Popular Posts

Monday, February 14, 2011

30 Perkara Rawak Tentang Aku

Peringatan: Entri ini kemungkinan mempunyai perkataan2 yang tak berapa enak dibaca. Jadi, kalau anda seorang yang suci dan jijik dengan perkataan2 yang anda rasa seharusnya tidak diperkatakan secara terbuka, maka lebih baik anda jangan baca entri ini.

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 30 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 30 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

Ini adalah sejenis tag ye para pembaca sekalian. Tag diperolehi daripada Shahirah atau Mesya. Beliau telah mengetag aku. Jadi, untuk memenuhi permintaannya untuk mengetahui lebih lanjut tentang diriku, maka dengan berbesar hati aku akan menjawab tag ini. Tapi, 30 perkara? Pergh!! Aku pun tak tau kalau aku ada 30 perkara tentang diri aku yang boleh dikongsi bersama. Maklumlah, aku ni hanya orang biasa. Takde apa yang spesel pun. Ok, mari kita tengok cukup ke tak 30 perkara.

1. Nama aku Azlina binti Mat Sapar. Banyak nama panggilan. Mostly panggil Ina, Inot, Lina.

2. Tarikh lahir 27 Disember 1986. Tarikh sama dengan Salman Khan. Oh, pujaan hatiku!! Handsome, cute, tough... Smooch!!! Smooch!!!

3. Sukakan muzik. Bercita2 nak bermain pelbagai jenis alat muzik tapi, entahlah. Nak kata tak mampu beli, boleh je beli tapi takut mak marah. Haha... Kat rumah aku cuma ada rekoder je kot. Tu pun rekoder masa sekolah rendah dulu. Not2 dia pun aku dah tak ingat. Hehe... Alat muzik yang paling aku nak main adalah keyboard/piano dan dram. Bilalah agaknya boleh main ek?

4. Suka menyanyi. Ada orang kata suara aku sedap, ada yang kata sengau. Haha... Lantaklah. Kalau dah ada orang suka suara aku tu, maksudnya memang sedaplah. Terimalah kenyataan ye bahawasanya aku boleh menyanyi. (Pergh, berlagak!!! Kena tarik nikmat tu kang padan muka!!)

5. Seorang yang neutral. Kat sekolah dan universiti boleh berkawan dengan sesiapa saja. Tak pernah ada geng sendiri. Teringat masa sekolah rendah dulu. Ada dua puak budak pandai kat sekolah yang nak aku join geng diorang. Satu puak menghasut aku jangan join puak satu lagi, puak yang lagi satu pun buat perkara yang sama. Akhirnya, aku buat bodoh je. Lantak korang la. Yang penting aku takde masalah dengan dua2 puak ni.

6. Cita2 pertama aku adalah nak jadi inspektor polis. Cita2 sejak berumur 6 tahun sampailah tingkatan 5. Tapi, tak kesampaian sebab tak nampak jalan nak ke arah cita2 tu. Sekarang aku pun tak tau apa cita2 aku. Nak jadi arkitek, tapi nak sambung belajar pun tak sempat lagi. Entahlah. Agaknya aku ni jenis yang ikut je aliran arus kehidupan kot. Apa nak jadi jadilah. Ish, tak elok jugak macam tu! Hmmm... Banyak kot cita2 aku. Nanti aku buat satu entri pasal cita2 aku ok.

7. Kat sekolah dulu boleh dikatakan aktif dalam sukan. Pernah dapat nombor satu dalam lumba lari. Jangan main2. Kaki pendek pun boleh menang tau. Tapi, sekarang selalu berlari dalam mimpi je la. Asyik mimpi kena kejar penjahat je. Apa entah motif mimpi tersebut? Masuk sekolah menengah, aktif dalam taekwondo. Habis takat tali pinggang biru kedua je. Lepas sekolah, dah tak sambung lagi dah. Hasilnya, tengoklah badan aku yang tough ni. (Tak nak mengaku gemuk, nak jugak kata tough..)

8. Sejak dulu aku ada habit pelik. Aku suka angkat berat dan becita2 nak ada body berketul macam Salman Khan dan Fahrin Ahmad. Aku pantang tengok lelaki badan berketul mesti aku jadi teruja. Tak taulah kenapa. Hasilnya, tengoklah badan aku sekarang. Bahu lebar macam bahu lelaki. Lengan pun besar sebab berotot.

9. Akibat daripada perkara 8, aku kerap mengalami kesukaran setiap kali nak beli baju. Kalau beli baju perempuan, sah2 la tak muat bahagian bahu dengan lengan walaupun saiz L. Kalau beli saiz XL terlebih besar pulak. Jadi, aku beli baju lelaki je. Biasanya saiz M. Tapi, baju lelaki pulak masalahnya bahagian bawahnya kecil. Anda faham2lah punggung perempuan tu lagi besar daripada punggung lelaki kan.



Inilah yang aku cuba terangkan. With the big boobs, big butt, spare tyre and perut boroi, patutnya memang tak layak untuk aku pakai baju lelaki. Tapi, bahagian bahu dengan lengan dia aku ok.

Kalau baju perempuan pulak, tengoklah sendiri macam mana.



Bahagian bawah ok. Tapi, bahagian bahu dan lengan pulak tak ok. Selalu ketat walaupun dah beli saiz L. Nak beli saiz XL, terlebih besar. Nanti nampak gemuk dan rendah sangat. (Perasan otot lengan berketul sampai macam tu sekali... Bohong je tu tapi memang berotot sikit... Kalau tak percaya boleh try tekan lengan aku.. Marilah..) Bahagian perut pun kadang2 tak berapa nak ok sebab aku kan boroi. Baju perempuan kan selalu mengecil kat perut. Aku pun pelik kenapa orang reka pakaian macam ni. Dia ingat semua orang slim ke? Payah benar nak jumpa baju yang tak ada potongan kat perut. Selalu frust kalau window shopping. Tu sebablah aku selalu pakai baju yang sama je. Payah nak tengok aku pakai baju baru.

Jadinya, aku telah mereka fesyen sendiri sejak universiti lagi seperti ini.



Macho kan? Yang tak kenal aku tu, try la teka yang mana satu aku. Kalau dapat jawab aku belanja 2 skop Baskin Robbins.

10. Seorang yang gila dengan buku. Pantang pergi shopping mall, mesti singgah kejap kat kedai buku. Bukan nak beli pun. Saja nak tengok kalau2 ada buku yang menarik minat untuk dibeli. Serius, kat rumah aku banyak buku yang aku beli tapi tak habis baca lagi. Ada juga yang tak disentuh lagi. Tak... Tak membazir. Untung beli buku ni. Buat bacaan di masa lapang. Nanti dah tua2 pun boleh dibaca lagi. InsyaAllah. Kalau panjang umur.

11. Pelat. Lidah asyik terbelit masa bercakap. Akibatnya, malas nak bercakap sebab asyik semput je tiap kali nak menutur perkataan.

12. Dah merempit sejak darjah 5. Sekarang aku adalah seorang perempit yang profesional.

13. Macho dan cool. Memang sejak azali macam ni. Tak boleh nak ubah dah. Biar la orang kata aku macam jantan ke, perasan cool ke, lantaklah... Memang inilah aku.

14. Sikap berubah2 mengikut keadaan dan dengan siapa aku berdepan. Pernah dilabelkan oleh seorang kawan sebagai orang yang mempunyai dual personality. Iye.. Memang betul.

15. Handsome. Memang kenyataan. Masa aku join National Service dulu ada pelatih panggil aku Bro. Ko boleh bayangkan betapa handsomenya aku masa tu kalau sampai boleh digelar macam tu.

16. Takut nak bawak kereta. Sebab tu kereta abah bukan kereta aku. Kalau kereta aku, aku berani la bawak. Kot?

17. Suka cipta resepi masakan sendiri.

18. Otak aku selalu berfikir untuk mereka cipta sesuatu. Tapi, tak pernah terbuat.

19. Minat untuk menulis novel atau sebarang karya penulisan. Masa kat sekolah dan universiti dulu aktif masuk pertandingan mengarang dan membaca puisi. Selalu jugak menang. Memang berdarah seni ke apa aku ni? Sekarang sedang merancang nak buat satu blog yang memaparkan hasil karya penulisan aku sejak tingkatan 2 lagi.

20. Minat berlakon. Banyak kali join teater dan persembahan pentas sejak di sekolah dan universiti. Aku suka berada di pentas sebab aku boleh tunjuk bakat terpendam aku dan aku boleh jadi orang lain.

21. Biasanya setiap barang yang aku gunakan akan bertahan lama. Payah nak tengok aku rosakkan barang. Itu salah satu sebab aku tak pernah tukar henfon atau kamera atau beg atau laptop kepada yang baru selagi benda2 alah ni tak rosak. Tu sebab la aku tak beli kereta lagi sampai sekarang. Orang sibuk menyuruh aku beli kereta second hand. Masalahnya, aku nak beli kereta baru. Tapi, duit tak cukup lagi. Memanglah boleh beli kereta second hand. Lepas dua tahun jual la balik buat downpayment untuk beli kereta baru. Tapi, malaslah. Memang aku tak suka tukar2 barang selagi barang tu tak rosak teruk. Ni kalau aku dah beli kereta second hand, mesti niat aku nak beli kereta baru nanti akan dilupakan. Aku masak sangat dengan perangai aku ni.

22. Sejak akhir2 ni minat lagu Korea la pulak.

23. Suka beramah-mesra dengan kawan2 kat facebook dan blog.

24. Aku ni agak innocent jugak orangnya.

25. Sukakan kucing. Suka sangat2. Paling suka kucing buncit. Suka tekan2 perutnya.

26. Suka menabung.

27. Sukakan benda2 yang stylo dan membuatkan diri aku nampak cool bila aku menggunakannya. Argh... Aku tak taulah kenapa aku suka perasan cool.

28. Selalu berangan nak buka bisnes sendiri tapi sampai sekarang pun aku tak tau nak buka bisnes apa.

29. Tak suka dikongkong dan orang ambik kesempatan atas kelemahan dan kebaikan yang aku buat.

30. Akhirnya, sampai jugak nombor 30!!!!! Errr.. Apa ek perkara yang ke-30 tentang aku? Aku tak suka nombor. Kepala aku selalu pening kalau orang bercakap dengan aku tentang nombor. Macam percent2 interest dalam pinjaman bank atau bagi diskaun kat quotation yang nak diberi kat klien. Pergh, memang parah! Otak aku rasa macam berpusing2 ligat cuba nak memahami apa yang orang tu cakap. Tapi, satu benda je yang berkaitan dengan nombor yang aku suka. Sudoku. Aku suka main Sudoku. Kalau dapat settlekan puzzle tu, memang aku rasa dah cukup bijak la. Haha..

Ha... Settle dah 30 perkara tentang aku. Aku nak tag sape ek? Apa kata aku tag followers aku? My followers, sila buat tag ini ok? Aku nak tau pulak pasal korang.

Sekian saja untuk hari ini. Love and kiss. Mmmuaaah!!

10 00 komen:

ila ni said...

gigih!

INOTLOVEHUNTRESS said...

ila, gigih menyenaraikan 30 perkara tersebut atau gigih melakar gambar? haha..

t E d said...

saya teka gambar tersebut boleh dapat baskin robbin tak?saya tak kenal azlina mana satu.keh keh keh

INOTLOVEHUNTRESS said...

ted,
aku kenal kau takkan kau tak kenal aku?
cit!!
next...

ila ni said...

dua-dua.

tapi... tiba-tiba rasa nak buat jgk ahahahahah

INOTLOVEHUNTRESS said...

haha.. sila buat!! payah oo nak discover sesuatu dlm diri sendiri.. kadang2 terfikir, ia ke aku macam tu? ia ke macam ni? takut terperasan pulak.. tapi, kalau nak komen pasal orang lain, laju je...

~AiMi SyAhiRAh~ said...

hehe.. cayalah list 30 tu! Thanks for da feedback.. sape2 berminat nk wat, bleh je..:) singgah2la blog sy k.. huhu

INOTLOVEHUNTRESS said...

mesya,
iye.. sape2 takde kerja tu boleh la buat tag ni kan mesya? seronok jugak bila fikir balik tentang diri sendiri... selama ni asyik perhatikan org lain je sampai lupa nak perhatikan diri sendiri..

Anonymous said...

kemeja merah tok pompuan tu org pggl pe ye? sll cr kat google kua kemeja jenis lain. sye nk cr jenis yg lengan separuh pastu de butang kat siku

INOTLOVEHUNTRESS said...

hai anon.. rasanya takde nama yg spesifik kot.... cuba search kemeja kotak wanita... rasanya banyk jugak keluar gambar kemeja yg awak maksudkan tu... anyway, thanks kerana sudi melawat blog yg serba sunyi nih.. hehe..