Popular Posts

There was an error in this gadget

Follow by Email

Friday, January 30, 2009

Broken Romance English Poem by Archienot

It’s been so long

That I haven’t seen your face

Always missing, thinking of you

So bad

I still guessing your heart

Wondering what are you thinking about

If only I can find the answer

To make me understand

Sometimes I wish I can always be with you

There is so many things I want you to know

When you went away without a word

I was so regret

We got on the wrong end of stick

Then

There you are

It’s year in year out

You find me and then you leave

At first

I felt like my heart had broken into a million pieces

But now

It doesn’t matter to me

As long as you still remember me

Still wanting me

Here I stand only for you

Sunday, January 25, 2009

Site Visit, Melaka



Ikan belacak? Betulkah perkataan itu? First time tengok secara live nih. Giler ngeri rupa dia. Melambak giler kat jeti Pelabuhan Melaka bila air tengah surut waktu tengahari tu. Ngeri je tengok mereka berpesta sambil melompat2 dan berjalan2 di atas lumpur seperti anjing laut dalam citer Pingu tu. Haha... Eh, betul ke ikan ni tak boleh dimakan? Sape tau? Ade orang kata ia tak boleh dimakan sebab hidup dalam 2 alam. Memang dalam Al-Quran ada sebut tentang binatang yang hidup dalam 2 alam tak boleh dimakan contohnya katak. Tapi, maybe ada khilaf untuk kes ikan ni. Sila la kongsi bersama2 ek kalau ada info tentang ikan ni. Ribuan terima kasih didahulukan...



Amacam? Ada gaya traveler tak? Huhu... Aku suka gambar ni sebab ada kombinasi warna nature di situ. Langit pada hari itu sangat cantik ye kawan2. Subhanallah... Ops... Hidung kembang sikit sebab tahan nafas tak nak bagi gambar gegar. Huhu... Spek Ray Ban itu ditaja khas oleh my LIL BIG BRO. Jangan jeles.



Part of the site. Panas oo kawasan ni sebab baru ditambak dan pokok2 pun tak dewasa lagi. Jadi, ya... Langit sangat cantik hari itu dan kelihatan sangat luas tanpa halangan daripada pokok2 yang meninggi. Menara Taming Sari itu pun tak dapat nak mencacatkan view langit yang sangat indah ini. Kawasan yang best untuk main layang2 sebab berangin giler. Nak main kapal terbang kertas pun boleh, tapi pandai2 la kutip balik kertas tu bila dah habis main. Nanti kena denda aku tak tanggung ek. Melaka ni sebuah bandaraya yang bersih. Pe yang aku perhatikan, susah sangat la nak nampak sampah berterabur kat mana2. Paling aku tak percaya, malam2 pun ada pekerja lori sampah kutip sampah. Susah nak nampak situasi ni kat Serdang. Ke aku je yang tak pernah nampak? =.P

nota kaki: site visit di Melaka untuk Projek 3: CIQ (Custom, Immigration and Quarantine) Complex. Menginap di Mansor Hotel selama 2 hari 1 malam dengan bayaran RM 21 setiap orang. Selamat Hari Raya Cina semua!!!

Tuesday, January 20, 2009

Rasa miskin

Begini rupanya rasa bila kekurangan duit...
Segala benda yang nak dibeli perlu difikirkan dulu baik2...
Adakah ia keperluan atau kemahuan semata2...

Nak makan pun kena pilih tempat yang dah biasa pergi...
Sebab dah tau harga...
Boleh budget duit...
Kalau boleh guna meal plan lagi bagus...
Jimat duit...
(meal plan disediakan untuk pelajar tahun 1 di UPM di mana kosnya dimasukkan dalam yuran kemasukkan sekali. tapi, lepas 4 tahun kat UPM, aku punya meal plan dah habis guna. meal plan sekarang aku beli daripada kawan aku yang dah grad. dia tak habis guna lagi.)

Kalau makan kat tempat yang yang tak biasa pergi...
Sure balik nanti aku akan menyesal tak sudah...
Mulalah buat dosa kecik dengan memaki hamun dalam hati...
Kalau terlebih geram mungkin akan terhambur juga dari mulut yang tak selalu laser ni...
Sama ada disebabkan makanan tak best atau harga terlebih sikit daripada budget yang biasa digunakan...

Nak beli buku cerita pun dah teragak2 sekarang...
Kalau buku architecture lagi lah langsung tak berpeluang nak beli...
Minggu lepas pi mid valley...
Singgah sekejap kat MPH...
Banyak pulak buku2 best waktu aku takde duit nih...
Lagi2 kat bahagian mental development...
(aku memang sedang mencari2 buku yang boleh menajamkan minda)

Aku keluarkan dompet dari poket...
Tengok2 ada RM200...
Banyaknya...
Tapi, itu untuk benda lain sayang...
Itu untuk BUKU PASPORT sebenarnya...
Dan itu pun ila bagi pinjam yang mana jumlah asalnya sebanyak RM300...
(aku bukan jenis orang yang suka pinjam duit, tapi dalam keadaan terdesak ini, bila dia offer nak bagi pinjam, aku tak mampu untuk menolaknya. tq ila. tapi, ila tau duit tu makin berkurang sebab dia pun mengalami masalah kewangan lalu menggunakan RM300 itu untuk benda lain seperti membeli tiket bas dan lain2 lagi.)

Jadi, aku meninggalkan MPH dengan penuh kekecewaan...

Ya...
Aku kena buat pasport...
RM300 jumlahnya...
Kalau tak aku takkan dapat menyertai final year trip ke HONG KONG Februari nanti...
Dan lebihan RM700 untuk ke sana juga belum aku bayar lagi...
Bayaran untuk penginapan di sana...
Kedengarannya minggu ni minggu terakhir bayar...
Tapi, si ceti tidak mendesak lagi...
Jadi, aku masih aman...
Cumanya, kalau si ceti dah mula mendesak, mungkin aku akan terfikir2 untuk burnkan saja RM700 yang sudah dibayar untuk tiket kapal terbang itu...

Aku tak teruskan loan PTPTN lagi...
Sebab aku yang tak nak berhutang banyak2...
Abah kata takpe la tak ambik...
Abah boleh settlekan yuran belajar...
Sebab masa tu abah tengah banyak rezeki...
Tapi...
Tau la kan...
Ujian daripada Allah tu datang bila2 masa je...
Harga minyak sawit dah turun...
Harga barang pulak makin naik sampai tak hengat dunia...
Sekarang abah tengah cari ikhtiar nak dapatkan RM700 tu...
Aku?
Aku pun tak tau nak buat ape...
Memang dah lama berangan nak buat bisnes tapi, aku memang takde pengalaman la dalam bab bisnes ni...
Setakat jual kerepek mak sebelum ni ada la...
Tu pun berapa sangat la untungnya...
Tak lepas nak makan kat HONG KONG selama 6 hari...
Ada cadangan ke sebelum 18hb Februari menjelma?
At least kalau dah terbayar lebihan RM700 tu, boleh la aku guna duit tu untuk beli cenderahati untuk famili...
(FAMILI SAHAJA. AKU MEMANG SERIK NAK BAGI KAWAN2 HADIAH. SEBAB MEMORI LAMA. BUAT PERHABIH DUIT JE. AH, MALAS NAK CITER KAT SINI!)
Tak pun, aku boleh bayar balik duit tu kat abah...
Boleh la dia guna untuk bayar yuran adik aku...
Yuran aku tu, kalau aku ada duit sendiri nanti, bolehlah aku bayar sendiri...

Memang cukup miskin sekarang...
Sebab semalam dah perhabihkan RM100 untuk print benda ini...





PROJECT 2: APPENDAGE (FRSB STUDENT CENTER)

Sekarang dalam dompet ada lebih kurang RM20...
Khamis dan Jumaat ni nak pi tengok site kat Melaka...
Kena bayar duit penginapan RM21...
Kena korek duit tabung gak la jawabnya nanti...
(aku menabung tau. jangan buat2 tak caye. perlu percaye.)

Tak nak keluarkan duit dari ATM lagi sebab nanti jiwaku pilu bila melihat jumlah duit di bank semakin berkurangan...

Ok la...
Chow dulu...

Wednesday, January 14, 2009

Entri semalam itu hanyalah repekkan seorang pelajar senibina yang ketandusan kasih-sayang...

Entri semalam tu, anggap saje anda tak pernah baca...
Itu hanyalah repekkan seorang pelajar senibina yang berasa dirinya ketandusan kasih-sayang...
Kasih-sayang daripada siapa pun dia sendiri tak tau...
Jadi, bila ada orang memberikan sedikit perhatian kepadanya, mulalah dia berasa bahagia...
Padahal bukannya dia tak bahagia sebelum ini...
Lebih daripada bahagia...
Cuma dia terleka seketika dengan perasaan itu...
Tapi, kini dia mampu mengawalnya...
Tahniah kepada dia...

nota kaki: memang kena sibukkan diri bila perasaan tu datang. kalau tak, hidup kau memang sia2 la kalau layan je perasaan tu. ape entah pekdahnya jiwang2 sangat? nanti high baru tau. dah kena mandi wajib. dah membazir air. ish, melalut la ni! mata dah ngantuk. aku wat 3D tadi. tu yang boleh hilangkan feeling tu.

Tuesday, January 13, 2009

Tahukah anda apakah sebenarnya perasaan ini?

Setiap masa terbayang wajahnya...
Senyuman dia...
Aduhai...
Cair jiwa aku...
Setiap masa tergiang-giang suaranya...
Petah tutur katanya...
Gagapnya yang kadang2 pun boleh aku ingat...
Hmm...
Tetiba rasa nak menangis...
Aku tak suka perasaan ini...
Ia sangat mengganggu fokusku pada kerja...
Wahai dia...
Tolonglah jangan goda aku lagi...
Huh...
Kau rasa aku dah jatuh cinta ke???

Nota kaki: aku tak suka bukan sebab aku benci. cuma sebabnya ia menggangu tumpuanku pada kerja yang sedang dibuat. perasaan ini best, tapi yang tak bestnya kalau aku layan perasaan ini sangat. leka... aku rasa macam khayal bagai mat pit. shoh! shoh! nak wat keje nih...

Kelaparan tahap mat pit....

Giler lapar sekarang...
Mana aku nak pi cari makanan pagi2 buta nih?
Nak pi kedai mamak macam pelik la pulak...
Ape pulak la kata orang tengok anak dara keluar sorang2 lepak kat kedai mamak pagi2 buta pulak tu...
Semalam dah hantar working drawing...
Sejak malam sebelum tu lagi dah lapar sebenarnya...
Tapi, alas perut dengan makan roti bersapukan kaya...
Takat makan roti, manalah cukup nak menghilangkan rasa lapar ini selama2nya...
Kau perhabihkan la satu bungkus roti keping tu, tak cukup kenyang punya kalau nak dibandingkan dengan kekenyangan selepas menikmati sepinggan nasi goreng ayam...
Ditambah pula dengan kekacakan tukang masak yang memasaknya...
Emm...
Nikmatnya tak terkata...
(untuk pengetahuan umum, aku dan kawan aku, ila suka makan nasi goreng ayam abang kacak di Padang... Ila kata muka tukang masak tu macam orang Korea... ape2 je la ila...)


Semalam bernasib baik sebab dapat settlekan drawing tu cepat...
Pi print dalm pukul 9 pagi...
Selesai print dalam pukul 11.50 pagi...
Then, pi submit kat office...
Ingat lepas tu nak pi makan tapi, entahlah...
Takde semangat nak makan bila tengok kawan di sebelah meja ni tak siap kerja lagi...
Emm...

Aku pun duduk termenung...
Konon2 fikirkan design la...
Ingat nak pi crit hari ni dengan Cik Sofie, tapi aku tak sempat nak siapkan model yang dia suruh buat sejak Khamis lepas...
Jadi, aku batalkan niat untuk crit...
Tadi, bila dia tunjuk muka pun aku dah menyorok di balik lap top...
Haha...
Kalau nak dibandingkan dengan Khamis lepas, aku semangat je bila dia panggil aku...
Sebab masa tu aku dapat siapkan model...
Tapi, hari ni...
Model tak siap sebab bahan tak cukup...
Ada beli bahan baru tapi macam tak boleh digunakan je sebab fizikalnya berlainan sikit daripada bahan sebelum ni...
Nak beli bahan yang asal, tapi duit pula semakin sikit... =.(

Aku memang betul2 nak jumpa Cik Sofie hari ni...
Tapi, segan la pulak nak berjumpa dengannya kalau takat nak mencedok idea je...
Bukan aku minta pun, tapi biasanya dia yang bagi secara sukarela...
Memang cukup bersyukur la aku sebab dia boleh melayan ke'blur'an aku... =.)

Fikir2 pasal design sampai la dekat Asar...
Cik Sofie pun dah balik...
Jadi aku tak pi crit pun ari ni...
Nasib baik bukan aku sorang je tak crit...
Hampir 1 kelas tak crit ari ni sebab sume sibuk settlekan drawing...
Tiba-tiba, aku rasa nak tidur pulak...
Jadi aku susun kerusi kat meja aku...
Terus aku baring lalu melelapkan mata sampai pukul 12.00 pagi...
Ni namanya tidur mati hasil tak tidur selama 2 hari...

Cuba bayangkan irama perut di dalam perut pada masa ini...
Dengan tak makan langsung tengahari tadi...
Breakfast pun tak berapa kenyang sangat...
Makan malam pun tak lagi...
Aku termenung kejap dalam surau...
Fikir2 nak makan kat mana ni...
Nak pi McD tapi aku terfikir untuk boikot pulak...
Lagipun nak jimat duit sekarang...
Fikir punya fikir...
Last2 tertidur sampai pukul 3.30 pagi...
Sejuk giler sampai menggigil aku kat dalam tu...
Tiba2 terasa macam mat pit pulak...
Aku bangun, basuh muka lalu balik ke studio...
Makan bahulu ngan biskut kawan bagi...
Pasni memang aku cari nasi lemak kot...
Lapar giler beb...

Saturday, January 10, 2009

Semangatlah wahai Inot!!!


Berharap sangat2 semangat gambar ini menyerap ke tubuhku sekarang...

Nota kaki: Isnin ini kena submit working drawing tapi itu lah... Sebab dah hampir siap, sekarang ni masa melengah2kan keje. Ape nak jadi entah dengan aku ni. Dah pukul 12.00 pagi esok baru kelam-kabut agaknya.

Thursday, January 8, 2009

Nak balik bilik ke tak???

Dia...
Adalah seorang roomateku...
Yang sudah punya buah hati...

Dia...
Seorang perempuan...
Yang sifatnya lemah gemalai...
Tapi kalau naik hangin, nauzubillah...
Intan berlian yang keras pun boleh pecah berderai...

Naik hangin ikut suka...
Menangis tersedu-sedan pun ikut suka...
Menyanyi-nyanyi lagi la dia suka...

Aku ini bagaikan tunggul agaknya...
Kena dengar segala cacian, rengekan dan nyanyiannya...
Segalanya ditujukan khas untuk buah hatinya...

Hoi...
Kau tak reti maksud privasi ke?
Orang lain pun bercinta juga...
Tau pula diorang keluar dari bilik bila nak bergayut...
Yang kau selamba badak je bergayut depan aku...
Panas telinga aku dengar tau tak?
Kalau sekali-sekala takpe...
Ni sepanjang masa asyik bergayut je...
Nanti aku yang naik hangin baru kau tau...

Haih...
Aku tak boleh la nak naik hangin...
Aku dah berazam nak jadi perempuan yang hebat...
Aku tak nak marah-marah...
Tapi aku kena sound juga kau ni...
Kalau tak ramai pulak orang jadi mangsa kegatalan kau dan buah hati kau tu...

Pukul 3 pagi itu...
Dia menangis tersedu-sedan mendengar buah hatinya berbicara...
Mesti buah hati dia buat hal ni...
Dah faham sangat aku dengan perangai buah hati dia tu...
Suka menimbulkan sengketa...
Kalau ikutkan hati, mau je aku buat-buat ngigau lalu menyambar henset di tangan perempuan itu kemudian dengan serta-merta akan ku campakkannya ke luar tingkap dan selepas itu akan aku kembali meneruskan tidurku...
Atau pun mau je aku cakap, "kalau dah tak sanggup nak dengar, janganlah dengar..." lalu akan ku capai henset tersebut kemudian aku offkan dan letakkannya di bawah bantal aku...
Tapi...
Kenapa la aku takde kekuatan nak buat macam tu?
Tak pasal-pasal aku kena dengar segala cacian dari mulut dia...
Dah terasa macam aku yang kena caci...
Sakit hati aku beb...

Kalaulah aku jumpa buah hati dia ni...
Mau aku tumbuk muka dia bertubi-tubi...
Apa jenis lelaki lah...
Tak tau nak jaga hati awek sendiri...
Kau ingat kau nyanyi tengah-tengah malam tu dah kira romantik la?
Hak tuih la kau!!!
Orang tak matang je buat macam tu...
Geli la aku woi...

Roomate aku ni pun satu...
Macam mana la dia boleh sangkut dengan laki macam ni?
Kalau aku, sah aku reject awal-awal...
Siapa sanggup hidup dengan lelaki yang tak reti nak hormat kita?
Yang susah nak percayakan kita...
Tau la cemburu tandanya sayang...
Tapi, kalau dah sampai mengamuk awek kau dibuatnya...
Elok kena rejam je kot laki ni...
Tak habis-habis buat perangai...

Ha...
Faham betul aku dengan perangai laki tu...
Macam aku pulak yang bercinta dengan laki tu...
Aku tengah marah ni...
Nasib baiklah wujud sebuah tempat bernama studio kat dunia ni...
Boleh lah aku hidup dengan aman di sini...

Kalau boleh...
Tiap kali aku balik ke bilik...
Aku berharap sangat dia takde kat bilik...
Aku tak sanggup nak pandang muka dia...
Aku rasa benih-benih kebencian sudah mula bercambah...
Oh...
Aku begitu marah nampaknya...
Baik aku stop...
Kalau tak...
Makin kuranglah pahala puasa aku hari ni...

Nota kaki: aku rasa mungkin sebab dia tak pernah tinggal kat asrama menyebabkan dia tak faham maksud privasi. Benda macam ni pun kena ajar ke? Bukan boleh buat-buat faham sendiri ke? Ish... Tak faham la aku perempuan nih!!!

Sunday, January 4, 2009

Aku betul2 inginkan perubahan ini...

Mungkin tak terlambat lagi bagi aku nak memasang azam sempena awal Muharam dan tahun baru 2009. Kalau nak diimbas balik, tahun lepas kira ada la impian yang tercapai walaupun tak banyak. Sebab aku tak banyak pasang impian kot. Yelah... Orang kata, jangan mengharap terlalu banyak nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Jadi, elok tumpukan pada yang paling penting dulu. Nak jadi kaya itu sudah tentu perkara paling penting, tapi aku belum cukup sedia la nak menghadapi dugaan2 nak jadi kaya waktu belajar ni. Bagi aku, bila waktu belajar biarlah belajar betul2. Bila waktu kerja, kerjalah betul2. Jelas di sini, aku seorang yang tak suka menyusahkan diri sendiri dengan mencampur-adukkan macam2 perkara dalam satu masa. Ya... mungkin kehidupan aku kelihatan seperti sangat konservatif dan tak berani menghadapi cabaran dunia sebenar. Em... biarlah. Yang penting, aku selesa dengan cara aku walaupun akan lambat kaya. Yang penting, aku akan kaya jugak satu hari nanti. Tak mustahil kan? Selagi kita ada cita2 untuk mencapai sesuatu, selagi itulah kita akan berusaha untuk mencapainya kan? InsyaAllah... Amiin...

Impian nak memperbaiki gred design dah tercapai walaupun sekadar dapat B+. Eh, ingat senang ke nak dapat B+? Kena rajin tahan mata dari nak tertido je sepanjang semester, kena tahan bebelan lecturers sewaktu pin-up, kena tahan gigilnya tangan di saat menghulurkan duit kepada tokei kedai printing dan kena tahan malu saat tak dapat membidas kata2 panel dari luar sewaktu final presentation. Tebal ooo muka... Ah, aku memang begini. Susah sangat nak berargue dengan orang lain. Tapi, yang peliknya kalau dengan adik2 dan mak sendiri, aku tersangatlah pakar dalam bidang ni. Hmm...

Ok. Tak nak membebel panjang. Azam aku tahun ni:

1. Nak tunaikan solat di awal waktu. Sebab selalu lengah2kan solat disebabkan benda2 duniawi macam menghadap internet, tengok tv, buat drawing dan macam2 la. Cara2 untuk mencapainya: banyakkan dengar tazkirah dan ceramah2 agama untuk menyucikan hati.

2. Tak nak miss Subuh lagi. Sebab selalu terlajak tidur. Cara2 untuk mencapainya: berusaha untuk tidak tidur mati dengan memasang niat bersungguh2 sebelum tidur supaya bangun awal pagi esok.

3. Elakkan dari memikirkan kenangan2 yang menyedihkan. Sebenarnya, dah bermula dari tahun lepas. Dah berjaya setakat ini. Cuma tak nak ia dikenang kembali. Cara2 untuk mencapainya: menyibukkan diri dengan melakukan pelbagai perkara seperti sibuk berblog, sibuk menyiapkan projek, sibuk menghiburkan diri dan sibuk memuhasabah diri.

4. Nak jadi perempuan yang hebat. Tersedar sebaik sahaja menonton Gadis Melayu di tv9. Bila fikir2 balik, mesti mak bapak aku tak berapa nak gembira dengan imej aku yang tak macam perempuan sangat ni. Haha... At least, kena la ada sopan-santunnya, budi bahasanya dijaga, hormat orang tua, rajin tolong mak bapak, perintah Allah dilaksanakan, laranganNya ditinggalkan. Sebenarnya, seorang finalis GM bernama Aida yang membuatkan aku rasa rendah diri. Dia hebat dari semua segi. Bijak berkomunikasi, nampak ketegasan dalam keayuannya dan penampilannya sangat islamik. I like!!! Cara2 untuk mencapainya: kena beli baju baru ke??? (Aku kekurangan baju2 feminin (tidak termasuk baju kurung). Tu pun 2, 3 kali dalam satu semester je ia dipakai. Nisbah baju feminin kepada keseluruhan baju2 yang dimiliki adalah 1:25). Oh, aku rasa mungkin tidak akan beli. Di saat ekonomi dunia yang sedang merundum ni, mana mungkin aku ada duit nak beli baju baru. Cukuplah aku cuba bersopan-santun dalam kelakuan. Selain itu, aku kena banyak membaca bahan2 bacaan yang serius selain daripada membaca komik je. Apa yang aku sedar, selama ini aku tak pernah nak fikirkan benda2 yang kompleks menyebabkan otak aku tak berapa nak berfungsi dengan bijaksananya. Ye la... asyik nak fikir benda yang senang je. Bila kena fikir benda susah, mulalah kepala otak tension bagai nak pecah.

Cukuplah tu azam untuk tahun ni. Banyak2 kang nanti tak terkejar. Bila dah bekerja nanti, kena tambah azam lain pulak. Doakan la aku dapat grad tahun ni ye dan dapat menempuhi alam pekerjaan juga.

Okies... Salam semua... Semoga korang pun sedang berusaha mencapai azam tahun baru ini.