Popular Posts

Tuesday, November 30, 2010

Saya Sayang Keluarga Saya Lebih Daripada Segala-galanya

Malam tadi aku keluar makan dengan abah...
Dah lama tak keluar makan dengan keluarga sendiri...
Niat nak masak, tapi abah ajak makan luar sebab abah tak masak apa pun...
Dan abah kata abah dah lapar...
Jadi, aku ikut saja kata abah...

Mak tak ada kat rumah...
Kakak ipar aku sakit...
Terpaksalah mak menjaganya dan menjaga anak2nya di Mantin...
Dalam sakit2 kaki mak pun, mak gagahkan jugak badan nak jaga menantu dan cucu2 kesayangannya...
Harap kasih-sayang mak dihargai sepenuhnya...
Abang aku pula sibuk bekerja dan perlu menghadiri kelas di malam hari...
Jadi, tinggallah aku dan abah berdua di rumah...

Aku terfikir, andaikata salah seorang daripada orang tua kami sudah tiada, mungkinkah akan jadi sunyi seperti ini?
Rumah yang begitu besar, cukup untuk puluhan orang tinggal, adakah akan menjadi kosong akhirnya?
Atau mungkinkah semua adik-beradikku akan beramai2 tinggal di rumah ini?
Atau macam mana?
Hmmm...
Sunyi...
Memang sunyi...
Nasib baik aku buat keputusan untuk tinggal di kampung...
Kalau tak, mesti abah keseorangan je kat rumah tu...
Aku tau abah rindu mak...
Malam tadi nampak abah tengok gambar mak...
Abah, walau nampak keras, tapi jiwanya lembut...
Walau suka cakap pedas, tapi sayangnya masih ada...
Dan aku rasa aku mewarisi sikap abah...

Teringat satu kisah di mana satu hari seekor kucing belaan kami dikejar oleh kucing jiran lalu termasuk ke dalam parit...
Kejadian itu dah berulang beberapa kali...
Abah dah bagi warning kat emak jangan bagi kucing itu keluar rumah...
Tapi, entah macam mana terlepas jugak kucing tu ke luar...
Bila dah termasuk parit, tau pulak kucing tu masuk rumah balik dengan badan kotor bau air longkang...
Terpaksalah mak yang sakit2 kaki membasuhnya...
Abah pulak hanya membebel je...
Tapi, bila dikenang2 balik kelakar pulak kejadian ni...
Maklumlah, masa tu mereka tinggal berdua je...
Takde aktiviti nak buat...
Jadi, saja2 bergaduh kot nak merapatkan silaturrahim...
Eh, boleh ke macam tu?
Haha...
Entahlah...

Apa pun, aku memang merindui suasana kampung ini...
Tiap2 pagi pergi kerja, sedap mata aku memandang suasana kampung yang menghijau...
Perasaan yang tak boleh nak digambarkan dengan kata2...
Orang tertentu saja tau perasaan ini...

notakaki: Aku tak malu jadi orang kampung sebab selalu kalau hari raya pun orang selalu tanya, "tak balik kampung ke?". So, apa nak malu? Kalau ada sesiapa yang diejek2 sebab dirinya orang kampung, biarkan je la. Best ape jadi orang kampung.


Selamatkanlah...

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku bermohon kepadamu...
Selamatkanlah henfonku daripada sebarang kerosakan...
Jadikanlah ia berfungsi seperti yang sepatutnya dia berfungsi Ya Allah...
Sesungguhnya aku amat menyayangi henfonku ini Ya Allah...
Amiin Ya Rabbal 'alamin...

Monday, November 29, 2010

Menyesal Aku Puji Lebih2

Menyesal aku puji lebih2...
Dia buat perangai balik dah...
Lain kali aku nak senyap je la...
Tak payah buat entri pasal dia lagi...
Memang kena hantar kedai la ni jawabnya...

My Samsung Corby C3510 Recovered On Its Own


My "Cute-Stylo" Corby GT-C3510

I bought this phone on May 2010...
The reason I bought it was to replace my old phone Nokia 2600 which its battery already 'kembang semangkuk tahap tak boleh nak cas dah'...
At first, I just had in my mind to buy the phone with the typical functions only such as texting and calling...
But, hmmm...
Hmmm...
Hmmm lagi...
I wonder that the price for this typical phone is quite expensive...
And the look was not into my taste...
(I don't know my own taste also actually...)
Hahaha...
And this phone was introduced by my friend...
Actually, she was the one who admired this phone because it had been used by the actor in one of Korean drama that she had watched...
I was thinking that it might be worth for me to buy this cute-stylo phone instead of buy the ugly one...
Finally, I was the one who bought it, not her...
Haha...

The reasons I bought this phone:
1. Cute, stylo (I think I already discovered my taste).
2. Touch screen (just want to try have one and see how long I can take care of it).
3. It has MP3, camera, video recording, internet (disappointingly, it doesn't have wifi).

Day by day, month by month, a tragic thing occurred on this phone for the first time...
The screen was not sensitive as usual...
I need to lock the phone first to make the touch sensor active back...
Iya, kata orang Jawa, fon ini sedikit gonjol sudah...
I was very worried...
Sometimes it's ok, sometimes not...
I ask to the Samsung Centre where the place I bought this phone before but the customer service person said that it might take 3 weeks to recover the phone because they need to send the phone to the other place which is Samsung Service Shop...
It might take a week if I send it on my own to the place...
Then, I decided to send it on my own...
But, I didn't have time to do so because the shop is only open during working hours...
Day by day, week by week, it was already 3 weeks but I still didn't settle the thing...
Hahaha...
If I just let the Samsung Centre settling the thing on last 3 weeks ago, my phone must be had been recovered...
Haish, blame myself on this...
Really couldn't find the right time to settle it...

But, you know what?
A miracle had happened!!!
Yesterday, I just realized...
I could type message as unusual...
The usual message style that I sent to my friends was like this...

aku.tak.tau.la.aku.rasa.aku.lapar.jom.makan.

Because, some part of the screen could not detect the touch sensor...
The part is including keys such as space, clear, direction and adding symbol.

That's why sometimes my message would become like this...

Aku.tak.lapar.la.aku.dah.makan.kfsjfhsukruiu

Because the clear key couldn't be used...

But, now I can use the phone back as normal as it must be happily ever after...
Yeah, it recovered on its own!!!
Alhamdulillah, Allahuakbar!
I hope it will not make any 'stupidity matter' again after its warranty period expired...
If not, I need to give flying kiss to my money...
Huhuhu...

Interested on this phone?
Please check this website for more details...
http://www.samsung.com/my/consumer/mobile-phone/mobile-phone/style/GT-S3653CWAXME/index.idx?pagetype=prd_detail&tab=specification


Saturday, November 27, 2010

Ye Ye, Esok Pindah Rumah...

I must be crazy...
I need to pack in my things right now because tomorrow I'll move away from that bloody home but I'm still at the office...
It seems like I'm hiding myself from the creatures in it...
The fact is I don't want to look their faces anymore...
It is just that what I'm thinking now...
This whole week I really had done the craziest thing ever...
Stayed at the office until late night, went back to home (maybe word "room" is better) at 1.00-3.00 a.m...
That's why I said I need a friend...
If not I will become like this...
The craziest people ever in the world...
But, they can't be called friends because they don't want to...
Selfish people...
I hate you then...

Bila Orang Tanya, Aku Jawab Apa?

bila orang tanya aku bila aku nak beli kereta, aku hanya mampu senyap...
bila orang tanya aku bila aku nak kahwin, aku hanya mampu senyum...
bila orang tanya aku bila aku nak bawa boyfriend datang ke rumah, aku hanya mampu memandangnya kosong...
bila orang tanya aku bila aku nak belanja makan, aku hanya mampu buat tak dengar...
bila orang tanya aku bila aku nak balik dari ofis, aku hanya mampu berkata, "entah, tak rasa nak balik lagi."
bila orang tanya aku bila aku nak berhenti berpindah-randah, aku hanya mampu berkata, "selagi tak berjumpa orang yang sekepala dengan aku."

kini aku sedar, semua yang berlaku disebabkan aku tak ada impian yang tetap dalam hidup...
aku hanya ikut saja arus kehidupan aku macam sungai yang mengalir...
apa yang boleh memuaskan hati aku, itulah impian aku...

kereta, kenapa aku tak beli lagi?
sebab aku dah ada motor...
motor itu pun kena bayar ansuran untuk tempoh dua tahun lebih saja lagi...
dan aku belum rasa aku perlu memiliki kereta buat masa ini kerana motor sudah mampu membawa aku ke mana2 kecuali ketika hujan...
namun, kebaikannya aku mampu bergerak pantas kalau jalan sesak, dan aku mampu berjimat dalam membelanjakan duit petrol...
tetapi, aku masih rasa aku perlukan kereta untuk memuaskan hati orang lain yang sibuk bertanya kenapa aku tak beli kereta lagi...
dan aku rasa aku perlu beli kereta kerana aku tak mahu orang memandang rendah kepada aku dan menganggap aku sebenarnya takut untuk memandu kereta...
tolonglah...
aku tak suka untuk terpengaruh dengan kata2 yang kononnya nasihat...
"naik motor tak selamat"
hello...
aku dah berjuta kali kot mengembara naik motor ke hulu ke hilir, masih hidup lagi sampai sekarang...
yang penting kena berhati2lah kan...
yang tak selamat tu kalau naik motor macam mat rempit, tak pandai kawal motor dan tak konfiden langsung nak bawa motor...
kalaulah motor tu tak selamat, kenapa dicipta motor?
hairan sungguh dengan orang berfikiran lapuk tu...

kenapa aku tak kahwin lagi?
dah tu, calon suami pun tak ada, macam mana aku nak kahwin?
tolonglah carikan satu yang betul2 dirasakan terbaik untuk aku...
jangan disebabkan kemaruk nak tengok aku kahwin, senang2 je tarik mana2 lelaki yang dikenali yang entah baik entah jahat lalu nak kenen2kan dengan aku...
memanglah aku tak nak...
tolonglah...
aku letih...
jangan paksa aku...
biarkan aku buat keputusan sendiri...
aku tak mahu terpengaruh dengan mana2 nasihat pun...
aku keras hati?
mungkin...
mungkin kena tumbuk dengan anak lesung batu baru boleh jadi lembut kot?

aku masih mencari jalan keluar...
tolong berikan aku masa...

notakaki: hidup dalam kenangan buat aku tak nampak masa depan. aku cuba melupakan, tapi aku tak cukup kuat untuk kehilangannya. aku harap kau masih macam dulu, tapi mungkinkah terjadi?

Friday, November 26, 2010

Boring

it's boring to be me...
nobody wants to be my friend...
a real friend...
i'm alone...

Monday, November 22, 2010

Goggle VS Visor


Aku teringin nak bergaya dengan goggle waktu menunggang motorsikal.


Macam ni la kot rupa aku nanti. Amacam? Kacak tak? =.P

Sebenarnya, visor helmet aku dah calar. Jadi, aku pasang niat nak beli goggle je. Senang. Tak payah la aku tukar visor lagi. Tapi, agak mahal la visor ni kot. Aku tengok kat mudah.com pun dah mencecah RM45 harganya. Hmmm... Kat mana aku boleh beli goggle ni secara terus tanpa shopping online ek? Anyone?

Jadi, akhirnya disebabkan aku dah tak boleh tahan dengan biasan cahaya lampu di jalanan pada setiap malam kerana visor yang calar-balar, aku tekad menukar segera visor tersebut kepada yang baru.


Inilah rupanya visor tersebut.

RM15. Bolehlah. Daripada sakit mata berterusan menggunakan visor yang calar, baik aku tukar baru je. Angan2 nak memiliki goggle tu, mungkin kena tunggu aku dah ada lesen B Full dulu dan ada motor berkuasa tinggi baru aku beli. =.P

notakaki: ofismate kata aku bergaya sebab nak beli goggle. hmmm... maybe...

Friday, November 12, 2010

Hobi Baru yang Telah Lama Ditinggalkan

Jauhi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan... Kepada golongan mak dan ayah, jangan terlampau sporting kalau tak mau tengok anak2 rosak... [Input ceramah yang didengar hari ini]

Wednesday, November 10, 2010

Surat Untuk Encik A

Assalamualaikum...



Sekian, wassalam...

notakaki: Encik A, saya dah bersedia... Silalah datang ke rumah... Insya-Allah, saya tak menyorok lagi dalam tandas kalau awak datang... Insya-Allah, saya akan capai je tudung mak saya dan terus pakai kalau tiba2 awak datang...

Sunday, November 7, 2010

perjalanan ke ofis selama 25 minit dgn hanya menaiki motor... adakah itu terlalu jauh bagi anda?

perjalanan ke ofis selama 25 minit dgn hanya menaiki motor... adakah itu terlalu jauh bagi anda?

Answer here

Wednesday, November 3, 2010

anda rasa lampu2 kat ICT tu cantik tak? specialist kat ofis aku ni kata tempat tu macam tempat budak2 je... ape pendapat anda?

anda rasa lampu2 kat ICT tu cantik tak? specialist kat ofis aku ni kata tempat tu macam tempat budak2 je... ape pendapat anda?

Answer here

Rahsia Wajah Saya Berseri-seri Macam Orang Dah Nak Sampai Jodohnya

Suatu hari, ofismate bertanya kepadaku,

"Kenapa i tengok muka you dah makin putih, licin, bersih? Lagi elok dari sebelum pergi NS (National Service/Khidmat Negara) lagi. Sebelum tu, u hitam sangat. U pakai ape?"

Haha.. Dia tak tengok muka aku habis terbakar masa kat kem.. Habis risau aku dibuatnya macam mana nak hilangkan kehitaman ini. Sampaikan jurulatih kat sana cakap,

"Ni saya tengok Kak Long pun dah tak ada rupa Kak Long dah." (Panggilan Kak Long diberikan sebab aku pelatih yang paling tua yang jadi squad leader (OC) kat situ).

Memanglah cikgu. Dah saya tak pernah pakai sunblock masa berkawad, berbaris, bersenam dan macam2 "ber" lagilah. Memang habis terbakar la muka saya. Tak reti la nak pakai benda alah tu. Lepas tu, macam2 mitos keluar untuk mengelakkan muka jadi gelap. Ada yang kata kalau pakai bedak kompak masa nak berkawad, itulah yang menyebabkan muka aku jadi gelap. Elok pakai bedak powder je. Ada yang cakap jangan pakai krim. Ada yang cakap tak payah pakai apa2. Macam2lah. Masa ni, masing2 mencari2 sunblock yang paling mujarab. Sunblock kawan aku la paling laris. Tak tau la ape brand dia. Aku pernah cuba sekali tapi aku tengok sama je hitam aku. Dah tu pakai sekali. Mana nak mujarab kan? Pelatih2 lain pun terkejut tengok dahi aku belang sebab bahagian yang tertutup dengan beret tu sangat cerah kalau nak dibandingkan dengan bahagian muka yang terdedah dek panahan cahaya matahari. Aku sengih je la kalau orang mengata aku. Aku memang macam ni. Orang kata apa pun aku sengih je. Buang air liur je kalau orang kutuk2 aku.

Ramai orang tanya apa rahsia muka aku putih, licin, bersih dan sebagainya la. Dari mak cik aku, nyonya beli barang kat Giant, ofismate, sampailah kawan2 sibuk bertanya.

"Ko pakai ape Ina muka ko bersih macam ni? Tak ada jerawat langsung." Tanya mak cik aku di suatu hari yang hening. Aku tersenyum je.

"You punya muka banyak cantik la. Licin saja. Lawa kan kulit dia? You pakai apa ar?" Nyonya itu bertanya kepadaku dan meminta pendapat cashier di situ sambil melihat barang2 mandian yang aku pegang di kaunter bayaran. Aku tersengih je.

"Muka ko antara muka yang paling bersih la antara budak studio kita," Kata Nor kepadaku di bilik sewa kami di suatu ketika dulu.

"Kak, kulit you banyak halus la. Licin saja." Ujar seorang pelatih perempuan Cina selepas menyentuh kulit muka aku secara tiba2. Terkejut aku. Aku ingat dia nak buat apa la tadi. Aku senyum lagi.

"Kulit muka ko... Cantik habis!!!" Kata kawan aku tiba2 semasa make-over aku sempena aku menjadi MC dalam suatu program di kem.

Dan yang terakhir, ofismate aku la yang beria2 tanya aku pakai apa sampai jadi putih macamni.

Hmm... Sebenarnya, aku tak pakai apa2 pun. Aku pakai pencuci muka yang bersesuaian saja. Setiap kali mandi, aku akan pakai. Kadang2 aku tak mandi malam, jadi aku tak pakai. Haha... Aku ni memang jenis cincai je. Kalau orang biasa pakai pencuci muka sebelum tidur, aku pulak jenis yang tak kisah. Aku selalu basuh dengan air biasa je. Lepas tu, lap muka dengan tuala.


Inilah pencuci muka yang aku pakai. Aku pakai yang jenis scrub sebab aku nak buang sel2 mati kat kulit muka aku yang dah terbakar habis masa NS dulu.

Lepas tu, tiap kali aku keluar rumah, aku akan pakai krim pencerah muka Garnier untuk lapisan pertama. Lapisan kedua pula aku pakai bedak powder Aiken yang mengelakkan muka aku dari kelihatan berminyak. Lapisan ketiga, aku pakai bedak powder yang berbau harum. Nanti kalau orang cium aku, bau wangi je. Hek hek.. Gatai!!! Memang comotlah lepas tu sebab texture bedak Aiken tu kasar. Jadi, aku ratakan bedak kat muka dengan span bedak kompak tu. Jadi lah putih macam tepung gomak muka aku ni. Itu pun orang kata lawa. Kulit aku la yang lawa. Orangnya tidak. Hmmm.. Aku tak tau nak kata apa sebab memang tak ada rahsia langsung.


Krim pencerah muka Garnier yang dimaksudkan. Haruslah aku lagi putih sebab sebelum pergi NS aku tak pakai krim ni. Aku pakai lotion muka Nivea saja. Tapi, kurang berkesan sebab muka aku akan basah dengan peluh dan peluh tu tak mau kering. Pelik kan?


Bedak Aiken yang sebenarnya berfungsi untuk badan tapi aku apply kat muka pulak sebab dulu muka aku selalu berminyak. Sekarang minyak dah kurang dah sebab bedak Aiken serap lembapan kat mana2 tempat yang kita apply. Dulu apply kat ketiak jugak sebab malas nak beli deodoran. Aku ingat deodoran tu mahal sangat sampai aku tak mampu nak beli. Hahaha.. Tapi, sekarang aku beli la sebab rupanya deodoran taklah mahal sangat.

Lagi satu habit aku, tiap kali nak tidur aku biasa ambil wuduk. Tak kisahlah lepas tu aku terkentut ke tak, yang penting aku dah ambil wuduk sebelum tidur. Baru rasa selesa masa nak tidur tu.

Ok la. Setakat itu saja perkongsian untuk hari ini. Aku tak taulah ia berguna untuk anda sebagai pembaca. Tapi, at least ia berjaya untuk muka aku yang tak berapa nak laku ni. Sekian, terima kasih.

notakaki: selalu tengok muka kat cermin tiap kali orang bertanyakan tentang kulit muka aku yang kononnya halus, bersih dan putih. hmm... memang betul cantik ke kulit aku ni? rasa macam biasa je. ade je tompok2 panau kat muka ni. diorang tak perasan ke? eh, korang tak perasan ke wei? hish!!!