Popular Posts

Friday, July 20, 2018

Bila Musim Doghian (Durian)

Cuma nak tulis sebagai tanda kenangan dan peringatan untuk diri sendiri.
.
Minggu ni dah berulas durian aku telan. Nikmatnya Ya Allah. Aku memang penggemar durian sejak kecil.
Minggu lepas entah hari apa tak ingat makan 10 ulas durian.
Hari Ahad lepas je makan 17 ulas durian. Hari Rabu ada la dalam 6 ulas durian.
Hari Khamis 2 ulas je.
Yang selebihnya buat frozen sebab masa ni perut dah mula naik. 😆😆
Cumanya, aku tak tau kesan makan banyak durian boleh buat perut aku buncit teruk dalam tempoh tak sampai seminggu ni. 😆 Tapi, serius la. Buncit bukan sebab gas durian. Buncit sebab lemak kot? 🤔🤔
Serius la. Seluar masih muat kat bahagian paha, tapi kat bahagian perut bukan main payah nak butang. 🤦‍♀️ Astaghfirullahaladzim.
Ni nak buat macam ni? Mood exercise dah ke laut ni. Mood diet pun macam angin bayu membawa diriku sekali ni.
Atau nak tunggu musim durian selesai baru kita on diet semula? 🤔🤔
.
Korang pulak ada ke yang mengalami perkara yang sama macam aku? Naik perut sebab terlebih makan durian. 😝😝
Nasib baik tak kena serangan jantung sebab kandungan kolesterol tinggi kan? 😅😅
.
Aku suka makan durian jenis IOI dan D24. Korang pulak?

#hantudurian #durian #musimdurian

0 00 komen: