Popular Posts

There was an error in this gadget

Follow by Email

Friday, February 6, 2009

Ceritera Seorang Abahku

Sejak kecil aku memang takut dengan abah. Maksud aku bukanlah masa bayi sebab masa tu manalah aku kenal dia abah aku ke bukan. Aku mula takut dengan abah sejak aku mula jadi nakal. Seingat aku sejak aku berumur 6 tahun la. Abah memang garang. Tapi, garang2 abah pun, dia seorang yang kelakar dan mudah mesra. Tapi, dengan kawan2 dia la. Garang2 abah pun, akhirnya anak2 dia sume tau pasal hukum agama, tau berdikari, tau jaga diri.

Abah garang bukan dengan anak2 dia je. Dengan sume orang pun dia garang. Tapi, taklah jadi garang tak tentu pasal. Abah pantang tengok orang buat jahat mesti abah akan tegur dengan garangnya sampai orang tu makan dalam dan aku percaya orang tu mesti tak berani buat jahat lagi pastu. Ikuti kisah ini...

Suatu hari, aku dan emak menemani abah ke Pejabat Tanah nak uruskan pasal geran tanah arwah atuk. Tapi, aku tak pasti pulak urusan yang macam mana. Sebenarnya abah dah banyak kali berulang ke sana, tapi tak settle2 jugak urusan tu. Hari sebelumnya pun abah dah pergi dengan mak. Bila dah sampai kat Pejabat Tanah tu aku ngan mak tunggu kat kereta je sebab keadaan kaki mak yang sakit tak mengizinkan mak berjalan sangat. So, abah sorang je yang pi settle urusan tu.

Tunggu punya tunggu sampai rasa cair dah lemak kat badan aku ni, tapi tak kurus2 jugak sebab panas giler duduk dalam kereta, akhirnya abah pun kembali ke kereta dengan membawa sepucuk-eh-sepucuk-ke sampul surat. Sebaik saja abah duduk, abah terus membebel.

(Perbualan tersebut di dalam bahasa Jawa. Ni aku translatekan. Mungkin kasar sikit bunyinya)
"Semalam dah mintak hari ni mintak lagi..." rungut abah.
"Mintak apa?" mak yang setia menjadi teman borak abah bertanya.
"Mintak duit la. Semalam aku dah bayar dah, tapi dia suruh datang hari ni ambik salinan geran tu. Aku cakap, LA... SEMALAM KAN DAH BAGI DUIT. MANA DUITNYA? TAKKAN DAH HABIS KOT? BUAT APE DENGAN DUIT TU?" jelas abah. Pekerja kat kaunter tu minta duit servis kot. Abah tak sebut pulak berapa jumlah duit yang diminta. Terus si pekerja tu cakap, "TAKPE LA PAK CIK." Redha giler je bunyinya. Mesti tebal je muka si pekerja tu rasa macam nak benam je muka ke dalam lantai simen berfinishingkan jubin itu. Ala2 aksi burung unta yang berasa malu lalu membenamkan mukanya ke dalam tanah. Uiii... kuat giler kepala burung unta tu ye. Senang2 je dia benamkan muka kat tanah. Takyah pakai cangkul ke, kapal korek ke. Kau memang hebat la wahai burung unta! Tabik spring toink2 la kat kau!!! Jadi, abah pun tak bagi la duit kat pekerja tu.

Aku yang mendengar rungutan abah terus tergelak dalam hati. Haha... Bunyinya macam bunyi seorang abah marahkan anaknya yang tak reti nak berjimat-cermat. Aku tau tone abah macam mana kalau marah orang. Macam marah anak2 dia jugak. Abah memang tak suka orang main2 pasal duit. Duit bukan senang nak dicari kan. Itulah abahku. Abah memang garang, tapi abah memang kelakar juga.

Sampai sekarang pun abah memang dihormati orang sebab abah tegas tapi kelakar. Bagus kan ada karakter macam ni. Sekarang aku tak takut sangat dengan abah tapi lebih hormat padanya. Sejak anak2 dah besar, abah memang dah tak garang dengan anak2 kecuali dengan adik bongsu aku la. Sebab dia sorang je yang masih bersekolah dan tak reti nak uruskan diri lagi.

Apa2 pun, ingatlah. Kenapa ibu bapa kita menjadi garang, itu ada sebabnya. Supaya anak2 boleh mendisiplinkan diri dalam kehidupannya bila dah dewasa nanti. Kalau tengok ibu bapa zaman sekarang, mereka lebih berfikira terbuka. Memanjakan anak2 pun sudah satu kemestian sebab sayang anak la katakan... Bagi la semua yang anak2 mintak. Biar la diorang buat ape yang diorang suka. Takpe. Berfikiran terbuka la kononnya tu. Mana boleh macam tu. Lama2 nanti, anak2 sediri pijak kepala dah menangis tak berlagu. Itu la akibatnya kalau terlampau sayangkan dan manjakan anak. Anak2 buat salah pun tak berani nak tegur. Bila orang lain yang tegur, berani pulak nak menegur orang tu balik. Haih... Ape2 je la dunia zaman sekarang (gaya bunyi macam la aku ni dah tua sangat kan.)

nota kaki: sedang terkenang2 susah-payah abah dapatkan duit untuk aku nak pi Hong Kong. Tu sebab aku akan mudah melenting kalau orang mintak aku duit sesuka hati walaupun memang aku perlu beri dia duit lagi2 dengan nada mendesak. Rasa nak lempang laju2 je. Cukup tak suka dengan orang yang suka mendesak. Sesak nafas aku dibuatnya.

0 00 komen: