Popular Posts

There was an error in this gadget

Follow by Email

Wednesday, February 25, 2009

OUTSTATION HONG KONG 18-23 FEB (UPDATED).

This entry is still under construction. Please come back again later. Thank you.

nota kaki: nak gak nota kaki kan? dah under construction tu under construction je la. huhu.. doakan kami selamat pergi dan selamat pulang ye pembaca2 sekalian. nantikan survenior aku dari Hong Kong untuk semua. da~



--------------------------------------------------------------------------------------------


HONG KONG TRIP 18 FEB. 2009


Bermulanya pengembaraan Cik Pemburu Chenta dan rakan2 seperjuangannya..


Mereka dipaksa berkumpul pada pukul 3.30 a.m di hadapan kolej 11, UPM. Kalau lewat nanti kena tinggal bas. Padan muka. Tapi, Cik Pemburu Chenta melanggar perintah. Dia tiba di kaki lima itu pada pukul 3.40 a.m. Nasib baik bas UPM akan datang mengangkut dia dan rakan2 seperjuangannya ke KLIA pada jam 4.00 a.m tapi itu semua dusta belaka sebab bas tu sampai lambat jugak rupanya. Ah, janji Melayu! Sukar betul untuk ditepati.


Sementara menunggu bas tiba, mereka bermain2 di tengah jalan. Disebabkan kenderaan sangat kurang ketika itu, mereka bermaharajalela seperti jalan itu mereka yang punya. Mereka memang hantu bergambar dan mungkin telah menjadi style anak muda masa kini, kalau bergambar mesti kena ada gambar lompat. Tapi, di sini tiada gambar lompat kerana kamera Cik Pemburu Chenta kurang power. Kalau ambil gambar lompat2 waktu gelap begini, mungkin hasil gambar tersebut hanyalah imej2 yang tak dapat dikenal pasti adakah imej itu imej manusia atau makhluk halus yang bercahaya dan kurang jelas rupanya (ayat ini macam ditulis oleh budak tak lulus BM masa SPM je. sila abaikan jika anda mula rasa loya2 dan pening kerana tidak faham). Kamera digital Olympus model C-370 dengan 3.2 megapixel itu dibeli oleh rakannya sewaktu dia berada di tahun 1. Skrin sangat kecil dan bila rakam video tidak keluar suara. Kawannya itu pandai menyedapkan hatinya dengan mengatakan kamera itu sesuai untuknya kerana bentuk kamera itu yang comel sama dengan dirinya. Kau memang manis mulut Hassan... @#@#$#%*&

Kemudian, bas pun tiba. Masing2 sibuk memasukkan bagasi ke dalam bonet bas. Bila masing2 dah dapat tempat duduk, apalagi... Pejam mata la. Cik Pemburu Chenta memang tak tidur langsung sebelum tu sebab melayan facebook dan pet Bucuknya untuk kali terakhir.


Tiba di KLIA pada pukul 5.00 a.m lebih. Seperti biasa, upacara bergambar pun bermula. Snap sana. Snap sini. Snap diri sendiri. Paksa orang snapkan gambar sendiri. Inilah salah satu hasilnya. Kau ingat kau kiut sangat ke Cik Pemburu Chenta?


Mesej terakhir yang diterima oleh Cik Pemburu Chenta sebelum bertolak ke Hong Kong sangatlah tak istimewa. Dia menghubungi bonda tercinta menyatakan keberangkatannya ke Hong Kong pada pukul 7.55 a.m.

Kemudian, tiba acara melepasi kaunter kastam dan imegresen. Kejadian yang tak disangkakan terjadi apabila beg sandangnya terpaksa discan dua kali kerana dipercayai menyimpan senjata tajam seperti gunting dan pisau. Dia terpinga2. Seingat dia, semua senjata tajam sudah dikeluarkan daripada begnya itu sebelum bertolak ke KLIA. Kemudian, dia diminta oleh pegawai kastam untuk membuka begnya. Dia menurut lalu terkejut apabila mendapati bekas pensil yang tidak ingin dibawanya berada di dalam beg tersebut. OMG!!! Dia terkesima. Lalu, dengan pasrah dia menyerahkan gunting dan bilah pisau yang setia membantunya membuat model selama menjadi pelajar senibina kepada pegawai kastam tersebut.

Ingat ye semua. Benda tajam adalah dilarang sama sekali dibawa masuk ke dalam kapal terbang melainkan kalau ia disimpan di dalam luggage yang dibawa oleh kargo. Air minuman juga dilarang keras sama sekali dibawa masuk ke kapal terbang kerana ditakuti ia akan meletup akibat tekanan yang tinggi sewaktu berada di ruang udara. Sekian, info ringkas tentang tatacara menaiki kapal terbang. Kembali ke angkasapuri.


Sebaik saja berada di dalam kapal terbang, Cik Pemburu Chenta berasa sangat excited kerana tempat duduknya terletak di tepi tingkap. Ape lagi? Aktiviti snap gambar pun bermula.



Di dalam bulatan merah adalah 'rumahku syurgaku'. Bonda tercintanya bertanya kepadanya sehari sebelum itu, adakah kapal terbang yang akan dinaikinya nanti akan melintasi ruang udara teratak buruk mereka. Dengan berpandukan arah mata angin di mana Hong Kong terletak di timur laut dari Malaysia, Cik Pemburu Chenta dengan separa yakin dan ragu menjawab tidak. Walau bagaimanapun, dia berasa sangat gembira apabila mendapati kapal terbang itu melalui ruang udara teratak buruknya itu lalu dia mensnap gambar (dari google earth pun boleh dapat gambar ni, tapi nak buktikan yang dia betul2 lalu ruang udara teratak buruknya, jadi dia pun mensnap gambar aerial view teratak buruknya itu). Akan ditunjukkan gambar itu kepada bonda tercinta. Sudah pasti bonda tercintanya akan berasa gembira. Oh, ya. Fakta sebenar: Ruang udara teratak buruknya memang menjadi laluan utama pergi dan pulang sesebuah kapal terbang kerana teratak buruknya itu terletak berdekatan dengan KLIA.


Sebahagian daripada Putrajaya. Huih... Cantik la pulak bila tengok dari aerial view. Sangat organik. Dirinya dirasakan umpama berada di kayangan ketika ini (macamlah pernah pi kayangan).


Inilah enjin dan sayap kapal terbang Hong Kong Express OU0742 yang bertanggungjawab menggerakkan kapal terbang ini berterbangan di ruang udara muka bumi ini dengan penuh amanah. Dan kelihatan latar belakang langit biru yang sungguh mempesonakan. Subhanallah...


Langit biru di Malaysia sangat berlainan jika dibandingkan dengan langit biru di Hong Kong. Anda akan dapat saksikan perbezaannya sebentar lagi.


Santapan yang disediakan tidak sesedap masakan bonda tercinta tapi, ia mampu mengecurkan air liur kerana perut berkeroncong irama ghazal moden. Santapan pilihan adalah chicken set beserta mee goreng yang rasanya sudah pasti tidak akan ditemui di mana2 kedai makan di atas darat. Serius anda kena terbang kalau nak rasa set makanan ini yang mana memang terdapat satu rasa unik yang serupa pada set santapan yang lain juga. Rasa microwave... Santapan sampingan adalah bun dimakan bersama butter dan buah2an. Minuman yang disediakan adalah air mineral dan jus pilihan adalah jus oren berbanding jus epal. Perut agak menggelegak selepas menghabiskan segala jenis santapan itu. Rasa nak muntah tapi cuba bertahan sebab Cik Pemburu Chenta memang tak suka muntah. Kali terakhir dia muntah adalah sewaktu darjah 4. Hebat kan?


Sedikit sedutan langit biru di tengah2 penerbangan.


Langit biru (lagi banyak awan putih sebenarnya) di kawasan berhampiran Hong Kong. Semakin menghampiri destinasi nampaknya. Kini... Menuju ke destinasi yey yey... Puncak cinta tertinggi yey yey... Eh eh, ternyanyi pulak..


Kawasan perairan di Hong Kong. Sangat berkabus. Jam menunjukkan pukul 11.00 a.m.


Akhirnya, mereka selamat mendarat dan berpijak di bumi yang nyata. Ape lagi? Sesi bergambar pun bermula. Malas nak cerita pengalaman kat epot Hong Kong ni. Letih berjalan kat epot ni masih terasa lagi sampai hari ni. Besar sangat dan level yang agak mengelirukan. Jadi, tak payah cerita di sini ok?


Ini dinamakan Octopus Card. Mereka membeli kad ini dengan harga HKD 150 (RM 71). Wajib beli. Kalau tak, susah nak travel nanti. Kad ini sangat unik kerana boleh digunakan untuk membayar tambang semua jenis kenderaan dan juga boleh digunakan untuk membeli barang di kedai2 terpilih seperti Circle K dan 7E. Kalau dah habis, boleh top up semula di kedai2 yang terpilih. Pergh!!! Canggih gila Hong Kong nih. Sila klik sini kalau nak tau lebih lanjut tentang kad ini.

Selepas itu, mereka menanti ketibaan papa & mama mereka, Pn. K dan En. M. Mereka berdua menggunakan khidmat MAS hasil sponsor universiti. Chet... Selalu gitu. Tapi, takpe. Aiman tak kisah pun sebenarnya. Hong Kong Express pun ok ape. Pramugari lawa2 (Cik Pemburu Chenta suka tengok manusia lawa), servis pun ok.

Bila papa & mama dah tiba, mereka bergerak ke Dragon Hostel. Untuk cerita lebih lanjut tentang kejadian selepas itu, sila klik sini. Letih dah nak taip banyak2. Cerita same je.


Cik Pemburu Chenta bergambar berlatar belakangkan Victoria Harbour. Bangunan2 tu boleh buat persembahan oo... Giler hitech la bangunan2 mereka ini. Kagum betul...



Berposing comel... Jangan ketawa!


Panorama view of Victoria Harbour.


Persembahan yang dinanti2kan oleh para tourist dari seluruh dunia... Mempersembahkan

Symphony of Lights...

Sila klik sini untuk maklumat lebih lanjut tentang Symphony of Lights. Dan juga sini untuk keterangan tentang video ini dan menyaksikan video yang lebih besar lagi.

Selepas bergembira di kawasan serba dingin ini, mereka pulang dengan senyuman terukir di bibir. Eleh... Ayat sastera betul. Uweekkk... Pastu, ronda2 cari makanan halal jap. Bila dah jumpa kedai yang jual makanan halal, tak jadi beli pulak sebab mahal sangat ditambah dengan tindakan agresif para promoters kedai makanan Pakistan yang memaksa2 mereka pergi ke kedai mereka. Lagipun, makanan masih banyak lagi di bilik hostel itu. Sape mau habiskan kalau sume orang makan makanan luar?

Sekian. Itu saja kisah pengembaraan siri pertama Cik Pemburu Chenta dan rakan2 seperjuangannya di Hong Kong. Nantikan siri seterusnya dalam masa terdekat ini. Teruskan setia bersama Archienot No Hibi!!! Terima kasih. Assalamualaikum dan selamat beramal.

nota kaki: sebelum ni aku ade tulis nak bawakan survenior dari Hong Kong untuk semua. survenior yang aku maksudkan adalah pengalaman2 menarik yang aku perolehi di Hong Kong. minta maaf banyak2 sebab tak dapat memberi survenior yang bersifat material kerana seperti yang ku katakan pada entri yang dah lama lepas, aku memang kesengkekkan duit untuk membelikan cenderahati untuk semua. jadi, hanya ahli keluarga dan orang terdekat saje yang dapat aku berikan survenior. itu pun terpaksa shopping pada malam terakhir kerana risau kalau shopping awal takde duit plak nak makan nanti. yang berada jauh daripada aku, hanya pengalaman yang dapat aku berikan untuk dikongsikan bersama. harap ia boleh menggembirakan hati anda semua.

Monday, February 16, 2009

Hanya untuk pencinta kucing dan mereka yang berdukacita...

Amaran penulis: Entri ini hanya untuk pencinta2 kucing dan pencinta2 kucing yang berdukacita saje ok. Kalau anda tak suka kucing, sila berhenti setakat ini sahaja ok. Bagi yang ingin teruskan membaca, sila berhentikan aktiviti mengunyah atau apa2 saje aktiviti yang berkaitan dengan makanan kerana this video is very disgusting ok...

Kawan2 semua. Sila saksikan petua unik untuk menghentikan pergaduhan di antara kucing2. Enjoy...



Cute kan? Plus lawak giler... Haha... Aku ingat kucing yang tak bergaduh tu nak marah yang 2 ekor lagi. Rupa-rupanya!!! OMG... Bluekkk... Tapi, memang pecah perut aku tengok video ni. Amacam? Masih berdukacita?

nota kaki: Ni bukan kucing2 aku tau. Kucing2 aku semuanya dah mati. Sedih bila balik kampung tak dengar mereka mengiau. Rindu mereka.

Saturday, February 14, 2009

Pekakkah aku?

Ok Halim.. Entri ini untuk kau. Eh, anda kenal ke Halim? Keh keh.. Halim ex-studiomate aku sebenarnya. Tapi, aku tak tau la dia akan baca ke tak entri ni nanti. Aku tak tau sama ada dia pembaca setia blog ni atau tak. Banyak la pulak kan tak tau. Ape je yang aku tau? Makan aku tau la. Wuhuu.. Perut buncit dah. Ah, ape entah aku merepek ni. Hehe.. Sengaja nak bagi mukaddimah jadi panjang sebenarnya. Em, nak mula dari mana ek? Em.. (Fikir sampai tertidur. Ok.. Aku tipu ok. Aku masih di sini.)

Halim datang studio tadi nak jumpa kawan sebelah meja aku ni. Perkenalkan.. Nor Ilani!!! (clap2). Halim baru je habis buat photoshoot-suka-sukinya di halaman FRSB, UPM yang sungguh menghijau ini. Hobi Halim sekarang suka capture gambar. Bukan hobi dia sorang je. Kawan2 yang lain pun sekarang aku tengok sibuk kumpulkan duit semata2 nak dapatkan kamera gedabak-tahap-jurukamera-profesional tu. Dan ada sorang dua gak yang dah berjaya dapatkan kamera
gedabak-tahap-jurukamera-profesional idaman masing2. Em.. Best sangat ke kamera tu? Best la kot sebab baru rasa macam pro kan? Kan? Plus function dia lebih advanced berbanding kamera digital biasa. Ok.. Aku tak nak cakap pasal kamera sebab aku memang tak pro dalam bidang ni walaupun aku pun pernah berangan nak menjadi jurukamera profesional satu hari nanti sebab ia menjanjikan pendapatan yang sangat lumayan macam abang sulung aku yang macam dah kaya sejak jadi jurukamera untuk majlis perkahwinan dan jamuan2. (Fuh.. Panjang giler ayat ni. Mesti banyak salah tatabahasa ni. Habis la cikgu BM marah nanti). Err.. Tak tau la dia kaya ke tak sebenarnya tapi dia tu kan.. Suka kan.. Beli tu.. Beli ni.. Haah.. Betul.. Ish.. Habislah.. Mula nak menjoyah la ni. Ahaha.. Tak de la. Abaikan la pasal kamera ni. Ni dah kali kedua dah aku minta anda endahkan pasal citer kamera ni. Ok2.. Tak nak sebut dah pasal kamera.

Ok. Back to the main topic. Err.. Halim, ko tau tak sebenarnya aku susah nak faham ape yang ko cakapkan? Sebabnya ko suka cakap meleret2 tanpa membuka mulut dengan luasnya seperti orang normal bercakap. Sumpah dari first year lagi aku susah nak memahami ape yang ko cakap kan. Ok.. Aku tak salahkan ko 100% tapi biarlah ko tau sebenarnya aku ni mengalami masalah pendengaran tahap permulaan. Eh, ye ke? Agaknya la. Aku tak pernah check tapi setiap kali orang panggil aku mesti aku tak dengar tapi untuk panggilan kali kedua baru aku dengar. Anda rasa telinga aku yang tak berfungsi dengan baik atau otak aku yang lambat proses suara mereka yang memanggilku? Ha.. Cuba tolong jawab sesiapa yang belajar biologi.

Aku rasa pendengaran mak dan abah aku pun lagi ok daripada aku. Betul. Contohnya, bila abah ada kat bilik air dan aku dengan mak pulak berada kat dapur. Dapur dengan bilik air bersebelahan je. Abah kalau mandi suka isi air dalam kolah. Jadi keadaan waktu itu sangat bising ye kawan2 seperti berada di kawasan air terjun Sg. Congkak pula rasanya. Aku pulak cuci pinggan yang mana kedudukan sinkinya lebih dekat dengan bilik air. Mak pulak tengah masak. Kedudukan dapur gas dengan bilik air jauh sikit berbanding kedudukan sinki ye. Tapi, bila abah cakap sesuatu mak boleh dengar tapi aku tak boleh dengar dengan jelas. Lalu, aku mula risau. Pekakkah aku? Wuuuuu.. Takut.. =.(

Semua orang memang tak tau aku ada masalah pendengaran sebenarnya. Jadi, kalau ada yang panggil aku tapi aku buat dono je tu, janganlah ingat aku sombong ye. Serius aku tak dengar. Jadi, kalau nak panggil aku gunalah suara yang kuat sikit janganlah buat2 suara halus seperti suara Fasha Sanda itu ok? Kalau guna suara macam itu, 100 kali anda panggil pun serius aku takkan dengar. Nanti termalu pulak anda dibuatnya. Sebab kalau aku panggil orang banyak kali tapi orang tak dengar pun aku malu tau. Ha.. Malukan? Kan? Kalau nak selamat, janganlah panggil aku terus. Senang citer. Weheee.. Tak pun boleh guna mikrofon atau pun pembesar suara tu (Ape entah nama pembesar suara tu. Aku tak reti nak eja dalam BI. Malu2. Rasa nak sorok bawah meja je.)

Eh, aku dah lupakan pulak Halim untuk seketika. Sori la Halim. Aku bukan nak kutuk ko ke, nak ngumpat ke, tapi kalau ko baca entri ni, serius aku sebenarnya tak faham sepatah haram pun ape ko cakap. Kalau ko nampak aku senyum2 tu sebenarnya aku buat2 paham la tu. Nak jaga air muka ko gak sebenarnya. Jangan marah bro. Tak cool la kan? Kan? Kalau marah namanya loser la kan? Kan? Wehee.. Ok2. Sori lagi sekali. Gurau2 je.

Ok semua. Sekian saja kisah si perepek untuk kali ini. Kita jumpa lagi di repekkan yang akan datang dalam rancangan Repek-repek Aje La.. Silalah makan kerepek selepas ini. Terima kasih.

nota kaki: Aku suka buka volume headphone tahap maksimum bila dengar mp3. Oh, semua! Aku sebenarnya sangat suka bunyi drum. Lagi2 yang bunyi bass. Selagi bunyi drum kat sesebuah lagu tu tak menggegarkan jantung aku, selagi tu la aku rasa tak syok nak dengar lagu tu. Aku akan adjust gak equalizer mp3 tu biar bunyi drum jadi kuat. Tu sebab la kot aku pekak sikit. Padan muka...

Friday, February 13, 2009

Perut kembung dan kisah cermin yang pandai menipu..

Sejak akhir2 ni, Cik Pemburu Chenta selalu saja mengalami perut kembung kerana makan tidak mengikut masa. Ya. Dia sedar diri yang perutnya memang buncit. Tapi, perut buncit dengan perut kembung sangatlah lain definisinya. Perut kembung terjadi disebabkan masuk angin kerana perut dibiarkan kosong untuk jangka masa yang lama manakala perut buncit pula disebabkan mentekedarah sampai tak ingat dunia pastu malas pulak nak bersenam dan tau pulak nak makan hati bila orang kata dirinya gemuk. Ops... Cik Pemburu Chenta sudah malu2 kucing. Tapi, dia cuba buat2 cool.

Cik Pemburu Chenta juga akan mengalami perut kembung setiap kali dia pergi melancong. Dia fikir2 mungkin disebabkan makan angin banyak sangat. Dia mengangguk2kan kepala tanda setuju dengan monolognya itu. Contohnya sewaktu di Singapura, dia sangat terkejut apabila melihat refleksi dirinya di cermin. Dia kelihatan agak kembang daripada kebiasaannya. Dia fikir2 semula mengapa dirinya boleh menjadi kembang sampai sebegitu tu sekali. Tiba2, dia merasakan kesakitan di perutnya. Oh.. Masuk angin rupanya. Patut la rasa kembang saje badannya itu. Di Singapura memang agak payah untuk mendapatkan makanan yang halal. Jadi, sepanjang berada di sana dia hanya makan McD. Tapi, sewaktu itu belum ada kempen boikot-memboikot lagi. Jadi, dia tak rasa bersalah untuk memakan 2 Double Cheese Burger yang berharga 2 dolar Singapura sahaja setiap satu sekaligus (manalah badan tak gemuk kan). Tapi, itu pun masih tak kenyang. Tu sebab la kot perutnya masuk angin. Fikirnya lagi.

Ada seorang kawannya mengeluarkan fakta berkenaan perkaitan antara cermin dan susuk tubuh. Cermin itu boleh menipu. Orang yang desperate nak kurus biasanya akan tertipu sebaik saja melihat diri mereka di cermin. Sebagai contoh, cermin yang biasa digunakan di kolej penginapannya kerana sebaik saja seseorang melihat cermin itu, pasti ayat yang mula2 akan keluar adalah..

"eh eh.. aku dah kurus la.."

Cik Pemburu Chenta tergelak sendirian. Betapa pentingnya memiliki susuk tubuh yang menarik bagi seorang wanita. Dia terfikir2, bilakah masanya dia akan memiliki tubuh seperti Angelina Jolie? Kalau berangan je nak kurus, tapi tak berusaha, memang takde maknanya la. Bersenam Inot!!!

Tuesday, February 10, 2009

Tertaksengaja Terklik New Post... Nak Wat Camne Kan? Layan Je La..

Haha... Aku betul2 tak sengaja nih. Huhu... Em, sebenarnya sangat bengang dengan friendster aku sekarang. Lepas aku approve komen dari seorang kawan, tetiba je terus takleh ke profile sendiri dan akan pi ke page ini (jangan risau. Takkan ade ape2 berlaku). (Biasanya kalau ada orang send komen kat page aku memang tak perlu diapproved pun. Ia akan appear sendiri lepas mereka klik butang submit. Tadi sewaktu aku klik butang approve tu sebenarnya dah rasa lain macam, tapi tak dijangka pula ia akan jadi begini). Demyu la friendster! Menci ar. Dah la ramai kawan aku kat friendster. (Taklah ramai sangat pun. Setakat 301 orang je. Oh ho... Tau sikit. Jadi, tolong jangan gelak. Cubit pipi nanti baru tau. Biar jadi chubby macam aku). Nak delete kang rasa sayang pulak. Tak delete kang buat sakit hati je sebab asyik rasa nak buka, tapi mana boleh buka pun bila dah jadi macam ni. Ha... Nak majuk ar camni...

Dah bengang2 tadi, aku pi ke facebook pulak. Melayan permainan request-merequest yang kawan2 send. Entah ape benda yang aku main pun aku tak faham. Pakai approve je sumenye. Haha... Entah pape la. Aku rasa semakin bosan dengan benda2 yang berkaitan dengan social network nih. Tapi, kalau ada yang nak add gak boleh la ambil email ini (sila ambil perkataan2 selepas sign / sahaja ok?). Kalau tak nak add jangan ngada2 nak klik tau. I tak larat la nak layan ramai peminat. (Aku memang tak layak jadi superstar. Lebih suka hidup yang aman tanpa sebarang spekulasi dan gangguan).

Aku rindu anak buah aku sebenarnya... Haaaaa... Mana dia ni? Tak balik kampung langsung... Auni... Auni... Miss u so much!!!




Kau memang gorgeous wahai budak... meh aku bagi flying kiss sikit...

Auni balik kampung cepat ok? Nanti auntie belikan mainan banyak2 kat Hong Kong ok? (Ok... Auntie tipu je. Auntie mana de duit sayang... Tapi, takpe. Nanti auntie ambik gambar Auni banyak2 guna webcam auntie ok? Auni kan suka kamera...)

Ok semua... Aku dah lalok nampaknya. Haha... Mau buat keje cepatlah. Jom la kita basuh muka dan mata untuk hilangkan ngantuk. Selamat bekerja malam semua!!!

nota kaki: Semalam aku cari kopi yang kandungan kafeinnya sama ngan Nescafe. Tapi, setelah hampir 20 minit aku mencangkung dan membelek2 kopi di kedai Ban Soon itu, aku tak jumpa kopi yang setanding dengan Nescafe. Aku ingat nak boikot Nescafe tapi, entahlah. Rasanya Nescafe macam takde tandingannya. Anda semua. Tolong suggestkan aku kopi yang setanding dengan Nescafe yang boleh mencelikkan mata aku pada pagi2 buta begini. Terima kasih.

Friday, February 6, 2009

Titah Perintah Studio Master

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bagi menyempurnakan titah perintah Studio Master, Ar. Puan Kalsom binti Mohammad, setelah diperkenankan oleh Pendidik2 Yang Maha Tegas Pensyarah2, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari berhibernasi dari dunia blogging bagi studio2 di seluruh FRSB telah ditetapkan pada hari Sabtu 7 haribulan Februari tahun 2009. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

nota kaki: aku rehat kejap tau. wahai pembaca2 yang disayangi, anda jangan kecewa ok. seminggu lagi aku akan berblog semula ok. miss u all. mmmuah... tangkaplah flying kiss tu. *wink2* (oh, tidak! mengapa aku tergedik tetiba nih?!! berasa malu lalu terus berlalu mengikut arah angin berhembus)

Ceritera Seorang Abahku

Sejak kecil aku memang takut dengan abah. Maksud aku bukanlah masa bayi sebab masa tu manalah aku kenal dia abah aku ke bukan. Aku mula takut dengan abah sejak aku mula jadi nakal. Seingat aku sejak aku berumur 6 tahun la. Abah memang garang. Tapi, garang2 abah pun, dia seorang yang kelakar dan mudah mesra. Tapi, dengan kawan2 dia la. Garang2 abah pun, akhirnya anak2 dia sume tau pasal hukum agama, tau berdikari, tau jaga diri.

Abah garang bukan dengan anak2 dia je. Dengan sume orang pun dia garang. Tapi, taklah jadi garang tak tentu pasal. Abah pantang tengok orang buat jahat mesti abah akan tegur dengan garangnya sampai orang tu makan dalam dan aku percaya orang tu mesti tak berani buat jahat lagi pastu. Ikuti kisah ini...

Suatu hari, aku dan emak menemani abah ke Pejabat Tanah nak uruskan pasal geran tanah arwah atuk. Tapi, aku tak pasti pulak urusan yang macam mana. Sebenarnya abah dah banyak kali berulang ke sana, tapi tak settle2 jugak urusan tu. Hari sebelumnya pun abah dah pergi dengan mak. Bila dah sampai kat Pejabat Tanah tu aku ngan mak tunggu kat kereta je sebab keadaan kaki mak yang sakit tak mengizinkan mak berjalan sangat. So, abah sorang je yang pi settle urusan tu.

Tunggu punya tunggu sampai rasa cair dah lemak kat badan aku ni, tapi tak kurus2 jugak sebab panas giler duduk dalam kereta, akhirnya abah pun kembali ke kereta dengan membawa sepucuk-eh-sepucuk-ke sampul surat. Sebaik saja abah duduk, abah terus membebel.

(Perbualan tersebut di dalam bahasa Jawa. Ni aku translatekan. Mungkin kasar sikit bunyinya)
"Semalam dah mintak hari ni mintak lagi..." rungut abah.
"Mintak apa?" mak yang setia menjadi teman borak abah bertanya.
"Mintak duit la. Semalam aku dah bayar dah, tapi dia suruh datang hari ni ambik salinan geran tu. Aku cakap, LA... SEMALAM KAN DAH BAGI DUIT. MANA DUITNYA? TAKKAN DAH HABIS KOT? BUAT APE DENGAN DUIT TU?" jelas abah. Pekerja kat kaunter tu minta duit servis kot. Abah tak sebut pulak berapa jumlah duit yang diminta. Terus si pekerja tu cakap, "TAKPE LA PAK CIK." Redha giler je bunyinya. Mesti tebal je muka si pekerja tu rasa macam nak benam je muka ke dalam lantai simen berfinishingkan jubin itu. Ala2 aksi burung unta yang berasa malu lalu membenamkan mukanya ke dalam tanah. Uiii... kuat giler kepala burung unta tu ye. Senang2 je dia benamkan muka kat tanah. Takyah pakai cangkul ke, kapal korek ke. Kau memang hebat la wahai burung unta! Tabik spring toink2 la kat kau!!! Jadi, abah pun tak bagi la duit kat pekerja tu.

Aku yang mendengar rungutan abah terus tergelak dalam hati. Haha... Bunyinya macam bunyi seorang abah marahkan anaknya yang tak reti nak berjimat-cermat. Aku tau tone abah macam mana kalau marah orang. Macam marah anak2 dia jugak. Abah memang tak suka orang main2 pasal duit. Duit bukan senang nak dicari kan. Itulah abahku. Abah memang garang, tapi abah memang kelakar juga.

Sampai sekarang pun abah memang dihormati orang sebab abah tegas tapi kelakar. Bagus kan ada karakter macam ni. Sekarang aku tak takut sangat dengan abah tapi lebih hormat padanya. Sejak anak2 dah besar, abah memang dah tak garang dengan anak2 kecuali dengan adik bongsu aku la. Sebab dia sorang je yang masih bersekolah dan tak reti nak uruskan diri lagi.

Apa2 pun, ingatlah. Kenapa ibu bapa kita menjadi garang, itu ada sebabnya. Supaya anak2 boleh mendisiplinkan diri dalam kehidupannya bila dah dewasa nanti. Kalau tengok ibu bapa zaman sekarang, mereka lebih berfikira terbuka. Memanjakan anak2 pun sudah satu kemestian sebab sayang anak la katakan... Bagi la semua yang anak2 mintak. Biar la diorang buat ape yang diorang suka. Takpe. Berfikiran terbuka la kononnya tu. Mana boleh macam tu. Lama2 nanti, anak2 sediri pijak kepala dah menangis tak berlagu. Itu la akibatnya kalau terlampau sayangkan dan manjakan anak. Anak2 buat salah pun tak berani nak tegur. Bila orang lain yang tegur, berani pulak nak menegur orang tu balik. Haih... Ape2 je la dunia zaman sekarang (gaya bunyi macam la aku ni dah tua sangat kan.)

nota kaki: sedang terkenang2 susah-payah abah dapatkan duit untuk aku nak pi Hong Kong. Tu sebab aku akan mudah melenting kalau orang mintak aku duit sesuka hati walaupun memang aku perlu beri dia duit lagi2 dengan nada mendesak. Rasa nak lempang laju2 je. Cukup tak suka dengan orang yang suka mendesak. Sesak nafas aku dibuatnya.

Wednesday, February 4, 2009

Rasa Hepi Sama Macam Bila Dapat Award Oscar Pulak... (Ceh...Macam Pernah Dapat...)

Assalamualaikum. (kedengaran orang ramai bertepuk tangan). Terima kasih... Terima kasih sangat2... Ah, tak tau nak cakap ape (sambil mengipas2 muka dengan tangan dan menutup mulut sebab nak tutup senyuman yang terlampau lebar bak fasha sanda). Tak sangka sangat boleh dapat anugerah ni. Saya ingatkan dah berada dalam pencalonan yang terakhir ni pun dah kira bersyukur sangat2. Ah... Ok... (sambil menarik nafas dalam2). First of all, bersyukur ke hadrat Allah kerana diberi peluang untuk menerima anugerah ini. Thanks to Aryn kerana memberikan anugerah ini kepada saya. Kepada pengikut2 blog saya juga saya ucapkan berbanyak2 terima kasih kerana tidak letih mengikut saya dari awal pembabitan saya dalam dunia blog hinggalah ke hari yang sangat bersejarah ini. Teruskan mengikut saya ok. I luv u all (sambil memberikan flying kiss. Ha... Pe lagi? Tangkap la flying kiss tu). Dan kepada sesiapa saja yang baru mengenali dan membaca blog saya, welcome to my life ok... Harap ape yang ade di blog saya dapat memberikan sedikit-sebanyak pengajaran dan panduan kepada kita semua. Teruskan menyokong saya ok.

Lastly, saya ingin memberikan anugerah ini kepada blog2 yang saya suka baca dan blog2 yang mengikut saya sebagai tanda penghargaan dan sokongan saya kepada mereka. Ini dia penerima2 anugerah tersebut:

aryn
shaifulsafar
ilani
e-in
islami
sifaza

kepada nama2 ini, silalah berikan email anda kepada saya k. (kedengaran muzik latar, Blue Balloon oleh Maksim menandakan masa berucap sudah tamat). Er... ok la. Itu saja k (gelabah tetiba). Sekian, terima kasih. Assalamualaikum (sambil melambai2kan tangan dan memberikan flying kiss lagi).

(Juruacara2, Afdlin Shauki dan Adlin Aman Ramli mengambil tempat semula dan mengumumkan acara seterusnya).

Tahniah kepada Archienot di atas kejayaannya menerima Funny Blogger Award. Semoga dia dapat teruskan membuat lawak di blognya dan memberikan keceriaan kepada pembaca2nya. Dan, selepas ini acara yang seterusnya adalah persembahan sempena memperingati mangsa2 kekejaman zionis di Gaza, Palestin. Terimalah Muaz dengan lagu berjudul Amrullah.

(Tak sesuai giler kan letak nama pengacara berdua ni? Haha... aku tak tau nak letak nama sape lagi yang popular. Nak yang popular je kan? Hampeh...)

Mulut Berbau? Bagaimanakah Cara Untuk Mengatasinya?

Ha... Kat sini aku ada beberapa petua yang aku amalkan untuk elakkan mulut berbau . Petua2 ini diperolehi daripada hasil2 bacaan dan juga seorang ustaz di sekolah dulu. Aku dah lama nak menulis tentang ini sebenarnya tapi masa tak mengizinkan. So, sekarang ni walaupun takde masa sebenarnya sebab sekarang sepatutnya masa untuk buat brain-storming untuk mendapatkan konsep projek ke-3 aku, aku tetap menulis juge semata2 nak menghilangkan bosan yang tak dapat2 idea dari tadi. Hampeh...

Aku tak mengalami masalah mulut berbau cuma bila bangun tido je la bau busuk yang amat sangat. Kadang2 aku terfikir jugak, mulut aku sorang je ke yang berbau macam ni bila bangun tido atau semua orang pun mulut dia bau macam tahi bila bangun tido. Yang aku pelik, bila tengok citer2 Inggeris selamba badak je pasangan di dalam citer tersebut bercium bila bangun dari tidur. Tak busuk ke mulut mereka? Fikirku... Huhu...

Mulut berbau lepas bangun tido sebab setahu aku gas-ape-entah-gas-ammonia-kot-ah-sesuka-hati-aku-je-aku-dah-lupe-la-yang-penting-gas-tu menyebabkan mulut anda berbau. Gas ni terserap oleh air liur dan menyebabkan mulut menjadi busuk dan air liur itu boleh dikategorikan sebagai najis muawassitah. Ya... Dari situlah kewujudan air liur basi. Ia menjadi najis sebab gas itu datang dari perut yang mana turut dikeluarkan sewaktu anda membuang air besar dan kentut. Ha... Gas tu punya kerja la yang menyebabkan segala2nya berbau busuk. Marah la gas ni kalau ade sesiapa yang tak puas hati dan terfikir kenapa kentut perlu mengeluarkan bau? Wehee... So, kalau anda "ngences" (bahasa jawa bagi meleleh air liur) dan terkena baju, baik ditukar baju itu sebelum anda menunaikan sebarang ibadah. Ala... Tak pe la. Najis mutawassitah je. Senang je kan nak bersihkannya. Taklah sampai kena sertu. Eh, terpanjang pulak intro ini. Ok la. Tulis panjang2 pun tak guna. Straight to the point je la...

Petua2 menghilangkan bau mulut yang aku amalkan:

1. Gosok gigi minimum 2 kali sehari iaitu selepas dan sebelum tidur. Ni pun semua orang buatkan. Gosok gigi selepas bangun tidur sebab nak hapuskan kebanyakan bakteria2 yang bermaharajalela waktu anda tidur. Ye... Tau anda dah gosok gigi sebelum tidur, tapi mana ade bakteria yang 100% boleh terus lenyap camtu je kan. Sedangkan iklan colgate pun cakap cuma boleh menghapuskan 99.9% bakteria je. Maksudnya masih ade lagi la bakteria yang tinggalkan. Tapi, sikitlah sebab ambik masa juga bakteria2 tu nak membiak untuk membusukkan mulut kita semula.

2. Berus lidah juga bila memberus gigi. Sebab kebanyakan bakteria berada di lidah bukannya gigi (eh, cam iklan berus gigi-ape-entah-yang-ada-pemberus-lidah pulak). Ape? Takut termuntah. Haha... Aku pun masa mula2 cuba berus lidah ni, rasa cam nak give up je. Memang rasa nak muntah, tapi aku control la. Lama2 ok la sebab hasilnya memang memuaskan. Jangan la berus sampai cecah anak tekak. Itu memang ngokngek namanya. Dan janganlah memberus lidah selaju anda memberus gigi. Itu pun kira ngokngek gak namanya. Gosok perlahan2 je lidah tu. Dengan penuh keayuan gitu. Sekarang kan dah banyak berus gigi yang disertakan dengan pemberus lidah sekali. Ha... Lagi senang. Kalau tak mampu lagi nak beli, boleh guna berus gigi je tak pun belakang sudu plastik. Yang belakang sudu plastik ni aku tak pernah cuba tapi aku ade baca dari sebuah majalah. Lidah yang dah diberus akan berwarna merah jambu ala2 dafi yang jambu berbanding lidah yang belum diberus iaitu berwarna putih. So, kalau lidah tu putih lagi lepas diberus, maksudnya tak bersih lagi la lidah tu. Ha... Pe lagi tercongok depan cermin tu? Pi la berus balik!

3. Buang balgham. Petua ni diperolehi daripada ustaz aku di sekolah dulu. Balgham ni sejenis mukus/bendalir yang terdapat di saluran antara hidung dan mulut nih. Sori la. Aku tak pernah belajar bio jadi aku tak tau la apakah nama saluran tersebut. Jadi aku menulis berdasarkan ape yang aku alami je. Balgham ni anda boleh rasa kedatangannya selepas bangun tidur. Rasa macam ada bendalir tersekat2 kat hidung kan. Ha... Tu la balgham. Ia boleh menyebabkan bau mulut tau. Cara2 nak buang balgham ni senang je, tapi seksa sikit la kalau salah buat. Huhu... Caranya adalah dengan memasukkan air ke dalam hidung. Sikit je. Jangan la secawan. Secukup rasa je la. Cukup untuk membuat air itu mengalir di dalam saluran tadi. Ok. Ni petua aku. Anda basahkan tapak tangan sikit. Pastikan ada sedikit air yang tinggal. Sedut air itu menggunakan sebelah hidung dengan hidung yang sebelah lagi ditutup lubangnya. Lepas tu dongakkan kepala. Biarkan air tu mengalir di saluran tersebut hingga ke mulut. Masa ni kita akan dapat rasa balgham tu akan ditolak oleh air tersebut ke mulut. Pastu, tunduk dan keluarkan la air dan balgham tu macam keluarkan kahak. Buatlah macam tu juga untuk hidung yang sebelah lagi. Tapi, balgham ni tak keluar semua terus kalau dengan sekali buang. Jangan risau. Tak perlu masukkan air ke dalam hidung lagi. Anda cuma perlu menghembus keluar balgham tu dari hidung atau batuk sedikit untuk keluarkan dari mulut. Memang agak bising juge la situasi di dalam bilik air nanti. Huhu...

Kebaikkan membuang balgham ni selain dari elakkan bau mulut, ia juga elok untuk mengelakkan mengantuk, mengelakkan resdung, menguatkan ingatan dan mencerdaskan minda. Itu je yang aku tau. Mungkin ada lagi. Sesiapa nak berkongsi info, dipersilakan. Terima kasih.

4. Minum air teh o selepas makan. Diulangi. TEH O. Bukan teh susu atau teh tarik. Sebab susu menyebabkan bakteria menjadi aktif. Tak caye cubalah minum susu. Mulut anda akan cepat berbau. Tu sebab dalam hadis Nabi ada menyebut supaya berkumur2 sebaik saje habis minum susu. Teh ni ade anti-oksida yang boleh tak-pasti-menghapuskan-atau-menyebabkan-ketidakaktifan bakteria. Tapi, yang penting ia menyebabkan bakteria tak bekerja la. Aku dah cuba dah. Memang berkesan. Aku buat eksperimen baru2 ni. Ceh... Bunyi cam saintis pulak ye. Huhu... Aku minum teh o lepas makan malam pastu tunggu la sampai aku dah mengantuk. Masa ni tak gosok gigi lagi. Ingat ye. Bakteria akan aktif bila ada sisa2 makanan dalam mulut kita. Ye la. Dia nak tolong uraikan. Aku tunggu punya tunggu sambil bermain game dan membaca novel yang aku download. Masa ni tak rasa busuk pun mulut aku. Biasa kalau tak minum air teh o rasa cam tahi je walaupun aku tak pernah rasa tahi. Rasa tahi gigi ada la. Ha... Anda jangan nak buat2 tak pernah rasa tahi gigi pulak. Tipu la. Mesti la pernah. Tahi gigi tu dah sah2 ada dalam mulut kita. Takkan la tak pernah terasa pulak Cik Tipah oi (nada menjoyah sambil bertepuk-tampar dengan sesiapa saje yang berada di sebelah)... Pastu, aku tertidur pulak. Alahai... Tak gosok gigi la jawabnya kan. Tapi, magiknya... Keesokkan paginya, aku bangun dengan mulut yang masih tak berbau sama seperti bila kita gosok gigi sebelum tidur. Bau sikit2 la, tapi tak la bau busuk tahap tahi. Kira tak la malu nak kiss suami bila bangun tidur masa dah kawin nanti. Eh, tergatal pulak. Ha... Ape lagi. Sila la minum teh o ramai2 oi lepas makan nanti.

Anti-oksida juga dapat mengelakkan kedutan di wajah ye. Tak yah la susah2 pakai botox. Eh, patut la aku awet muda. Eeh... Ter-riak pulak. Astaghfirullahala'zim (menepuk dahi sambil menggeleng2kan kepala)...

Ha... Itulah sedikit-sebanyak petua2 yang aku boleh kongsi bagi mereka yang ada masalah bau mulut. Lepas ni boleh la mencuba ye. Ceria2kan hidup anda dan selamat beramal (sambil melambai tangan dan memberikan flying kiss)...

notakaki: entri ini sangat la lari daripada profesion aku sebagai seorang pelajar senibina. haha... aku kempunan nak belajar bio sebenarnya. haih...

Tuesday, February 3, 2009

tak mo sedih2 lagi la pasni...

Aku berazam dan berusaha untuk tidak mengepost kisah2 sedih di dalam blog ini melainkan jika ia mengenai perkara2 yang boleh memberi pengajaran kepada masyarakat sejagat...
Tolong ingatkan aku ek kalau aku lupa...
Dan rakan2 sekalian...
Tolonglah ceriakan hidupku...
Janganlah korang tinggalkan aku sendirian di sini...
Mengenangkan kisah2 silam yang menyayat hati...
Bolehkan?