Popular Posts

Friday, April 17, 2009

Projek 3 - BETWEEN DICHOTOMIES: CIQ COMPLEX, MALACCA

Ha... Lama jugak kan aku tak berblog secara serius ni. Entri2 sebelum ini banyak sangat la yang merapu-meraban tahap cipan. Pastu, lagi banyak jawab tag daripada mengarang entri. Huhu... Ala... Ok la tu kan daripada tak ada isi langsung. Kekeke... Em...

Meh aku nak berkongsi sikit hasil kerja FINAL PROJECT aku untuk semester ini yang menyebabkan aku kesibukan tahap arkitek profesional. Hukhuk... Sibuk la sangat. Sebenarnya lebih kepada tak ada mood nak mengarang entri kerana stress sangat2. Hihi... Ah, banyak pulak aku bergelak-gelakkan dalam entri kali ni. Hepi sangat la tu... Huhu... Eh, tergelak lagi. Alahai... Ok2. Serius2... Kali ini aku nak berspeaking pula. Baru nampak profesional sikit. Uhuhuhu...

Between dichotomies means a division or contrast between two things that are or are represented as being opposed or entirely different.

For this final project, students are now to undertake a project that addresses the 3 elements within a dichotomy: the 2 elements that make up the dichotomy itself and the third element that exists between the two. Some of the immediate dichotomy presented to students will be between land and sea (where people come from land to sea and vice versa), public and private (passenger and staff), the pedestrian and the vehicle (the walkway and the road), the processed and the unprocessed (after and before boarding pass process), the local and the foreign (the passengers), the transient and the non-transient, the earthbound and the high-rise (the building), the natural and artificial (ventilation and lighting), the historical and the future.

Ah, malaslah pula nak berspeaking. Pening aku nak fikir ayat (padahal memang tak terer speaking pun). Nah... Lihatlah gambar2 bod yang aku upload nih demi menunjukkan betapa kepayahannya diriku menyudahkan projek ini.







Wahai para pembaca sekalian. Ketahuilah betapa nervousnya perasaanku ini selama projek ini berlangsung. Iyelah. Aku kan seorang repeater. Sudah tentu rasa kurang confident itu ada. Tapi, aku taklah sampai berfikiran negatif yang aku akan gagal semester ini kerana aku yakin pensyarah2 pasti akan menolong golongan repeater ini. Namun, di saat2 akhir projek ini disiapkan, aku berasa sangat relaks tahap boleh layan facebook wa cakap lu walaupun bod2 tak siap lagi. Gile ke hape aku nih? Haih... Punyalah sengal aku rasa masa ni. Facebook memang buat orang ketagih la. Shiut je...

Tempoh projek ini adalah 2 bulan setengah. Proses awal adalah membuat model comel berskala 1:500 yang respon kepada site context. Dari model comel ini idea akan dikembangkan kepada space planning pula. Aku tak tahulah apa masalah idea aku ni sampai banyak kali aku kena ceramah oleh tutor yang mentutor aku. Bosan dowh kena ceramah benda yang tak straight to the point. Last2, aku dah tak nak jumpa dia langsung. Mulalah aku tergapai2 mencari hala tuju sendiri. Kadang2 aku terfikir juga kenapalah Pn. Kalsom @ mama tak letak je nama aku dalam group yang aku dah biasa contohnya kat group dia ke, Cik Sofie ke, Encik Nik ke. Kan senang. Kami ni golongan repeater memerlukan orang yang sudah memahami design kami wahai Pn. Kalsom sayang. Disebabkan kurang jumpa lecturer, tak pasal2 seminggu sebelum submit drawings design aku kena ubah sedikit. Sedikit je la. Tak banyak. Kata Pn. Kalsom aku tak perlu buat 3D baru. Just tumpukan kat floor plan je. Tapi, aku buat jugak 3D baru sebab rasa tak puas kalau 3D tu tak sama dengan floor plan. Rasa macam 'eee, aku ni macam takde usaha langsung nak wat yang terbaik'. Ye, ramai orang kata aku perfectionist. Hmm... Aku rasa kadang2 la kot. Kalau aku rasa aku boleh buat sesuatu tu lebih daripada apa yang aku buat sekarang, aku akan cuba juga untuk sampai ke tahap tu walau lambat mana sekalipun akan aku cuba jugak. Itulah aku. Dan aku berjaya siapkan 3D dalam masa 3 hari. Hasilnya seperti dalam bod tu la.

Masa presentation day hari tu, Alhamdulillah para panel suka design scheme aku. Aku pun tak sangka akan dapat komen yang positif daripada mereka. Mereka pula yang banyak bercakap berbanding aku. Betul!!! Aku just bagitau design intention aku dan cerita sedikit tentang space planning then diorang pula mula mentafsir drawings aku kepada ayat. Hmm... Quite surprise actually. Patut la aku tak rasa nervous sangat sebelum nak present tu. Huhu... Terima kasih kepada para panel yang tak banyak tanya dan mudah memahami drawings ku. Jasamu dikenang sampai mati. Huhu.. Cumanya sekarang aku perlu berdepan dengan juri sebenar, Pn. Kalsom dan para kroninya. Sebab aku tau aku kurang berdisiplin untuk projek kali ni. Dahlah jarang jumpa lecturer, pin up bod pun lambat. Apa raaa... Entah kena tolak ke tak markah aku pun tak tau. Huuu... Nervous gak nih. Sekarang tengah meraikan kemerdekaan sekejap sebelum menyambung kerja untuk menulis report bagi projek ini pula.

Ah, letihnya mengarang setelah sekian lama tak mengarang. Sekian, terima kasih dulu la ye. Selamat membuta semua...

8 00 komen:

ARYN said...

ko kira dh kuar nnt le xjadi arkitek umah aku..hehehe

INOTLOVEHUNTRESS said...

oit..
xtido lg ke?
huhu..

boleh..
ramai dah booking aku jd arkitek rumah msg2 nih...
hihi..
tp sebenarnya aku blm boleh jd arkitek lg la aryn..
cuma boleh jadi pembantu arkitek je..
kalau nak jadi arkitek kena sambung belajar lagi 2 tahun untuk Part 2 plk..
skrg ni aku dalam Part 1..
aku cuma boleh tlg design rumah je la..
hihi..

nama saya memang Anonymous said...

3 bod je kah?

INOTLOVEHUNTRESS said...

en. anon, disebabkan di live traffic feed ini memberitahu bhwa anda berkedudukan di Puchong, maka aku sudah tahu siapakah gerangannya anda...
Har3!!!!
ade 8 bod..
gmbr pertama mmg mcm tu la keadaan bod asalnye..
gambar kedua tu aku combinekan 2 bod floor plans and 2 bod elevations..
2 bod floor plans lg mls nk tjk..
same je..
1 bod detail tp mls nk letak..
gmbr ketiga plk gmbar interior..
tp msa presentation tu aku print dlm saiz a3 je utk 1 view..
x letak dlm 1 bod..
yg ni kira aku edit balik la menggabungkan kesemua view yg ade..
sekian..
haih, pjg lebar aku bercerita..
letih...

ecahkoop said...

akula yg telah menghasut kak inot main facebook secara tegar tanpa henti...keh3

INOTLOVEHUNTRESS said...

ecah, time akk dah addicted ko plk xmo melayan akk...
huh..

aAn said...

comel nye ini anonymous

INOTLOVEHUNTRESS said...

aan lagi comel...
=.P