Popular Posts

Tuesday, December 2, 2008

Aku Tak Sihat

Sejak 2 tahun ni aku asyik demam je. Kalau anda ingin tahu, dulu aku sebenarnya agak payah untuk diserang penyakit yang satu ni. Pernah dalam beberapa tahun tu aku tak diserang demam langsung. Amacam? Terer tak aku? Hehe…

Ye… mungkin tak diserang demam tapi, diserang sakit lain. Sakit belakang. Sakit yang bermula sejak form 5 gara-gara subjek Lukisan Kejuruteraan yang aku ambil. Aik? Macam mana tu? Mesti anda pelikkan? Cuba bayangkan situasi ni ye kawan-kawan. Anda dikehendaki duduk sambil menunduk di atas kerusi untuk melukis lukisan selama 3 jam sewaktu peperiksaan atau pun ujian. Memang sengal satu badan la wa cakap lu. Sebagai persediaan, masa SPM dulu sebelum ambik paper ni, aku dah bersenam awal-awal kat dorm dan menampal koyok di belakang badan supaya tak terasa sakit sangat masa melukis nanti. Masa matrik pulak aku telah mendapatkan rawatan fisioterapi secara percuma di Hospital Besar Seremban. Alhamdulillah sekarang dah jarang datang penyakit ni. So, kalau aku nak buat keje untuk jangka masa yang lama, aku kena pastikan postur badan aku betul waktu duduk. Kalau tak, sakit ni akan datang lagi. Sakit dia tu, nauzubillah… rasa macam dicucuk-cucuk dengan benda tajam je bahagian belakang aku ni.

Berbalik kepada kisah demam tadi, aku ada cerita luar biasa yang ingin dikongsikan bersama. Bagi aku luar biasa la. Kalau anda rasa tak luar biasa, takpe la. Aku boleh agak bila masanya aku akan diserang demam. Bermula dari sakit tekak, selsema, lalu mengalami batuk yang berpanjangan. Kebiasaannya kalau demam, badan aku tak panas di luar tapi panas di dalam. Muka aku akan menjadi gelap-gelita. Aku pun tak tau kenapa. Paling mengerikan adalah setiap kali aku mengeluarkan kahak, pasti ada darah beku yang akan seiring sejalan dengan kahak tersebut. Tapi, bila darah beku tu dah tak ada, tekak aku takkan sakit lagi. Dan aku akan segera sembuh selepas tu. Lalu, dengan memandainya aku membuat kesimpulan bahawa darah beku tu terhasil akibat kepanasan pada kepalaku. Logikkan?

Sebenarnya aku dah mengalami batuk ni sejak selepas raya aidilfitri yang lalu. Tapi, sekadar batuk kering. Takde kahak, takde darah beku. Tapi, agak seksa jugak la. Rasa gatal kat tekak dan paru-paru. Aku tak tau pulak sebab apa aku batuk. Adakah aku dah tak imun lagi dengan minuman sejuk? Sebabnya sepanjang aku stay kat studio dulu aku selalu melantak air pepsi McD dan air water-cooler. Sebelum ni, aku tak pernah pulak batuk dan demam disebabkan minum minuman sejuk. Malahan, minuman sejuk tu la yang jadi ubat bila batuk dan demam. Tapi, nampaknya sekarang memang aku kena berpantang daripada menelan minuman sejuk yang sedap dan nikmat itu. Oh, rindunya aku dengan botol vanilla coke yang berkondensasi, float buatan sendiri yang aiskrimnya membukit tinggi dan air sirap sejuk kegemaran di rumah yang merah membara semangat waja kalernya. Oh... oh... aku rindu…

Aku rasa ni demam paling teruk pernah aku alami. Dah dekat seminggu aku demam tapi tak baik-baik. Makin teruk ade la. Haih… biasanya paling lama tempoh aku demam pun 3 hari je. Ke aku ada sakit lain? Oh, tidak! Jauhkanlah… dan kini aku sekadar menelan ubat demam yang lepas yang tak habis dimakan. Malas nak jumpa doktor. Tak suka menunggu. Dan tak suka diperiksa oleh doktor lelaki. Segan… huhu…

Ayuh kahak…
Ayuh darah beku…
Nyahlah kau segera dari tubuhku…
Izinkan aku tidur lena di malam hari…
Berikan aku keselesaan untuk menyiapkan working drawing…
Tolonglah…

3 00 komen:

Anonymous said...

dah sembuh batuk2 tu ke? my sister dulu pun macam tuh 1-2tahun tak demam. bila demam sampai seminggu lama.. lepas baik, dalam seminggu dua, demam semula..

Anonymous said...

tp aku demam lama beb 2 mggu gak ar siap kena masuk air 2..

INOTLOVEHUNTRESS said...

sisa2 batuk masih ada smpai skrg..
tp xteruk sgt..

tapi, alahai..
siapa la anonymous ni?
blh tgglkn nama x lain kali?
tq.. =.)