Hujan turun dengan lebatnya secara tiba2. Kilat sabung-menyabung diiringi guruh yang berdentum-dentum megah. Terkejut jantung aku dibuatnya.
Setiap kali hujan yang sebegini ganas diiringi kilat dan guruh yang melampau, aku selalu terfikir yang mungkin ini disebabkan aku telah membuat sesuatu kejahatan sebentar tadi dan Allah ingin menunjukkan kemurkaanNya kepadaku dengan cara begini. Secara automatik aku akan berfikir apa kesalahan yang aku buat sebentar tadi? Biasanya, memang aku ada buat kesalahan2 kecil seperti mengumpat di dalam hati tentang mak aku, atau abah aku, atau adik-beradik aku. Iyelah. Bukan selalu kita akan sentiasa berpuas hati dengan mereka. Nak diluahkan takut menjadi lebih derhaka, jadi membebel je la dalam hati.
Iya. Aku baru berasa tak puas hati dengan mak aku tadi tapi, aku diamkan saja (sebab pipi aku bengkak, gigi dah rosak hebat, jadi nak bercakap pun malas.)
Aku agak moody sekarang kerana mak aku tak nak dengar nasihat aku untuk buat operation supaya kakinya baik semula. InsyaAllah. Tapi, dia tak nak! Aku betul2 tak puas hati. Dia kata dia takut sebab dia tengok orang lain pernah kena bedah kakinya tapi lepas tu tak boleh jalan langsung. Kenapa mak? Kenapa mak tengok orang lain yang tak boleh berjalan semula selepas menjalani pembedahan? Kenapa tak tengok orang lain yang boleh berjalan siap bersukan lagi lepas pembedahan? Kenapa?
Dan aku akan jadi lebih moody bila mak asyik merungut2 sakit. Aku kesian tengok mak tapi, aku geram sebab dia tak mahu buat apa yang sepatutnya supaya kaki dia baik. Mungkin tak sama seperti yang asal tapi mungkin boleh jadi lebih baik daripada yang sekarang.
Habislah hujan lebat lagi lepas ni. Kena berselubung bawah selimut ni biar tak kenar sambar petir.
Popular Posts
-
Suatu hari, ofismate bertanya kepadaku, "Kenapa i tengok muka you dah makin putih, licin, bersih? Lagi elok dari sebelum pergi NS (Nat...
-
Ha... Kat sini aku ada beberapa petua yang aku amalkan untuk elakkan mulut berbau . Petua2 ini diperolehi daripada hasil2 bacaan dan juga se...
-
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia! Malaysia Boleh! Harus jawab tu. Bertemu lagi kita di dalam rancangan Petua Sang Pe...
Saturday, February 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 00 komen:
inot, takde ke area2 rumah inot yg bagi sewa Dr.Jisim tu? dgr2 testimoni dari sdara mara ila, memang hebat mesin tu. nak beli kang, 11 ribu pulakss
boleh sewa ek mesin tu? xtau pun.. dia ada pusat rawatan sendiri tak?
certain pusat kesihatan ada kot.
kalau kat kelantan ni ada byk la jgk tmpt buat mcm tu, berapa ringgit tah sejam. 2,3 ringgit je dgr2 kaba. try la cari area2 rumah inot.
Post a Comment