Popular Posts

Sunday, June 30, 2019

Assalamualaikum. It's been a while...

Just want to share about mental illness.

I wonder how many of my friends/family members are aware about mental illness.

I wonder how many of them realise that it is a clinical illness which requires some method of medications and not something related with the lack of faith to God.
.
Ada yang beri cadangan supaya tidak duduk menyendiri, bergaul dengan ramai orang yang positif. Dah tentu. Kita buat seperti yang diminta.

Cuma... Perasaan gembira semasa berkumpul itu tidak ada. Rasa kosong. Kadang-kadang, rasa bersalah sebab semua orang sedang bergembira tapi kita terpaksa berpura-pura gembira. Bukan kerana kita tidak suka tetapi kita tidak dapat rasa.

Kawan yang datang dari jauh sanggup memandu jauh untuk bertemu dengan kita tapi akhirnya pertemuan itu hambar. Mungkin hambar pada kita kerana kita tidak dapat rasa. Kita tidak tahu apa perasaan kawan kita yang sebenar. Bukan. Kita bukan berfikir berlebihan. Inilah apa yang kita rasa. Kita tidak dapat rasa apa-apa. Itu sebabnya ramai pesakit yang memilih untuk bersendiri kerana mereka tidak dapat merasakan apa-apa apabila bergaul dengan sesiapa pun.
.
Kawan-kawan jangan pandang rendah pada mereka yang mengalami sakit seperti ini. Jangan menilai dan menghukum mereka.

Kalau kawan-kawan mendalami bab mental illness ini, saya pasti kawan-kawan akan tertarik dengannya. Mungkin juga rasa ingin membantu dan mendekati mereka yang memerlukan pertolongan. Ramai pesakit yang memerlukan orang yang memahami keadaan mereka. Kalau bukan orang luar, mungkin ada salah-seorang ahli keluarga kita yang mengalaminya. Inilah gunanya ilmu tersebut. Mereka perlukan sokongan awak.

Mereka sakit, mereka bukan gila.

#MentalHealthAwareness #MentalIllness



0 00 komen: