Popular Posts

Saturday, June 4, 2011

Surprise!!!

Tadi duduk berborak-borak dengan mak dan abang Aleh (abang kedua) sambil makan Pizza Domino yang aku beli dengan adik-adik kat Nilai. Taklah surprise sangat pun kan. Makan pizza je pun. Yang surprisenya... Jeng jeng jeng...

Abang Aleh bakal melangsungkan perkahwinannya pada tahun depan dalam bulan 3. Tadi, waktu dia borak-borak dengan mak pasal majlis dia, tiba-tiba...

"Buat sekali la dengan majlis aku." ada suara merdu menyampuk. Suara aku la. Suara aku kan merdu. (Perasan nak mati. Geleng kepala.)

"Hah!!! Betul ke? Boleh-boleh. Nanti kita kongsi bajet." Itu respon abang aku. Steady lagi.

"Ko biar betul, Na? Ko dah ada ke? Ko jangan main-main. Diam-diam ko ye." Ha... Itu la respon mak aku. Surprise tak surprise dia dibuatnya. Selama ni punyalah mengharap ada orang berkenan kat aku, tapi sampai la ni takde jugak. Sabarlah mak. Belum lahir lagi kot orangnya tu. Huhu...

"Takde la mak. Takde lagi..." Aku menjawab sambil tersengih-sengih.

Adik aku lagi bagi baaaaeeeek punya respon.

"EEEEEEEEEEEEEEEEEE..." Mengejek aku tak hengat dunia.

"Ape EEEEEE, EEEEE?" Aku membalas sambil menjeling dengan lagak samseng. Ingat aku gatal sangat nak kahwin? Eeee, memanglah.... Hahahaha...

Ok. Itulah surprisenya.

Tak surprise? Peduli apa aku.

Huhuhu...

notakaki: Menghitung hari kawan kesayangan nak pergi jauh. I'll miss you. =.( Dia buat surprise hari ni. Dia start cuti kerja hari Isnin ni dan tak tau bila lagi dia akan masuk ofis. Tiba-tiba, aku rasa kehilangan. Macam ni la agaknya rasa bila mak bapak dah takde nanti kan. Rasa kosong... Kosong... Duduk termenung... Fikir yang bukan-bukan... Banyak lagi benda yang aku tak buat untuk dia, mereka. Tolonglah jangan pergi dulu... ='(