Waktu itu aku dalam darjah 3. Aku sangat disukai ramai. Semua orang mahu berkawan dengan aku. Aku tak pasti kenapa. Semuanya berlaku secara spontan.
Seingat aku, aku sering dapat nombor teratas dalam setiap ujian dan peperiksaan yang dijalankan. Kerap jugalah dapat nombor satu. Kawan2 bangga berkawan dengan aku. Siap menayang2 dengan rakan yang lain yang aku mahu berkawan dengan mereka. Aku tak ingat. Adakah aku terlampau bijak waktu itu sampaikan aku dilayan sebegitu istimewa? Kelakar.
Setiap kali waktu rehat, ada seorang rakan aku akan belanja aku minum air bergas. Aku tak minta. Serius! Dia yang nak bagi. Aku pun tak tau kenapa. Tapi, hari2 minum air bergas memang merbahaya ye. Boleh menggemukkan badan ye tuan2 dan puan2. Tengoklah hasilnya pada aku sekarang.
Waktu itu, harga air bergas dalam botol adalah RM0.70. Setiap hari, aku hanya diberi RM0.50 sahaja sebagai duit belanja oleh abah. Aku memang tak mampu nak beli air bergas tu walaupun aku teringin sangat nak minum. Waktu itu, kalau sesiapa dapat minum air bergas kiranya dia anak orang kaya la. Makanan rutin aku hanyalah mee goreng atau nasi lemak yang berharga RM0.30. Minuman rutin pula adalah air perisa oren atau anggur atau laici biasa yang berharga hanya RM0.20. Bayangkanlah. RM0.50 sen boleh dapat makanan dan minuman itu. Kalau sekarang, RM0.50 boleh beli gula2 je.
Aku ingat lagi, seorang rakan telah menghadiahkan aku sebuah dompet bermanik sebaik keputusan ujian bulanan diumumkan. Aku mendapat nombor satu lagi. Dia panggil aku secara senyap2 dan membawa aku ke kelas kosong berhampiran kelas kami. Tiba2, dia menyerahkan sebuah dompet dan meminta aku jangan memberitahu sesiapa tentang perkara tersebut. Aku terkejut. Mula2 aku bertanya apa motif dia bagi dompet itu kat aku. Dia sekadar menjawab itu adalah hadiah kerana kecemerlangan aku dalam pelajaran. Hmmm... Aku menerimanya dengan hati yang gembira. (Macam karangan budak sekolah je ni..)
Aku tidak pernah terfikir akan ada begitu ramai orang yang ingin berkawan denganku pada waktu itu kerana pada tahun sebelumnya aku telah terlibat dalam satu kes yang sangatlah berat. Iye... Aku pernah jadi jahat dulu. Baru darjah 2 dah jadi jahat! Bayangkanlah aku yang cute ni buat benda jahat! Memang tak patut!!! Aku malu!!
Di awal sesi persekolahan di darjah 3, aku selalu dicemuh, dicaci, dihina kerana kes tersebut, Tapi, aku buat pekak je. Tiada tekanan. Aku tak menangis langsung bila diejek2. Eh, tiba2 baru aku perasan yang aku memang cool dari dulu. Haha... Aku belajar bersungguh2 dan berjaya mendapat nombor satu dalam ujian pertengahan penggal. Selepas cuti pertengahan berakhir, aku dimasukkan ke kelas yang lebih atas. Di sinilah bermulanya segala perubahan. Aku tidak dicemuh lagi. Pelajar2 lain sudah tidak nampak kejahatan yang aku lakukan pada waktu dulu kerana aku sudah bangkit dari kesilapan itu. Waktu itu, mereka hanya nampak kecemerlangan aku.
Di akhir tahun itu, merasalah aku naik pentas dewan sekolah untuk menerima hadiah. Alhamdulillah... =.)
Jadi, pengajaran yang dapat diambil daripada cerita ini ialah jangan mudah berputus-asa hanya kerana kebodohan yang dilakukan pada waktu dulu. Jadikan ia penyebab untuk anda bangkit menebus kesilapan tersebut dan buktikan pada orang ramai yang anda boleh jadi lebih baik daripada yang mereka sangkakan. Selamat berusaha!!!
notakaki: Benda dah berlaku. Nak menyesal pun tak guna dah. Jadikan pengajaran saja. Oh, iya! Sebelum aku terlupa, kawan yang belanja aku air bergas dan bagi aku dompet tu adalah seorang perempuan. Jangan salah faham pula ye.
Popular Posts
-
Suatu hari, ofismate bertanya kepadaku, "Kenapa i tengok muka you dah makin putih, licin, bersih? Lagi elok dari sebelum pergi NS (Nat...
-
Ha... Kat sini aku ada beberapa petua yang aku amalkan untuk elakkan mulut berbau . Petua2 ini diperolehi daripada hasil2 bacaan dan juga se...
-
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia! Malaysia Boleh! Harus jawab tu. Bertemu lagi kita di dalam rancangan Petua Sang Pe...
Thursday, February 17, 2011
Semasa Kecil Dulu Aku Adalah Seorang Penyangak Yang Bestari
Labels:
kawan-kawan,
kenangan,
perasaan,
perkongsian,
sekolah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 00 komen:
Post a Comment