Hari itu, orang klinik kesihatan datang ke Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang. Pelajar2 Tahun 1 akan disuntik vaksin apa entah. Tibalah saat masing2 menyalin pakaian demi mengelakkan darah akibat suntikan itu terkena pada baju sekolah. Masing2 pakai baju T. Tapi, ada separa pelajar perempuan hanya berkemban saja ok. I mean, tanggalkan baju dan kain sekolah ditarik hingga paras dada. Haha... Nasib baik hang baru 7 tahun. Taklah bernafsu makhluk2 lelaki di sekeliling melihatnya.
Waktu itu, sesi persekolahan baru saja bermula. Lebih kurang 2-3 minggu saja. Jadi, aktiviti cucuk-menyucuk ni memang tak pernah diketahui oleh sebahagian besar daripada pelajar2 tersebut. Memang ramai yang menangis. Tak kira lelaki ke perempuan ke, sama je. Selesai aktiviti menyucuk, cikgu pun masuk ke dalam kelas. (Cis, ingatkan boleh balik terus. Maklumlah. Konon dah cedera parah kena cucuk dengan nurse.)
"Siapa yang menangis tadi waktu kena cucuk? Azlina ye?" tanya Cikgu Noridah. Aku terkejut. Ah, apasal aku pulak yang kena? Aku macho la dowh. Takdenye nak menangis disebabkan hal kecil macam ni. Bebelku di dalam hati.
"Bukan cikgu. Lily yang menangis," jawab Norliyana. Huh. Nasib baik ada orang back-up.
"Lily menangis? Cuba tengok Azlina. Badan kecil tapi tak menangis," aku tersenyum bangga mendengar pujian itu seperti gaya Shinchan lagaknya. Oh, Lily ini berbadan besar dan tinggi. Itu sebab cikgu sindir dia kot.
The moral of the story: Takde moral kot. Tapi, kebiasaannya apa yang aku nampak orang yang berbadan kecil ni biasanya jiwanya kuat. Mungkin sebab dah biasa dibuli dari kecil, jadi mereka dah tak ambil peduli dengan apa yang orang buat atau kata. Dan aku menjadi garang dan sedikit maskulin pun disebabkan inilah. Untuk mengelakkan diri dari dipandang lemah oleh musuh2 durjana di luar sana. Mereka sentiasa memburuku. Dan aku tak mungkin berubah kerana aku tidak mahu berubah. Perubahan itu pasti akan membuatkan aku kelihatan lemah. Jadi, berhenti berangan untuk mengubah diriku menjadi feminin. Aku tidak mahu. Dan aku tidak rela.
Popular Posts
-
Suatu hari, ofismate bertanya kepadaku, "Kenapa i tengok muka you dah makin putih, licin, bersih? Lagi elok dari sebelum pergi NS (Nat...
-
Ha... Kat sini aku ada beberapa petua yang aku amalkan untuk elakkan mulut berbau . Petua2 ini diperolehi daripada hasil2 bacaan dan juga se...
-
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia! Malaysia Boleh! Harus jawab tu. Bertemu lagi kita di dalam rancangan Petua Sang Pe...
Saturday, January 30, 2010
Orang Kecil Jangan Disangka Lemah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 00 komen:
inot, inot yg berkemban dengan kain sekolah tu eeehh hokhohohho
eh...
mana ade...
hahaha...
org lain la..
org pelik je tgk mereka takde perasaan malu...
Post a Comment