Popular Posts

There was an error in this gadget

Follow by Email

Sunday, November 2, 2008

aku perlukan tekanan...sesiapa tolong tekan aku...

aku perlukan tekanan untuk memaksa aku memulakan kerja...
tanpa tekanan aku akan berfoya-foya seolah-olah macam takde keje nak dibuat padahal boleh je keje-keje ni disiapkan lebih awal...
keje-keje ni taklah banyak...
tu sebab la aku berazam nak siapkannya lebih awal...
tapi kan, azam tu cuma tinggal azam...
mungkin ia sudah terbang bersama tikar terbang si Do Re Mi...
zam zam allakazam...
azam...
janganlah pergi dulu...
aku perlukanmu...
huu...
aku malas nak taip dah...
takde mood nak berbicara...
apakah keje yang aku sedang cuba settlekan???
tunggu la selepas aku dah siapkan keje tersebut baru aku post entry tentangnya...
sementara tu, pergilah realisasikan azam anda...
aku ingin meneropong Do Re Mi dengan teropong ajaibnya yang tertinggal kat studio aku ni...
ke mana saja la azam merayau ni???

*agak merepek kerana aku inginkan tekanan...
sesiapa tolong la push aku buat keje...

---------------------------------------


updated selepas kemunculan cik mood:

buat pengetahuan yang nak tahu saje, adalah sangat normal bagi budak archie untuk bekerja di bawah tekanan...
tekanan akan datang bila ade banyak drawing dan bod nak disiapkan...
ini membuatkan kami bekerja lebih laju dan berfikir dengan lebih pantas...
cuma, jangan la terlewat sangat memulakan kerja...
nanti ape pun tak jadi...
otak lambat berfikir, kerja pun jadi lembab...
so, yang penting pandai-pandailah uruskan masa...
jika tidak, kami akan menyesal...
ni aku takde tekanan sebab sume orang kat sekeliling aku tengah sibuk wat keje lain...
lagipun diorang ada exam lagi, kena buat animation lagi...
aku?
aku tak kena buat semua tu sebab aku dah buat tahun lepas...
mesti anda pelikkan???
macam ni citernya...
actually, aku ambik satu subjek je semester ni...
takde exam pulak tu...
best?
memang best...
kalau anda nak rasa best macam ni, pe kate anda extend setahun?
hehe...
sebenarnya kan, aku patut grad tahun ni...
tapi kan, disebabkan tahun lepas aku fail subjek yang aku ambik sekarang, terpaksa la aku extend setahun...
sebab subjek ini berprasyarat yang mana perlu lulus di semester 1 baru boleh ambik peringkat seterusnya di semester 2...
subjek ini dinamakan Specialised Architectural Design Studio...
woo..
gempak tak bunyinya??
mana tak gempak...
8hours kredit tu wei...
bala terbesar kalau fail subjek nih...
dan aku dah terkena..
tapi, aku rasa bersyukur gak kerana aku extend sebab aku dikatakan sudah menjadi lebih mantap daripada kebiasaannya...
aku pun tak sedar yang aku sudah mantap...
sebenarnya aku agak payah mendetect keistimewaan diri sendiri...
tapi, dari segi rendering aku memang akui aku sudah semakin mantap...
lepas ni, aku nak explore banyak lagi application untuk rendering...
nak survey mana yang lebih ringan dan boleh ditampung oleh laptop aku...
bukan ape...
kesian laptop aku kena menanggung berat bytes 3D yang aku buat...
kalau aku yang jadi laptop, mesti aku dah meletup...
tapi, laptop aku boleh tahan pulak...
aku kagum dengan kau wahai laptop ku walaupun kadang-kadang kau berperangai bengong jugak...
aku faham kenapa kau bengong...
sebab ko dah panas kan?
takpe...
kalau kau panas, aku akan sejukkan...
cooler pad kan ada...
kalau tak cukup sejuk, nanti aku pasang air-cond kuat-kuat ok???
kau kena ingat...
abah dah amanahkan kau untuk menolong aku habiskan semester ni dan semester depan...
jadi, kau kena la tunaikan amanah tu ye...
ha...
dah start buat keje gile aku ni...
berbicara dengan laptop pulak...
dah la...
nak sambung buat keje...
tata...

2 00 komen:

amyfahmi said...

haih
aku ngah tekanan gak ni
meh g karoke

inotLOVEhunter said...

jom2..kita nyanyi lagu negaraku..hrp ko tak tertekan lg pastu..