Popular Posts

Saturday, October 30, 2010

Tiada Rumah Yang Dirasakan Seperti Rumah Melainkan Rumah Yang Sebenar-benarnya

Dah sebulan aku menyewa di bilik baru dan rumah baru. Aku seorang. Dan aku keseorangan. Aku perlukan kawan untuk duduk dengan aku. Sebab aku rasa sunyi. Aku betul2 sunyi. Bukan aku tak nak berkawan dengan orang rumah tu, tapi mereka pun seperti tak mahu merapatkan diri denganku. Sepatah aku tanya, sepatah dia jawab. Tiada langsung ciri2 ingin bermesra denganku walaupun aku cuba untuk bermesra.

Pagi tadi, aku duduk tengok TV seorang diri di ruang tamu. Oh, ini pertama kali aku menonton TV di hujung minggu sebab selama ni setiap hujung minggu aku pasti balik kampung halaman. Tiba2, aku mendapat mesej. Begini bunyinya, "Salam. Ina, untuk pengetahuan astro tu kitorang tak share. Kalau nak guna mesin basuh dan dapur tak pe la. Astro tu akak kongsi bayar dengan adik akak je. Sori ye." Hmmm... Agak2 ape respon aku mendapat mesej macam ni dari orang yang tengah duduk dalam bilik tu? Muka aku tiba2 panas. Lambat aku nak membalas mesej tu. Tak tau nak cakap macam mana. Nak tanya "apa kata kita share bayar?", aku jarang pulak tengok TV. Yang aku boleh balas cuma "Oh. Ok." Tak lama lepas tu, aku terus masuk bilik. Macam mana la aku nak mulakan sesi bermesra macam ni kalau aku pun tak boleh duduk sama2 depan TV dengan mereka berborak2 itu ini. Aku rasa kosong sangat duduk sorang2 macam ni.

Aku dah buat keputusan. Ini bulan terakhir aku duduk rumah tu. Lepas ni, aku ulang-alik je ke tempat kerja dari kampung. Biarlah penat ke tak penat. Aku tak peduli. Kerana hati ini telah dilukai.

4 00 komen:

ila ni said...

gilak dingin. tumpang sedih.

INOTLOVEHUNTRESS said...

mmg sedih..
rasa tak boleh nak kawal dah perasaan tadi..
mcm nak nangis pun ada tapi tahan je..
lain kali tv tu letak bilik la kalau tak kasi orang tengok..

amy said...

blh tak kate mcm bongok je bdk2 uma tu.
tercengang lg aku ble baca entri ko ni. betul2 tak faham.
sabar je la.

INOTLOVEHUNTRESS said...

amy, sebab diorang senior kan kat rumah tu..
lagipun tu tv diorang..
tak habis bayar lagi la tu sbb dia kata jugak tv tu dia share bayar dgn adik dia...
patutlah selama diorang tgk tv tak pernah nak menjemput aku tengok sekali..
rupa2nya mmg aku tak dibenarkan tengok pun...
mana aci beb..
bil letrik nanti bayar sama rata gak..
diorang sepanjang hari tengok tv kot..
aku pulak menonong kat dalam bilik ngadap dinding..
heh, letih aku dgn kerenah org2 ni..
malas dah nak menyewa tempat lain..
nak balik rumah kampung je..
lagi feels like home...
ooo yeah...