Mungkin tak terlambat lagi bagi aku nak memasang azam sempena awal Muharam dan tahun baru 2009. Kalau nak diimbas balik, tahun lepas kira ada la impian yang tercapai walaupun tak banyak. Sebab aku tak banyak pasang impian kot. Yelah... Orang kata, jangan mengharap terlalu banyak nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Jadi, elok tumpukan pada yang paling penting dulu. Nak jadi kaya itu sudah tentu perkara paling penting, tapi aku belum cukup sedia la nak menghadapi dugaan2 nak jadi kaya waktu belajar ni. Bagi aku, bila waktu belajar biarlah belajar betul2. Bila waktu kerja, kerjalah betul2. Jelas di sini, aku seorang yang tak suka menyusahkan diri sendiri dengan mencampur-adukkan macam2 perkara dalam satu masa. Ya... mungkin kehidupan aku kelihatan seperti sangat konservatif dan tak berani menghadapi cabaran dunia sebenar. Em... biarlah. Yang penting, aku selesa dengan cara aku walaupun akan lambat kaya. Yang penting, aku akan kaya jugak satu hari nanti. Tak mustahil kan? Selagi kita ada cita2 untuk mencapai sesuatu, selagi itulah kita akan berusaha untuk mencapainya kan? InsyaAllah... Amiin...
Impian nak memperbaiki gred design dah tercapai walaupun sekadar dapat B+. Eh, ingat senang ke nak dapat B+? Kena rajin tahan mata dari nak tertido je sepanjang semester, kena tahan bebelan lecturers sewaktu pin-up, kena tahan gigilnya tangan di saat menghulurkan duit kepada tokei kedai printing dan kena tahan malu saat tak dapat membidas kata2 panel dari luar sewaktu final presentation. Tebal ooo muka... Ah, aku memang begini. Susah sangat nak berargue dengan orang lain. Tapi, yang peliknya kalau dengan adik2 dan mak sendiri, aku tersangatlah pakar dalam bidang ni. Hmm...
Ok. Tak nak membebel panjang. Azam aku tahun ni:
1. Nak tunaikan solat di awal waktu. Sebab selalu lengah2kan solat disebabkan benda2 duniawi macam menghadap internet, tengok tv, buat drawing dan macam2 la. Cara2 untuk mencapainya: banyakkan dengar tazkirah dan ceramah2 agama untuk menyucikan hati.
2. Tak nak miss Subuh lagi. Sebab selalu terlajak tidur. Cara2 untuk mencapainya: berusaha untuk tidak tidur mati dengan memasang niat bersungguh2 sebelum tidur supaya bangun awal pagi esok.
3. Elakkan dari memikirkan kenangan2 yang menyedihkan. Sebenarnya, dah bermula dari tahun lepas. Dah berjaya setakat ini. Cuma tak nak ia dikenang kembali. Cara2 untuk mencapainya: menyibukkan diri dengan melakukan pelbagai perkara seperti sibuk berblog, sibuk menyiapkan projek, sibuk menghiburkan diri dan sibuk memuhasabah diri.
4. Nak jadi perempuan yang hebat. Tersedar sebaik sahaja menonton Gadis Melayu di tv9. Bila fikir2 balik, mesti mak bapak aku tak berapa nak gembira dengan imej aku yang tak macam perempuan sangat ni. Haha... At least, kena la ada sopan-santunnya, budi bahasanya dijaga, hormat orang tua, rajin tolong mak bapak, perintah Allah dilaksanakan, laranganNya ditinggalkan. Sebenarnya, seorang finalis GM bernama Aida yang membuatkan aku rasa rendah diri. Dia hebat dari semua segi. Bijak berkomunikasi, nampak ketegasan dalam keayuannya dan penampilannya sangat islamik. I like!!! Cara2 untuk mencapainya: kena beli baju baru ke??? (Aku kekurangan baju2 feminin (tidak termasuk baju kurung). Tu pun 2, 3 kali dalam satu semester je ia dipakai. Nisbah baju feminin kepada keseluruhan baju2 yang dimiliki adalah 1:25). Oh, aku rasa mungkin tidak akan beli. Di saat ekonomi dunia yang sedang merundum ni, mana mungkin aku ada duit nak beli baju baru. Cukuplah aku cuba bersopan-santun dalam kelakuan. Selain itu, aku kena banyak membaca bahan2 bacaan yang serius selain daripada membaca komik je. Apa yang aku sedar, selama ini aku tak pernah nak fikirkan benda2 yang kompleks menyebabkan otak aku tak berapa nak berfungsi dengan bijaksananya. Ye la... asyik nak fikir benda yang senang je. Bila kena fikir benda susah, mulalah kepala otak tension bagai nak pecah.
Cukuplah tu azam untuk tahun ni. Banyak2 kang nanti tak terkejar. Bila dah bekerja nanti, kena tambah azam lain pulak. Doakan la aku dapat grad tahun ni ye dan dapat menempuhi alam pekerjaan juga.
Okies... Salam semua... Semoga korang pun sedang berusaha mencapai azam tahun baru ini.
Popular Posts
-
Suatu hari, ofismate bertanya kepadaku, "Kenapa i tengok muka you dah makin putih, licin, bersih? Lagi elok dari sebelum pergi NS (Nat...
-
Ha... Kat sini aku ada beberapa petua yang aku amalkan untuk elakkan mulut berbau . Petua2 ini diperolehi daripada hasil2 bacaan dan juga se...
-
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia! Malaysia Boleh! Harus jawab tu. Bertemu lagi kita di dalam rancangan Petua Sang Pe...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 00 komen:
semoga semuanya tercapai menjelang pertengahan tahun ini, aminn
amiin..tq ila..
Post a Comment