Popular Posts

Saturday, February 14, 2009

Pekakkah aku?

Ok Halim.. Entri ini untuk kau. Eh, anda kenal ke Halim? Keh keh.. Halim ex-studiomate aku sebenarnya. Tapi, aku tak tau la dia akan baca ke tak entri ni nanti. Aku tak tau sama ada dia pembaca setia blog ni atau tak. Banyak la pulak kan tak tau. Ape je yang aku tau? Makan aku tau la. Wuhuu.. Perut buncit dah. Ah, ape entah aku merepek ni. Hehe.. Sengaja nak bagi mukaddimah jadi panjang sebenarnya. Em, nak mula dari mana ek? Em.. (Fikir sampai tertidur. Ok.. Aku tipu ok. Aku masih di sini.)

Halim datang studio tadi nak jumpa kawan sebelah meja aku ni. Perkenalkan.. Nor Ilani!!! (clap2). Halim baru je habis buat photoshoot-suka-sukinya di halaman FRSB, UPM yang sungguh menghijau ini. Hobi Halim sekarang suka capture gambar. Bukan hobi dia sorang je. Kawan2 yang lain pun sekarang aku tengok sibuk kumpulkan duit semata2 nak dapatkan kamera gedabak-tahap-jurukamera-profesional tu. Dan ada sorang dua gak yang dah berjaya dapatkan kamera
gedabak-tahap-jurukamera-profesional idaman masing2. Em.. Best sangat ke kamera tu? Best la kot sebab baru rasa macam pro kan? Kan? Plus function dia lebih advanced berbanding kamera digital biasa. Ok.. Aku tak nak cakap pasal kamera sebab aku memang tak pro dalam bidang ni walaupun aku pun pernah berangan nak menjadi jurukamera profesional satu hari nanti sebab ia menjanjikan pendapatan yang sangat lumayan macam abang sulung aku yang macam dah kaya sejak jadi jurukamera untuk majlis perkahwinan dan jamuan2. (Fuh.. Panjang giler ayat ni. Mesti banyak salah tatabahasa ni. Habis la cikgu BM marah nanti). Err.. Tak tau la dia kaya ke tak sebenarnya tapi dia tu kan.. Suka kan.. Beli tu.. Beli ni.. Haah.. Betul.. Ish.. Habislah.. Mula nak menjoyah la ni. Ahaha.. Tak de la. Abaikan la pasal kamera ni. Ni dah kali kedua dah aku minta anda endahkan pasal citer kamera ni. Ok2.. Tak nak sebut dah pasal kamera.

Ok. Back to the main topic. Err.. Halim, ko tau tak sebenarnya aku susah nak faham ape yang ko cakapkan? Sebabnya ko suka cakap meleret2 tanpa membuka mulut dengan luasnya seperti orang normal bercakap. Sumpah dari first year lagi aku susah nak memahami ape yang ko cakap kan. Ok.. Aku tak salahkan ko 100% tapi biarlah ko tau sebenarnya aku ni mengalami masalah pendengaran tahap permulaan. Eh, ye ke? Agaknya la. Aku tak pernah check tapi setiap kali orang panggil aku mesti aku tak dengar tapi untuk panggilan kali kedua baru aku dengar. Anda rasa telinga aku yang tak berfungsi dengan baik atau otak aku yang lambat proses suara mereka yang memanggilku? Ha.. Cuba tolong jawab sesiapa yang belajar biologi.

Aku rasa pendengaran mak dan abah aku pun lagi ok daripada aku. Betul. Contohnya, bila abah ada kat bilik air dan aku dengan mak pulak berada kat dapur. Dapur dengan bilik air bersebelahan je. Abah kalau mandi suka isi air dalam kolah. Jadi keadaan waktu itu sangat bising ye kawan2 seperti berada di kawasan air terjun Sg. Congkak pula rasanya. Aku pulak cuci pinggan yang mana kedudukan sinkinya lebih dekat dengan bilik air. Mak pulak tengah masak. Kedudukan dapur gas dengan bilik air jauh sikit berbanding kedudukan sinki ye. Tapi, bila abah cakap sesuatu mak boleh dengar tapi aku tak boleh dengar dengan jelas. Lalu, aku mula risau. Pekakkah aku? Wuuuuu.. Takut.. =.(

Semua orang memang tak tau aku ada masalah pendengaran sebenarnya. Jadi, kalau ada yang panggil aku tapi aku buat dono je tu, janganlah ingat aku sombong ye. Serius aku tak dengar. Jadi, kalau nak panggil aku gunalah suara yang kuat sikit janganlah buat2 suara halus seperti suara Fasha Sanda itu ok? Kalau guna suara macam itu, 100 kali anda panggil pun serius aku takkan dengar. Nanti termalu pulak anda dibuatnya. Sebab kalau aku panggil orang banyak kali tapi orang tak dengar pun aku malu tau. Ha.. Malukan? Kan? Kalau nak selamat, janganlah panggil aku terus. Senang citer. Weheee.. Tak pun boleh guna mikrofon atau pun pembesar suara tu (Ape entah nama pembesar suara tu. Aku tak reti nak eja dalam BI. Malu2. Rasa nak sorok bawah meja je.)

Eh, aku dah lupakan pulak Halim untuk seketika. Sori la Halim. Aku bukan nak kutuk ko ke, nak ngumpat ke, tapi kalau ko baca entri ni, serius aku sebenarnya tak faham sepatah haram pun ape ko cakap. Kalau ko nampak aku senyum2 tu sebenarnya aku buat2 paham la tu. Nak jaga air muka ko gak sebenarnya. Jangan marah bro. Tak cool la kan? Kan? Kalau marah namanya loser la kan? Kan? Wehee.. Ok2. Sori lagi sekali. Gurau2 je.

Ok semua. Sekian saja kisah si perepek untuk kali ini. Kita jumpa lagi di repekkan yang akan datang dalam rancangan Repek-repek Aje La.. Silalah makan kerepek selepas ini. Terima kasih.

nota kaki: Aku suka buka volume headphone tahap maksimum bila dengar mp3. Oh, semua! Aku sebenarnya sangat suka bunyi drum. Lagi2 yang bunyi bass. Selagi bunyi drum kat sesebuah lagu tu tak menggegarkan jantung aku, selagi tu la aku rasa tak syok nak dengar lagu tu. Aku akan adjust gak equalizer mp3 tu biar bunyi drum jadi kuat. Tu sebab la kot aku pekak sikit. Padan muka...

4 00 komen:

ila ni said...

haa see halim see?
bukan aku sorg cakap ko cakap tak bukak mulut. ramai rupenye yang tak paham ape yg halim cakap hahahah. ahniah inot, segolongan dgn nor

INOTLOVEHUNTRESS said...

tahniah pulak ye?
org pekak dpt ucapan tahniah weiiii...
mmg xfhm pun ape halim ckp..
klu dlm BI lg la..
cair taik telinga nk tgkp pe dia ckp..
sdgkan klu org normal ckp dlm BI pun susah nk tangkap..
huhu..

ARYN said...

byk taik telinga ni..tu psl x dgr..hoho..ko pnh cek telinga?? better wat..so dia le detect ko pekak ke x..dia guna satu alat ni..pastu dia letak belakang telinga ko..n tnya ko dgr pape ke x..3 kali aku time knvo usm..sbb dak medic usm buat medical check up free time knvo

INOTLOVEHUNTRESS said...

aku dh puas korek telinga ni..
xde gak kuar taik telinganya..
kira bersih la tu kan?
xpernah check..
ok2..
nnti aku try pi mna2 tmpat yg ada konvo ok?
klu kt PK UPM ni mesti kena byr kan?
kan?
tu mls nk pi check tu..
huhu..