Popular Posts

Monday, March 21, 2011

Auntie Yang Jahat

Ada seorang auntie...
Dia rasa dia jahat...
Sebab semalam dia telah termarah anak-anak buahnya...
Dia sedih sangat kerana telah memarahi mereka...
Dan dia lagi berasa sangat jahat kerana telah memarahi mereka dengan suara yang menyerupai raksasa...
Dia sendiri sangat takut bila mendengar suaranya sendiri pada waktu itu...
Di saat dia memarahi mereka, dia terlihat si kakak seperti tersentak-sentak akibat terkejut...
Nasib baik si kakak tak menangis dan cuma terdiam sahaja...
Dan dia masih terbayang-bayang situasi itu di ketika ini...
Sampaikan dia rasa nak menangis sahaja mengenangkan keadaan itu...

--------------------------------------------------------------------------

Auntie minta maaf Auni...
Auntie cuma risau tengok Auni dan Shakir main grill pintu...
Auntie takut tangan korang tercepit...
Nanti bengkak, dah tak elok tangan tu...
Kalau bengkak untuk sementara tak apa lagi...
Tapi, kalau bengkak sampai putus urat tangan macam mana?
Bukannya benda macam ni tak pernah berlaku kat dunia ni...
Itu sebablah auntie risau sangat semalam sampai auntie termarah korang...

Auntie harap Auni dan Shakir tak nakal lagi...
Auni jaga Shakir baik-baik..
Tunjuk teladan yang baik kat Shakir ye...
Auntie tau Auni boleh jadi kakak yang baik...
Love you, Auni dan Shakir...


Auni dan Shakir yang sangat mesra. Sampai hati auntie marah korang berdua yang comel ni. Auntie minta maaf sangat. Auntie nak nangis ni. =.(

1 00 komen:

ila ni said...

ila pernah jugak marah lepas tu rs kesian sbb termarah. lagi sedih, ingatkan lepas kena marah teruk, dia menjauhkan diri merajuk ke apa. tapi tak, datang ajak main sambut-sambut bola, macam takde simpan dlm hati pun.. wuuu sucinya hati kanak2!