Popular Posts

There was an error in this gadget

Follow by Email

Saturday, February 19, 2011

Pendapat Pembaca Diperlukan

Tolong aku buat pilihan antara:

Master bedroom berharga RM300
-1+1+deposit api dan air = RM700, gas mungkin perlu kongsi bayar bersama, bil api + air jarang kena bayar menurut kata kawan aku
-duduk berseorangan di bilik itu
-mempunyai kawan seangkatan di UPM dulu yang menyewa di bilik berlainan
-tiada mesin basuh, tv, dan peti ais tetapi ada dapur
-mempunyai bilik air dan tandas sendiri

ATAU

Master bedroom berharga RM100
-tiada deposit tetapi perlu membayar untuk sticker motor sebanyak RM30 setiap 3 bulan, bil Indah Water sebanyak RM48 (dibahagi sama rata) untuk setiap 6 bulan dan berkongsi membayar bahan2 masakan
-kongsi bilik 3 orang
-tinggal bersama orang yang tidak dikenali sebelum ini
-ada mesin basuh, tv, peti ais dan dapur
-hanya mempunyai 1 bilik air dan tandas

Aku mahukan privasi, tapi adakah RM300 itu terlalu mahal bagi anda?

Tolong. Aku dah 5 kali berpindah rumah sewa sejak bekerja. Semuanya rasa macam tak kena. Penat dah aku memikirkannya. Aku hampir berputus-asa dah ni. Rasa nak duduk kampung je tapi, penat nak berulang-alik. Lagipun, susah untuk aku kerja lebih masa kalau stay kat kampung. Penat.

Nak nangis dah ni fikirkan pasal benda ni. Tak tau nak buat keputusan yang macam mana lagi. Takut tersilap langkah lagi. Serik dah rasanya nak menyewa. Tapi, kena juga menyewa.

Tolonglah. Tolong berikan pendapat anda.

Terima kasih.

3 00 komen:

ila ni said...

bagi ila, menyewa satu bilik tanpa kongsi jauh lebih selesa banding ada roommate. sebab kita bekerja, balik, tak perlu fikir pasal sesiapa dan boleh terus selesaikan hal2 kita je, mcm terus tido walau bilik bersepah tak kemas dari pagi tadi ke. dan kita pun tak lah nak sakit-sakit hati, merungut kalau dapat roommate yg tak best.

cuma, 300 tu a bit pricey. maybe ada lagi rumah area2 rumah nor tu yang nak bg sewa bilik kecik sikit yg murah. teruskan mencari lagi :)

anOOan said...

percayalah. amik option yg pertama. hati yang lebih tenang lebih diperlukan.



tapi kalau kau rasa nak berjimat. amik je yang option ke2 tu.

INOTLOVEHUNTRESS said...

ila dan aan,
terima kasih..
sebenarnya tak mau dah duduk dengan orang asing sebab serik dgn ragam2 mereka...
macam yang baru2 ni, tak boleh kongsi tengok tv, automatik rasa serba-salah untuk menggunakan sofa yang ada kat ruang tamu..
tiba-tiba masa tu, kena bayar bil api dan air untuk 2 bulan sebanyak RM60 sorang..
penipu ah..
diorang yang tengok tv lebih, takkan kita pun kena bayar byk jugak..
tak logik langsung...
stress..
takut terkena lagi benda macam ni..
kalau boleh tak nak la terkena lagi sebab malas nak protes sana sini..
kang diri sendiri menangis..
sebab tak pandai bab2 protes ni...
insyaAllah..
pilihan pertama lebih baik..
mungkin ada jalan untuk cari duit lebih sikit..
insyaAllah..
hambik!!
siap satu entri dalam ruangan komen..
hahaha..
thanks ek bagi pendapat...