Popular Posts

There was an error in this gadget

Follow by Email

Wednesday, December 31, 2008

Benci ar senyuman kejam itu

Emergency2!!! Huh… Huh… (termengah2 kepenatan kerana berlari2 ingin mendapatkan laptop). Ketahuilah di saat entri ini ditulis, jantung aku baru je terasa bagai terhenti seketika akibat daripada peristiwa yang agak mendebarkan dan membuatkan aku termangu2 sebentar tadi. Ok2… Calm down…Sila ikuti kisah ini…

Perut dah kenyang balun bihun goreng basah ngan air kosong kat Padang (food court) tadi. Mie dan Yan masih berborak2 dan aku hanya mencelah waktu diperlukan saja. Mata dah mengantuk. Tengok jam dah pukul 10.40 malam. Haih… memang mengantuk la sebab dah 2 hari tak cukup tidur nak siapkan draft working drawing.

Selesai je Mie dan Yan berborak, aku dan Yan pi bayar makanan la. Takkan nak berlalu pergi je tanpa segan-silu dan buat2 kedai tu macam kedai mak bapak sendiri. Dah selesai bayar, rasa cam nak shopping sedikit makanan iaitu bahan yang paling penting untuk melaksanakan hobi aku. MAKAN. So, kami berdua pun pergi ke kedai 21 jam STAR MART. Aku beli air Revive botol kecil, biskut Jacobs Apricot, sebungkus gula2 Kopiko dan Kek Lapis Coklat jenama ape-entah-yang-Erra Fazira-jadi-duta-tu. Yan beli 2 bungkus coklat Apollo je. Lalu, kami berdua pergi la ke kaunter di atas kesedaran bahawa takde benda free dalam dunia ni. Kalau ada pun, kita kena melakukan sesuatu dulu baru boleh dapat benda free tu contohnya shopping RM 100 ke atas dan anda akan dapat kertas tisu percuma. Contoh… Logik ke tak belakang kira. Ok… orang belakang tolong kira. Eeh… terbuat lawak pulak. Lawak ke?

Selesai sahaja membayar, kami menuju ke motor Kriss ku. Kami ingin pulang ke kolej. Mata sudah mengantuk dan pandanganku kabur2. Aku rabun malam la. Bahaya sungguh memandu dalam keadaan begini ye kawan2 sekalian lagi2 dengan otak yang sudah lalok sebab tak cukup tidur. Jadi, aku memandu lebih laju sedikit berbanding kelajuan kura2. Memang slow motion la aku bawak sebab aku selalu terbayang kalau memandu waktu malam aku akan terlanggar kucing. Tak tau la kenapa mesti terbayang kucing. Sebab selalu nampak kucing mati kena langgar kot. Kesian kucing2 itu. Dah la comel.

Sedang enak kami menikmati kesegaran udara di malam yang dingin ini, tiba-tiba kedengaran seperti sebuah motor mendekati motor aku. Aku ingat orang tu nak potong ke ape tapi, dia tak potong pulak. Dia jalan seiring dengan aku. Aku ingat kawan lelaki aku yang mungkin sengaja nak bertegur-sapa dengan aku. Aku pun tak berapa nak fokus kat muka dia masa mula-mula dia memandu sebelah aku. Yelah. Dah nama pun rabun malam memang tak berapa nak jelas la penglihatanku ini.

Orang tu memandu rapat sebelah aku dan di saat aku ingatkan yang dia kawan yang nak bertegur-sapa dengan aku, tangan dia laju je menyambar beg plastik yang terletak kat dalam bakul motor aku. Aku terkejut. Betul ke dia kawan lelaki aku? Dan ketika itu, aku masih menjangka lepas ni mesti dia ketawa dan berhentikan motornya untuk pulangkan beg plastik tu. Kalau dia berhenti, sah dia kawan aku. Tapi, dia tak berhenti. Dia terus memecut laju membelok ke satu simpang. Aku terpinga-pinga. Satu benda je masa tu berlegar-legar kat fikiran aku. Aku kena samun ke? Ye… Aku kena samun. Dan ini first time seumur hidup dan harapku adalah yang last juge.

Aku memang agak blur selepas kejadian itu berlaku. Aku tak tau nak respon macam mana. Agaknya kalau aku jerit "tolong...tolong!!! Penyamun!!!", berbaloi tak? Ade ke orang nak tolong? Mesti digelakkan pulak lepas tu sebab yang disamun cuma makanan je. Haih… siapa sangka orang tu adalah penyamun. Dan dia berbangsa Cina. Aku tak sangka pulak orang Cina pun ada yang gemar menyamun. Biasa tengok kat drama2 dan berita, orang Melayu je banyak menyamun.

Aku nak kejar motor tu pun pun dah terlambat. Tak mungkin dapat sebab aku pun tak nampak nombor plat motor dia. Sekali lagi disebabkan kerabunan mataku. Nak wat camne. Dah pakai spek pun masih rabun malam. Mata aku memang agak tak berfungsi kalau ada kat tempat gelap. Jadi, aku pasrah dan redha je la.

Nasib baik la dalam beg plastik tu cuma ada makanan dari Star Mart yang aku beli tadi. Nasib baik juge kerana tak menjadi kebiasaan aku meletakkan dompet dan henset di dalam beg plastik sebaik sahaja selesai shopping. Kalau tak, mesti esok aku kena bersusah-payah menguruskan pembuatan IC baru, lesen baru, kad bank baru dan segala2nya yang baru la. Malas aku nak buang masa untuk benda2 camni.

Haih… pasti orang tu kecewa dalam gembira. Kecewa kerana tiada barang berharga di dalam beg tu. Gembira kerana dapat makanan free. Ha… ni lagi satu contoh nak dapatkan barang free. Dia kena mengatur strategi dengan baik supaya segalanya berjalan lancar seperti memastikan dirinya stabil di saat tangan menyambar beg plastik dari bakul motor orang lain. Kalau tak stabil, sure jatuh punya. Tengok. Dia ada usaha nak dapatkan barang free. Tapi, contoh ini tak baik. Jangan ikut. Ha… benci ar…

Kalau aku la tau awal2 lagi dia nak menyamun makanan aku, lepas je dia sambar beg plastik tu akan aku tendang motor dia ke tengah jalan biar dia kena lenyek ngan kereta. Ok… memang banyak bayangan dalam kepala aku sekarang. Kalau la, aku kejar dia tadi, ape la yang jadi lepas tu? Kalau la aku tolak motor dia kat tengah jalan tadi, betul ke dia akan kena lenyek keta? Paling yang difikirkan, kalau aku tak shopping kat Star Mart tadi, agak2 aku kena samun tak??? Ape pun, benda dah jadi. Harap boleh dijadikan pengajaran kepada semua. Em.. ari ni rugi RM 10.40… aku nak air Revive ngan biskut Jacobs tu je. Dua2 ni makanan pembekal tenaga paling berkesan bila aku stay up. Yang lain tu aku tak kisah sangat sebab sekadar penyedap mulut je.

p/s: Yang tak bestnya, aku boleh pulak perasan penyamun tu tersenyum sebelum memecut laju. Sampai sekarang aku ingat lagi senyuman kejam itu. Eee… jahat!!! Benci ar!!! Shoh!!! Shoh!!! Tak nak ingat lagi.

Sunday, December 28, 2008

I'm back...

Maaflah. Dah lama tak update blog sebab takde bekalan internet di retreat houseku. Kini, i'm back. Tapi, biar pun i'm back tapi, aku seperti tiada perasaan keterujaan untuk mengupdate blog. Bukan tiada cerita. Kalau nak diceritakan, memang baaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak sangat nak dikongsikan tapi nanti2 la ye. Ok la. Aku tulis satu ni je. Yang lain, may be minggu depan.
------------------------------------------
Sebenarnya, aku banyak keje nak dibuat ni. Hehe... Masa cuti 7 minggu sebelum ni ada dapat keje rumah daripada lecturer. Kena hantar hari Selasa ni. Tapi, dah lebih seminggu sikit sebelum nak naik semester baru, baru aku start buat. Nak buat camne. Kan masa cuti ni aku demam 3 minggu. Ada lagi baki cuti 4 minggu kan. Tapi, minggu pertama cuti tu tak leh kira sebab minggu tu tetap kena pi fakulti gak. Ade la program sikit. Minggu kedua tu ingat nak berehat kejap daripada melakukan sebarang pekerjaan. Ye la. Letih ar wei buat keje tak berenti2 dari Projek 3 (Executive Retreat Station (ERS)) sampailah kena menghasilkan presentation boards baru untuk portfolio review. Tu sebab ingat nak relax seminggu. Tapi, alangkah malangnya selepas minggu kedua aku telah diserang demam yang aku tak jangka pulak akan melarat sehingga mencecah 3 minggu lamanya. Rekod baru tu wei. Aku tak pernah demam selama itu. Habis 5 minggu sia2 begitu saje tanpa membuat kerja rumah yang lecturers bagi. Tapi, ada la jugak mintak reference daripada kawan2 sebelum tu sebagai panduan untuk menyiapkan kerja rumah tersebut. Kerja rumah tu bernama Working Drawing untuk Projek 3 (ERS) tu la. Working Drawing ni adalah sejenis drawing yang perlu dihasilkan oleh firma2 arkitek untuk dihantar kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mendapatkan kelulusan memulakan sesuatu projek. Bukan projek Sains ye kawan2. Projek pembinaan bangunan tau. So, minggu ke-6 baru start wat keje rumah. Tu pun masih lalok2 je otak sebab masih ada saki-baki demam contohnya seperti sakit kepala dan sakit tekak yang cam biskut Chipsmore. Kejap ada, kejap tak ada. Haih... Jadi, sekarang aku agak kelam-kabut nak menyiapkan keje rumah tersebut. Kelam-kabutlah sangat kan sampai sempat lagi tulis blog.

6 elevations and 2 sections to go!!! Ni memang kira kamikaze la ni. Tinggal 2 hari je lagi tarikh penghantaran drawing akan tiba. Confirm aku tak tido dua hari. Oh, mungkin akan tido tanpa sengaja di atas meja nanti. Harap tak mangambil masa yang lama la masa keterlajakan tidur itu. Go Inot!!! Go Inot!!!
------------------------------
Haa.. Tengok... Konon tak teruja nak tulis blog tadi, sekali kau tengok... Panjang dah rupanya aku menaip. Ni sebab aku suka merepek la ni sampai dah tertulis blog panjang2. Dah2. Aku nak wat keje rumah. Nanti jatuh reputasi aku sebagai budak yang dah meningkat maju di pandangan lecturers. Ok. Tata...

Jom buat keje masing2......

p/s: Semalam besday aku. Terima kasih kepada abah untuk 5 cucuk sate setiap sorang dan kepada mak, mee kari mak memang no. 1. Fabulous!!! Dan juga terima kasih untuk coklat pemberian adikku, Ija walaupun murah tapi memang sedap. Dan, Selamat Tahun Baru semua...

Tuesday, December 2, 2008

Aku Tak Sihat

Sejak 2 tahun ni aku asyik demam je. Kalau anda ingin tahu, dulu aku sebenarnya agak payah untuk diserang penyakit yang satu ni. Pernah dalam beberapa tahun tu aku tak diserang demam langsung. Amacam? Terer tak aku? Hehe…

Ye… mungkin tak diserang demam tapi, diserang sakit lain. Sakit belakang. Sakit yang bermula sejak form 5 gara-gara subjek Lukisan Kejuruteraan yang aku ambil. Aik? Macam mana tu? Mesti anda pelikkan? Cuba bayangkan situasi ni ye kawan-kawan. Anda dikehendaki duduk sambil menunduk di atas kerusi untuk melukis lukisan selama 3 jam sewaktu peperiksaan atau pun ujian. Memang sengal satu badan la wa cakap lu. Sebagai persediaan, masa SPM dulu sebelum ambik paper ni, aku dah bersenam awal-awal kat dorm dan menampal koyok di belakang badan supaya tak terasa sakit sangat masa melukis nanti. Masa matrik pulak aku telah mendapatkan rawatan fisioterapi secara percuma di Hospital Besar Seremban. Alhamdulillah sekarang dah jarang datang penyakit ni. So, kalau aku nak buat keje untuk jangka masa yang lama, aku kena pastikan postur badan aku betul waktu duduk. Kalau tak, sakit ni akan datang lagi. Sakit dia tu, nauzubillah… rasa macam dicucuk-cucuk dengan benda tajam je bahagian belakang aku ni.

Berbalik kepada kisah demam tadi, aku ada cerita luar biasa yang ingin dikongsikan bersama. Bagi aku luar biasa la. Kalau anda rasa tak luar biasa, takpe la. Aku boleh agak bila masanya aku akan diserang demam. Bermula dari sakit tekak, selsema, lalu mengalami batuk yang berpanjangan. Kebiasaannya kalau demam, badan aku tak panas di luar tapi panas di dalam. Muka aku akan menjadi gelap-gelita. Aku pun tak tau kenapa. Paling mengerikan adalah setiap kali aku mengeluarkan kahak, pasti ada darah beku yang akan seiring sejalan dengan kahak tersebut. Tapi, bila darah beku tu dah tak ada, tekak aku takkan sakit lagi. Dan aku akan segera sembuh selepas tu. Lalu, dengan memandainya aku membuat kesimpulan bahawa darah beku tu terhasil akibat kepanasan pada kepalaku. Logikkan?

Sebenarnya aku dah mengalami batuk ni sejak selepas raya aidilfitri yang lalu. Tapi, sekadar batuk kering. Takde kahak, takde darah beku. Tapi, agak seksa jugak la. Rasa gatal kat tekak dan paru-paru. Aku tak tau pulak sebab apa aku batuk. Adakah aku dah tak imun lagi dengan minuman sejuk? Sebabnya sepanjang aku stay kat studio dulu aku selalu melantak air pepsi McD dan air water-cooler. Sebelum ni, aku tak pernah pulak batuk dan demam disebabkan minum minuman sejuk. Malahan, minuman sejuk tu la yang jadi ubat bila batuk dan demam. Tapi, nampaknya sekarang memang aku kena berpantang daripada menelan minuman sejuk yang sedap dan nikmat itu. Oh, rindunya aku dengan botol vanilla coke yang berkondensasi, float buatan sendiri yang aiskrimnya membukit tinggi dan air sirap sejuk kegemaran di rumah yang merah membara semangat waja kalernya. Oh... oh... aku rindu…

Aku rasa ni demam paling teruk pernah aku alami. Dah dekat seminggu aku demam tapi tak baik-baik. Makin teruk ade la. Haih… biasanya paling lama tempoh aku demam pun 3 hari je. Ke aku ada sakit lain? Oh, tidak! Jauhkanlah… dan kini aku sekadar menelan ubat demam yang lepas yang tak habis dimakan. Malas nak jumpa doktor. Tak suka menunggu. Dan tak suka diperiksa oleh doktor lelaki. Segan… huhu…

Ayuh kahak…
Ayuh darah beku…
Nyahlah kau segera dari tubuhku…
Izinkan aku tidur lena di malam hari…
Berikan aku keselesaan untuk menyiapkan working drawing…
Tolonglah…

Tag oleh Islami

To tag along: You have to list 7 weird things about yourself, post it in your blog, tag at least 7 people (list their names), and comment on their blog to let them know that you just tagged them.

7 perkara pelik tentang aku.

1. Walaupun umur aku hampir mencecah 22 tahun, tapi aku masih nampak seperti budak-budak. Senang kata, adik-adik aku lagi nampak matured daripada aku. Kalau pergi kenduri atau melawat saudara-mara pun, orang akan ingat aku anak paling bongsu. Sebab aku paling rendah. Kalau nak kata saiz badan aku kecik, dulu mungkin ye. Sekarang saiz badan aku dah melebar dengan ketinggian yang tak boleh nak meningkat tinggi lagi. Jadi, perkataan kecik itu tak sesuai untukku. Senang kata, aku dah gemuk. Tapi, takpe. Aku berazam nanti dah keje aku nak buat rawatan pelansingan badan. Tu sebab aku agak tak sabar-sabar sebenarnya untuk habis belajar. Aku nak keje sampai kaya. InsyaAllah. Semoga aku tak lupa diri bila dah kaya.

2. Ada beberapa orang kawan aku suka mendapatkan khidmat nasihat daripadaku terutamanya tentang soal cinta walaupun aku tak pernah bercinta kecuali dengan yang sorang tu. Kalau ade yang pernah baca entri aku yang lama dulu, tau la kot sape yg sorang tu. Mungkin disebabkan aku suka menyelitkan unsur-unsur agama dalam nasihat lalu diorang berterusan mengadu pada aku. Oh, aku taklah baik sangat sebenarnya. Tapi, tak salah kan kongsi ilmu agama yang diperolehi waktu di sekolah dulu.

3. Aku suka tengok perempuan yang cantik dan hot sejak sekolah rendah lagi. Tapi, masuk sekolah menengah, perangai ni makin menjadi-jadi. Memang pelik. Tiap kali berdepan dengan diorang aku akan menggigil lalu kelu lidah membisu. Haha… entah ape-ape entah.

Pernah masa kat matrik dulu, aku kena berkongsi menjawab soalan tutorial dengan sorang perempuan yang aku rasa agak hot jugak. Menggigil tangan aku nak menulis. Tiba-tiba, keluar dialog ni dari mulut aku. “Eh, apehal menggigil ni?”. Lalu, aku menggoncang-goncangkan tangan aku biar stabil sikit. Budak tu tersenyum lalu berkata, “Sampai menggigil kau ye duduk sebelah aku,”. Dan aku hanya mampu tersengih. Aduyai… Hah. Is, kau jangan tak tau pulak kenapa aku segan-segan dengan kau masa sekolah dulu. Sebab ni la. Tapi, sekarang rasanya aku dah tak segan kot ngan kau. Hehe…

Dan disebabkan ini juga, secara automatik aku telah meminati Siti Nurhaliza selepas melihatnya untuk kali pertama waktu Juara Lagu 1996. Macam jatuh cinta pandang pertama gitu. Lepas tu, aku memang fanatik giler ngan dia. Tapi, takde la sampai kelu lidah membisu bila tengok dia sebab sekadar tengok kat tv je. Tu dah kira mengada-ngada namanya.

4. Aku berwajah serius. Tapi, orang tetap kata aku comel. Oh, itu anugerah Ilahi. Thank you Allah… Aku jarang senyum, tapi tak tau la kenapa aku akan tersenyum bila memandang anak buah aku. Dan dia sangat suka dengan aku. Kanak-kanak memang comelkan? Dia seolah-olah dapat membaca isi hati aku yang sayangkan dia walaupun aku berwajah garang. Dia juga langsung tak takut dengan bapak aku yang berwajah bengis.

5. Aku sangat penyegan dan pendiam orangnya. Bila jumpa orang yang baru dikenali, aku memang akan diam. Perlu diajak berborak dulu baru aku akan rancak berkata-kata. Bila jumpa kawan-kawan lama yang dah lama tak jumpa pun, aku memang akan kelu lidah membisu. Tak terkata-kata. Ini pun boleh menyebabkan mereka anggap aku pelik. Mesti diorang beranggapan bukan-bukan contohnya macam “Kenapa Inot tak banyak cakap?” atau “Sombongnya Inot sekarang.” Ah, pandai-pandai je aku buat andaian.

6. Aku belum rasa ingin bercinta. Konfem! Dulu pernah rasa nak kawin cepat tapi selepas aku kecewa dengan cinta pertama, aku rasa aku masih belum bersedia nak kongsi hidup dengan orang lain. Aku masih ingin memenuhi kehendak diri sendiri dulu sebelum memenuhi kehendak orang lain. Dan lagi, aku sangat kecewa bila lelaki-lelaki yang aku suka tak sedar betapa sukanya aku kepada mereka. Sekarang, kalau ada laki hensem depan mata pun aku tak rasa teruja nak pandang. Hehe… sangat tawar hati nampaknya diri ini. Tunggulah. Masanya akan tiba jua untuk aku bercinta. Tapi, aku inginkan cinta selepas berkahwin. Nikmat lebih terasa. Satu-satunya lelaki yang aku masih suka sampai sekarang adalah Salman Khan. Dia sangat cute dan tough. Aku suka!!!

7. Orang ingat aku budak alim sedangkan aku ini tersangatlah nakal. Hehe… betul! Mungkin aku nampak baik sebab diorang tau aku budak sekolah agama. Dan pakaian-pakaianku pun tak berapa nak ketat. Aku tak suka sebenarnya berpakaian ketat. Sebabnya, dah tentu la sebab body aku tak cun. Tapi, yang paling penting, kalau body aku cun pun, aku harap aku takkan berpakaian ketat. Kerana berpakaian ketat itu tak ubah seperti berbogel. Itu salah satu firman Allah. Oh, aku bab peraturan yang dah ditetapkan Allah ni memang tak berapa berani aku nak langgar walaupun adakalanya terlanggar juga. Tapi, bab peraturan yang ditetapkan manusia, berani la aku nak langgar. Bab ni, memang aku akan jadi tersangat nakal. Sebab, peraturan manusia ni kadang-kadang menyusahkan orang lain. Betul tak?

Aku nak tag Ila... Go Ila!!! Go!!!