Pada hari Ahad yang lepas, saya keluar berjalan2 bersama seorang kawan sekolah menengah saya. Kami telah mengunjungi KLCC sempena PC Fair yang berlangsung. Setelah itu, kami berdua pun pergi makan. Itu pun kawan saya sahaja yang makan. Saya tidak makan kerana saya sudah makan sebelum keluar rumah. Dipendekkan cerita, tiba2 terpacul soalan berikut daripada mulutnya:
"Kenapa akak makin bulat?" Tanya Anis kepadaku. Aku tersenyum.
"Orang tengah bahagia. Macam ni lah..." Jawabku masih lagi tersenyum.
Iye... Bahagia sangat sekarang. Banyak sebabnya yang membuatkan saya berasa sangat bahagia. Saya dikelilingi orang2 yang mengambil berat tentang saya terutamanya rakan2 di pejabat saya. Mereka memang sangat 'Oh my God... Sangat caring!!!'. Walaupun baru2 ini saya telah dihalau dari rumah sewa, saya masih ada rakan2 yang sudi memberikan saya tempat tinggal. Dengan kemasukkan diriku ke rumah itu, berkuranglah beban mereka untuk membayar sewa rumah. Alhamdulillah, saya ada mereka di sini. Kalau tidak, saya tidak tahulah ke mana saya hendak pergi selepas dihalau dengan tiba2 sahaja. Kenapa saya kena halau? Oh, itu tidak perlu diceritakan di sini kerana saya sendiri tidak tahu sebab sebenar saya dihalau. Apa pun, dugaan ini tidak menjadikan saya patah semangat untuk meneruskan kehidupan ini kerana saya ada ramai rakan yang menyokong saya. Jadi, dugaan ini tidak mencacatkan kebahagiaan yang melimpah-ruah yang sedang membanjiri kehidupanku kini.
Alhamdulillah, kerjaku kini makin stabil. Biarpun saya perlu bekerja sampai lewat malam, saya tidak kisah kerana saya sukakan kerja saya. Saya gembira melakukan kerja saya. Saya berasa bahagia kerana mendapat majikan yang sanggup mengajar saya sesuatu yang saya tidak tahu. Saya yang selama ini tidak tahu apa2 tentang lighting akhirnya telah mengetahui serba-sedikit tentangnya. Walaupun saya bukan bekerja dalam bidang senibina, sekurang2nya saya telah menyumbang sedikit khidmat saya pada lighting consultant ini untuk menjadi lebih maju. Segala kemahiran yang saya ada telah saya sumbangkan sehabis baik. Alhamdulillah, setiap kali saya melakukan tugasan dengan baik, majikan saya tidak kisah untuk menyumbang sedikit pujian seperti: "Pandai Azlina..." atau "Tak sia2 kamu belajar kat UPM..." Sesungguhnya, saya berasa bahagia kerana diriku dihargai. Selain pujian, majikanku juga tidak lokek untuk membelanjakan duitnya demi membelanjaku makan. Sekarang anda tahu kenapa saya semakin bulat... Dan apa pula pendapat anda? Logikkah kalau saya menjadi semakin bulat? Fikir2kan. Sekian... =.P
notakaki: Jangan lupa menyebut Alhamdulillah setiap kali anda dikurniakan nikmat. Jangan lupa memulakan sesuatu dengan Bismillah kerana hanya dengan izin-Nya barulah kita boleh melakukan sesuatu pekerjaan itu.
Popular Posts
-
Suatu hari, ofismate bertanya kepadaku, "Kenapa i tengok muka you dah makin putih, licin, bersih? Lagi elok dari sebelum pergi NS (Nat...
-
Ha... Kat sini aku ada beberapa petua yang aku amalkan untuk elakkan mulut berbau . Petua2 ini diperolehi daripada hasil2 bacaan dan juga se...
-
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia! Malaysia Boleh! Harus jawab tu. Bertemu lagi kita di dalam rancangan Petua Sang Pe...
Tuesday, December 8, 2009
Kenapa Saya Semakin Bulat?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 00 komen:
Post a Comment