Popular Posts

There was an error in this gadget

Follow by Email

Wednesday, December 31, 2008

Benci ar senyuman kejam itu

Emergency2!!! Huh… Huh… (termengah2 kepenatan kerana berlari2 ingin mendapatkan laptop). Ketahuilah di saat entri ini ditulis, jantung aku baru je terasa bagai terhenti seketika akibat daripada peristiwa yang agak mendebarkan dan membuatkan aku termangu2 sebentar tadi. Ok2… Calm down…Sila ikuti kisah ini…

Perut dah kenyang balun bihun goreng basah ngan air kosong kat Padang (food court) tadi. Mie dan Yan masih berborak2 dan aku hanya mencelah waktu diperlukan saja. Mata dah mengantuk. Tengok jam dah pukul 10.40 malam. Haih… memang mengantuk la sebab dah 2 hari tak cukup tidur nak siapkan draft working drawing.

Selesai je Mie dan Yan berborak, aku dan Yan pi bayar makanan la. Takkan nak berlalu pergi je tanpa segan-silu dan buat2 kedai tu macam kedai mak bapak sendiri. Dah selesai bayar, rasa cam nak shopping sedikit makanan iaitu bahan yang paling penting untuk melaksanakan hobi aku. MAKAN. So, kami berdua pun pergi ke kedai 21 jam STAR MART. Aku beli air Revive botol kecil, biskut Jacobs Apricot, sebungkus gula2 Kopiko dan Kek Lapis Coklat jenama ape-entah-yang-Erra Fazira-jadi-duta-tu. Yan beli 2 bungkus coklat Apollo je. Lalu, kami berdua pergi la ke kaunter di atas kesedaran bahawa takde benda free dalam dunia ni. Kalau ada pun, kita kena melakukan sesuatu dulu baru boleh dapat benda free tu contohnya shopping RM 100 ke atas dan anda akan dapat kertas tisu percuma. Contoh… Logik ke tak belakang kira. Ok… orang belakang tolong kira. Eeh… terbuat lawak pulak. Lawak ke?

Selesai sahaja membayar, kami menuju ke motor Kriss ku. Kami ingin pulang ke kolej. Mata sudah mengantuk dan pandanganku kabur2. Aku rabun malam la. Bahaya sungguh memandu dalam keadaan begini ye kawan2 sekalian lagi2 dengan otak yang sudah lalok sebab tak cukup tidur. Jadi, aku memandu lebih laju sedikit berbanding kelajuan kura2. Memang slow motion la aku bawak sebab aku selalu terbayang kalau memandu waktu malam aku akan terlanggar kucing. Tak tau la kenapa mesti terbayang kucing. Sebab selalu nampak kucing mati kena langgar kot. Kesian kucing2 itu. Dah la comel.

Sedang enak kami menikmati kesegaran udara di malam yang dingin ini, tiba-tiba kedengaran seperti sebuah motor mendekati motor aku. Aku ingat orang tu nak potong ke ape tapi, dia tak potong pulak. Dia jalan seiring dengan aku. Aku ingat kawan lelaki aku yang mungkin sengaja nak bertegur-sapa dengan aku. Aku pun tak berapa nak fokus kat muka dia masa mula-mula dia memandu sebelah aku. Yelah. Dah nama pun rabun malam memang tak berapa nak jelas la penglihatanku ini.

Orang tu memandu rapat sebelah aku dan di saat aku ingatkan yang dia kawan yang nak bertegur-sapa dengan aku, tangan dia laju je menyambar beg plastik yang terletak kat dalam bakul motor aku. Aku terkejut. Betul ke dia kawan lelaki aku? Dan ketika itu, aku masih menjangka lepas ni mesti dia ketawa dan berhentikan motornya untuk pulangkan beg plastik tu. Kalau dia berhenti, sah dia kawan aku. Tapi, dia tak berhenti. Dia terus memecut laju membelok ke satu simpang. Aku terpinga-pinga. Satu benda je masa tu berlegar-legar kat fikiran aku. Aku kena samun ke? Ye… Aku kena samun. Dan ini first time seumur hidup dan harapku adalah yang last juge.

Aku memang agak blur selepas kejadian itu berlaku. Aku tak tau nak respon macam mana. Agaknya kalau aku jerit "tolong...tolong!!! Penyamun!!!", berbaloi tak? Ade ke orang nak tolong? Mesti digelakkan pulak lepas tu sebab yang disamun cuma makanan je. Haih… siapa sangka orang tu adalah penyamun. Dan dia berbangsa Cina. Aku tak sangka pulak orang Cina pun ada yang gemar menyamun. Biasa tengok kat drama2 dan berita, orang Melayu je banyak menyamun.

Aku nak kejar motor tu pun pun dah terlambat. Tak mungkin dapat sebab aku pun tak nampak nombor plat motor dia. Sekali lagi disebabkan kerabunan mataku. Nak wat camne. Dah pakai spek pun masih rabun malam. Mata aku memang agak tak berfungsi kalau ada kat tempat gelap. Jadi, aku pasrah dan redha je la.

Nasib baik la dalam beg plastik tu cuma ada makanan dari Star Mart yang aku beli tadi. Nasib baik juge kerana tak menjadi kebiasaan aku meletakkan dompet dan henset di dalam beg plastik sebaik sahaja selesai shopping. Kalau tak, mesti esok aku kena bersusah-payah menguruskan pembuatan IC baru, lesen baru, kad bank baru dan segala2nya yang baru la. Malas aku nak buang masa untuk benda2 camni.

Haih… pasti orang tu kecewa dalam gembira. Kecewa kerana tiada barang berharga di dalam beg tu. Gembira kerana dapat makanan free. Ha… ni lagi satu contoh nak dapatkan barang free. Dia kena mengatur strategi dengan baik supaya segalanya berjalan lancar seperti memastikan dirinya stabil di saat tangan menyambar beg plastik dari bakul motor orang lain. Kalau tak stabil, sure jatuh punya. Tengok. Dia ada usaha nak dapatkan barang free. Tapi, contoh ini tak baik. Jangan ikut. Ha… benci ar…

Kalau aku la tau awal2 lagi dia nak menyamun makanan aku, lepas je dia sambar beg plastik tu akan aku tendang motor dia ke tengah jalan biar dia kena lenyek ngan kereta. Ok… memang banyak bayangan dalam kepala aku sekarang. Kalau la, aku kejar dia tadi, ape la yang jadi lepas tu? Kalau la aku tolak motor dia kat tengah jalan tadi, betul ke dia akan kena lenyek keta? Paling yang difikirkan, kalau aku tak shopping kat Star Mart tadi, agak2 aku kena samun tak??? Ape pun, benda dah jadi. Harap boleh dijadikan pengajaran kepada semua. Em.. ari ni rugi RM 10.40… aku nak air Revive ngan biskut Jacobs tu je. Dua2 ni makanan pembekal tenaga paling berkesan bila aku stay up. Yang lain tu aku tak kisah sangat sebab sekadar penyedap mulut je.

p/s: Yang tak bestnya, aku boleh pulak perasan penyamun tu tersenyum sebelum memecut laju. Sampai sekarang aku ingat lagi senyuman kejam itu. Eee… jahat!!! Benci ar!!! Shoh!!! Shoh!!! Tak nak ingat lagi.

6 00 komen:

ila ni said...

hah serius?!
kat mana lokasi kejadian?
nasib skuter xde bakul kat depan.
alhamdulillah dia tak tolak inot ke ape ke.

inotLOVEhunter said...

lokasi kejadian di jln utama yg slalu digunakan utk plg dr ss ke klj, simpang nak ke grox..
klu dia tolak org kan, mmg org blg ngan selipar getah hitam org yg berat ni..
mie nsihatkan spya mmsg box kt mtor..
ala..
mlsnye..

lempit jahan*m said...

=) waa memang sedap la lu punya biskut sama air. tengkiu aa amoi

inotLOVEhunter said...

siapa ini lempit jahanam?
wa manyak sakit ati sama lu woo...

kacang berkeju said...

haha..cite ni paling aku suke sbb aku da byk kali kne situasi spt itu.sedikit berbeza tap basicnye kne ragut/samun.haish..kalo bole putar balek ms sblum kjadian mmg mcm2 bnd nak wat.

Anonymous said...

bes2 cite ni