Popular Posts

Tuesday, November 30, 2010

Saya Sayang Keluarga Saya Lebih Daripada Segala-galanya

Malam tadi aku keluar makan dengan abah...
Dah lama tak keluar makan dengan keluarga sendiri...
Niat nak masak, tapi abah ajak makan luar sebab abah tak masak apa pun...
Dan abah kata abah dah lapar...
Jadi, aku ikut saja kata abah...

Mak tak ada kat rumah...
Kakak ipar aku sakit...
Terpaksalah mak menjaganya dan menjaga anak2nya di Mantin...
Dalam sakit2 kaki mak pun, mak gagahkan jugak badan nak jaga menantu dan cucu2 kesayangannya...
Harap kasih-sayang mak dihargai sepenuhnya...
Abang aku pula sibuk bekerja dan perlu menghadiri kelas di malam hari...
Jadi, tinggallah aku dan abah berdua di rumah...

Aku terfikir, andaikata salah seorang daripada orang tua kami sudah tiada, mungkinkah akan jadi sunyi seperti ini?
Rumah yang begitu besar, cukup untuk puluhan orang tinggal, adakah akan menjadi kosong akhirnya?
Atau mungkinkah semua adik-beradikku akan beramai2 tinggal di rumah ini?
Atau macam mana?
Hmmm...
Sunyi...
Memang sunyi...
Nasib baik aku buat keputusan untuk tinggal di kampung...
Kalau tak, mesti abah keseorangan je kat rumah tu...
Aku tau abah rindu mak...
Malam tadi nampak abah tengok gambar mak...
Abah, walau nampak keras, tapi jiwanya lembut...
Walau suka cakap pedas, tapi sayangnya masih ada...
Dan aku rasa aku mewarisi sikap abah...

Teringat satu kisah di mana satu hari seekor kucing belaan kami dikejar oleh kucing jiran lalu termasuk ke dalam parit...
Kejadian itu dah berulang beberapa kali...
Abah dah bagi warning kat emak jangan bagi kucing itu keluar rumah...
Tapi, entah macam mana terlepas jugak kucing tu ke luar...
Bila dah termasuk parit, tau pulak kucing tu masuk rumah balik dengan badan kotor bau air longkang...
Terpaksalah mak yang sakit2 kaki membasuhnya...
Abah pulak hanya membebel je...
Tapi, bila dikenang2 balik kelakar pulak kejadian ni...
Maklumlah, masa tu mereka tinggal berdua je...
Takde aktiviti nak buat...
Jadi, saja2 bergaduh kot nak merapatkan silaturrahim...
Eh, boleh ke macam tu?
Haha...
Entahlah...

Apa pun, aku memang merindui suasana kampung ini...
Tiap2 pagi pergi kerja, sedap mata aku memandang suasana kampung yang menghijau...
Perasaan yang tak boleh nak digambarkan dengan kata2...
Orang tertentu saja tau perasaan ini...

notakaki: Aku tak malu jadi orang kampung sebab selalu kalau hari raya pun orang selalu tanya, "tak balik kampung ke?". So, apa nak malu? Kalau ada sesiapa yang diejek2 sebab dirinya orang kampung, biarkan je la. Best ape jadi orang kampung.


2 00 komen:

fatheha said...

ina..welcome 2 RTB...=)....

hujan emas di negeri orang, ujan batu dinegeri sendiri,lbh baik dinegeri sendiri...

kakak ipar sakit pe?

INOTLOVEHUNTRESS said...

hehe..
tq2..

hari tu wat check up katanya limpa rosak..
muntah darah sebelum tu..
xtau la betul ke tak..
bila jumpa dukun, katanya kena santau..
xtau la mana yg betul...

harap2 cepat eloklah...