Popular Posts

Saturday, October 30, 2010

Tiada Rumah Yang Dirasakan Seperti Rumah Melainkan Rumah Yang Sebenar-benarnya

Dah sebulan aku menyewa di bilik baru dan rumah baru. Aku seorang. Dan aku keseorangan. Aku perlukan kawan untuk duduk dengan aku. Sebab aku rasa sunyi. Aku betul2 sunyi. Bukan aku tak nak berkawan dengan orang rumah tu, tapi mereka pun seperti tak mahu merapatkan diri denganku. Sepatah aku tanya, sepatah dia jawab. Tiada langsung ciri2 ingin bermesra denganku walaupun aku cuba untuk bermesra.

Pagi tadi, aku duduk tengok TV seorang diri di ruang tamu. Oh, ini pertama kali aku menonton TV di hujung minggu sebab selama ni setiap hujung minggu aku pasti balik kampung halaman. Tiba2, aku mendapat mesej. Begini bunyinya, "Salam. Ina, untuk pengetahuan astro tu kitorang tak share. Kalau nak guna mesin basuh dan dapur tak pe la. Astro tu akak kongsi bayar dengan adik akak je. Sori ye." Hmmm... Agak2 ape respon aku mendapat mesej macam ni dari orang yang tengah duduk dalam bilik tu? Muka aku tiba2 panas. Lambat aku nak membalas mesej tu. Tak tau nak cakap macam mana. Nak tanya "apa kata kita share bayar?", aku jarang pulak tengok TV. Yang aku boleh balas cuma "Oh. Ok." Tak lama lepas tu, aku terus masuk bilik. Macam mana la aku nak mulakan sesi bermesra macam ni kalau aku pun tak boleh duduk sama2 depan TV dengan mereka berborak2 itu ini. Aku rasa kosong sangat duduk sorang2 macam ni.

Aku dah buat keputusan. Ini bulan terakhir aku duduk rumah tu. Lepas ni, aku ulang-alik je ke tempat kerja dari kampung. Biarlah penat ke tak penat. Aku tak peduli. Kerana hati ini telah dilukai.

Thursday, October 28, 2010

Di Pagi Yang Hening Saya Terlihat Ludah Di Atas Motor Saya

Pagi tadi, bangun pagi pukul 8.00 pagi. Biasalah. Orang perempuan. Ada masa cutinya. Lepas baca doa bangun tidur, terus pergi mandi. Dalam 8.20 pagi siaplah mandi. Terus gosok baju dan bersiap nak ke ofis. Hari ni bersiap awal sikit. Konon nak pecah rekod datang awal la kan. Pukul 8.55 pagi keluar dari rumah.

Tapi, malangnya pagi ni. Di saat aku melangkah ke parking motor dengan jiwa yang berkobar2 mahu ke ofis, aku terlihat cecair likat di atas motorku. Ku sangkakan tahi burung, rupanya ludah manusia disertai dengan kahak. Ya Allah! Serius aku menyumpah-seranah pagi tadi. Tak senonoh punya perangai. Aku tau la motor aku baru, janganlah jeles sampai tahap nak meludah kot iye pun. Hish!!!!!!!! Geram sangat tadi. Kalau tahi burung takpe lagi, sebab burung mana ada akal. Tapi, kalau manusia yang ada akal fikiran, itu memang tak boleh nak dimaafkan! Itu memang harus dikerat 18 lidahnya bagi anjing makan. Anjing pun tak lalu nak makan sebab nanti dapat penyakit anjing gila. Dalam nak cepat2 tu, terpaksa pergi beli air mineral kat kedai mamak. Nasib baik dekat je. Kalau jauh, aku tak tau la mana nak cari air untuk bersihkan ludah tu. Hmmm... Dah bersihkan dah.



Macamlah ni la rupa mangsa ludahan tersebut. Kena ludah kat seat bahagian bontot dia. Lepas ni mesti takde orang nak tumpang naik motor aku. Hahahahahahahahahaha... (Gelak setan)

Bermulalah perjalanan aku sebagai minah rempit ke ofis. Jalan agak sesak pagi ni. Nasib baik naik motor. Sampai ofis pukul 9.20 pagi. Lambat? Memang lambat pun. Tapi, ada lagi yang lebih lambat daripada aku. Pukul 11.00 pagi baru sampai. Takpelah. Sabtu ni pun hari terakhir kau kerja sini kan? Pandai2lah kau jaga tatatertib kerja kat tempat baru nanti ye. Nanti kena buang kerja lagi pulak kan.

Tadi pun hampir eksiden depan ofis orang sebab orang dalam ofis tu buka gril depan tangga tu. Aku pulak bawa motor kat koridor ofis tu nak ke koridor ofis aku. Tup, tup! Dalam semeter lagi nak sampai pintu gril ofis orang tu, tiba2 gril terbuka. Aku punya terkejut terus tekan brek tapi, tak nak berhenti jugak motor aku ni. Orang tu pun serta-merta tarik balik pintu gril tu ke dalam tapi, aku rasa macam tak lepas jugak. Menjerit sikitlah aku cakap "eh, eh!" biar orang tu dengar dan tarik pintu tu ke dalam lagi. Huish, nasib baik tak berlanggar dengan pintu tadi! Kalau tak, habis ranap motor aku. Dah kena repair. Dah kena keluar duit lagi. Dah jadi papa kedana balik. Alhamdulillah. Syukur takde pape.

Hari ni keluar duit belanja RM5. RM 2 beli kuey teow goreng, RM2 beli keropok lekor. RM1 beli air mineral. Jumlah belanja minggu ni setakat hari ni adalah RM8. Hmmm... Bagus jugak tak keluar lunch. Taklah cepat habis duit aku.

Ok la. Takat ni saje cerita aku pada hari ini. Jumpa lagi di lain waktu. Salam.

notakaki: Seri kata kalau aku bercakap, ayat aku macam ayat anak buah dia yang berumur 3 tahun. Hmmm... Betul ke?

Monday, October 25, 2010

Petua Berjimat Semasa Kesesakan Duit

Untuk breakfast dan lunch, boleh cuba petua ini. Roti RM2.30 + tuna RM 4.90 = RM7.20. Satu bungkus roti dan satu tin tuna cukup untuk 3 hari. Tapi, konfem badan jadi kembang lepas ni sebab makan yis banyak sangat.
Kalau dinner makan burger tepi jalan je hari2 pun jimat jugak. Sebijik RM2.80. Berbanding makan nasi goreng dah habis RM4.00 dah. Itu pun tengok kedai jugak tu. Ok, konfem! Mulai hari ni setiap malam saya nak makan burger je. (Konfem membulat macam belon kalau camni!)

Thursday, October 21, 2010

20102010 - Kisah Seekor Kunci Yang Bermain "Cak Ba" Bersama Tuannya

20102010...

Tarikh macam cantik giler kan? Tu sebab aku macam tertanya2 apa la yang bakal berlaku kat aku hari ni ek? Ada tak peristiwa yang macam spesel akan berlaku. Tunggu punya tunggu, dari pagi hinggalah ke tengahari, dari tengahari hinggalah ke petang, dari petang hinggalah ke Isya', tak juga ada petanda yang perkara istimewa akan berlaku. Kot2lah terjumpa jodoh hari ni ke, jumpa satu million ringgit kat tepi jalan ke, jadi hero yang menyelamatkan seseorang ke, tapi tak juga berlaku. Hmmm... Aku fikir2 lagi. Memang hidup aku ni membosankan sangat ke sampai langsung takde benda yang spesel berlaku?

Hari ni datang kerja ke ofis seperti biasa. Lewat seperti biasa juga. Tapi, macam biasalah. Bos pun tak sampai lagi. PA bos pun tak sampai lagi. Fuh, selamat! Tapi, aku datang lewat, balik pun aku lewat jugak tau. Bos pun dah faham sangat dengan rutin aku. Tu yang dia macam tak kisah sangat. Tapi, aku mencuba jugak setiap hari untuk datang awal. Jarang berjaya, tapi pernahlah sesekali berjaya. Kerja kat ofis agak banyak juga hari ni tapi, aku dapat siapkan dengan pantas. Faedahnya, aku tak perlu bawa balik kerja ke rumah.

Tengahari tu, makan kat tempat biasa. Tapi, tukar lauk luar biasa sikit hari ni. Harga pun luar biasa mahalnya! Ikan memang mahal ek sekarang? Serik aku nak makan ikan lagi macam ni. Boleh tak sekali makan aku habis RM7.20? Haih, banyak sangat tu duit aku dicekau! Ok. Itu kisah luar biasa yang pertama untuk hari ini.

Seterusnya, dari tengahari sibuk siapkan kerja sampailah ke petang macam biasa juga. Solat pun jangan lupa ditunaikan macam biasa. Tibalah sesi untuk pulang ke rumah. Hari ni aku buang tabiat konon nak pergi ke Perpustakaan Hypermedia MPSJ untuk pertama kali. Rasa2 macam rindukan suasana perpustakaan. Tiba2, teringatkan Perpustakaan UPM. Oh, rindunya! Sebenarnya, niat sebenar nak ke sana adalah untuk menghabiskan bacaan buku Harry Potter aku yang tak habis2 ni sebabnya kalau baca kat bilik je, mesti aku tertidur. Jadi, aku cubalah mencari inisiatif untuk membaca buku dengan lebih selesa dan suasana yang memberangsangkan. Ok. Balik kerja tu aku teruslah mencari2 perpustakaan tersebut. Ah, puas pusing satu Taipan tu, tapi tak jumpa2. Padahal masa tu pernah ternampak dengan Seri (ofismate) perpustakaan tu memang betul2 tepi jalan besar. Deng! Tak jumpa! Disebabkan Maghrib hampir menjelma, aku bercadang untuk balik ke rumah saja. Kebetulan Nor (studiomate masa study kat UPM) ajak makan malam sekali. Aku pun on je la.

Sampai je kat kawasan kediaman aku, terus aku call Nor. Aku nak lepak kat bilik dia. Kebetulan dia dan aku duduk satu kawasan kediaman. Tapi, terpisah dek bangunan blok2 lain la. Dia kata ok. Aku pun ok la. Lepak bilik dia sampai Isya'. Layan Korean game show kejap dan akhirnya, kami turun makan di tingkat bawah. Ok. Aku try makanan luar biasa sikit hari ni. Nasi goreng sotong dan sirap ais. Fuh, mengancam habis!

Penatlah cerita panjang lebar camni. Dipendekkan cerita, apa yang lagi yang luar biasanya hari ni? Ha... Kunci rumah hilang................................................................... Aku terpana seketika. Aku memang tak pernah kehilangan benda2 penting macam ni. Seingat aku, aku memang tak pernah leka dalam menjaga barang2 aku. Lagi2 kunci! Kunci! Mana ko? Aku perasan kunci tu takde masa aku dah naik lif. Aku cari2 dalam beg, tak jumpa. Cari lagi kat poket. Tak jumpa jugak. Cari dalam lubang hidung? Eh, konfem tak muat nak masukkan kunci tu. Aku dah gelabah dah. Mustahil boleh hilang! Aku memang tak puas hati. Sape je la yang nak ambik kunci rumah aku ni? Fikirku yang tak berapa boleh nak fikir dah. Aku nekad nak cari kat ofis. Masa tu dah pukul 10.45 malam. Tapi, aku survive juga demi maruahku. Terpaksalah aku turun balik dan menunggang motor ke ofis selama 15 minit. Ah, penat! Aku geledah laci ofis dengan harapan kunci tu ada terus depan mata bila aku buka laci pertama. Deng! Takde! Seingat aku kunci tu aku letak dalam poket je pagi tadi. Tapi, takde. Kosong! Habis aku geledah semuanya. Tiba2, aku terfikir. Mesti ada sesuatu yang miracle akan menjadi hari ni. Aku dengan penuh konfiden membuat kesimpulan bahawa kunci tu akan muncul dengan sendirinya tak lama lagi. Jadi, aku tekad untuk balik ke rumah saja dan mengganggu housemates yang dah nak tidur. Lebih kurang pukul 11.50 malam sampai kat rumah.

Penat. Nak rehat! Itulah yang aku fikirkan sebaik sampai kat rumah. Nasib baik kunci pintu bilik tak berapa nak ok. Tolak sikit, pusing2 tombol pintu dah boleh buka dah. Buka baju, buka seluar... Seluar? Ya... Di saat aku ingin melucutkan tali pinggang daripada seluarku, aku merasakan satu benda yang berat dan bergemerincing berada di bahagian bawah tali pinggang berhampiran dengan zip seluar. Aku seluk balik poket seluar dan itu dia! Aku dah agak dah. Ko memang nak kena la kunci. Tarikh 20102010 ni la ko nak kenakan aku kan? Ko hengat ni April Fool ka? Haiya...

Wa manyak penat lo... Wa mau tido la macam ni... Sampai jumpa lagi. Salam..

Wednesday, October 20, 2010

Bagaimana Mendapatkan Kulit Muka Yang Berseri, Tegang Dan Awet Muda?


Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia! Malaysia Boleh! Harus jawab tu. Bertemu lagi kita di dalam rancangan Petua Sang Pemburu Cinta. Untuk memburu cinta, seharusnya kita perlu mempunyai paras rupa yang sedap mata memandang, tak lawa tak apa asalkan kulit bersih berseri, itu dah cukup untuk buat orang suka memandang kita. Ops, aku bukan nak mengajar cara2 mendapatkan perhatian ok. And I'm not the attention seeker. Mari kita mulakan kelas kita pada hari ini. (Ah, sudah! Bila masa pulak aku jadi cikgu ni?!)

Anda mahukan kulit muka yang tegang dan tampak sihat, berseri dan awet muda sentiasa? Ikutilah tiga langkah seperti dalam gambarajah di atas. Di sini, aku akan menerangkan dengan lebih lanjut bagaimana untuk mengaplikasikan langkah2 itu.

1. Rujuk gambar 1 - Untuk mengelakkan pipi anda menggeleber ke bawah, pastikan setiap kali anda menyapu krim ke muka, sapukan ke arah telinga/45darjah ke atas. Lakukan sapuan ini seperti satu urutan. Ulang beberapa kali. Ketika menyapu bedak juga hendaklah menggunakan cara sapuan seperti ini supaya serbuk bedak tidak tersumbat pada liang roma muka. Kalau tersumbat, alamat la... Jerawat senang tumbuh merata2...

2. Rujuk gambar 2 - Ketika menyapu krim di dahi, urutkan kulit dahi ke atas dan ke arah anak rambut. Ia boleh mengelakkan kedutan di muka. InsyaAllah.

3. Rujuk gambar 3 - Untuk mengelakkan dan menghilangkan double-chin/dagu berlapis, petua ini amatlah mujarab untuk dilakukan. Sapukan krim di bahagian bawah dagu dan urut ke luar dagu dengan menggunakan hujung2 jari di belah tapak tangan. Urut beberapa kali sehinggalah anda rasa puas hati. Jangan sampai melecet dah la. (Kalaulah urutan ini boleh digunakan untuk menghilangkan double-stomach ku ini. Haih~ (!!T_T))

Itulah petua untuk kali ini. InsyaAllah, kalau ada lagi petua yang lain, aku akan kongsikan bersama. Sehingga jumpa lagi. Tata.......