Popular Posts

Friday, May 20, 2011

Kau Semakin Jauh Pergi

Terasa semakin jauh kau tinggalkan aku...
Pergilah...
Aku tidak memberikan keuntungan pun kepada kau walaupun sudah banyak yang kau berikan kepadaku...
Kerana aku tak berdaya seperti berdayanya kau memberi perlindungan kepadaku...
Kerana aku tak sekaya seperti sekayanya kau membayar untuk setiap makanan mahal yang kita makan bersama...
Kerana aku tak sebijak seperti bijaknya kau dalam pergaulan sosial antara manusia korporat dan keparat...
Kerana aku tak sepetah seperti petahnya kau dalam percakapan bahasa ibunda dan bahasa asing...

Aku takut kehilangan kau tapi, sememangnya aku memang telah lama kehilangan kau...
Cuma jasad kau saja ada di depan mata ini, tapi hatimu tiada lagi di sini untuk aku...
Aku tahu kau telah lelah dengan semua perkara yang berlaku di sekeliling kita...
Tapi, aku tak berdaya membantumu walau sedikit pun...
Jadi, memang patut kau pergi...
Pergilah jauh-jauh...
Jangan harapkan apa-apa daripada aku kerana aku belum sehebat kau lagi...

notakaki: Perlukah aku siapkan buku itu untuk kau? Ia hampir siap tapi, aku terasa kau makin menjauh. Isi buku itu hanya menggambarkan kau yang dulu. Aku dah tak kenal kau yang kini. Apa perlu aku buat? Tolong!

0 00 komen: