Popular Posts

There was an error in this gadget

Follow by Email

Friday, May 28, 2010

Kepada Kau Yang Berada Di Spain

Kehadapan kau yang dirindui,

Aku suka kat kau sampai bila2...
Suka tak terkata...
Hanya mampu tersenyum tiap kali memandang kau...
Bunyi selipar kau sentiasa dinanti2kan menandakan kehadiran kau...
I miss u...
Miss u...
Miss u...
Miss u...
Baru 2 hari kau tak ada kat Malaysia, tapi aku dah kemaruk nak menghadap muka kau je...
Sunyi giler rasanya bila tak dengar bunyi selipar kau...
Dan sekarang aku sibuk belek2 mesej kau kat henfon aku...
Sibuk belek2 received call and missed call juga...
Sebab dalam 2 minggu ni, mesti aku takkan terima apa2 mesej atau call dari kau...
Iyelah...
Kan kau tengah bercuti...
Aku pun tak mau ganggu kau...
Kau tau tak?
Aku betul2 hargai kehadiran kau dalam hidup aku..
Kau betul2 jaga aku...
Tapi, aku tak mampu jaga kau betul2...
Tapi, kau masih boleh terima aku seadanya...
Aku memang kagum dengan kau sepenuh hati...
Aku bersyukur sangat sebab ada orang macam kau dalam hidup aku...
Kau kawan paling bagus pernah aku ada dalam dunia ini...
Tak pernah berkira dengan apa yang aku buat...
Kau layankan aje..
Itu sebab aku sayangkan kau...
Enjoy la percutian kau kat Spain tu...
Balik nanti jangan lupa bawak coklat banyak2...
Hihi...
I love you bebeh...
Take care...
Moga kau dah tiba dengan selamat di Spain...
Dan harap kau pulang ke Malaysia dengan selamat juga...
Harap dapat usik2 kau lagi lepas ni...

Yang Benar,
Azlina

Wednesday, May 26, 2010

Umur VS Perangai - Solat 5 Waktu Itu Penting

Umur dah 30-an tapi, berfikiran macam budak2 lagi...
Siapa mampu terlayankan kau yang asyik berceritakan hal peribadi sepanjang masa?
Kalau dah ada akal fikiran tu tolonglah pakai...
Jangan sampai buka pekung di dada sendiri...
Perkara2 yang boleh memalukan diri tu janganlah nak diceritakan kat orang lain...
Dah tu, salah satu sebab kau berhenti kerja adalah kerana aku macam tak suka mendengar kau bercerita?
Eh, memang aku tak suka!
Dah aku sibuk nak buat kerja, tapi kau pulak sibuk nak berborak hal peribadi kau yang tak berapa nak menarik tu...
Serius, siapa entah yang sudi mendengar?
Cerita kau kena cerai, cerita bekas suami kau yang tak bertanggungjawab, cerita suami kedua kau yang selalu mengongkong kau dan macam2 lagilah...
Ah, bosan hari2 aku dengar cerita macam tu dari mulut kau...
Dari rasa kesian terus bertukar rasa meluat...
Kau datang ofis ni nak kerja ke atau nak bercerita?
Kalau nak bercerita sangat, pergilah masuk pertandingan Mari Bercerita anjuran mana2 sekolah...
Tak pun kalau tak ada orang nak dengar, kau bukukan saja cerita peribadi kau tu jadi sebuah novel...
Kan lagi bermanfaat macam tu...
Hmmm...
Maaflah...
Aku memang kesian kat kau, tapi disebabkan kau dah mengadu2 kat orang lain yang aku tak mahu melayan kau bercerita, aku rasa nak menyampah kat kau buat selama2nya...
Hish...
Tak baik pulak kan macam tu...
Ok lah...
Ok lah...
Aku rasa aku patut mendoakan kau supaya tak main2 dengan solat 5 waktu sehari semalam...
Kalau kau rasa nak solat, so kau akan solat...
Kalau muka penuh mekap, so esok ajelah solat...
Ah, kepala hotak la!
Kau fikir nasib kau sentiasa malang?
Jadi, bersolatlah anda...
Dengan bersolat, kita akan sentiasa ingatkan Allah...
Aku tak kata kalau kau solat, nasib kau akan sentiasa baik...
Tapi, sekurang2nya kau boleh berdoa untuk mendapat nasib yang baik...
Dan beruntunglah kau kalau kau sentiasa ingatkan Allah kerana InsyaAllah, Dia juga akan sentiasa mengingati kau...
Bukan kau saja, tapi hamba2Nya yang sentiasa mengingatiNya...

Ah, emo tiba2!
Aku nak sambung buat drawing la...

Sunday, May 16, 2010

A Moment With English Teacher

SHE sat on the chair in front of her teacher. SHE was very nervous. Teacher Vijaya Kumari was looking to her.

Teacher: What is your name?
SHE: ...
Teacher: What is your name?
SHE: Azlina.
Teacher: Where do you live?
SHE: (Looking to the teacher's table)...
Teacher: Where do you live?
SHE: (Whispering. For sure, only herself could hear her voice.) Rancangan Tanah Belia.
Teacher: You go to school by what?
SHE: ...
Teacher: You go to school by what?
SHE: (In heart) By motorcycle.

The teacher shook her head.

Teacher: Why you don't want to talk?
SHE: ...

The teacher shook her head again.

Teacher: Ok. Go.

SHE stood up from the chair and went back to her place. Speechless. SHE understood what the teacher asked about but, SHE didn't know why herself didn't want to speak up. Very mysterious girl. May be SHE was a female version of Haziq.

Anyway, Happy Teacher's Day to all teachers in the world.

Friday, May 7, 2010

Adil

Pandai kau fikir Allah itu tidak adil, sedangkan kau pun tidak adil pada diri sendiri...
Bagaimana boleh dikatakan Allah itu tidak adil sedangkan kau sendiri sentiasa tidak adil kepadaNya?
Bukankah adil jika Allah melupakan kau kerana kau dahulu yang melupakanNya?
Tapi, tidak mungkin Allah itu akan mengabaikan hamba2Nya...
Selagi kau masih ada kesedaran untuk berubah, kau perlu percaya bahawa Allah sentiasa ada untuk membantu...
Usahlah kau berputus-asa...
Sentiasalah mengadu kepadaNya...
Kerana sesungguhnya Dia amat gemar mendengar aduan2 hamba2Nya...

notakaki: sedang mencari2 jalan keluar...

Sunday, May 2, 2010

Current Mode

Deleting previous useless posts...