Popular Posts

There was an error in this gadget

Follow by Email

Saturday, August 29, 2009

Pendapatan Pertamaku

Alhamdulillah semalam aku dah dapat gaji pertamaku...
Apalagi...
Faham2lah kan bila dah dapat duit ni, ada je rancangan nak beli itu, beli ini...
Tapi, bila aku nak keluarkan duit dari ATM tu, tiba2 dirasakan jumlah yang ada terlalu sedikit...
RM1600 lebih...
Kenapa ek bila kita dah memiliki sesuatu tu walaupun mungkin agak banyak daripada apa yang orang lain miliki kita tetap rasa tak mencukupi?
Kenapa ek?
Kenapa ek?
Ek? Ek?
Mungkin sebab kena bayar PTPTN lepas ni, tanggungjawab kepada ibu bapa dan adik2, lagi2 dah dekat2 nak raya nih..
Nak bayar sewa rumah/bilik lagi termasuk perbelanjaan harian lagi...
Nak ambik lesen kereta lagi, nak beli kereta lagi sebab kalau takde kereta tak boleh jumpa klien nak bawak sample lampu nak tunjuk kat klien (bos katalah)...
Kalau takde kereta alamatnya duduk ofis je la diriku ini jadi draughtsperson walaupun jawatan yang diberikan adalah interior designer...
Nak tunggu gaji keberapa la pulak nih baru boleh beli kereta...
Baru tahu rasa seksa jiwa orang bekerja...
Tapi, takpe...
InsyaAllah aku akan kendalikan pengurusan wangku dengan sebaik mungkin...
Ofismatesku, harap anda fahamlah ye keadaanku ini...
RM1600 sebulan tu belum cukup untuk aku berfoya2 buat masa ini...
Tunggu gaji aku dah naik beberapa bulan lagi...
Masa tu anda nak ajak aku berfoya2 sakan pun tak ape...
Ok?
Ok...
------------------------------------------------------------------------------
Semalam keluar berbuka puasa dekat Popeyes di Sunway Pyramid. Habislah RM10. Pastu balun pulak Caramel Cream kat Starbuck Coffee. Habislah RM4.15 (selebihnya tumpang duit ofismate. hahaha...). Tengah menyesal la ni. Habis duit tu tak kisah sangat. Menyesal sebab perut yang dah mula mengecil dulu kini membuncit kembali. Aduh... Bulan puasa ni langsung tak bersenam lagi. Tak tau nak bersenam waktu bila. Kalau hari biasa selalunya bersenam lepas solat Subuh. Tapi, bila bulan puasa ni sah2 la tak boleh nak bersenam lepas subuh sebab perut full. Nak bersenam petang pun, balik dari ofis lambat. Kadang2, kerja sampai malam. Nak bersenam waktu malam je dah mengantuk. Letih bekerja. Habis tu bila masanya aku nak bersenam nih? Seseorang tolong selamatkan diriku. Aku mahu kelihatan kurus raya nih. Aku tak mahu dikata oleh saudara-mara lagi bahawasanya badan aku sama saiz dengan mak aku. Tolong! Tolong!

Ok... Done...

Selamat menjalani ibadah puasa semua. Jaga tingkah-laku...

6 00 komen:

ieien said...

tahniah not ;) dh keje ko ye... biasa la 2 makin byk gaji yg kite dpt makin byk la mende yg kite nk byr.huhu.....

INOTLOVEHUNTER said...

thanks ieien..
itulah..
nasib baik gaji belum lebih 2000..
klu tak dah kena potong cukai pendapatan pulak..
huh..
macam2 rupanya ye kena potong..

ila ni said...

betul2. buat masa ni maybe la mencukupi lagi, tapi dh stat bayar ptptn jap gi, haih~

inot, try survey kete 2nd hand kat mudah.com utk sementara waktu. jgn amek yg dh pakai lebih 4@5 tahun. loan blh bt tru maybank @ cimb @ bank rakyat. try la. semoga berjaya kurus! oh ya, lagi satu tips, park motor jauh2, kasi jalan jauh skett *konon, berapi bagi nasihat kt org*

shaifulsafar said...

manage ur money as well... 10% simpan kat ASB atau akaun berasingan. sebab ko masih awal lagi nih... jangan jadi macam aku... financial aku teruk sebab aku tak didik diri aku sejak dapat 1st gaji...

berhati2 kalau nak enjoy... sesekali tak pe.

INOTLOVEHUNTER said...

ila:
lepas raya ar pk pasal nak beli kete tu..
giler duit semakin sedikit nih..
nak ambik lesen kete ni pun masih pk2 balik ni..
ade je benda2 xdiingini berlaku..
td motor baru je wat hal..
nasib baik xbyk sgt habis duit..

mulai hari ini saye nak pi keje jalan kaki je..
hahaha..
(habis ar berbau badan smpai ofis nanti)

abg epul:
baik bos!!!
aku akan berhati2 menguruskan kewanganku..

ieien said...

tau xpe. aku ni pun dh keje 6 bln tp x start simpan duit lg.huhu.. aku x stabil lg la. slalu nye ade je benda yg x di rncg jd so kena la kuar duit lbh. tau2 je x smpi tgh bln gaji dh nk abis.huhu... ak rasa pn ko kena start smpn dr skrg la inot. jgn jd cam ak.huhu... terkapai2 ak di wat nye :(
manage ur money well k :)