Salam...
Hari ni aku nak jadi ustazah kejap. Ustazah yang imannya kadang2 naik, kadang2 turun. Tapi, lebih banyak turun daripada naik. (Gelang kepala.)
Aku nak bercerita pasal nikmat. Anda tau tak apa itu nikmat? Dapat bernafas, dapat makan, minum, berjalan, ada kenderaan sendiri, ada ramai kawan, ada tempat tinggal, itu semua nikmat. Kenapa aku nak bercerita pasal nikmat? Kenapa bukan hal2 lain seperti hal2 yang berkaitan perempuan2 cantik, lelaki2 hensem, atau hal2 remeh yang selalu aku ceritakan?
Sebagai manusia, kita tak pernah terlepas daripada sifat lupa. Allah kurniakan terlalu banyak nikmat kepada kita, tetapi kadang2 kita lupa untuk bersyukur. Bersyukur tu macam mana caranya? Ucap Alhamdulillah, sentiasa ingat kepada Allah Tuhan yang memberikan segala nikmat di dunia, tidak leka menjalankan perintahNya. Nikmat itu boleh dikatakan ujian, boleh juga dikatakan pembalasan atas kebaikan2 yang kita lakukan. Tapi, anda sedar tak kadang2 ujian Allah itu terlalu halus untuk disedari?
Aku ada cerita yang nak dikongsikan bersama. Kisahnya bermula bila aku mula bekerja di tempat kerja aku sekarang. Mungkin ada yang tau aku mempunyai seorang rakan baik di sana. Aku gelarkan dirinya S. S sudah berkahwin, 11 tahun lebih tua daripada aku, sangat mengambil berat, tidak berkira, suka membantu kawan2 sampai rela hantar aku mendaftar kat kem PLKN dan selalu belanja aku makan kalau makan kat tempat mahal2.
Selama setahun setengah aku berkawan dengan dia, aku memang sangat suka karakter dia yang aku rasa sukar untuk ditemui dalam mana2 diri orang yang aku kenali sebelum ini. Tapi, dalam masa setahun setengah itu juga, agak sedikit perkara yang aku dapat lakukan untuknya melainkan dalam hal2 yang melibatkan kerja, itu memang kerja aku untuk membantunya. Maksud aku dari segi peribadi. Dia banyak berhabis duit untuk aku, tapi aku tak mampu nak membalas dengan duit. Dia banyak berdiskusi dengan bos untuk aku, tapi aku tak pernah berani untuk berdiskusi dengan bos untuk dirinya. Jadi, selama setahun setengah ini aku merasakan aku bukanlah seorang kawan yang baik untuknya kerana aku memang tak mampu untuk melakukan perkara2 yang dia lakukan untuk aku itu. Mungkin dia telah mula sedar yang aku ni tak membawa sebarang kebaikan kepada dia, kami mula renggang. Sehingga waktu ini, aku rasakan hubungan kami semakin dingin. Tak sehangat dulu yang boleh sampai tahap huhahuha. Aku sangat terasa sebenarnya. Tapi, apa boleh buat? Aku sendiri tak mendatangkan faedah kepada dia, jadi apa yang boleh aku buat selain mendiamkan diri kan?
Sekarang, apa kaitan cerita ini dengan cerita nikmat kita tadi? Ceciter sikit, ceciter... Bayangkan, Allah yang memberi nikmat nyawa, udara, makan, minum, tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya tiba2 'merajuk' seperti S tadi, tak terkontang-kanting hidup kita dibuatnya? Dari mana lagi kita nak dapat nyawa? Dari mana lagi kita nak dapat udara? Makan, minum tu semua Allah yang bagi. Tapi, kita leka. Kita lupa. Aku baru kena tarik nikmat berkawan, itu pun aku dah rasa terseksa. Sampai menangis siang malam, kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa? Belum ditarik nikmat yang lain. Selama ni Allah bagi je, bagi je, bagi je, bagi je, bagi je... Sampailah kita rasa, eh macam magik betul! Senang betul nak dapat kereta, senang betul nak dapat duit banyak, senangnya bla bla bla... Tapi, kita lupa. Itu semua ujian. Bila ditarik nikmat tu, mula la cakap Allah tak sayang kita, Allah tak adil la. Padahal kita yang tak adil. Allah tak minta apa2 pun daripada kita cuma Dia nak kita selalu beringat kepadaNya dan amal makruf nahi munkar sebab akhirnya nanti kita akan kembali kepadaNya juga. (Waktu aku menulis ni, aku pun baru teringat hidup ini hanya sementara.)
Akhir kata, jomlah kita pikiaq sama2 (konon loghat orang utara nak bagi emphasize sikit seruan ini) wahai mukminin dan mukminat sekalian, berapa banyak nikmat yang kita peroleh, berapa banyak nikmat yang kita syukuri? Berapa banyak solat yang kita tinggal sebaik saja kita dapat nikmat bergolek? Ada kes macam ni. Kira ujian la ni. Hari ni dapat bonus 2 bulan, kawan2 ajak joli. Kawan2 pulak jenis tak solat, awak sorang je solat. Bila dah masuk waktu solat, tak berani nak tinggalkan kawan2 sebab takut dikatakan skema. Akhirnya, solat pun burn macam tu je. Hmm... Fail. Ok la. Sebab tadi aku dah sebut perkataan AKHIR KATA, so...
Salam...
notakaki: Anda tau apa itu turning point? Aku sedang mencari benda itulah sekarang...
Popular Posts
-
Suatu hari, ofismate bertanya kepadaku, "Kenapa i tengok muka you dah makin putih, licin, bersih? Lagi elok dari sebelum pergi NS (Nat...
-
Ha... Kat sini aku ada beberapa petua yang aku amalkan untuk elakkan mulut berbau . Petua2 ini diperolehi daripada hasil2 bacaan dan juga se...
-
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia! Malaysia Boleh! Harus jawab tu. Bertemu lagi kita di dalam rancangan Petua Sang Pe...
Tuesday, May 24, 2011
Apa Rasanya Nikmat Kena Tarik?
Monday, May 23, 2011
i wanna...
i wanna hold your hand, i wanna see your smile, i wanna hear your laugh, i wanna smell your scent, i wanna be with you forever...
Friday, May 20, 2011
Kau Semakin Jauh Pergi
Terasa semakin jauh kau tinggalkan aku...
Pergilah...
Aku tidak memberikan keuntungan pun kepada kau walaupun sudah banyak yang kau berikan kepadaku...
Kerana aku tak berdaya seperti berdayanya kau memberi perlindungan kepadaku...
Kerana aku tak sekaya seperti sekayanya kau membayar untuk setiap makanan mahal yang kita makan bersama...
Kerana aku tak sebijak seperti bijaknya kau dalam pergaulan sosial antara manusia korporat dan keparat...
Kerana aku tak sepetah seperti petahnya kau dalam percakapan bahasa ibunda dan bahasa asing...
Aku takut kehilangan kau tapi, sememangnya aku memang telah lama kehilangan kau...
Cuma jasad kau saja ada di depan mata ini, tapi hatimu tiada lagi di sini untuk aku...
Aku tahu kau telah lelah dengan semua perkara yang berlaku di sekeliling kita...
Tapi, aku tak berdaya membantumu walau sedikit pun...
Jadi, memang patut kau pergi...
Pergilah jauh-jauh...
Jangan harapkan apa-apa daripada aku kerana aku belum sehebat kau lagi...
notakaki: Perlukah aku siapkan buku itu untuk kau? Ia hampir siap tapi, aku terasa kau makin menjauh. Isi buku itu hanya menggambarkan kau yang dulu. Aku dah tak kenal kau yang kini. Apa perlu aku buat? Tolong!

Thursday, May 19, 2011
Normal Ke Stalk Profile Facebook Perempuan Cantik Walaupun Aku Seorang Perempuan?
Ya Allah!!!
Tak ada kerja dah aku ni pi stalk profile facebook perempuan lawa comei lote tahap gaban tu...
Ergh, normalkah perkara ini wahai saudara saudari sekalian bagi seorang perempuan?
Tak boleh tahan, tak boleh tahan...
Kenapa la diciptakan manusia selawa itu?
Dengan lesung pipit di pipi yang sangat dalam lubangnya...
Rasa nak cucuk2 je lubang tu...
Kulit putih melepak bak salji...
Mata bulat macam mata kartun...
Pergh, tergugat kot iman orang yang melihatnya...
notakaki: Stalk dari tahun lepas sampai hari ni... Memang lawa habis kot... Minta ampun Ya Allah... Tak ada niat pun nak jadi gay... Tapi, kalau dah lawa macam tu, sape2 pun nak ambik perempuan tu jadi bini...

Labels:
gay,
merepek tak tentu hala,
perasaan,
perempuan lawa
Subscribe to:
Posts (Atom)