Ini mungkin tanda2 PMS yang aku alami.
1. Menjadi terlalu sensitif dengan usikan rakan2 lagi2 kalau usikan itu usikan yang berulang2 setiap hari. Mungkin aku bosan mendengarnya atau tak puas hati kerana usikan itu tiada kebenarannya sekiranya ia melibatkan keperibadian aku.
2. Rasa nak berlari laju2 dan langgar mana2 dinding yang berhampiran untuk menghilangkan stress. (Aku tak tau la mujarab ke tak. Tapi, memang itulah yang aku rasa kalau stress sangat.) Aku kerap stress pada waktu sebegini.
3. Rasa nak merajuk dengan semua orang kerana menganggap mereka tak memahami aku sama ada dari segi kerjaya atau sosial. Tak kisah la sesiapa pun sama ada orang yang paling aku sayang ke, orang yang sederhana aku sayang ke atau orang yang aku tak sayang langsung. Semuanya aku rasa suka membawa masalah kat aku.
4. Akibat kerap dibuli sewaktu kecil, rasa nak defend diri tu semakin menjadi2 apatah lagi waktu perubahan hormon ni. Perasaan nak defend diri tu berkali2 ganda. Kalau boleh tumbuk muka pihak lawan lagi bagus. Kalau boleh nak marah dia puas2 sampai hancur robek hatinya. (Lepas tu aku pulak yang rasa serba-salah tak tau nak minta maaf macam mana. Masalah betul... -_-!!) Minta maaflah ye kepada sesiapa yang pernah kena tengking. Lain kali jaga mulut sikit supaya tak kena sembur secara tiba2.
5. Kerap rasa nak menangis. Tapi, tak menangis. Rasa je. Ego punya pasal.
Itu je kot.
Kenapa aku tulis benda alah ni? Aku pun tak tau. Saja nak tulis kot? Sebab ramai orang tau aku ni suka berubah2 sikap dalam sekelip mata, mungkin ini boleh dijadikan alasan kot? (Tak berani nak kata diri sendiri gila. Harap dijauhkanlah.)
Sekarang, terbukti aku masih ada ciri2 seorang perempuan dalam diri. Alhamdulillah.
Popular Posts
-
Suatu hari, ofismate bertanya kepadaku, "Kenapa i tengok muka you dah makin putih, licin, bersih? Lagi elok dari sebelum pergi NS (Nat...
-
Ha... Kat sini aku ada beberapa petua yang aku amalkan untuk elakkan mulut berbau . Petua2 ini diperolehi daripada hasil2 bacaan dan juga se...
-
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia! Malaysia Boleh! Harus jawab tu. Bertemu lagi kita di dalam rancangan Petua Sang Pe...
Wednesday, March 2, 2011
Tanda2 PMS Seorang Aku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 00 komen:
Post a Comment