Popular Posts

Friday, July 20, 2018

Bila Musim Doghian (Durian)

Cuma nak tulis sebagai tanda kenangan dan peringatan untuk diri sendiri.
.
Minggu ni dah berulas durian aku telan. Nikmatnya Ya Allah. Aku memang penggemar durian sejak kecil.
Minggu lepas entah hari apa tak ingat makan 10 ulas durian.
Hari Ahad lepas je makan 17 ulas durian. Hari Rabu ada la dalam 6 ulas durian.
Hari Khamis 2 ulas je.
Yang selebihnya buat frozen sebab masa ni perut dah mula naik. 😆😆
Cumanya, aku tak tau kesan makan banyak durian boleh buat perut aku buncit teruk dalam tempoh tak sampai seminggu ni. 😆 Tapi, serius la. Buncit bukan sebab gas durian. Buncit sebab lemak kot? 🤔🤔
Serius la. Seluar masih muat kat bahagian paha, tapi kat bahagian perut bukan main payah nak butang. 🤦‍♀️ Astaghfirullahaladzim.
Ni nak buat macam ni? Mood exercise dah ke laut ni. Mood diet pun macam angin bayu membawa diriku sekali ni.
Atau nak tunggu musim durian selesai baru kita on diet semula? 🤔🤔
.
Korang pulak ada ke yang mengalami perkara yang sama macam aku? Naik perut sebab terlebih makan durian. 😝😝
Nasib baik tak kena serangan jantung sebab kandungan kolesterol tinggi kan? 😅😅
.
Aku suka makan durian jenis IOI dan D24. Korang pulak?

#hantudurian #durian #musimdurian

Thursday, July 19, 2018

Kurangkan Stress

Sempoi2 je. Tak payah nak havoc sangat.
.
"Buat apa yang awak rasa selesa. Mulakan daripada yang senang, kemudian perlahan2 buat yang susah. Saya nampak banyak potensi dalam diri awak." Kata doktor yang memeriksaku.
.
Terima kasih, semua.

#lessismore

Aku Suspek Aku Alami Simptom ADD

Pergi ke klinik untuk minta surat rujukan ke hospital untuk buat pemeriksaan lanjut mengenai simptom ADD yang aku suspek aku alami.
Tapi, sebaik sahaja doktor mendengar sejarah aku pernah menjadi seorang designer selama 8 tahun, beliau kata beliau nampak banyak potensi dalam diri aku.
Aku dah banyak kali dengar ayat sebegitu terutamanya daripada mendiang bekas bos aku.
Tapi, semakin lama aku bekerja dalam bidang tersebut, aku tak dapat kaitkan pekerjaan tersebut dengan pencarian redha Allah yang disebut-sebut.
Ya, aku buat bos gembira sebab dapat tolong beliau settlekan banyak projek.
Kepuasan dalam bekerja juga aku dapat.
Tapi, selepas itu, apa?......
Bagaimana kalian kaitkan pekerjaan kalian dengan pencarian redha Allah?
Cuba berikan aku jawapannya.
.
Maka, benarlah kata pujangga bahawa bila orang panggil kau gila, ingatlah bahawa idea yang bagus takkan datang daripada pemikiran orang kebanyakan.