Dia...
Adalah seorang roomateku...
Yang sudah punya buah hati...
Dia...
Seorang perempuan...
Yang sifatnya lemah gemalai...
Tapi kalau naik hangin, nauzubillah...
Intan berlian yang keras pun boleh pecah berderai...
Naik hangin ikut suka...
Menangis tersedu-sedan pun ikut suka...
Menyanyi-nyanyi lagi la dia suka...
Aku ini bagaikan tunggul agaknya...
Kena dengar segala cacian, rengekan dan nyanyiannya...
Segalanya ditujukan khas untuk buah hatinya...
Hoi...
Kau tak reti maksud privasi ke?
Orang lain pun bercinta juga...
Tau pula diorang keluar dari bilik bila nak bergayut...
Yang kau selamba badak je bergayut depan aku...
Panas telinga aku dengar tau tak?
Kalau sekali-sekala takpe...
Ni sepanjang masa asyik bergayut je...
Nanti aku yang naik hangin baru kau tau...
Haih...
Aku tak boleh la nak naik hangin...
Aku dah berazam nak jadi perempuan yang hebat...
Aku tak nak marah-marah...
Tapi aku kena sound juga kau ni...
Kalau tak ramai pulak orang jadi mangsa kegatalan kau dan buah hati kau tu...
Pukul 3 pagi itu...
Dia menangis tersedu-sedan mendengar buah hatinya berbicara...
Mesti buah hati dia buat hal ni...
Dah faham sangat aku dengan perangai buah hati dia tu...
Suka menimbulkan sengketa...
Kalau ikutkan hati, mau je aku buat-buat ngigau lalu menyambar henset di tangan perempuan itu kemudian dengan serta-merta akan ku campakkannya ke luar tingkap dan selepas itu akan aku kembali meneruskan tidurku...
Atau pun mau je aku cakap, "kalau dah tak sanggup nak dengar, janganlah dengar..." lalu akan ku capai henset tersebut kemudian aku offkan dan letakkannya di bawah bantal aku...
Tapi...
Kenapa la aku takde kekuatan nak buat macam tu?
Tak pasal-pasal aku kena dengar segala cacian dari mulut dia...
Dah terasa macam aku yang kena caci...
Sakit hati aku beb...
Kalaulah aku jumpa buah hati dia ni...
Mau aku tumbuk muka dia bertubi-tubi...
Apa jenis lelaki lah...
Tak tau nak jaga hati awek sendiri...
Kau ingat kau nyanyi tengah-tengah malam tu dah kira romantik la?
Hak tuih la kau!!!
Orang tak matang je buat macam tu...
Geli la aku woi...
Roomate aku ni pun satu...
Macam mana la dia boleh sangkut dengan laki macam ni?
Kalau aku, sah aku reject awal-awal...
Siapa sanggup hidup dengan lelaki yang tak reti nak hormat kita?
Yang susah nak percayakan kita...
Tau la cemburu tandanya sayang...
Tapi, kalau dah sampai mengamuk awek kau dibuatnya...
Elok kena rejam je kot laki ni...
Tak habis-habis buat perangai...
Ha...
Faham betul aku dengan perangai laki tu...
Macam aku pulak yang bercinta dengan laki tu...
Aku tengah marah ni...
Nasib baiklah wujud sebuah tempat bernama studio kat dunia ni...
Boleh lah aku hidup dengan aman di sini...
Kalau boleh...
Tiap kali aku balik ke bilik...
Aku berharap sangat dia takde kat bilik...
Aku tak sanggup nak pandang muka dia...
Aku rasa benih-benih kebencian sudah mula bercambah...
Oh...
Aku begitu marah nampaknya...
Baik aku stop...
Kalau tak...
Makin kuranglah pahala puasa aku hari ni...
Nota kaki: aku rasa mungkin sebab dia tak pernah tinggal kat asrama menyebabkan dia tak faham maksud privasi. Benda macam ni pun kena ajar ke? Bukan boleh buat-buat faham sendiri ke? Ish... Tak faham la aku perempuan nih!!!