Popular Posts

Wednesday, February 4, 2009

Mulut Berbau? Bagaimanakah Cara Untuk Mengatasinya?

Ha... Kat sini aku ada beberapa petua yang aku amalkan untuk elakkan mulut berbau . Petua2 ini diperolehi daripada hasil2 bacaan dan juga seorang ustaz di sekolah dulu. Aku dah lama nak menulis tentang ini sebenarnya tapi masa tak mengizinkan. So, sekarang ni walaupun takde masa sebenarnya sebab sekarang sepatutnya masa untuk buat brain-storming untuk mendapatkan konsep projek ke-3 aku, aku tetap menulis juge semata2 nak menghilangkan bosan yang tak dapat2 idea dari tadi. Hampeh...

Aku tak mengalami masalah mulut berbau cuma bila bangun tido je la bau busuk yang amat sangat. Kadang2 aku terfikir jugak, mulut aku sorang je ke yang berbau macam ni bila bangun tido atau semua orang pun mulut dia bau macam tahi bila bangun tido. Yang aku pelik, bila tengok citer2 Inggeris selamba badak je pasangan di dalam citer tersebut bercium bila bangun dari tidur. Tak busuk ke mulut mereka? Fikirku... Huhu...

Mulut berbau lepas bangun tido sebab setahu aku gas-ape-entah-gas-ammonia-kot-ah-sesuka-hati-aku-je-aku-dah-lupe-la-yang-penting-gas-tu menyebabkan mulut anda berbau. Gas ni terserap oleh air liur dan menyebabkan mulut menjadi busuk dan air liur itu boleh dikategorikan sebagai najis muawassitah. Ya... Dari situlah kewujudan air liur basi. Ia menjadi najis sebab gas itu datang dari perut yang mana turut dikeluarkan sewaktu anda membuang air besar dan kentut. Ha... Gas tu punya kerja la yang menyebabkan segala2nya berbau busuk. Marah la gas ni kalau ade sesiapa yang tak puas hati dan terfikir kenapa kentut perlu mengeluarkan bau? Wehee... So, kalau anda "ngences" (bahasa jawa bagi meleleh air liur) dan terkena baju, baik ditukar baju itu sebelum anda menunaikan sebarang ibadah. Ala... Tak pe la. Najis mutawassitah je. Senang je kan nak bersihkannya. Taklah sampai kena sertu. Eh, terpanjang pulak intro ini. Ok la. Tulis panjang2 pun tak guna. Straight to the point je la...

Petua2 menghilangkan bau mulut yang aku amalkan:

1. Gosok gigi minimum 2 kali sehari iaitu selepas dan sebelum tidur. Ni pun semua orang buatkan. Gosok gigi selepas bangun tidur sebab nak hapuskan kebanyakan bakteria2 yang bermaharajalela waktu anda tidur. Ye... Tau anda dah gosok gigi sebelum tidur, tapi mana ade bakteria yang 100% boleh terus lenyap camtu je kan. Sedangkan iklan colgate pun cakap cuma boleh menghapuskan 99.9% bakteria je. Maksudnya masih ade lagi la bakteria yang tinggalkan. Tapi, sikitlah sebab ambik masa juga bakteria2 tu nak membiak untuk membusukkan mulut kita semula.

2. Berus lidah juga bila memberus gigi. Sebab kebanyakan bakteria berada di lidah bukannya gigi (eh, cam iklan berus gigi-ape-entah-yang-ada-pemberus-lidah pulak). Ape? Takut termuntah. Haha... Aku pun masa mula2 cuba berus lidah ni, rasa cam nak give up je. Memang rasa nak muntah, tapi aku control la. Lama2 ok la sebab hasilnya memang memuaskan. Jangan la berus sampai cecah anak tekak. Itu memang ngokngek namanya. Dan janganlah memberus lidah selaju anda memberus gigi. Itu pun kira ngokngek gak namanya. Gosok perlahan2 je lidah tu. Dengan penuh keayuan gitu. Sekarang kan dah banyak berus gigi yang disertakan dengan pemberus lidah sekali. Ha... Lagi senang. Kalau tak mampu lagi nak beli, boleh guna berus gigi je tak pun belakang sudu plastik. Yang belakang sudu plastik ni aku tak pernah cuba tapi aku ade baca dari sebuah majalah. Lidah yang dah diberus akan berwarna merah jambu ala2 dafi yang jambu berbanding lidah yang belum diberus iaitu berwarna putih. So, kalau lidah tu putih lagi lepas diberus, maksudnya tak bersih lagi la lidah tu. Ha... Pe lagi tercongok depan cermin tu? Pi la berus balik!

3. Buang balgham. Petua ni diperolehi daripada ustaz aku di sekolah dulu. Balgham ni sejenis mukus/bendalir yang terdapat di saluran antara hidung dan mulut nih. Sori la. Aku tak pernah belajar bio jadi aku tak tau la apakah nama saluran tersebut. Jadi aku menulis berdasarkan ape yang aku alami je. Balgham ni anda boleh rasa kedatangannya selepas bangun tidur. Rasa macam ada bendalir tersekat2 kat hidung kan. Ha... Tu la balgham. Ia boleh menyebabkan bau mulut tau. Cara2 nak buang balgham ni senang je, tapi seksa sikit la kalau salah buat. Huhu... Caranya adalah dengan memasukkan air ke dalam hidung. Sikit je. Jangan la secawan. Secukup rasa je la. Cukup untuk membuat air itu mengalir di dalam saluran tadi. Ok. Ni petua aku. Anda basahkan tapak tangan sikit. Pastikan ada sedikit air yang tinggal. Sedut air itu menggunakan sebelah hidung dengan hidung yang sebelah lagi ditutup lubangnya. Lepas tu dongakkan kepala. Biarkan air tu mengalir di saluran tersebut hingga ke mulut. Masa ni kita akan dapat rasa balgham tu akan ditolak oleh air tersebut ke mulut. Pastu, tunduk dan keluarkan la air dan balgham tu macam keluarkan kahak. Buatlah macam tu juga untuk hidung yang sebelah lagi. Tapi, balgham ni tak keluar semua terus kalau dengan sekali buang. Jangan risau. Tak perlu masukkan air ke dalam hidung lagi. Anda cuma perlu menghembus keluar balgham tu dari hidung atau batuk sedikit untuk keluarkan dari mulut. Memang agak bising juge la situasi di dalam bilik air nanti. Huhu...

Kebaikkan membuang balgham ni selain dari elakkan bau mulut, ia juga elok untuk mengelakkan mengantuk, mengelakkan resdung, menguatkan ingatan dan mencerdaskan minda. Itu je yang aku tau. Mungkin ada lagi. Sesiapa nak berkongsi info, dipersilakan. Terima kasih.

4. Minum air teh o selepas makan. Diulangi. TEH O. Bukan teh susu atau teh tarik. Sebab susu menyebabkan bakteria menjadi aktif. Tak caye cubalah minum susu. Mulut anda akan cepat berbau. Tu sebab dalam hadis Nabi ada menyebut supaya berkumur2 sebaik saje habis minum susu. Teh ni ade anti-oksida yang boleh tak-pasti-menghapuskan-atau-menyebabkan-ketidakaktifan bakteria. Tapi, yang penting ia menyebabkan bakteria tak bekerja la. Aku dah cuba dah. Memang berkesan. Aku buat eksperimen baru2 ni. Ceh... Bunyi cam saintis pulak ye. Huhu... Aku minum teh o lepas makan malam pastu tunggu la sampai aku dah mengantuk. Masa ni tak gosok gigi lagi. Ingat ye. Bakteria akan aktif bila ada sisa2 makanan dalam mulut kita. Ye la. Dia nak tolong uraikan. Aku tunggu punya tunggu sambil bermain game dan membaca novel yang aku download. Masa ni tak rasa busuk pun mulut aku. Biasa kalau tak minum air teh o rasa cam tahi je walaupun aku tak pernah rasa tahi. Rasa tahi gigi ada la. Ha... Anda jangan nak buat2 tak pernah rasa tahi gigi pulak. Tipu la. Mesti la pernah. Tahi gigi tu dah sah2 ada dalam mulut kita. Takkan la tak pernah terasa pulak Cik Tipah oi (nada menjoyah sambil bertepuk-tampar dengan sesiapa saje yang berada di sebelah)... Pastu, aku tertidur pulak. Alahai... Tak gosok gigi la jawabnya kan. Tapi, magiknya... Keesokkan paginya, aku bangun dengan mulut yang masih tak berbau sama seperti bila kita gosok gigi sebelum tidur. Bau sikit2 la, tapi tak la bau busuk tahap tahi. Kira tak la malu nak kiss suami bila bangun tidur masa dah kawin nanti. Eh, tergatal pulak. Ha... Ape lagi. Sila la minum teh o ramai2 oi lepas makan nanti.

Anti-oksida juga dapat mengelakkan kedutan di wajah ye. Tak yah la susah2 pakai botox. Eh, patut la aku awet muda. Eeh... Ter-riak pulak. Astaghfirullahala'zim (menepuk dahi sambil menggeleng2kan kepala)...

Ha... Itulah sedikit-sebanyak petua2 yang aku boleh kongsi bagi mereka yang ada masalah bau mulut. Lepas ni boleh la mencuba ye. Ceria2kan hidup anda dan selamat beramal (sambil melambai tangan dan memberikan flying kiss)...

notakaki: entri ini sangat la lari daripada profesion aku sebagai seorang pelajar senibina. haha... aku kempunan nak belajar bio sebenarnya. haih...

10 00 komen:

ARYN said...

hahaha..lawak ar aku baca..tegelak2 aku bca smbil aku konpius..aku baca tips ke bca lawak..btw, bgus tips mu+ kepoyoan mu menaip..sungguh lawak & menghiburkan

ko dok kolej ke?? kolej mana ek..asal xpnh tserempak..haha..asal aku tnya soalan ni

ila ni said...

entri kali ini penuh ceria, i loike!
hahaha panjang ngat nk ilang bosan x dapat idea...

eh balgham tu exactly kahak ke? apsal cam pedih je gaya nk kuarkan die? nk kena masukkan air dlm hidung sume, baik beli trus produk Dr. Oz! wahahah promote promote

INOTLOVEHUNTRESS said...

to aryn:
bgus la ko suka...
aku pun tumpang suka juge...
hidup kena ceria kan...
bru la senang hati bila buat keje...

aku duduk klj 11...
ye...
klj yg tersisih dr klj2 serumpun tu...
mmg ko xkan nmpak aku sbb aku jrg pi kampus dlm melainkan klu lunch aku pi cafe klj 12...
eh...
ko nak jmpa aku ke?
rindu ek?
*blush2 + wink2*

to ila:
u like it?
oh...
i like it too...
tq...
u want some more?
huhu...
idea bru dpt msa tido td...
bla la nk start wat ni?
cis2!!!

i'm not sure either balgham is actually kahak or not...
maybe balgham tu yang menyebabkan kedatangan kahak waktu demam...
balgham ni ada setiap hari...
tapi kahak takkan...
tapi bg kes ila mgkin kahak ada setiap hari sbb batuk ila kan tak baik2 lg...
kiranya balgham tu dah menjadi kahak la...
nak hilangkan kahak ni pun sama juge caranya mcm nk hlgkan balgham...
klu nk hilangkan sakit tekak pun boleh terutamanya yang klu kahaknya ade darah beku...
cuba la ila...
nnti baiklah batuk tu...
InsyaAllah...

pjg plk kan org reply...

Puteri Bahrun said...

very informative n hilariuos!!!!

INOTLOVEHUNTRESS said...

puteri, thanks for enjoying.. ;.)

Liza @ Adzriel AB said...

salam...saya link blog ni di

http://adzriel.blogspot.com/2011/02/mulut-anda-berbau-spoil-betul.html

INOTLOVEHUNTRESS said...

ok.. silakan.. =.)

Effi Rahmat said...

aku google perkataan 'blgham' nih sbb kat kismis tok guru tuh ada tulis.. pastu dia tulis MENGHILANGKAN BALGHAM.. disebabkan aku tgh makan kismis nih.. maka tak perlulah aku masukkan air dalam idung aku pepegi ari.. hehehehe..

NorainiIbuAmmar said...

patutla kita disunnahkan masukkan air dalam hidung setiap kali nak ambil wuduk. tqvm for sharing =)

harith_aan said...

Thanks atas info mengenai balgham tu... Bermanfaat..