Tapi, malangnya pagi ni. Di saat aku melangkah ke parking motor dengan jiwa yang berkobar2 mahu ke ofis, aku terlihat cecair likat di atas motorku. Ku sangkakan tahi burung, rupanya ludah manusia disertai dengan kahak. Ya Allah! Serius aku menyumpah-seranah pagi tadi. Tak senonoh punya perangai. Aku tau la motor aku baru, janganlah jeles sampai tahap nak meludah kot iye pun. Hish!!!!!!!! Geram sangat tadi. Kalau tahi burung takpe lagi, sebab burung mana ada akal. Tapi, kalau manusia yang ada akal fikiran, itu memang tak boleh nak dimaafkan! Itu memang harus dikerat 18 lidahnya bagi anjing makan. Anjing pun tak lalu nak makan sebab nanti dapat penyakit anjing gila. Dalam nak cepat2 tu, terpaksa pergi beli air mineral kat kedai mamak. Nasib baik dekat je. Kalau jauh, aku tak tau la mana nak cari air untuk bersihkan ludah tu. Hmmm... Dah bersihkan dah.
Macamlah ni la rupa mangsa ludahan tersebut. Kena ludah kat seat bahagian bontot dia. Lepas ni mesti takde orang nak tumpang naik motor aku. Hahahahahahahahahaha... (Gelak setan)
Tadi pun hampir eksiden depan ofis orang sebab orang dalam ofis tu buka gril depan tangga tu. Aku pulak bawa motor kat koridor ofis tu nak ke koridor ofis aku. Tup, tup! Dalam semeter lagi nak sampai pintu gril ofis orang tu, tiba2 gril terbuka. Aku punya terkejut terus tekan brek tapi, tak nak berhenti jugak motor aku ni. Orang tu pun serta-merta tarik balik pintu gril tu ke dalam tapi, aku rasa macam tak lepas jugak. Menjerit sikitlah aku cakap "eh, eh!" biar orang tu dengar dan tarik pintu tu ke dalam lagi. Huish, nasib baik tak berlanggar dengan pintu tadi! Kalau tak, habis ranap motor aku. Dah kena repair. Dah kena keluar duit lagi. Dah jadi papa kedana balik. Alhamdulillah. Syukur takde pape.
Hari ni keluar duit belanja RM5. RM 2 beli kuey teow goreng, RM2 beli keropok lekor. RM1 beli air mineral. Jumlah belanja minggu ni setakat hari ni adalah RM8. Hmmm... Bagus jugak tak keluar lunch. Taklah cepat habis duit aku.
Ok la. Takat ni saje cerita aku pada hari ini. Jumpa lagi di lain waktu. Salam.
notakaki: Seri kata kalau aku bercakap, ayat aku macam ayat anak buah dia yang berumur 3 tahun. Hmmm... Betul ke?
0 00 komen:
Post a Comment