Popular Posts

Saturday, March 13, 2010

Mencabar Diri Buat Kerja Gila

Subang Jaya, Sabtu: Hari ini dalam sejarah. Buat pertama kali dalam hidupnya, seorang wanita berumur 24 tahun berjalan kaki dari rumahnya di Bandar Sunway ke pejabatnya di Taman Perindustrian USJ 1. Perjalanan sejauh 8.0 km itu mengambil masa selama satu setengah jam. Dikatakan dia telah membuat kajian dahulu sebelum memulakan perjalanan dengan merujuk pada Google Maps Malaysia.

Wanita tersebut berbuat demikian kerana dia telah meninggalkan motorsikalnya di luar pejabatnya semalam disebabkan hujan yang sangat lebat dan meminta bantuan rakan pejabatnya untuk menghantarnya pulang ke rumah.

Sewaktu memulakan perjalanan dari rumahnya, dia bertekad untuk tidak menahan mana2 kenderaan kerana ingin mencabar dirinya untuk menghabiskan misi tersebut. Di separuh perjalanan, dia singgah di kedai makan untuk membeli air mineral dan gula2 Kopiko sebagai bekalan perjalanan yang seterusnya. Di sepanjang perjalanan, dia dikatakan sangat kepenatan namun dia bertekad untuk terus berjuang dan tidak menahan mana2 kenderaan yang lalu.

Dipendekkan cerita, setibanya di bangunan pejabatnya, dia telah singgah di kedai mamak berhampiran dan minum air teh o ais sebagai pengubat dahaga dan penat. Dia duduk di situ hampir 15 minit sebelum mengambil motornya lalu meninggalkan pejabat tersebut. Nikmat terasa sebaik sahaja dia menunggang motornya. Ah, nikmat angin sangat dirasakan ketika itu! Kini, dia benar2 menghargai kehadiran motor tersebut di dalam hidupnya. Betapa sukarnya hidup di bandar tanpa kenderaan sendiri.

Berita ini berakhir di sini kerana wanita tersebut sudah letih menaip dan mahu berkemas pulang ke kampung halamannya.

1 00 komen:

t E d said...

sangat gila kamu inot.wahaha