalaman stay di studio ni memang indah. bukan semua orang boleh merasa.)

ila...
thanx atas kesudian mengepost blog berkaitan diriku...
kalau tak popular lepas ni, tak tau la nak kata apa...
(silalah linkkan nama inot tu ke blog orang terus biar readers tau siapa inot. huhu...)

ila...
bangun...
dah subuh...

Sunday, November 2, 2008

aku perlukan tekanan...sesiapa tolong tekan aku...

aku perlukan tekanan untuk memaksa aku memulakan kerja...
tanpa tekanan aku akan berfoya-foya seolah-olah macam takde keje nak dibuat padahal boleh je keje-keje ni disiapkan lebih awal...
keje-keje ni taklah banyak...
tu sebab la aku berazam nak siapkannya lebih awal...
tapi kan, azam tu cuma tinggal azam...
mungkin ia sudah terbang bersama tikar terbang si Do Re Mi...
zam zam allakazam...
azam...
janganlah pergi dulu...
aku perlukanmu...
huu...
aku malas nak taip dah...
takde mood nak berbicara...
apakah keje yang aku sedang cuba settlekan???
tunggu la selepas aku dah siapkan keje tersebut baru aku post entry tentangnya...
sementara tu, pergilah realisasikan azam anda...
aku ingin meneropong Do Re Mi dengan teropong ajaibnya yang tertinggal kat studio aku ni...
ke mana saja la azam merayau ni???

*agak merepek kerana aku inginkan tekanan...
sesiapa tolong la push aku buat keje...

---------------------------------------


updated selepas kemunculan cik mood:

buat pengetahuan yang nak tahu saje, adalah sangat normal bagi budak archie untuk bekerja di bawah tekanan...
tekanan akan datang bila ade banyak drawing dan bod nak disiapkan...
ini membuatkan kami bekerja lebih laju dan berfikir dengan lebih pantas...
cuma, jangan la terlewat sangat memulakan kerja...
nanti ape pun tak jadi...
otak lambat berfikir, kerja pun jadi lembab...
so, yang penting pandai-pandailah uruskan masa...
jika tidak, kami akan menyesal...
ni aku takde tekanan sebab sume orang kat sekeliling aku tengah sibuk wat keje lain...
lagipun diorang ada exam lagi, kena buat animation lagi...
aku?
aku tak kena buat semua tu sebab aku dah buat tahun lepas...
mesti anda pelikkan???
macam ni citernya...
actually, aku ambik satu subjek je semester ni...
takde exam pulak tu...
best?
memang best...
kalau anda nak rasa best macam ni, pe kate anda extend setahun?
hehe...
sebenarnya kan, aku patut grad tahun ni...
tapi kan, disebabkan tahun lepas aku fail subjek yang aku ambik sekarang, terpaksa la aku extend setahun...
sebab subjek ini berprasyarat yang mana perlu lulus di semester 1 baru boleh ambik peringkat seterusnya di semester 2...
subjek ini dinamakan Specialised Architectural Design Studio...
woo..
gempak tak bunyinya??
mana tak gempak...
8hours kredit tu wei...
bala terbesar kalau fail subjek nih...
dan aku dah terkena..
tapi, aku rasa bersyukur gak kerana aku extend sebab aku dikatakan sudah menjadi lebih mantap daripada kebiasaannya...
aku pun tak sedar yang aku sudah mantap...
sebenarnya aku agak payah mendetect keistimewaan diri sendiri...
tapi, dari segi rendering aku memang akui aku sudah semakin mantap...
lepas ni, aku nak explore banyak lagi application untuk rendering...
nak survey mana yang lebih ringan dan boleh ditampung oleh laptop aku...
bukan ape...
kesian laptop aku kena menanggung berat bytes 3D yang aku buat...
kalau aku yang jadi laptop, mesti aku dah meletup...
tapi, laptop aku boleh tahan pulak...
aku kagum dengan kau wahai laptop ku walaupun kadang-kadang kau berperangai bengong jugak...
aku faham kenapa kau bengong...
sebab ko dah panas kan?
takpe...
kalau kau panas, aku akan sejukkan...
cooler pad kan ada...
kalau tak cukup sejuk, nanti aku pasang air-cond kuat-kuat ok???
kau kena ingat...
abah dah amanahkan kau untuk menolong aku habiskan semester ni dan semester depan...
jadi, kau kena la tunaikan amanah tu ye...
ha...
dah start buat keje gile aku ni...
berbicara dengan laptop pulak...
dah la...
nak sambung buat keje...
tata...