Popular Posts

Showing posts with label jalan2. Show all posts
Showing posts with label jalan2. Show all posts

Saturday, March 13, 2010

Mencabar Diri Buat Kerja Gila

Subang Jaya, Sabtu: Hari ini dalam sejarah. Buat pertama kali dalam hidupnya, seorang wanita berumur 24 tahun berjalan kaki dari rumahnya di Bandar Sunway ke pejabatnya di Taman Perindustrian USJ 1. Perjalanan sejauh 8.0 km itu mengambil masa selama satu setengah jam. Dikatakan dia telah membuat kajian dahulu sebelum memulakan perjalanan dengan merujuk pada Google Maps Malaysia.

Wanita tersebut berbuat demikian kerana dia telah meninggalkan motorsikalnya di luar pejabatnya semalam disebabkan hujan yang sangat lebat dan meminta bantuan rakan pejabatnya untuk menghantarnya pulang ke rumah.

Sewaktu memulakan perjalanan dari rumahnya, dia bertekad untuk tidak menahan mana2 kenderaan kerana ingin mencabar dirinya untuk menghabiskan misi tersebut. Di separuh perjalanan, dia singgah di kedai makan untuk membeli air mineral dan gula2 Kopiko sebagai bekalan perjalanan yang seterusnya. Di sepanjang perjalanan, dia dikatakan sangat kepenatan namun dia bertekad untuk terus berjuang dan tidak menahan mana2 kenderaan yang lalu.

Dipendekkan cerita, setibanya di bangunan pejabatnya, dia telah singgah di kedai mamak berhampiran dan minum air teh o ais sebagai pengubat dahaga dan penat. Dia duduk di situ hampir 15 minit sebelum mengambil motornya lalu meninggalkan pejabat tersebut. Nikmat terasa sebaik sahaja dia menunggang motornya. Ah, nikmat angin sangat dirasakan ketika itu! Kini, dia benar2 menghargai kehadiran motor tersebut di dalam hidupnya. Betapa sukarnya hidup di bandar tanpa kenderaan sendiri.

Berita ini berakhir di sini kerana wanita tersebut sudah letih menaip dan mahu berkemas pulang ke kampung halamannya.

Thursday, February 18, 2010

Kisah Mak Andam Yang Menjengkelkan

Apakah perasaan anda sekiranya anda dan rakan2 dihalau oleh mak andam dari bilik pengantin rakan anda sendiri? Bukan rakan yang setakat kenal muka dan nama saja dan hanya mengecam rupanya hanya selepas melihat gambar dalam facebook ye. Ini rakan rapat yang sentiasa bergurau-senda dan bertepuk-tampar waktu sama2 belajar dulu. Apatah lagi sentiasa bersama2 mengulangkaji pelajaran dan diselangi umpatan2 ringan pada setiap malam di biliknya.

Iye. Kami mengaku kami memang agak kepoh setibanya kami di bilik itu. Itu kerana kami terlampau excited melihat rakan kami yang tak pernah pekena make-up secara2 tiba2 menjadi WOWWW!!! Faham2lah kan. Orang kalau tak biasa make-up bila dah pekena make-up memang nampak lawa. Biasalah tu kalau ayat2 macam ni keluar dari rakan2 seantero yang lain.

"Ini ko ke? Macam tak percaya je. Hik! Hik! Hik!" rakan yang seorang memberi komen sambil tergelak manja. Ewah... MANJA!!! Geli tiba2.

"Wah, lain giler ko! Tak cam langsung aku!" Komen yang seorang lagi dengan gaya joyahnya pula diselangi gelak-tawa rakan2 yang lain.

Oh, kami memang suka buat kecoh. Mungkin disebabkan itu, mak andam itu berasa sakit hati. Sakit hati mungkin disebabkan dia tak punya rakan2 yang suka bergurau-senda seperti kami, atau mungkin kerana dia menganggap kami ini anak2 muda yang suka berpeleseran kerana ketibaan kami di rumah itu adalah pada waktu maghrib. Kalau iye pun nak menyampah, apalah salahnya kalau akak ni menyiasat latar belakang kami dulu. Dari mana kami datang, kenapa baru sampai pada waktu itu. Akak ni memang tak best! Akak tau tak kami dari KL nak sampai Jelebu yang giler pedalaman tu ambik masa 2 jam lebih! Akak tau tak? Akak tak tau. Takpe. Dan mengapa kami sampai lewat sedangkan kami boleh datang pagi. Itu sudah tentu kerana salah seorang daripada kami punya komitmen yang tak dapat nak dielakkan menyebabkan kami datang sebegitu lewat. Akak ni tak fikir la.

"Boleh tak jangan ramai2 kat dalam bilik ni. Pengantin nak ambik gambar kejap lagi." Mak andam itu berkata tiba2 sebaik saja kami melangkah masuk ke bilik itu. Dan aku memandang rakan2 yang lain. Mereka terpaku. Aku yang sudah mula berasa ketidaksenangan mak andam tersebut terus keluar dari bilik itu disertai rakan2 yang lain. Aku ingatkan hanya aku seorang yang terasa dengan kata2 mak andam itu, rupa2nya rakan yang lain lagi terasa. Yang seorang mengatakan mak andam itu mengucapkan ayat tersebut dan memandang tepat ke matanya. Yang seorang lagi mengatakan dia terdengar mak andam itu berkata "Eh, yang ni takpe. Boleh duduk dalam ni," yang mana ayat itu ditujukan pada rakan2 sekampung si pengantin. Di saat ini, rakanku ini berkata dia hampir2 mahu menitiskan air mata apatah lagi apabila si pengantin memandangnya. Mungkin rasa bersalah tapi dia hanya mendiamkan diri. Kalau akulah, mesti aku cakap aku tak kisah.

Disebabkan jadual waktu pengantin yang agak padat sampaikan waktu maghrib pun ada sesi ape-entah-yang-pengantin-bertukar2-pakaian-lepas-tu-tangkap-gambar, kami tak berpeluang beramah-mesra dengan pengantin. Malam itu pula, pengantin ada majlis khatam Al-Quran. Dah habis sesi fotografi, dia sibuk pula bersiap untuk majlis tersebut. Kalau diikutkan, memang masa kami tak terluang banyak untuk berborak2 dengannya. Dirasakan seolah2 tak berbaloi kehadiran kami ke sana. Jauh pula tu. Apa pun yang penting, aku berasa gembira kerana dapat berjumpa rakan2 yang lain. Rasa puas hati berjumpa dengan mereka. Kalau nak harapkan hari lain, memang tak boleh ar. Hari raya pun langsung tak jumpa. Masing2 duduk berjauhan la katakan. Nasib baik geng masa belajar dulu.

Bila kejadian seperti ini berlaku, aku mula merancang2 strategi untuk majlis perkahwinan aku agar perkara ini tak menimpa rakan2 aku yang lain bila tiba giliran aku kahwin nanti. Eceh... Bila entah nak kahwin? Haha... Takpe kan. Merancang dari awal lebih baik untuk perjalanan hidup yang lancar di masa akan datang. Ecewaaah...

Perancangan aku senang je. Aku akan adakan satu hari untuk aku berkumpul bersama rakan2 aku saja. Macam gathering la. Tak salahkan? Di samping itu, bolehlah mereka mengenali pasangan hidup aku yang berjaya melembutkan hati aku yang selama ni rasa keras je nak terima lelaki dalam hidupnya. Iye tak? Hehe... Keras la sangat.

Kepada pengantin, semoga selamatlah kau bersama suami kau hingga ke akhit hayat. Moga segala2nya jadi bertambah baik selepas perkahwinan ini. Lepas ni, kalau kau beranak silalah bawak anak kau ke KL. Aku tak sanggup nak ke Jelebu. Letih dowh...

Kisah tragis ini berhenti di sini. Sekian.

Saturday, December 12, 2009

Finally...

Setelah berkurun lama menahan 'nafsu', akhirnya aku telah berjaya bershoppingan hari ini. Muahaha... Aku berjaya menghabiskan separuh daripada duit aku. Aku yang selama ini menahan diri dari bershoppingan akhirnya telah melunaskan kehendakku ini ke jalan yang betul... Hoh, ape aku merepek nih? Abaikan...

Sehari selepas aku mengupdate entri aku yang kononnya mengatakan aku sangat bahagia, aku telah dilanda kestressan yang melampau. Memang melampau. Tiba2, aku rasa semua orang dalam ofisku itu mementingkan diri sendiri. Bagi kerja hari ini, nak siap hari ini juga. Seolah2, aku ini seorang makhluk robot yang tak perlu berfikir panjang bila disuruh menyiapkan tugasan. Hello, aku tau la aku ni GENIUS (kan dah perasan sendiri). Bagi apa2 kerja pun aku boleh buat. But, i need to take break ok. Korang bagi kerja tak henti2 kat aku ni, bila masanya aku nak berehat? Bila masanya aku nak refill energy aku. Lepas ni, kalau aku jadi sewel ke, jadi tak normal ke, aku harap korang tau tu semua sebab korang.

Sekarang baru masuk bulan kelima aku bekerja. Aku tak rasa dalam masa 5 bulan ni aku dah kenal semua lampu yang mereka pernah supply kat klien. Bayangkanlah... BAYANGKANLAH!!! Hari Khamis lepas, aku diminta menyiapkan cut sheet (technical data untuk lampu2 yang kami supply kat klien). Hari tu juga dia nak cut sheet tu. Aku pun terima je la sebab biasanya nak cari cut sheet untuk lampu2 tu senang je. Memang dah ada dalam company server. Tapi, bila aku cari2, tak jumpa! Ah, menyumpah-seranah la aku. Tanya orang yang bagi aku task ni, dia pun tak tau pasal lampu2 ni. Ah, lagi mencarut la aku lepas tu. Nak tanya kat specialist kat ofis tu, dia keluar pulak. Demmmmmmmmmm... Sangat bodoh rasanya masa tu. Apa aku nak buat ni? Dahlah hari tu juga dapat tugasan merender lighting untuk 2 perspektif dan buat animation guna flash. Pukul 1 tengahari bagi, nak pukul 4 petang hari tu jugak... Kepala hotak la wei... Ko ingat aku ni mesin pencetak ke hape? Ko try buat sendiri la wei. Tengok kejap tak kejap ko buat benda tu. Dah aku jadi kelam-kabut hari tu. Tak tau nak buat mana satu dulu. Akhirnya, aku buat render ligthing tu dulu sebab aku ingat boleh settlekan cut sheet tu kemudian. Tapi, sampai pukul 4 pun render lighting tu tak siap2. Bila si pemberi task ni tanya dah siap belum, aku rasa macam nak lempang2 muka dia. Sah2 la tak siap dowh. Bila dia tengok aku bersusah merender, dia tanya pulak, "Kalau buat 3D, u boleh siapkan hari ni jugak tak?" HELLloooooo.... Kepala hotak la... Ko ingat aku ni mesin 3D ke hape? Dah pukul 5 lebih ni beb. Geram sungguh aku ni. Dalam hati dah menyanyi lagu Jeritan Batinku... Finally, dia cakap, "Takpelah. Siapkan la dulu. Hari Isnin nak." Hoh... Demmmmm. Memang nak kena penyepak. Tau tadi aku siapkan cut sheet dulu. Dahlah ofis kosong hari tu. Mana entah semua orang pergi meronggeng hari tu. Bayangkanlah, aku je sorang2 duduk kat design department petang tu. Memang kosong dan sangat teganglah hari tu. Aku rasa nak pi meronggeng jugak je masa tu. Mana aci! Semua kerja pun aku yang kena buat. Dah tu ada benda2 yang aku tak sempat2 nak siapkan. Di saat2 tegang ini pula, adalah pulak seorang makhluk mengeluarkan pertanyaan bodoh, "Azlina, u nak camping kat ofis tak malam ni?" Hoho... Aku gelak tapi, dalam hati aku menyumpah-seranah. "Tak nak la camping. Buat apa camping? Penatlah..." Tapi, dalam hati lain pula bunyinya, "Ko ingat aku ni takde rumah ke? Bukan aku dapat ape2 pun kalau stay kat ofis ni 24 jam. Dapat penat je tau tak?" Hellllooooo.... Dah 3 malam aku tak cukup tido ok. Kerja melambak2... Dari mana aku nak dapat tenaga nih kalau aku tak tido? Cuba bagitau... Haih... Cukup tak suka keadaan macam ni.

Bulan lepas dah kena marah dengan bos sebab stay ofis sebab aku nak siapkan cut sheet yang diorang bagi petang tu. Iyelah. Pukul 6 petang bagi, nak besok. Manalah sempat aku nak study lampu2 tu. Dahlah ada 2 cut sheet lagi aku kena buat. Tu pun tak sempat study lagi. Dengan nak siapkan animation hari tu jugak. Semua pun nak esok. Ingat aku ni mesin ke? Aku taulah aku kadang2 hebat dalam siapkan kerja ni, tapi kalau berterusan macam ni, aku rela kahwin duduk kat rumah jaga anak2 dan suami je. Bukan aku tak kuat. Bukan aku nak mengalah. Tapi, tak boleh ke makhluk2 ni faham bahawasanya kudrat aku ni ada hadnya. Aku pun ada rasa penat, ada rasa nak berehat. Silalah faham wahai makhluk sekalian. Bolehkan?

So, hari ni aku sengaja tak pergi kerja. Aku nak pentingkan diri sendiri pulak. Biarlah diorang siapkan kerja tu. Kalau aku datang pun , nanti aku dapat kerja lain pulak. Tak dapat aku nak settlekan kerja yang ada ni. Hari ni nak siapkan 2 cut sheet dan 1 drawing. Esok render lighting pulak. Wish me good luck la ek.

notakaki: aku jarang stress. jadi, bila dah stress aku memang tak tau nak buat macam mana. jadi, tadi aku cuba pergi shopping. agak berjaya release stress tu. dan ahad malam nanti nak pergi tengok teater Natrah pulak! Yeah...

Tuesday, June 2, 2009

Kenangan Interviewku Yang Pertama

Nervous rasanya mahu menghadapi interview kerja yang pertama dalam bidang architecture ni. Sebelum ni pernah interview kerja jugak. Tahun 2006. Masa tu cuti semester 3 bulan. Tapi, interview untuk kerja jaga pam minyak je la kat Jalan KLIA.

Teringat masa sebelum interview tu, sepupu aku yang juga baru sebulan bekerja kat situ kata majikan pam minyak tu nak ambil pekerja sepenuh masa je. Maksudnya, aku tak boleh la kata yang aku cuma nak kerja sambilan je. Sekadar untuk memenuhi masa lapang waktu cuti tu. Lalu, waktu interview berlangsung bermulalah penceritaan Mak Karut yang betul2 mengarut. Aku mengarut ape? Aku kata lepas habis SPM aku duduk rumah je tak pernah cari kerja langsung sebab mak tak kasi kerja. Haha.. Tapi, suatu masa dulu mak aku memang tak kasi aku cari kerja pun. Penolong majikan aku ni buat muka "nak percaya ke tak percaya". Haha.. Kesian. Tapi, akhirnya aku diterima juga bekerja. Cuma bertahan selama 2 minggu je sebab.. Haha.. Segan aku nak bagitau. Sebab tak tahan dengan pekerja lama yang tak ramah-tamah. Muka masam memanjang. Hangin tak tentu hala. Tau la perempuan ada masa nak moody sebab senggugut kan. Tapi, takkan sepanjang masa asyik senggugut je kan? Huh. Ada sorang pekerja perempuan ni kebetulan sekampung dengan aku tapi dia tak pernah nak senyum dengan aku dan sepupuku. Oh, alangkah sombongnya dia! Aku pun jadi tak berkenan nak menegurnya. Jadi, aku dan sepupuku bernekad untuk berhenti disebabkan layanan yang kurang mesra daripada pihak atasan dan staff2 di situ. Ada juga la staff yang baik contohnya macam Mat Bangla (dah lupa nama) 3 orang tu. Baik sangat. Suka temankan kitorang jaga pam minyak waktu petang. Ada juga sorang mamat Melayu yang baik dengan sepupu aku. Ye la. Sepupu aku kurus ramping kan. Dengan aku dia suka ejek2 aku gemuk. Tapi, kira ok la tu kan. At least dia nak jugak bertegur-sapa dengan aku. Bila nak berhenti kerja tu aku dan sepupu aku merancang betul2. Takut kalau diketahui orang atasan, gaji kitorang disekat nanti. Nasib baik aku dan sepupu aku pandai. Kami berhenti kerja lepas sehari kami dapat cek gaji.

Keesokkannya, bermulalah misi melarikan diri dari pusat pengganas. Dalam pukul 9.00 pagi aku buat2 masuk dalam kedai konon nak minum la. Padahal nak ambik beg tu. Pastu giliran sepupu aku pulak masuk kedai sebab nak letak notis 24 jam kat tempat kitorang biasa lepak. Pastu, diam2 keluar. Tunggu abang sepupu aku ambil kami berdua. Bila abang sepupu aku dah sampai, kami blah macam tu je. Bukan setakat abang sepupu aje yang ambik kami, dengan bini dia, anak dia, kakak sepupu aku dan emak saudara aku datang menjemput kami. Macam buat jenayah secara berkumpulan je aku rasa. Haha.. Lepas tu, kami terus menuju ke bank di KLIA untuk tunaikan cek tu. Nervous ni takut kehilangan kami dah dikesan lantas duit gaji disekat. Tapi, Alhamdulillah sebab kami dapat juga menunaikan duit itu. Pastu, jalan2 kat tepi lapangan terbang. Bestnya dapat tengok kapal terbang berlepas. Rasa hilang segala beban di tempat kerja. Bila sampai rumah, sepupu aku suruh bagitau mamat yang suka dia kat tempat kerja tu tentang notis yang kami tinggalkan kat tempat lepak kami. Mamat tu tanya, "kenapa buat macam ni?". Haha.. Redha je bunyinya. Aku tak tau nak kata ape. Lepas daripada waktu itu, aku cuma menternak badan je sambil menternak kucing. Huhu.. Itulah pengalaman kerja saya yang pertama.

Anda yang sedang menganggur tu, nikmatilah waktu itu. Cari kerja bila rasa dah nak cari ok. Kalau rasa tak nak cari, jangan cari. Nanti kalau buat sesuatu tanpa rela, hasilnya langsung tak memuaskan tau. Sekian. Terima kasih.

notakaki 1: Esok aku interview kerja kat Akitek Akiprima Sdn Bhd di Subang Jaya. Doakan kelancaran urusanku ok.

notakaki 2: Harap2 bekas majikan aku halalkan duit gaji tu.

Wednesday, March 4, 2009

Kisah Pengembaraan Siri Kedua Cik Pemburu Chenta Dan Rakan2 Seperjuangannya

Assalamualaikum. Ok u ols. I nak sambung kisah pengembaraan Cik Pemburu Chenta dan rakan2 seperjuangannya. Sebelum ni dah baca sinopsis kan? Ha.. Hari ni I nak cerita lebih lanjut sedikit tentang kisah pengembaraan mereka. U ols baca sampai habis tau. Jangan tertidur pula waktu membaca. Lepas habis kisah ni, ada soalan kuiz terkumpul. Siapa dapat jawab semua kuiz dalam setiap kisah bersiri ini, I bagi hadiah. (Ok. Tipu je sebenarnya. Teruskan membaca).



--------------------------------------------------------------------------------------------------------




Di saat dengkuran Cik Ilani mendayu2 di ruang bilik 67, Cik Pemburu Chenta terjaga dari lenanya. Dia mencapai telefon bimbit Nokianya. Tertera nombor 5:30 di permukaan telefon bimbit itu.

"Ah, awal lagi!" ujarnya di dalam hati lalu menyambung tidur. Awal lagi... Awal lagi... Awal lagi... Bisiknya berulang kali hinggalah terpejam semula.

"Bangun2!!! Dah pukul 8.15 pagi." kejut Cik Elle, salah seorang daripada rakan sebiliknya. Cik Pemburu Chenta terjaga. Di jenguk telefon bimbitnya. 8.15? OMG!!! Kena kumpul pukul 9.00. Dia bergegas bangun lalu mencapai tualanya.

Akhirnya penghuni bilik 67 lambat juga bersiap. Cik Ilani dan Cik Pemburu Chenta turun dahulu sementara Cik Elle menunggu Cik Rose bersiap. Kelihatan Pn. Chum (bukan nama sebenar konon nama manja bagi Kalsom) sedang menanti bersama geng Salam. Wajahnya sangat kerisauan. En. Meor (nama sebenar tidak tahu hendak letak nama manja apa) dan rakan2 yang lain sudah bergerak dahulu meninggalkan mereka yang lambat. Lantas, Cik Pemburu Chenta dan Cik Ilani bergegas ke stesen MTR Mongkok bersama2 Pn. Chum. Di saat ingin menscan kad Octopus, baru disedari Cik Pemburu Chenta bahawa dia tidak membawa dompet. Kad Octopus itu diletakkan di dalam dompetnya. Bagaimana ni? Dia kerisauan. Cik Ilani bermurah hati meminjamkan kad Octopusnya kepadanya tetapi ia tidak berhasil. Nampaknya, kad Octopus bukanlah seperti kad kredit ye. Ia berfungsi sama seperti tiket LRT dan komuter. Maksudnya, ia tidak boleh digunakan lebih dari sekali di kaunter yang sama pada waktu yang sama. (Ok. Kalau tidak faham sila angkat tangan. Lepas itu, sila tumbuk meja untuk lepaskan geram. Dah lega? Sila buat pilihan sama ada ingin teruskan membaca atau klik saja butang pangkah di bahagian atas paling kanan). Di saat kekalutan itu, tiba2 dia ternampak kaunter yang tertera anak panah hijau. Maksudnya, dia boleh masuk lalu kaunter itu la! Apa lagi? Jalan... Kemudian, mereka menuruni eskalator menuju ke kawasan menunggu. Train yang diambil adalah menuju ke Yau Ma Tei. Destinasi yang dituju tidak diketahui lagi. Hendak tanya pada Pn. Chum tapi takut kena leter. Baik senyap. Shhh..

Train pun sampai. Mereka melangkah masuk ke dalam train dengan bersopan-santun tanpa bertolak-tarik dengan orang ramai lalu mendapatkan port baik untuk bersandar. Suasana sepi. Yang kedengaran hanyalah bunyi enjin train dan angin yang memasuki ruang train melalui celah2 lubang ventilation di bahagian atas train. MTR ini adalah train yang hanya melalui bawah tanah dan juga laut!!! Jangan tak tau... Hong Kong banyak menggunakan konsep terowong dalam membina infrastrukturnya sejak akhir2 ini. Ia sangat maju kalau dibandingkan dengan Malaysia. Tiba2, Cik Pemburu Chenta berasa kagum dengan kemajuan teknologi mereka.

Ok. Tinggalkan kisah MTR ini. Sudah tiba di Yau Ma Tei. Jalan2 sampai lenguh kaki tanpa diketahui arah yang ingin dituju. Jadual perjalanan hanya diketahui oleh sesetengah rakan yang menyimpan salinan jadual tersebut. Cik Pemburu Cinta dan Cik Ilani tidak menerima salinan jadual tersebut kerana mereka adalah golongan repeater yang mungkin tidak berapa disedari kewujudannya di kalangan rakan2 junior mereka ini. (Sila abaikan kalau tidak faham).

Jalan2 sambil mengambil gambar bangunan...







...sehinggalah tiba di tempat ini...




Hong Kong Planning and Infrastructure Exhibition Gallery


Ia adalah sebuah tempat yang mempamerkan perancangan pembangunan bandar di Hong Kong. Macam2 ada di sini. Dari model yang sangatlah complete sampailah permainan games yang menguji minda.



See? Kalau buat sorang2, lagi2 untuk final projek submission, bukan takat tangan luka berdarah, hati pun mau calar-balar ni menanggung kesakitan tangan nak potong pelbagai material untuk buat model ni.




See what this girl was doing? Playing urban planning game. "Macam best! Rasa nak minta aje softcopy game ni. Huhu.." katanya dengan gembira kepada rakan di sebelah yang tidak mengendahkannya.


Sesi taklimat. Very softspoken person la Encik ni. Tak ingatlah nama dia. Tengok tu. Siap pakai mikrofon bergerak. Macam doraemon pulak ada alat2 canggih di bawa ke mana2 saja.



Tiba masa group photo. Say what? Seeeeeeeeeeeeeeeeex!!! Pn. Chum ajar. Ayooooooook... Tak tau... Dah ter-tak-senonoh.

Sebaik sahaja selesai di Hong Kong Planning and Infrastructure Exhibition Gallery, mereka aka ke destinasi seterusnya iaitu LEO Architect firm. Letih oo berjalan kaki. No wonder la bila balik Malaysia seluar Cik Pemburu Chenta terasa longgar sedikit. Huhu.. Err.. Di mana kita tadi?

Temujanji dengan Ar. Leo adalah pada pukul 2.00 petang. Nampaknya masih awal lagi. Mereka berjalan2 sambil menangkap gambar dan mencari2 makanan halal untuk dimakan. Akhirnya, mereka menemui Circle K dan ada pelbagai jenis roti di situ daripada roti manis, roti berintikan ayam dan juga roti berendangkan ba.alif.ba.ya. Cik Pemburu Chenta baru saja ingin membeli roti rendang tersebut kerana rupanya yang agak menarik tetapi apabila membaca nama roti tersebut pork cheese with custard, dia berasa mual2 bagai nak pengsan. (Ok. Ini I reka sendiri). Lalu, dialihkan pandangannya ke roti tuna yang nampak macam enak dan tidak diragui kehalalannya. Dia membeli 6 keping roti akhirnya sebagai bekalan untuk hari mendatang. Pn. Chum terkejut beruk melihat dia memborong roti2 di situ.


Selepas membeli, proses mencari port untuk mentekedarah roti2 tersebut pula. Disebabkan nampak tidak manis anak dara duduk di kaki lima sebegini, apatah lagi semuanya bertudung dan demi tidak mencemarkan nama baik agama Islam, maka mereka pun beredar mencari port yang lebih sesuai.


Waktu itu hujan halus turun renyai2 membasahi bumi Hong Kong.


Port yang sesuai untuk berteduh. Comel kan gambar ni. I LOIKE!!!

Ok la. Malas nak mengarut panjang2 lagi. Dah pukul berapa ni? Mata dah ngantuk. Mata dah membengkak sepet cam mata anak kucing. Huhu.. Pukul 2.00 lebih mereka ke LEO Architect firm. Kat sinopsis tu dah cerita kan pasal firm ni. Malas nak cerita lagi la.


Salah satu projek firm ni. Cute form kan?

Lepas settle urusan di LEO Architect, mereka bercadang untuk pulang menaiki tram. Ok. Ini first time mereka nak naik tram so, masing2 rasa sangat teruja seperti budak ini...



Dan juga budak ini...



Dan ini rupa tram tersebut..


Hijau


Pink

Tram ni banyak kaler. Apa yang bestnya tentang tram ni? Takde apa pun. Cuma sebab tram takde kat Malaysia. Tu yang mereka rasa teruja nak naik. Serius perkhidmatan pengangkutan di Hong Kong sangat efektif. No wonder la ramai orang suka naik public transport berbanding naik kenderaan sendiri. Lain la orang kaya yang keretanya bernombor plat NO MONEY. Banyak kali pulak la kereta NO MONEY ni berlegar2 di bumi Hong Kong. Itu kira berlagak miskin sebab dah habis duit beli kereta sport atau nak tunjuk kedekut? Haih.. Macam2 la ragam orang kaya ni.


Dalam tram. Very classical one kan? Lihatlah strukturnya yang hanya menggunakan kayu sahaja. Wallaaaaaah!!


Naik tram sampai ke stesen MTR Central dan kemudian terus pulang ke Mongkok. Tiba di bilik pukul 6.15 petang. Masing2 bergegas sebab dah janji dengan Pn. Chum nak berkumpul di bawah hostel pukul 6.30 petang untuk pergi makan kari Cina kat Jordan (bukan negara Jordan tau). Solat bergilir2. Tapi, mereka berempat tetap terlambat. Akhirnya, terpaksa survive sendiri bersama rakan2 Cina untuk mencari tempat makanan halal yang diuar2kan oleh Pn. Chum. Kaki bagai nak putus urat tapak kaki dirasakan. Tapi, ia masih terus melangkah akibat desakan perut yang mula melapar. Akhirnya...


Melantak... Lapar... See? Licin kan? Sedap kari dia.. Tak sama seperti masakan ibunda tetapi sangatlah menyelerakan. Harga? HKD 65 1 mangkuk lauk + 2 pinggan nasi. Mereka terpaksa bergegas keluar kerana menyedari orang ramai menunggu di luar untuk menunggu giliran makan di kedai ini. Lepas makan, mereka pergi window shopping kejap. Oh, bukan kejap. Lama... Cik Pemburu Chenta yang kerisauan kerana tiada duit menjaga pandangan daripada melihat barang2 yang menarik perhatian. Dan dia cuba meneutralkan perasaannya untuk tidak tertarik pada mana2 barang. Berjaya! Dia pulang ke bilik dengan tangan kosong pada hari itu.

Ok.. Itu saja kisah pengembaraan siri kedua Cik Pemburu Chenta dan rakan2 seperjuangannya. Jumpa lagi di Archienot No Hibi pada masa yang tak diketahui lagi. Huhu.. I ngantuk sudah. Mau tidur ke buat model ek? Huuu.. Banyak keje la.. Nite semua..

Sunday, March 1, 2009

Sinopsis Kisah Pengembaraan Siri Kedua Cik Pemburu Chenta Dan Rakan2 Seperjuangannya

Salam pembaca2 sekalian.. Sori sangat2 kerana belum dapat update kisah pengembaraan siri kedua Cik Pemburu Chenta bersama rakan2 seperjuangannya kerana tuntutan kerja yang sangat banyak belakangan ini. Walau bagaimanapun, sila dapatkan sinopsis kisah mereka di sini. InsyaAllah, selepas hari Isnin nanti kisah penuh mereka akan menemui anda di blog ini. Sekian dulu buat masa ini. Wassalam.

Wednesday, February 25, 2009

OUTSTATION HONG KONG 18-23 FEB (UPDATED).

This entry is still under construction. Please come back again later. Thank you.

nota kaki: nak gak nota kaki kan? dah under construction tu under construction je la. huhu.. doakan kami selamat pergi dan selamat pulang ye pembaca2 sekalian. nantikan survenior aku dari Hong Kong untuk semua. da~



--------------------------------------------------------------------------------------------


HONG KONG TRIP 18 FEB. 2009


Bermulanya pengembaraan Cik Pemburu Chenta dan rakan2 seperjuangannya..


Mereka dipaksa berkumpul pada pukul 3.30 a.m di hadapan kolej 11, UPM. Kalau lewat nanti kena tinggal bas. Padan muka. Tapi, Cik Pemburu Chenta melanggar perintah. Dia tiba di kaki lima itu pada pukul 3.40 a.m. Nasib baik bas UPM akan datang mengangkut dia dan rakan2 seperjuangannya ke KLIA pada jam 4.00 a.m tapi itu semua dusta belaka sebab bas tu sampai lambat jugak rupanya. Ah, janji Melayu! Sukar betul untuk ditepati.


Sementara menunggu bas tiba, mereka bermain2 di tengah jalan. Disebabkan kenderaan sangat kurang ketika itu, mereka bermaharajalela seperti jalan itu mereka yang punya. Mereka memang hantu bergambar dan mungkin telah menjadi style anak muda masa kini, kalau bergambar mesti kena ada gambar lompat. Tapi, di sini tiada gambar lompat kerana kamera Cik Pemburu Chenta kurang power. Kalau ambil gambar lompat2 waktu gelap begini, mungkin hasil gambar tersebut hanyalah imej2 yang tak dapat dikenal pasti adakah imej itu imej manusia atau makhluk halus yang bercahaya dan kurang jelas rupanya (ayat ini macam ditulis oleh budak tak lulus BM masa SPM je. sila abaikan jika anda mula rasa loya2 dan pening kerana tidak faham). Kamera digital Olympus model C-370 dengan 3.2 megapixel itu dibeli oleh rakannya sewaktu dia berada di tahun 1. Skrin sangat kecil dan bila rakam video tidak keluar suara. Kawannya itu pandai menyedapkan hatinya dengan mengatakan kamera itu sesuai untuknya kerana bentuk kamera itu yang comel sama dengan dirinya. Kau memang manis mulut Hassan... @#@#$#%*&

Kemudian, bas pun tiba. Masing2 sibuk memasukkan bagasi ke dalam bonet bas. Bila masing2 dah dapat tempat duduk, apalagi... Pejam mata la. Cik Pemburu Chenta memang tak tidur langsung sebelum tu sebab melayan facebook dan pet Bucuknya untuk kali terakhir.


Tiba di KLIA pada pukul 5.00 a.m lebih. Seperti biasa, upacara bergambar pun bermula. Snap sana. Snap sini. Snap diri sendiri. Paksa orang snapkan gambar sendiri. Inilah salah satu hasilnya. Kau ingat kau kiut sangat ke Cik Pemburu Chenta?


Mesej terakhir yang diterima oleh Cik Pemburu Chenta sebelum bertolak ke Hong Kong sangatlah tak istimewa. Dia menghubungi bonda tercinta menyatakan keberangkatannya ke Hong Kong pada pukul 7.55 a.m.

Kemudian, tiba acara melepasi kaunter kastam dan imegresen. Kejadian yang tak disangkakan terjadi apabila beg sandangnya terpaksa discan dua kali kerana dipercayai menyimpan senjata tajam seperti gunting dan pisau. Dia terpinga2. Seingat dia, semua senjata tajam sudah dikeluarkan daripada begnya itu sebelum bertolak ke KLIA. Kemudian, dia diminta oleh pegawai kastam untuk membuka begnya. Dia menurut lalu terkejut apabila mendapati bekas pensil yang tidak ingin dibawanya berada di dalam beg tersebut. OMG!!! Dia terkesima. Lalu, dengan pasrah dia menyerahkan gunting dan bilah pisau yang setia membantunya membuat model selama menjadi pelajar senibina kepada pegawai kastam tersebut.

Ingat ye semua. Benda tajam adalah dilarang sama sekali dibawa masuk ke dalam kapal terbang melainkan kalau ia disimpan di dalam luggage yang dibawa oleh kargo. Air minuman juga dilarang keras sama sekali dibawa masuk ke kapal terbang kerana ditakuti ia akan meletup akibat tekanan yang tinggi sewaktu berada di ruang udara. Sekian, info ringkas tentang tatacara menaiki kapal terbang. Kembali ke angkasapuri.


Sebaik saja berada di dalam kapal terbang, Cik Pemburu Chenta berasa sangat excited kerana tempat duduknya terletak di tepi tingkap. Ape lagi? Aktiviti snap gambar pun bermula.



Di dalam bulatan merah adalah 'rumahku syurgaku'. Bonda tercintanya bertanya kepadanya sehari sebelum itu, adakah kapal terbang yang akan dinaikinya nanti akan melintasi ruang udara teratak buruk mereka. Dengan berpandukan arah mata angin di mana Hong Kong terletak di timur laut dari Malaysia, Cik Pemburu Chenta dengan separa yakin dan ragu menjawab tidak. Walau bagaimanapun, dia berasa sangat gembira apabila mendapati kapal terbang itu melalui ruang udara teratak buruknya itu lalu dia mensnap gambar (dari google earth pun boleh dapat gambar ni, tapi nak buktikan yang dia betul2 lalu ruang udara teratak buruknya, jadi dia pun mensnap gambar aerial view teratak buruknya itu). Akan ditunjukkan gambar itu kepada bonda tercinta. Sudah pasti bonda tercintanya akan berasa gembira. Oh, ya. Fakta sebenar: Ruang udara teratak buruknya memang menjadi laluan utama pergi dan pulang sesebuah kapal terbang kerana teratak buruknya itu terletak berdekatan dengan KLIA.


Sebahagian daripada Putrajaya. Huih... Cantik la pulak bila tengok dari aerial view. Sangat organik. Dirinya dirasakan umpama berada di kayangan ketika ini (macamlah pernah pi kayangan).


Inilah enjin dan sayap kapal terbang Hong Kong Express OU0742 yang bertanggungjawab menggerakkan kapal terbang ini berterbangan di ruang udara muka bumi ini dengan penuh amanah. Dan kelihatan latar belakang langit biru yang sungguh mempesonakan. Subhanallah...


Langit biru di Malaysia sangat berlainan jika dibandingkan dengan langit biru di Hong Kong. Anda akan dapat saksikan perbezaannya sebentar lagi.


Santapan yang disediakan tidak sesedap masakan bonda tercinta tapi, ia mampu mengecurkan air liur kerana perut berkeroncong irama ghazal moden. Santapan pilihan adalah chicken set beserta mee goreng yang rasanya sudah pasti tidak akan ditemui di mana2 kedai makan di atas darat. Serius anda kena terbang kalau nak rasa set makanan ini yang mana memang terdapat satu rasa unik yang serupa pada set santapan yang lain juga. Rasa microwave... Santapan sampingan adalah bun dimakan bersama butter dan buah2an. Minuman yang disediakan adalah air mineral dan jus pilihan adalah jus oren berbanding jus epal. Perut agak menggelegak selepas menghabiskan segala jenis santapan itu. Rasa nak muntah tapi cuba bertahan sebab Cik Pemburu Chenta memang tak suka muntah. Kali terakhir dia muntah adalah sewaktu darjah 4. Hebat kan?


Sedikit sedutan langit biru di tengah2 penerbangan.


Langit biru (lagi banyak awan putih sebenarnya) di kawasan berhampiran Hong Kong. Semakin menghampiri destinasi nampaknya. Kini... Menuju ke destinasi yey yey... Puncak cinta tertinggi yey yey... Eh eh, ternyanyi pulak..


Kawasan perairan di Hong Kong. Sangat berkabus. Jam menunjukkan pukul 11.00 a.m.


Akhirnya, mereka selamat mendarat dan berpijak di bumi yang nyata. Ape lagi? Sesi bergambar pun bermula. Malas nak cerita pengalaman kat epot Hong Kong ni. Letih berjalan kat epot ni masih terasa lagi sampai hari ni. Besar sangat dan level yang agak mengelirukan. Jadi, tak payah cerita di sini ok?


Ini dinamakan Octopus Card. Mereka membeli kad ini dengan harga HKD 150 (RM 71). Wajib beli. Kalau tak, susah nak travel nanti. Kad ini sangat unik kerana boleh digunakan untuk membayar tambang semua jenis kenderaan dan juga boleh digunakan untuk membeli barang di kedai2 terpilih seperti Circle K dan 7E. Kalau dah habis, boleh top up semula di kedai2 yang terpilih. Pergh!!! Canggih gila Hong Kong nih. Sila klik sini kalau nak tau lebih lanjut tentang kad ini.

Selepas itu, mereka menanti ketibaan papa & mama mereka, Pn. K dan En. M. Mereka berdua menggunakan khidmat MAS hasil sponsor universiti. Chet... Selalu gitu. Tapi, takpe. Aiman tak kisah pun sebenarnya. Hong Kong Express pun ok ape. Pramugari lawa2 (Cik Pemburu Chenta suka tengok manusia lawa), servis pun ok.

Bila papa & mama dah tiba, mereka bergerak ke Dragon Hostel. Untuk cerita lebih lanjut tentang kejadian selepas itu, sila klik sini. Letih dah nak taip banyak2. Cerita same je.


Cik Pemburu Chenta bergambar berlatar belakangkan Victoria Harbour. Bangunan2 tu boleh buat persembahan oo... Giler hitech la bangunan2 mereka ini. Kagum betul...



Berposing comel... Jangan ketawa!


Panorama view of Victoria Harbour.


Persembahan yang dinanti2kan oleh para tourist dari seluruh dunia... Mempersembahkan

Symphony of Lights...

Sila klik sini untuk maklumat lebih lanjut tentang Symphony of Lights. Dan juga sini untuk keterangan tentang video ini dan menyaksikan video yang lebih besar lagi.

Selepas bergembira di kawasan serba dingin ini, mereka pulang dengan senyuman terukir di bibir. Eleh... Ayat sastera betul. Uweekkk... Pastu, ronda2 cari makanan halal jap. Bila dah jumpa kedai yang jual makanan halal, tak jadi beli pulak sebab mahal sangat ditambah dengan tindakan agresif para promoters kedai makanan Pakistan yang memaksa2 mereka pergi ke kedai mereka. Lagipun, makanan masih banyak lagi di bilik hostel itu. Sape mau habiskan kalau sume orang makan makanan luar?

Sekian. Itu saja kisah pengembaraan siri pertama Cik Pemburu Chenta dan rakan2 seperjuangannya di Hong Kong. Nantikan siri seterusnya dalam masa terdekat ini. Teruskan setia bersama Archienot No Hibi!!! Terima kasih. Assalamualaikum dan selamat beramal.

nota kaki: sebelum ni aku ade tulis nak bawakan survenior dari Hong Kong untuk semua. survenior yang aku maksudkan adalah pengalaman2 menarik yang aku perolehi di Hong Kong. minta maaf banyak2 sebab tak dapat memberi survenior yang bersifat material kerana seperti yang ku katakan pada entri yang dah lama lepas, aku memang kesengkekkan duit untuk membelikan cenderahati untuk semua. jadi, hanya ahli keluarga dan orang terdekat saje yang dapat aku berikan survenior. itu pun terpaksa shopping pada malam terakhir kerana risau kalau shopping awal takde duit plak nak makan nanti. yang berada jauh daripada aku, hanya pengalaman yang dapat aku berikan untuk dikongsikan bersama. harap ia boleh menggembirakan hati anda semua.

Friday, February 13, 2009

Perut kembung dan kisah cermin yang pandai menipu..

Sejak akhir2 ni, Cik Pemburu Chenta selalu saja mengalami perut kembung kerana makan tidak mengikut masa. Ya. Dia sedar diri yang perutnya memang buncit. Tapi, perut buncit dengan perut kembung sangatlah lain definisinya. Perut kembung terjadi disebabkan masuk angin kerana perut dibiarkan kosong untuk jangka masa yang lama manakala perut buncit pula disebabkan mentekedarah sampai tak ingat dunia pastu malas pulak nak bersenam dan tau pulak nak makan hati bila orang kata dirinya gemuk. Ops... Cik Pemburu Chenta sudah malu2 kucing. Tapi, dia cuba buat2 cool.

Cik Pemburu Chenta juga akan mengalami perut kembung setiap kali dia pergi melancong. Dia fikir2 mungkin disebabkan makan angin banyak sangat. Dia mengangguk2kan kepala tanda setuju dengan monolognya itu. Contohnya sewaktu di Singapura, dia sangat terkejut apabila melihat refleksi dirinya di cermin. Dia kelihatan agak kembang daripada kebiasaannya. Dia fikir2 semula mengapa dirinya boleh menjadi kembang sampai sebegitu tu sekali. Tiba2, dia merasakan kesakitan di perutnya. Oh.. Masuk angin rupanya. Patut la rasa kembang saje badannya itu. Di Singapura memang agak payah untuk mendapatkan makanan yang halal. Jadi, sepanjang berada di sana dia hanya makan McD. Tapi, sewaktu itu belum ada kempen boikot-memboikot lagi. Jadi, dia tak rasa bersalah untuk memakan 2 Double Cheese Burger yang berharga 2 dolar Singapura sahaja setiap satu sekaligus (manalah badan tak gemuk kan). Tapi, itu pun masih tak kenyang. Tu sebab la kot perutnya masuk angin. Fikirnya lagi.

Ada seorang kawannya mengeluarkan fakta berkenaan perkaitan antara cermin dan susuk tubuh. Cermin itu boleh menipu. Orang yang desperate nak kurus biasanya akan tertipu sebaik saja melihat diri mereka di cermin. Sebagai contoh, cermin yang biasa digunakan di kolej penginapannya kerana sebaik saja seseorang melihat cermin itu, pasti ayat yang mula2 akan keluar adalah..

"eh eh.. aku dah kurus la.."

Cik Pemburu Chenta tergelak sendirian. Betapa pentingnya memiliki susuk tubuh yang menarik bagi seorang wanita. Dia terfikir2, bilakah masanya dia akan memiliki tubuh seperti Angelina Jolie? Kalau berangan je nak kurus, tapi tak berusaha, memang takde maknanya la. Bersenam Inot!!!

Sunday, January 25, 2009

Site Visit, Melaka



Ikan belacak? Betulkah perkataan itu? First time tengok secara live nih. Giler ngeri rupa dia. Melambak giler kat jeti Pelabuhan Melaka bila air tengah surut waktu tengahari tu. Ngeri je tengok mereka berpesta sambil melompat2 dan berjalan2 di atas lumpur seperti anjing laut dalam citer Pingu tu. Haha... Eh, betul ke ikan ni tak boleh dimakan? Sape tau? Ade orang kata ia tak boleh dimakan sebab hidup dalam 2 alam. Memang dalam Al-Quran ada sebut tentang binatang yang hidup dalam 2 alam tak boleh dimakan contohnya katak. Tapi, maybe ada khilaf untuk kes ikan ni. Sila la kongsi bersama2 ek kalau ada info tentang ikan ni. Ribuan terima kasih didahulukan...



Amacam? Ada gaya traveler tak? Huhu... Aku suka gambar ni sebab ada kombinasi warna nature di situ. Langit pada hari itu sangat cantik ye kawan2. Subhanallah... Ops... Hidung kembang sikit sebab tahan nafas tak nak bagi gambar gegar. Huhu... Spek Ray Ban itu ditaja khas oleh my LIL BIG BRO. Jangan jeles.



Part of the site. Panas oo kawasan ni sebab baru ditambak dan pokok2 pun tak dewasa lagi. Jadi, ya... Langit sangat cantik hari itu dan kelihatan sangat luas tanpa halangan daripada pokok2 yang meninggi. Menara Taming Sari itu pun tak dapat nak mencacatkan view langit yang sangat indah ini. Kawasan yang best untuk main layang2 sebab berangin giler. Nak main kapal terbang kertas pun boleh, tapi pandai2 la kutip balik kertas tu bila dah habis main. Nanti kena denda aku tak tanggung ek. Melaka ni sebuah bandaraya yang bersih. Pe yang aku perhatikan, susah sangat la nak nampak sampah berterabur kat mana2. Paling aku tak percaya, malam2 pun ada pekerja lori sampah kutip sampah. Susah nak nampak situasi ni kat Serdang. Ke aku je yang tak pernah nampak? =.P

nota kaki: site visit di Melaka untuk Projek 3: CIQ (Custom, Immigration and Quarantine) Complex. Menginap di Mansor Hotel selama 2 hari 1 malam dengan bayaran RM 21 setiap orang. Selamat Hari Raya Cina semua!!!