Popular Posts

There was an error in this gadget

Follow by Email

Wednesday, November 3, 2010

Rahsia Wajah Saya Berseri-seri Macam Orang Dah Nak Sampai Jodohnya

Suatu hari, ofismate bertanya kepadaku,

"Kenapa i tengok muka you dah makin putih, licin, bersih? Lagi elok dari sebelum pergi NS (National Service/Khidmat Negara) lagi. Sebelum tu, u hitam sangat. U pakai ape?"

Haha.. Dia tak tengok muka aku habis terbakar masa kat kem.. Habis risau aku dibuatnya macam mana nak hilangkan kehitaman ini. Sampaikan jurulatih kat sana cakap,

"Ni saya tengok Kak Long pun dah tak ada rupa Kak Long dah." (Panggilan Kak Long diberikan sebab aku pelatih yang paling tua yang jadi squad leader (OC) kat situ).

Memanglah cikgu. Dah saya tak pernah pakai sunblock masa berkawad, berbaris, bersenam dan macam2 "ber" lagilah. Memang habis terbakar la muka saya. Tak reti la nak pakai benda alah tu. Lepas tu, macam2 mitos keluar untuk mengelakkan muka jadi gelap. Ada yang kata kalau pakai bedak kompak masa nak berkawad, itulah yang menyebabkan muka aku jadi gelap. Elok pakai bedak powder je. Ada yang cakap jangan pakai krim. Ada yang cakap tak payah pakai apa2. Macam2lah. Masa ni, masing2 mencari2 sunblock yang paling mujarab. Sunblock kawan aku la paling laris. Tak tau la ape brand dia. Aku pernah cuba sekali tapi aku tengok sama je hitam aku. Dah tu pakai sekali. Mana nak mujarab kan? Pelatih2 lain pun terkejut tengok dahi aku belang sebab bahagian yang tertutup dengan beret tu sangat cerah kalau nak dibandingkan dengan bahagian muka yang terdedah dek panahan cahaya matahari. Aku sengih je la kalau orang mengata aku. Aku memang macam ni. Orang kata apa pun aku sengih je. Buang air liur je kalau orang kutuk2 aku.

Ramai orang tanya apa rahsia muka aku putih, licin, bersih dan sebagainya la. Dari mak cik aku, nyonya beli barang kat Giant, ofismate, sampailah kawan2 sibuk bertanya.

"Ko pakai ape Ina muka ko bersih macam ni? Tak ada jerawat langsung." Tanya mak cik aku di suatu hari yang hening. Aku tersenyum je.

"You punya muka banyak cantik la. Licin saja. Lawa kan kulit dia? You pakai apa ar?" Nyonya itu bertanya kepadaku dan meminta pendapat cashier di situ sambil melihat barang2 mandian yang aku pegang di kaunter bayaran. Aku tersengih je.

"Muka ko antara muka yang paling bersih la antara budak studio kita," Kata Nor kepadaku di bilik sewa kami di suatu ketika dulu.

"Kak, kulit you banyak halus la. Licin saja." Ujar seorang pelatih perempuan Cina selepas menyentuh kulit muka aku secara tiba2. Terkejut aku. Aku ingat dia nak buat apa la tadi. Aku senyum lagi.

"Kulit muka ko... Cantik habis!!!" Kata kawan aku tiba2 semasa make-over aku sempena aku menjadi MC dalam suatu program di kem.

Dan yang terakhir, ofismate aku la yang beria2 tanya aku pakai apa sampai jadi putih macamni.

Hmm... Sebenarnya, aku tak pakai apa2 pun. Aku pakai pencuci muka yang bersesuaian saja. Setiap kali mandi, aku akan pakai. Kadang2 aku tak mandi malam, jadi aku tak pakai. Haha... Aku ni memang jenis cincai je. Kalau orang biasa pakai pencuci muka sebelum tidur, aku pulak jenis yang tak kisah. Aku selalu basuh dengan air biasa je. Lepas tu, lap muka dengan tuala.


Inilah pencuci muka yang aku pakai. Aku pakai yang jenis scrub sebab aku nak buang sel2 mati kat kulit muka aku yang dah terbakar habis masa NS dulu.

Lepas tu, tiap kali aku keluar rumah, aku akan pakai krim pencerah muka Garnier untuk lapisan pertama. Lapisan kedua pula aku pakai bedak powder Aiken yang mengelakkan muka aku dari kelihatan berminyak. Lapisan ketiga, aku pakai bedak powder yang berbau harum. Nanti kalau orang cium aku, bau wangi je. Hek hek.. Gatai!!! Memang comotlah lepas tu sebab texture bedak Aiken tu kasar. Jadi, aku ratakan bedak kat muka dengan span bedak kompak tu. Jadi lah putih macam tepung gomak muka aku ni. Itu pun orang kata lawa. Kulit aku la yang lawa. Orangnya tidak. Hmmm.. Aku tak tau nak kata apa sebab memang tak ada rahsia langsung.


Krim pencerah muka Garnier yang dimaksudkan. Haruslah aku lagi putih sebab sebelum pergi NS aku tak pakai krim ni. Aku pakai lotion muka Nivea saja. Tapi, kurang berkesan sebab muka aku akan basah dengan peluh dan peluh tu tak mau kering. Pelik kan?


Bedak Aiken yang sebenarnya berfungsi untuk badan tapi aku apply kat muka pulak sebab dulu muka aku selalu berminyak. Sekarang minyak dah kurang dah sebab bedak Aiken serap lembapan kat mana2 tempat yang kita apply. Dulu apply kat ketiak jugak sebab malas nak beli deodoran. Aku ingat deodoran tu mahal sangat sampai aku tak mampu nak beli. Hahaha.. Tapi, sekarang aku beli la sebab rupanya deodoran taklah mahal sangat.

Lagi satu habit aku, tiap kali nak tidur aku biasa ambil wuduk. Tak kisahlah lepas tu aku terkentut ke tak, yang penting aku dah ambil wuduk sebelum tidur. Baru rasa selesa masa nak tidur tu.

Ok la. Setakat itu saja perkongsian untuk hari ini. Aku tak taulah ia berguna untuk anda sebagai pembaca. Tapi, at least ia berjaya untuk muka aku yang tak berapa nak laku ni. Sekian, terima kasih.

notakaki: selalu tengok muka kat cermin tiap kali orang bertanyakan tentang kulit muka aku yang kononnya halus, bersih dan putih. hmm... memang betul cantik ke kulit aku ni? rasa macam biasa je. ade je tompok2 panau kat muka ni. diorang tak perasan ke? eh, korang tak perasan ke wei? hish!!!

4 00 komen:

Atika Natasha said...

waa...thniah2 muka dh bseri...sy p0n skang ni dh fed up dgn pr0duk2 kcantikan ni..dihakis nye kulit kite ade la..sbenarnye,kita ni cuma prlu cuci muka scara k0nstinten dan jaga pmakanan je..itu yg lg pnting..huhu

Damia Firzanah H. said...

akak.....remaja sesuai ke pki benda alah cam tu???akak umur brp???hehehe....prihatin la pula..

Damia Firzanah H. said...

akak....remaja sesuai ke pki benda alah cam tu???saya umur 14...hehehhe...:)

INOTLOVEHUNTRESS said...

damia,
umur akak 25 tahun.. dah tua dah.. tapi orang kata awet muda.. orang kata la.. muka macam kanak2 lagi.. hehe.. kalau damia takde masalah dgn pencuci muka dan bedak2 ni, ok kot.. tapi, kalau ada alahan dgn produk tertentu, kena hati2 la ye.. akak tak berani nak kata sesuai ke tak.. disebabkan akak takde masalah alahan, so akak ok je.. produk2 yg disebutkan kat entri ni mmg sesuai utk muka akak..