Hobi Azlina masa kecil:
1. Main badminton dengan jiran, Ain dan Indang. Kadang2 bapak diorang, Acik Atan join juga. Setiap hari. Setiap petang. Masa ni Azlina memang champion la kan dalam game ni.
2. Main polis sentri dengan orang yang sama juga kecuali Acik Atan. Tak logik la kan. Masa ni, Azlina memang kuat berlari. Walaupun kakinya pendek, dia masih boleh berlari laju lagi untuk menangkap penjahat.
3. Main pondok2. Bestnya la hai kenangkan pondok yang ada kat rumah dulu. Sekarang sudah dimusnahkan.
4. Menunggang basikal dan merepair basikal. Dulu, Azlina memang suka mengadjust2 basikalnya supaya jadi lebih power. Tambah2 lagi, dah belajar subjek Sains kat sekolah dulu. Siap adjust lampu basikal dengan dinamo kat basikal sendiri lagi.
5. Main monyet2. Biasanya, abang Aleh yang jadi monyet.
6. Main teng-teng, konda-kondi, galah panjang, rebut tiang, batu seremban, lompat tikus dan segala macam permainan tradisional. Oh, alangkah indahnya jika dikenangkan! Andai dapat diulang kembali waktu itu.
7. Camping kat atas busut yang dianggap bukit kat sempadan rumahnya dengan rumah jirannya. Tapi, sekarang kawasan itu sudah ditarah menjadi kawasan rumah baru jirannya. So sad... =.(
8. Pergi kelas berzanji dan marhaban setiap malam yang ditetapkan di sekolah agama. Sangat best juga kerana dapat merempit pada waktu malam. Hahaha...
9. Tengok tv cerita Power Rangers, Along, Usop Sontorian, Doraemon, Dragon Ball, Sailormoon, Cardcaptor Sakura, Mask Rider, dan sebagainya.
10. Main masak2. Alatan memasak semua buat sendiri ok. Korek tanah liat dari tanah, lepas tu bentukkan menjadi peralatan memasak dan keringkan. Lepas tu, boleh la guna. Kreatifnya mereka semua!
11. Pergi kebun tolong abah 'beroning'. Maksudnya, bersihkan kebun. Best sebab masa ni boleh pegang pisau dan parang pastu boleh tebas daun2 kelapa yang bersepah2. Best ke? Huhu...
12. Azlina suka meronda kampung dengan menaiki basikal. Manalah tak kurus masa tu. Sekarang? Basikal pun tak larat nak tampung dia kot?...
13. Main camping2 kat rumah waktu hujan. Dulu, ada katil 2 tingkat kat rumah Azlina. Kat bilik abang Aleh. Abang Aleh selalu pasang selimut jadi macam khemah kalau hujan. Jadi, mereka adik-beradik bertiga akan duduk dalam khemah tu ditemani cahaya lampu suluh. Memang seronok. Lagi2, siap boleh bermain drama yang macam2. Haha... Masa tu, start ar masing2 jadi penulis skrip berkaliber. Ada cerita polis, ada cerita cikgu, ada cerita penjahat, ada cerita mak bapak. Haih, macam2! Syok giler...
Itu saja... Sekian...
Popular Posts
-
Suatu hari, ofismate bertanya kepadaku, "Kenapa i tengok muka you dah makin putih, licin, bersih? Lagi elok dari sebelum pergi NS (Nat...
-
Ha... Kat sini aku ada beberapa petua yang aku amalkan untuk elakkan mulut berbau . Petua2 ini diperolehi daripada hasil2 bacaan dan juga se...
-
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia! Malaysia Boleh! Harus jawab tu. Bertemu lagi kita di dalam rancangan Petua Sang Pe...
Wednesday, February 10, 2010
Hobi Azlina Sewaktu Kecil
Labels:
kawan-kawan,
keluarga,
perasaan,
perkongsian,
petua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 00 komen:
no 10 sangat tradisional pekerjaan nya hahaha gigih tu bentukkan sendrik alat2 masak.
no 13 - SAMA!!! tapi rumah ila xde katil double decker, jadi kemah kami kecil sahaja, iaitu ruang antara 2 kusyen yang diberdirikan sahaja + selimut bhgn atap.
ila..
haha...
serius tu buat alatan masakan sendiri...
kalau pecah kami akan buat balik...
giler rajin...
huhu...
wah, ada juge org main camping mcm saya!
sep sikit!
best kan ila kenang zaman kecik2 dulu...
oh2...
teruja!!
Post a Comment