Umur dah 30-an tapi, berfikiran macam budak2 lagi...
Siapa mampu terlayankan kau yang asyik berceritakan hal peribadi sepanjang masa?
Kalau dah ada akal fikiran tu tolonglah pakai...
Jangan sampai buka pekung di dada sendiri...
Perkara2 yang boleh memalukan diri tu janganlah nak diceritakan kat orang lain...
Dah tu, salah satu sebab kau berhenti kerja adalah kerana aku macam tak suka mendengar kau bercerita?
Eh, memang aku tak suka!
Dah aku sibuk nak buat kerja, tapi kau pulak sibuk nak berborak hal peribadi kau yang tak berapa nak menarik tu...
Serius, siapa entah yang sudi mendengar?
Cerita kau kena cerai, cerita bekas suami kau yang tak bertanggungjawab, cerita suami kedua kau yang selalu mengongkong kau dan macam2 lagilah...
Ah, bosan hari2 aku dengar cerita macam tu dari mulut kau...
Dari rasa kesian terus bertukar rasa meluat...
Kau datang ofis ni nak kerja ke atau nak bercerita?
Kalau nak bercerita sangat, pergilah masuk pertandingan Mari Bercerita anjuran mana2 sekolah...
Tak pun kalau tak ada orang nak dengar, kau bukukan saja cerita peribadi kau tu jadi sebuah novel...
Kan lagi bermanfaat macam tu...
Hmmm...
Maaflah...
Aku memang kesian kat kau, tapi disebabkan kau dah mengadu2 kat orang lain yang aku tak mahu melayan kau bercerita, aku rasa nak menyampah kat kau buat selama2nya...
Hish...
Tak baik pulak kan macam tu...
Ok lah...
Ok lah...
Aku rasa aku patut mendoakan kau supaya tak main2 dengan solat 5 waktu sehari semalam...
Kalau kau rasa nak solat, so kau akan solat...
Kalau muka penuh mekap, so esok ajelah solat...
Ah, kepala hotak la!
Kau fikir nasib kau sentiasa malang?
Jadi, bersolatlah anda...
Dengan bersolat, kita akan sentiasa ingatkan Allah...
Aku tak kata kalau kau solat, nasib kau akan sentiasa baik...
Tapi, sekurang2nya kau boleh berdoa untuk mendapat nasib yang baik...
Dan beruntunglah kau kalau kau sentiasa ingatkan Allah kerana InsyaAllah, Dia juga akan sentiasa mengingati kau...
Bukan kau saja, tapi hamba2Nya yang sentiasa mengingatiNya...
Ah, emo tiba2!
Aku nak sambung buat drawing la...
Popular Posts
-
Suatu hari, ofismate bertanya kepadaku, "Kenapa i tengok muka you dah makin putih, licin, bersih? Lagi elok dari sebelum pergi NS (Nat...
-
Ha... Kat sini aku ada beberapa petua yang aku amalkan untuk elakkan mulut berbau . Petua2 ini diperolehi daripada hasil2 bacaan dan juga se...
-
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia! Malaysia Boleh! Harus jawab tu. Bertemu lagi kita di dalam rancangan Petua Sang Pe...
Wednesday, May 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 00 komen:
Post a Comment