Popular Posts

There was an error in this gadget

Follow by Email

Wednesday, October 20, 2010

Bagaimana Mendapatkan Kulit Muka Yang Berseri, Tegang Dan Awet Muda?


Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia! Malaysia Boleh! Harus jawab tu. Bertemu lagi kita di dalam rancangan Petua Sang Pemburu Cinta. Untuk memburu cinta, seharusnya kita perlu mempunyai paras rupa yang sedap mata memandang, tak lawa tak apa asalkan kulit bersih berseri, itu dah cukup untuk buat orang suka memandang kita. Ops, aku bukan nak mengajar cara2 mendapatkan perhatian ok. And I'm not the attention seeker. Mari kita mulakan kelas kita pada hari ini. (Ah, sudah! Bila masa pulak aku jadi cikgu ni?!)

Anda mahukan kulit muka yang tegang dan tampak sihat, berseri dan awet muda sentiasa? Ikutilah tiga langkah seperti dalam gambarajah di atas. Di sini, aku akan menerangkan dengan lebih lanjut bagaimana untuk mengaplikasikan langkah2 itu.

1. Rujuk gambar 1 - Untuk mengelakkan pipi anda menggeleber ke bawah, pastikan setiap kali anda menyapu krim ke muka, sapukan ke arah telinga/45darjah ke atas. Lakukan sapuan ini seperti satu urutan. Ulang beberapa kali. Ketika menyapu bedak juga hendaklah menggunakan cara sapuan seperti ini supaya serbuk bedak tidak tersumbat pada liang roma muka. Kalau tersumbat, alamat la... Jerawat senang tumbuh merata2...

2. Rujuk gambar 2 - Ketika menyapu krim di dahi, urutkan kulit dahi ke atas dan ke arah anak rambut. Ia boleh mengelakkan kedutan di muka. InsyaAllah.

3. Rujuk gambar 3 - Untuk mengelakkan dan menghilangkan double-chin/dagu berlapis, petua ini amatlah mujarab untuk dilakukan. Sapukan krim di bahagian bawah dagu dan urut ke luar dagu dengan menggunakan hujung2 jari di belah tapak tangan. Urut beberapa kali sehinggalah anda rasa puas hati. Jangan sampai melecet dah la. (Kalaulah urutan ini boleh digunakan untuk menghilangkan double-stomach ku ini. Haih~ (!!T_T))

Itulah petua untuk kali ini. InsyaAllah, kalau ada lagi petua yang lain, aku akan kongsikan bersama. Sehingga jumpa lagi. Tata.......

1 00 komen:

Kak Liana said...

saya setuju dgn petua yg disebutkan. boleh tambah sikit ... minum air putih+madu setiap kali bangun tidur. tapi kalau nak kan kulit booster dptkan di sk-in-2.blogspot.com - rahsia turun temurun keluarga kini di pasarkan.