Popular Posts

There was an error in this gadget

Follow by Email

Tuesday, June 2, 2009

Kenangan Interviewku Yang Pertama

Nervous rasanya mahu menghadapi interview kerja yang pertama dalam bidang architecture ni. Sebelum ni pernah interview kerja jugak. Tahun 2006. Masa tu cuti semester 3 bulan. Tapi, interview untuk kerja jaga pam minyak je la kat Jalan KLIA.

Teringat masa sebelum interview tu, sepupu aku yang juga baru sebulan bekerja kat situ kata majikan pam minyak tu nak ambil pekerja sepenuh masa je. Maksudnya, aku tak boleh la kata yang aku cuma nak kerja sambilan je. Sekadar untuk memenuhi masa lapang waktu cuti tu. Lalu, waktu interview berlangsung bermulalah penceritaan Mak Karut yang betul2 mengarut. Aku mengarut ape? Aku kata lepas habis SPM aku duduk rumah je tak pernah cari kerja langsung sebab mak tak kasi kerja. Haha.. Tapi, suatu masa dulu mak aku memang tak kasi aku cari kerja pun. Penolong majikan aku ni buat muka "nak percaya ke tak percaya". Haha.. Kesian. Tapi, akhirnya aku diterima juga bekerja. Cuma bertahan selama 2 minggu je sebab.. Haha.. Segan aku nak bagitau. Sebab tak tahan dengan pekerja lama yang tak ramah-tamah. Muka masam memanjang. Hangin tak tentu hala. Tau la perempuan ada masa nak moody sebab senggugut kan. Tapi, takkan sepanjang masa asyik senggugut je kan? Huh. Ada sorang pekerja perempuan ni kebetulan sekampung dengan aku tapi dia tak pernah nak senyum dengan aku dan sepupuku. Oh, alangkah sombongnya dia! Aku pun jadi tak berkenan nak menegurnya. Jadi, aku dan sepupuku bernekad untuk berhenti disebabkan layanan yang kurang mesra daripada pihak atasan dan staff2 di situ. Ada juga la staff yang baik contohnya macam Mat Bangla (dah lupa nama) 3 orang tu. Baik sangat. Suka temankan kitorang jaga pam minyak waktu petang. Ada juga sorang mamat Melayu yang baik dengan sepupu aku. Ye la. Sepupu aku kurus ramping kan. Dengan aku dia suka ejek2 aku gemuk. Tapi, kira ok la tu kan. At least dia nak jugak bertegur-sapa dengan aku. Bila nak berhenti kerja tu aku dan sepupu aku merancang betul2. Takut kalau diketahui orang atasan, gaji kitorang disekat nanti. Nasib baik aku dan sepupu aku pandai. Kami berhenti kerja lepas sehari kami dapat cek gaji.

Keesokkannya, bermulalah misi melarikan diri dari pusat pengganas. Dalam pukul 9.00 pagi aku buat2 masuk dalam kedai konon nak minum la. Padahal nak ambik beg tu. Pastu giliran sepupu aku pulak masuk kedai sebab nak letak notis 24 jam kat tempat kitorang biasa lepak. Pastu, diam2 keluar. Tunggu abang sepupu aku ambil kami berdua. Bila abang sepupu aku dah sampai, kami blah macam tu je. Bukan setakat abang sepupu aje yang ambik kami, dengan bini dia, anak dia, kakak sepupu aku dan emak saudara aku datang menjemput kami. Macam buat jenayah secara berkumpulan je aku rasa. Haha.. Lepas tu, kami terus menuju ke bank di KLIA untuk tunaikan cek tu. Nervous ni takut kehilangan kami dah dikesan lantas duit gaji disekat. Tapi, Alhamdulillah sebab kami dapat juga menunaikan duit itu. Pastu, jalan2 kat tepi lapangan terbang. Bestnya dapat tengok kapal terbang berlepas. Rasa hilang segala beban di tempat kerja. Bila sampai rumah, sepupu aku suruh bagitau mamat yang suka dia kat tempat kerja tu tentang notis yang kami tinggalkan kat tempat lepak kami. Mamat tu tanya, "kenapa buat macam ni?". Haha.. Redha je bunyinya. Aku tak tau nak kata ape. Lepas daripada waktu itu, aku cuma menternak badan je sambil menternak kucing. Huhu.. Itulah pengalaman kerja saya yang pertama.

Anda yang sedang menganggur tu, nikmatilah waktu itu. Cari kerja bila rasa dah nak cari ok. Kalau rasa tak nak cari, jangan cari. Nanti kalau buat sesuatu tanpa rela, hasilnya langsung tak memuaskan tau. Sekian. Terima kasih.

notakaki 1: Esok aku interview kerja kat Akitek Akiprima Sdn Bhd di Subang Jaya. Doakan kelancaran urusanku ok.

notakaki 2: Harap2 bekas majikan aku halalkan duit gaji tu.

7 00 komen:

~C.h.E.n.T.a..L.y.a.A~ said...

hye..juz folo u..neway..lya pn de kenangan first interview,sonok je even nervous...neway,cmane ngn interview tu??

archienot said...

Hai lya..
Interview saya sangatlah xmenyeronokkan..
Majikan yg tak nak beri tunjuk ajar bukanlah majikan pilihanku..
Penginterview tu jahat la..
saya rasa xrugi pun kalau tak dapat kerja situ..
hihi..
anyway, thanks for following me..
nnti sy follow awk juge..

FarisPharmacistMuslim said...

1st interview aku relax jerk..interview ngan SPA...

ape die tanyer..
Ceritekan tentang diri anda..
Nape apply kije dkat sabah?
ape kandungan ikrar semalam?
nape result x ok mcm bdak cine?
Ape peraturan nak bkak kedai pharmacy?

komen die..
Bagus ader org volunteer mcmni..
teroskan ushe...

hahaha

relax aja bah..

FarisPharmacistMuslim said...

penat aku tlis..hilang g2 jerk...

archienot said...

faris, ko dah start keje kat sabah la ni?
ke belum lagi?
aku belum isi lagi borang SPA sebab pengaruh kwn2 terdahulu yg menghasut jgn kerja ngan kerajaan nanti xde kebebasan mendesign..
tp aku rasa aku kena jugak isi kalau nak senang dapat kerja..
kerja pun senang je..
xyah susah2 mcm kerja kat architect firm swasta..

pemende komen kau yg latest tu?
ko ingat komen kau xtersend ek?

ARYN said...

aku rs better keje dgn kerajaan. terjamin. tiba2. HAHAHA

archienot said...

hahaha jugaklah aryn..
haha..
aku baru nk mengisi borang SPA ni..
haih..
seksanya la hai takde duit..