Popular Posts
-
Suatu hari, ofismate bertanya kepadaku, "Kenapa i tengok muka you dah makin putih, licin, bersih? Lagi elok dari sebelum pergi NS (Nat...
-
Ha... Kat sini aku ada beberapa petua yang aku amalkan untuk elakkan mulut berbau . Petua2 ini diperolehi daripada hasil2 bacaan dan juga se...
-
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia! Malaysia Boleh! Harus jawab tu. Bertemu lagi kita di dalam rancangan Petua Sang Pe...
Wednesday, February 10, 2010
Attention Seekers?
Tadi duduk berborak dengan S tentang macam2. Tiba2, keluar topik macam mana nak jadi kaya. So, aku bagi pendapat la. Dengar kata kawan2 kalau nak cepat kaya, jadi arkitek bukanlah pilihan yang tepat. Sebab, arkitek selalu dapat duit masa final stage? Em, tak sure tentang tu. Sebab aku tak kerja kat firma arkitek. Jadi, aku tak tau macam mana real situation di sana. S tanya, kalau macam tu kerja apa yang boleh jadikan kita cepat kaya? Aku jawablah, PENYANYI. I mean, ARTIS. Dia tergelak. Tak pernah terfikir seumur hidup dia nak jadi artis. Dan dia tak suka berada di atas pentas. Jauh beza dengan aku yang selalu berada di atas pentas sejak tadika lagi. Dan S ni buat aku geram pulak bila dia mengeluarkan pendapat bahawa orang yang suka berada di atas pentas ni adalah ATTENTION SEEKERS? Aku cuba membantah kerana aku berada di atas pentas bukan untuk mendapatkan perhatian orang. Aku suka berada di atas pentas kerana aku boleh jadi watak yang berbeza. Bila di atas pentas, seolah2 ada satu semangat yang membuatkan aku jadi lebih berkeyakinan. Dan aku melakukannya kerana ia adalah salah satu minat aku. Menyanyi, berlakon, berdikir barat, mendeklamasikan sajak, bersyair. Semua itu adalah minat aku. Tidak pernah terlintas di fikiran untuk menarik perhatian sesiapa pun. Dan S masih kata aku adalah ATTENTION SEEKERS. Cait! Aku mengeluh. NO LAH... Akhirnya, aku menukar topik lain kerana tidak mahu berbalah dengannya lagi. Nasib baik aku sayang ko S. Kalau tak, aku cubit2 pipi ko sampai lebam. Dan, topik untuk menjadi kaya dengan cepat itu tenggelam begitu saja. Hehe...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 00 komen:
Post a Comment