Popular Posts

Monday, April 11, 2011

Hati Ini Mungkin Bukan Milikku, Jadi Aku Mahukan Hati Yang Baru

Hati aku tak tenang...
Aku tau sebabnya...
Sebab aku banyak buat dosa...
Tak kiralah dosa kecil atau besar...
Kedua-duanya perlahan-lahan menghitamkan hati ini...

Dengar kata, kita boleh meminta kepada Allah untuk digantikan hati yang baru jika kita rasakan bukan hati ini yang kita mahukan dalam diri kita...

Abdullah Ibn Mas'ud pernah berkata:

Bawalah hatimu mengunjungi tiga (3) tempat. Pertama ke tempat orang yang membaca Al Quran tidak kira sama ada kamu mengikutnya membaca atau kamu sekadar mendengarnya. Kedua kamu menghadiri majlis ilmu yang mengingatkan kamu kepada Allah. Ketiga, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya pada waktu malam dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati. Jika selepas melakukan itu jiwamu masih tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu yang baru kerana sesungguhnya hati yang kamu miliki sekarang ini bukan hatimu.

Sambil bekerja sambil mendengar ayat Al-Quran atau ceramah agama pun elok juga diselangi lagu-lagu nasyid...
Tapi, selalu sangat telinga ini mahu mendengar lagu-lagu yang lagha...
Astaghfirullah'alazim...

Semakin cuba ku dekati, semakin kuat pula Kau mendugai daku...
Oh Tuhan yang Maha Sempurna...
Kerdilnya diriku di hadapanMu...