20102010...
Tarikh macam cantik giler kan? Tu sebab aku macam tertanya2 apa la yang bakal berlaku kat aku hari ni ek? Ada tak peristiwa yang macam spesel akan berlaku. Tunggu punya tunggu, dari pagi hinggalah ke tengahari, dari tengahari hinggalah ke petang, dari petang hinggalah ke Isya', tak juga ada petanda yang perkara istimewa akan berlaku. Kot2lah terjumpa jodoh hari ni ke, jumpa satu million ringgit kat tepi jalan ke, jadi hero yang menyelamatkan seseorang ke, tapi tak juga berlaku. Hmmm... Aku fikir2 lagi. Memang hidup aku ni membosankan sangat ke sampai langsung takde benda yang spesel berlaku?
Hari ni datang kerja ke ofis seperti biasa. Lewat seperti biasa juga. Tapi, macam biasalah. Bos pun tak sampai lagi. PA bos pun tak sampai lagi. Fuh, selamat! Tapi, aku datang lewat, balik pun aku lewat jugak tau. Bos pun dah faham sangat dengan rutin aku. Tu yang dia macam tak kisah sangat. Tapi, aku mencuba jugak setiap hari untuk datang awal. Jarang berjaya, tapi pernahlah sesekali berjaya. Kerja kat ofis agak banyak juga hari ni tapi, aku dapat siapkan dengan pantas. Faedahnya, aku tak perlu bawa balik kerja ke rumah.
Tengahari tu, makan kat tempat biasa. Tapi, tukar lauk luar biasa sikit hari ni. Harga pun luar biasa mahalnya! Ikan memang mahal ek sekarang? Serik aku nak makan ikan lagi macam ni. Boleh tak sekali makan aku habis RM7.20? Haih, banyak sangat tu duit aku dicekau! Ok. Itu kisah luar biasa yang pertama untuk hari ini.
Seterusnya, dari tengahari sibuk siapkan kerja sampailah ke petang macam biasa juga. Solat pun jangan lupa ditunaikan macam biasa. Tibalah sesi untuk pulang ke rumah. Hari ni aku buang tabiat konon nak pergi ke Perpustakaan Hypermedia MPSJ untuk pertama kali. Rasa2 macam rindukan suasana perpustakaan. Tiba2, teringatkan Perpustakaan UPM. Oh, rindunya! Sebenarnya, niat sebenar nak ke sana adalah untuk menghabiskan bacaan buku Harry Potter aku yang tak habis2 ni sebabnya kalau baca kat bilik je, mesti aku tertidur. Jadi, aku cubalah mencari inisiatif untuk membaca buku dengan lebih selesa dan suasana yang memberangsangkan. Ok. Balik kerja tu aku teruslah mencari2 perpustakaan tersebut. Ah, puas pusing satu Taipan tu, tapi tak jumpa2. Padahal masa tu pernah ternampak dengan Seri (ofismate) perpustakaan tu memang betul2 tepi jalan besar. Deng! Tak jumpa! Disebabkan Maghrib hampir menjelma, aku bercadang untuk balik ke rumah saja. Kebetulan Nor (studiomate masa study kat UPM) ajak makan malam sekali. Aku pun on je la.
Sampai je kat kawasan kediaman aku, terus aku call Nor. Aku nak lepak kat bilik dia. Kebetulan dia dan aku duduk satu kawasan kediaman. Tapi, terpisah dek bangunan blok2 lain la. Dia kata ok. Aku pun ok la. Lepak bilik dia sampai Isya'. Layan Korean game show kejap dan akhirnya, kami turun makan di tingkat bawah. Ok. Aku try makanan luar biasa sikit hari ni. Nasi goreng sotong dan sirap ais. Fuh, mengancam habis!
Penatlah cerita panjang lebar camni. Dipendekkan cerita, apa yang lagi yang luar biasanya hari ni? Ha... Kunci rumah hilang................................................................... Aku terpana seketika. Aku memang tak pernah kehilangan benda2 penting macam ni. Seingat aku, aku memang tak pernah leka dalam menjaga barang2 aku. Lagi2 kunci! Kunci! Mana ko? Aku perasan kunci tu takde masa aku dah naik lif. Aku cari2 dalam beg, tak jumpa. Cari lagi kat poket. Tak jumpa jugak. Cari dalam lubang hidung? Eh, konfem tak muat nak masukkan kunci tu. Aku dah gelabah dah. Mustahil boleh hilang! Aku memang tak puas hati. Sape je la yang nak ambik kunci rumah aku ni? Fikirku yang tak berapa boleh nak fikir dah. Aku nekad nak cari kat ofis. Masa tu dah pukul 10.45 malam. Tapi, aku survive juga demi maruahku. Terpaksalah aku turun balik dan menunggang motor ke ofis selama 15 minit. Ah, penat! Aku geledah laci ofis dengan harapan kunci tu ada terus depan mata bila aku buka laci pertama. Deng! Takde! Seingat aku kunci tu aku letak dalam poket je pagi tadi. Tapi, takde. Kosong! Habis aku geledah semuanya. Tiba2, aku terfikir. Mesti ada sesuatu yang miracle akan menjadi hari ni. Aku dengan penuh konfiden membuat kesimpulan bahawa kunci tu akan muncul dengan sendirinya tak lama lagi. Jadi, aku tekad untuk balik ke rumah saja dan mengganggu housemates yang dah nak tidur. Lebih kurang pukul 11.50 malam sampai kat rumah.
Penat. Nak rehat! Itulah yang aku fikirkan sebaik sampai kat rumah. Nasib baik kunci pintu bilik tak berapa nak ok. Tolak sikit, pusing2 tombol pintu dah boleh buka dah. Buka baju, buka seluar... Seluar? Ya... Di saat aku ingin melucutkan tali pinggang daripada seluarku, aku merasakan satu benda yang berat dan bergemerincing berada di bahagian bawah tali pinggang berhampiran dengan zip seluar. Aku seluk balik poket seluar dan itu dia! Aku dah agak dah. Ko memang nak kena la kunci. Tarikh 20102010 ni la ko nak kenakan aku kan? Ko hengat ni April Fool ka? Haiya...
Wa manyak penat lo... Wa mau tido la macam ni... Sampai jumpa lagi. Salam..
Popular Posts
-
Suatu hari, ofismate bertanya kepadaku, "Kenapa i tengok muka you dah makin putih, licin, bersih? Lagi elok dari sebelum pergi NS (Nat...
-
Ha... Kat sini aku ada beberapa petua yang aku amalkan untuk elakkan mulut berbau . Petua2 ini diperolehi daripada hasil2 bacaan dan juga se...
-
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia! Malaysia Boleh! Harus jawab tu. Bertemu lagi kita di dalam rancangan Petua Sang Pe...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 00 komen:
Post a Comment